Sabtu, 29 Disember 2012

Hokaido Chiffon Cupcake

Salam...aik? ada lagi entri? hehehe...hari ni CK rajin sikit, baking kek Jepun ni untuk minum petang. Dah lama teringin nk buat tp tak kesampaian, sampai la dua hari lepas, masa pegi Kings Confectionery, nampak la diorang promosi cupcakes ni, rm10.00 utk 4 bijik ( 1 kotak).  Dan bila beli 1 kotak tu, dah tentulah lekat celah gigi jer...so Jebat sound suruh buat sendiri jer supaya anak2 puas makan. Iyolah..mama kan teror surf internet utk cari respi !!


Resipi cilok sana sikit, sini sikit, alter sendiri. Punya la nk cepat, sampai CK lupa masukkan baking powder, tp takpe, kek yang menggunakan kaedah meringue ni tak pakai BP pun takpe..kek tetap lembut dan gebu. Tapi lepas masak dia kecut sikit laaa....tp apa kisah kan...sendiri nk makan, bukan nk jual pun.

Bahan A
2 Biji kuning telur (saiz AA)
25gm gula 
1/2 st esen vanila
25gm susu cair
20gm minyak masak
40gm tepung
6gm susu tepung
15gm tepung kastard
1st baking powder

Bahan B
2 biji telur putih (saiz AA)
1/2 st cream of tartar/jus lemon


Caranya ialah;
Panaskan oven 170 darjah celsius.
Pukul kuning telur dan gula hingga sebati, tambah esen vanila, susu dan minyak. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati.
Dalam bekas lain pukul putih telur hingga meringue
Ambil 1/3 dari adunan telur putih masukkan dalam adunan kuning telur dan kaup balik
Ulang sehingga adunan putih telur habis.
Masuk dalam bekas dan  bakar dalam oven selama 20-30 minit, suhu 180'c, atau hingga atas kek perang/cucuk ngan lidi dan tarik keluar lidi tu bersih jer
Sejukkan dulu kemudian,
Masukkan kastard di tengah2nya. Boleh hias dengan dusting sugar / gula aising biasa



Bahan Kastat
1 sudu besar tepung gamdum
1 sudu besar tepung jagung
1 sb tepung kastat
4 sudu besar gula
1 cwn susu cair
1 biji telur
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila


*** Aduk rata semua bahan kecuali mentega, tapis dan masak hingga pekat. Sebelum tutup api, masukkan mentega. Siap !!




Keknya gebu dan sehalus baldu, lembut dan sejuk. Makan dengan kastat tu lagilah sedap !!

Khamis, 27 Disember 2012

Kuih Lapis Pelangi

Salam... 

Maaf sbb dah berkurun korang terpaksa jamu mata dengan mac& cheese tu..hehehe... CK agak sibuk sekarang ni, dan ini mungkin entri masakan terakhir untuk tahun 2012 ni. Hari ni CK buat kuih lapis, lama dah tak makan kuih2 tradisional ni. 



 Terima kasih kepada Kak Yatie Memories atas perkongsian resipi yang sedap ni. CK guna santan kotak jer, kalo fresh santan lagi la sedap :)


Bahan-bahan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 8 cawan santan sederhana pekat( 1 1/2 biji kelapa parut)
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah, hijau, putih, kuning
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

Ok...sampai sini dulu. CK dah nk bersiap2 ni. Mulai hari ni sampai 3hb, CKFood bercuti dari menerima semua tempahan. Nk berehat la kejap. Hari2 dok dapur pun bosan gak kan .. hehe

Isnin, 17 Disember 2012

Mac and Cheese

Salam
Apa khabar semua. Maaf kerana dah lama CK tak update blog. Inilah sebabnya: 

  • tak sempat nk berblogging (cuma update kat FB jer ) 
  • takde masa (sbb sibuk sangat dengan tempahan)
  • tak masak special (masak nasi ngan telo goreng jer ... ??? ... ye ke? ) 
  • tak sempat nk ambik gambar (takut DSLR kena tepung... hahah) 

Hahahaha....  ok laaa... hari ni tayang mac and cheese yer...for breakfast dan lunch..



   Ingredients
Preparation
2 cups milk 
2 tablespoons butter 
2 tablespoons all-purpose flour 
1/2 teaspoon salt
1/4 teaspoon freshly ground black pepper
1 (10-oz.) block extra sharp Cheddar cheese, shredded 
1/4 teaspoon ground red pepper (optional)
1/2 (16-oz.) package elbow macaroni, cooked

WHISK FLOUR INTO BUTTER
1.       Preheat oven to 400°. Microwave milk at HIGH for 1 1/2 minutes. Melt butter in a large skillet or Dutch oven over medium-low heat; whisk in flour until smooth. Cook, whisking constantly, 1 minute.
2. WHISK IN WARM MILK
2.       Gradually whisk in warm milk, and cook, whisking constantly, 5 minutes or until thickened.
3. WHISK IN CHEESE
3.       Whisk in salt, black pepper, 1 cup shredded cheese, and, if desired, red pepper until smooth; stir in pasta. Spoon pasta mixture into a lightly greased 2-qt. baking dish; top with remaining cheese. Bake at 400° for 20 minutes or until golden and bubbly.



Ok... sampai sini dulu !!!

Jumaat, 7 Disember 2012

Muffin Jagung

Salam...

