Disebabkan along masih ada exam hari ni dan esok, so sambutan hari jadi along ditunda ke hari Sabtu. Umah kita pun still under renovation lagi, esok lusa siaplah. Jadi hari sabtu tu sesuai sangatlah nk wat birthday celebration.
Khamis, 29 Oktober 2009
Hepi Birthday Farisya
Disebabkan along masih ada exam hari ni dan esok, so sambutan hari jadi along ditunda ke hari Sabtu. Umah kita pun still under renovation lagi, esok lusa siaplah. Jadi hari sabtu tu sesuai sangatlah nk wat birthday celebration.
Rezeki Hari Ini
Mee goreng mamak. Wat simple jer sbb nk makan ngan ayam goreng. Janji kenyang wahai anak-anakku.
Isnin, 26 Oktober 2009
Ketam ala Thai
Bahan-bahan
>2 ekor ketam -dibersihkan dan dikukus
> 3 biji bawang merah*
>2 biji bawang putih*
>1 inci halia*
(semua bahan-bahan * ditumbuk halus)
>1 batang serai-diketuk
>2 sudu pes tomyam (kalo pakai tomyam kiub pun ok gak)
>1 sudu cili giling
>1 sudu sos tiram
>2 helai daun limau purut
>sedikit daun ketumbar-dihiris (kalo suka la....)
>2 biji cili padi thai -diketuk jer
>sedikit sos ikan
>sedikit air
>garam, gula, perasa
Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk.
2.Bila dh agak garing, masukkan cili giling. Tumis lagi.
3.Masukkan serai yang diketuk, dan tumis lagi. Masukkan pes tomyam dan kacau.
4.Diikuti pula dengan sos tiram. Tambah sedikit air.
5.Masukkan sos ikan, cili padi dan daun limau purut, serbuk perasa, gula, dll. Kacau dan masukkan ketam.
6.Gaul rata dan angkat. Bolehlah ditabur dengan daun ketumbar. Siap....
Selamat Menjamu Selera !!
Breakfast pagi ni
Sekian untuk tika dan saat ini !! bye...
Sabtu, 24 Oktober 2009
Mee Rebus
Resepi yang marbeles dari umah Kak Ummi Kuantan. Thanks akak !! lebiu..
Bahan-bahan
>50 gm udang kering (dikisar)- aku tambah udang hidup jugak dalam kuah tu
>100 gm daging (dipotong halus) **
>30 gm rempah kari
>80 gm cili kering (dikisar)
>40 gm lada putih
>3 biji bawang besar (dikisar)
>200 gm ubi keledek (dipotong halus, rebus dan kisar)
>1 liter air/lebih
>minyak
>garam dan gula secukup rasa
Bahan Hidangan:-
>Mee kuning - dicelor dan toskan
>telor rebus
>tauhu digoreng dan potong halus
>bawang goreng
>daun sup
>cili merah/hijau - hiris
>keropok udang
Cara-Cara:-
1.Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing (api perlahan).
2.Masukkan air, kacau hingga mendidih dan masukkan gula, garam, lada putih dan daging**.
3.Masukkan ubi, kacau atas api kecil hingga pekat sedikit.
4.Tutup api.
5.Tuangkan ke atas mee dan hias/tabur dengan daun sup, bawang goreng, cili dan telor rebus.
** Daging direbus dahulu dengan sedikit air hingga empuk.Masukkan ke dalam kuah dengan air rebusan daging sekali.
Jemput makan sume....
Jumaat, 23 Oktober 2009
Roti Sosej
Bahan-bahannya:
* 8 keping roti
* 8 batang sosej - yang telah direbus/dibakar/digoreng
* 1 biji telur
Cara Membuatnya :
* Lenyekkan roti sehingga nipis.
* Bentangkan roti, Letak 1 batang sosej.
* Gulungkan dan ‘gam’kan dengan telur di bahagian penyambung (tak perlu dicelup).
* Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana sehingga berwarna keperangan.Angkat dan toskan.
* Potong menyerong roti tadi
* Boleh dihidangkan bersama sos atau mayonis.
Rabu, 21 Oktober 2009
Pajeri Terung
>3 biji terung panjang sederhana besar
>1 cm kulit kayu manis
>1 kuntum bunga lawang
>2 biji buah pelaga
>2 kuntum bunga cengkih
>3 ulas bawang merah - di tumbuk
>1 ulas bawang putih-di tumbuk
>2 cm halia - di mayang
>Sedikit udang kering - ditumbukDaun kari secukupnya
>3 sudu besar serbuk kari daging (dibancuh dgn air@santan utk dijadikan pes bagi mengelakkan serbuk kari hangus)
>1 biji kelapa (diambil santannya)
>1 ½-2 sudu besar kerisik
>3 ½ sudu besar gula
>Garam secukup rasa
>Minyak utk menumis
>Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sebentar sehingga naik bau.
Tempe goreng cili padi
Resepi ni pun amik dr blog kak Ina KL. Thanks akak...sedap lauk ni, cuma kena siapkan air banyak2 masa makan.
~1 mangkuk kecil ikan bilis-ambil sedikit untuk di tumbuk dan lainnya di goreng garing
~2 bungkus tempe-sebaiknya tempe yang dibungkus dgn daun -hiris tipis
~10-15 biji cili padi-nak banyak pun boleh
~1/2 biji bawang besar
~3 biji bawang kecil
~3 biji bawang putih
~1-2 biji limau kasturi-ambil jus
~minyak secukupnya dan garam
Jumaat, 16 Oktober 2009
Projek Memenatkan Badan
Dah siap bakar, tengok kat dalam fridge ada aising...so mendeko lah kejap...budak2 ni kalo cup cake tu plan jer, lambat sikit nk habis...tp kalo corak2 cenggini, cepatlah sikit licin.... tp apasal mak dia nk ikut kehendak diorang plak hari ni yer??? ish, ish,ish.......
Resepi c.c ni senang jer..nanti2 lah aku masukkan respinyer yer....ni dh dekat pukul 9. Citer Nur Kasih pun dh nk start. Nanti aku edit balik yer....
Lepas jer habis wat c.c ni, aku pun apa lagi, terbongkang lah...he,he....sampai terlupa nk masak lauk. Nasi dh masak masa buat c.c ni tadi. Lauk jer yang belum...apapun, layan mata dulu lah.....dekat pukul 2 baru aku bangun, dan masak. 2 jenis lauk jer, buat daging goreng kunyit (untuk budak2) dan sambal udang (untuk bapak budak).... habis citer....lepas masak, sambung tido balik....sampai la bapak budak balik...baru makan...... (budak2 dh kenyang makan c.c ni, so aku pun suruh tido sama, sementara tunggu bapak diorang balik )
Demikianlah cerita untuk hari ini....Bye!!!
Khamis, 15 Oktober 2009
Coleslaw
Apa yang rajin??? tido....yer...itulah hobi baru aku, baring2 sambil layan citer kat tv. Kalo sesapa yang lalu kat umah memang perasan pintu rumah aku sentiasa tertutup, sebabnyer....aku tak suka keadaan terang....panas!!!!! Kalo nk ambil baju di ampaian pun tunggu hari redup sikit, baru kuar rumah, takpun tunggu Hang Jebat balik, suruh dia angkat....he,he.....
Sabtu, 10 Oktober 2009
Brownies Kukus
Bahan-bahan ( loyang 10x10x1 inc. )
-200 g mentega/majerin (3/4 cwn + 1 sb penuh)
-200g dark choc.(3/4 cwn choc yg disagat atau dihiris halus)
-170 g tepung gandum (1 1/2 cwn rata)
-30 g serbuk koko (1/4 cwn rata)
-4 biji telur
-170 g gula halus (1/2 cwn rata + 3 sb rata)
-Cairkan mentega dan choc. secara double boil, kacau rata dan biarkan suam. Ketepikan.
-Tepung dan koko diayak bersama.
-Di dlm mixer, pukul telur dan gula hingga kembang.
-Masukkan campuran tepung dan gaul rata dgn spatula.
-Masukkan pula campuran choc. dan gaul lagi hingga rata.
-Tuang adunan ke dlm loyang bergris dan kukus hingga masak selama 15 min.
-Sejukkan brownies dan potong 2 inc. persegi.
-Hias brownies ikut selera. Disini saya bubuh topping dgn choc. cair dan juga badam hiris. yg dipanggang.
Selasa, 6 Oktober 2009
Kuih apa ni ???
Sebenarnya kuih ni diberi oleh jiran aku, dia beli banyak dan mungkin tak kena dengan tekak mereke sefamily, so dia bagi ler 12 bijik kat aku......
YAAAA.... jawapannyer ialah Kuih Tat Sungai Choh @ Tat Kelapa ..... kuih tradisional orang Bengkulu....sesapa nk rasa kuih ni, pegilah ke Kg Sungai Choh Rawang...he,he......
Jumaat, 2 Oktober 2009
Fruit Salad
Meh tengok ada buah apa kat dalam tu??? JAWAPANNYA..... epal hijau, betik, mangga, oren, anggur, prun
Sesiapa yang teringin tu, pegi lah buat sendirik.......
Khamis, 1 Oktober 2009
Pulut Durian
Makan ngan pulut dan santan...fuhhh....sedap sungguh...lepas ni kalo angin sana sini, sendiri tanggung lah kan !!!
Ada sesiapa yang teringin atau terliur ker??? pegilah cari durian. kat KL skang ni pun dh melambak.....