Muffin lagi? hahaha...
Yeah...inilah kudapan untuk anak2....Hari ni CK sibuk dengan tempahan, so anak2 takde mende nk makan waktu petang. Sudahnya buat muffin jagung ni la plak... (ada lebihan jagung dalam tin yang CK buat inti chicken pie )



 Macam biasa, kerja yang mudah. Masuk jer semua bahan2 basah dalam Magic Bullet dan dengan kiraan 1,2,3,4,5.... dah siap...boleh dimasukkan dalam adunan tepung. Kacau dan masukkan dalam papercup. Bakar selama 15 minit dan tingggg !!! SIAP

MUFFIN JAGUNG

Bahan A

2 cwn tpg gandum
1 s/t baking powder
1 s/t soda bikarbonat
1 s/ t garam
** ayak semua bahan2 ini sebanyak 3 kali 

Bahan B

1 cwn jagung krim dalam tin
1 cwn minyak masak
1 cwn gula pasir
1 biji telur - dipukul sedikit
Pewarna kuning - jika suka (CK tak letak pun, lupa laaa) 

Esen jagung

Cara-cara
- panaskan oven 180 C.
- campurkan bhn2 B ke dlm bhn2 A.
- gaul rata menggunakan spatula, jgn digaul terlalu lama..
- masukkan ke dlm paper cup dan bakar selama 20- 25 minit atau sehingga masak.
- sejukkan dan sedia dihidang.


*** sini mmg takbley copy paste yer... sila klik sini 

Ok...Muffin Jagung dah siap.. Sedia dinikmati bersama teh o


♥ ♥ ♥ 

Selasa, 4 Disember 2012

Puff Ayam Cendawan

Salam..

Hari ni tayang puff ayam plak ye, yang hari2 CK buat kerana memenuhi permintaan pelanggan. Selain puff ayam, pelanggan juga minta puff epal. Biasanya diorang minta dua jenis ...ada la kelainan rasa 

Dan, disebabkan Jebat tak balik makan tengahari, so hari ni tak payah masak nasi. Untuk anak2 CK sediakan pasta. Ada plak lebihan buat puff ni. So jalannnn !!! 

Kalau dulu CK beli jer instant pastri, tp sejak dah niaga ni, mana tahan nk beli. Takde untung ler....
Tapi bagi yang nk makan2 sendiri kat rumah, boleh la beli jer kulit pastri segera di pasaraya. The best- jenama KAWAN.

pastri yang berlapis2.. nk membuatnya ambik masa la jugak. Tapi seronok bila lihat hasilnya semasa membakar. CK belajar buat kulit pastri ni dari seorang adik di Kolej Culinari (penyewa rumah CK )

Ok...hari ini CK kongsi resipi inti ayamnya. Nk letak inti daging pun bleh. Terpulang pada citarasa masing. Kalo dimasukkan telur rebus lagi la sedap !!

Bahan Inti :
  • 1 keping daging ayam (bahagian dada) - dipotong dadu
  • 1 biji kentang - dipotong dadu
  • 80 gram cendawan tiram - dipotong dadu
  • 1 tangkai daun bawang - dihiris nipis
  • 1 biji cili merah - dibuang biji dan hiris nipis
  • 1sudu teh serbuk ketumbar*
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih*
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis*
  • 2 sudu teh lada hitam - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1/2 labu bawang besar - dicincang
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
Cara:
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan tumbuk dan semua bahan bertanda * kacau sebati.
  3. Masukkan kentang dan air, masak hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam dan masak hingga kentang dan ayam empuk.
  5. Masukkan cendawan, garam dan gula,  kacau sebati.
  6. Kecilkan api, masak hingga kering.
  7. Masukkan daun bawang dan cili merah, kacau balik-balik.
  8. Tutup api, biarkan sejuk sebelum dibuat puff.


 Ok...puff dah siap. Dan puff ini juga boleh difrozenkan. Nk makan, cuma panaskan 5 minit dalam oven. So inilah satu-satunya produk frozen foof yang ada sekarang ni. Karipap, cobadak sume CK dah tak terlayan, sbb takde masa nk buat. 
Pemintaan untuk frozen food memang tinggi (mungkin harga CK yang termurah di pasaran) tp faktor masa dan tenaga kerja membuatkan CK terpaksa 'stop' dulu membadak dan mengkaripap. ... tp untuk puff masih diteruskan.



 Ok...sampai sini dulu.

Isnin, 3 Disember 2012

Carrot Cinnamon Muffin

Salam...

Lama tak mengap'date'... so hari ini jamu muffin lobak merah dengan haruman kayu manis di dalamnya. Wangi, sedap dan lembut di dalamnya


Kali ini CK buat versi senang. Semua bahan2 basah dimasukkan ke dalam blender Magic Bullet, dan kisar sampai halus. Kemudian, sebatikan dengan tepung...letak dalam papercup, dan bakar !!  cepat dan ringkas....lebih cepat dari masak goreng pisang atau cekodok.

Carrot Cinnamon Muffin
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 sk soda bicarbonat
3 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis

Bahan B
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula- boleh kurangkan gula jika tak suka manis
1/2 cawan lobak merah di potong kecil
beberapa titik esen vanila

Cara-cara
1. Satukan bahan kering (bahan A) Ayak tiga kali. Masukkan dalam besen/bekas
2. Masukkan semua bahan2 basah ke dalam blender. (bahan B)
3. Putar dalam 2-3 minit. (sampai gula hancur )
4. Buat lubang pada tepung dalam bekas tadi
5. Curahkan bahan yang dikisar ditengah2 lubang tadi. Kaup dan balik (jangan overmix, sekadar bergaul jer)
6. Masukkan dalam papercup, tabur choc rice/badam flakes dan bakar 

 Lihatlah kegebuan mapin ni...  best.. garing diluar, lembut di dalam

Tak sempat nk bancuh air kopi, mapin dah selesai masuk perut...tp CK sempat selamatkan 2 bijik utk Rayyan yang terlelap depan tv

 Oh...senangnyer buat muffin untuk minum petang !!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...