Selasa, 29 Disember 2020

Takoyaki

Assalamualaikum semua pengunjung blog CKak. Apa khabar. Dah selasa hari ni. Sekejap sahaja masa berlalu dan 2020 bakal meninggalkan kita. Banyak sungguh kenangan 2020 ni kan? hehehe....



seronok edit gambar, sampai tersilap.
Abaikan perkataan negeri tu yer, sepatutnya NEGARA



OK... CKak sekeluarga memang suka makan takoyaki ni. So belajar la buat sendiri.


TAKOYAKI HOMEMADE
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
1 kiub pati ayam
1 sudu teh garam
2 cawan air
Sedikit kicap utk bagi rasa

Inti :
Hirisan daun bawang secukupnya
Kubis / lobak merah - hiris dadu
Isi ketam / udang / ayam / sotong - masak @ celur terlebih dahulu

Bahan hias :
Mayonis
Sos cili @ sos takoyaki
Bonito flakes

1. Satukan semua bahan adunan. Kisar @ bancuh hingga sebati dan tidak berketul.
2. Letak adunan ke dlm botol bagi memudahkan proses menuang.
3. Utk menyediakannya, ambil acuan kuih cara dan oleskan dgn sedikit minyak.
4. Masukkan bancuhan tepung hingga separuh acuan.
5. Kemudian masukkan bahan inti secukupnya.
6. Sengetkan kuih slm acuan dan masukkan bancuhan tepung lagi sampai dapat bentuk takoyaki bentuk bulat (jika pakai acuan takoyaki) atau bujur (jika pakai acuan cara).
7. Golek2kan takoyaki hingga masak dan sedikit garing.
8. Angkat dan paipkan mayonis, sos serta bonito flakes secukupnya.
 

Selamat mencuba.



Kalau suka, anda juga boleh buat sos takoyaki.

Bahan-bahan
Sos tomato
kicap cair, sos ikan
Gula, cuka
Halia, bawang putih (tumbuk lumat)
Sos worcestershire

masak semua bahan-bahan ini hingga mendidih, kemudian tapis sos. Masak kembali sehingga pekat. Boleh letak tepung gandum untuk pekatkan kuah. Rasa ni korang boleh adjust sesedap rasa.



Ok...sampai sini dulu. Selamat Menjalankan Tugas Harian. Moga dipermudahkan segala urusan kalian. BYE !!!

Isnin, 28 Disember 2020

Mee Goreng Mamak

Assalamualaikum !

Inilah menu yang sering CKak order bila lepak mamak 😛 hahaha. Tapi kan, bukan semua kedai dapat jual mee goreng mamak yang sedap. Dulu ada satu kedai mamak di Taman Kota Cheras. Ckak suka mee goreng dia. Sekarang ni plak Mee Goreng dari restoren Miraasa Taman Puncak Jalil. Kedai lain kureng kick.


Kadang-kadang bila kerja banyak, Ckak suruh jer si along gi tapau Mee Goreng. Tapi makan depan pc ni agak bahaya. Perut tengah lapar, dan kerja yang menimbun memaksa kita habiskan mee goreng tanpa sedar 😜

ok lah...kat sini Ckak share resepi mee goreng mamak dari arwah Mamak Haji. Alfatihah buat Mamak Haji yang tak lokek kongsi resepi hinggalah ke akhir nafasnya.

RESEPI MEE GORENG MAMAK
.
Penyediaan perencah/ pes pedas Mee goreng Mamak:
.
Bahan-Bahan Untuk digoreng dgn minyak dan dikisar halus:
1/2 kg kacang tanah.
150 gm cili kering - goreng jgn sampai hangus - agak garing.
100 gm udang kering geragau direndam 5-10 minit, bersihkan dan ditos.
1 genggam kacang dhal (paruppu).
4 ulas bawang putih.
100 gm sotong kering direndam dan dikisar halus. (tidak goreng).
.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Goreng bahan-bahan di atas dengan aturan bawang putih, kacang tanah, paruppu, cili kering, akhir sekali udang kering geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama sotong kering dan air kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas dengan sedikit minyak sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan) dengan masukkan sekali bahan-bahan ini:
- 3 sudu besar (tbsp) gula.
- 2 Sudu besar sos cili.
- 2 Sudu besar sos tomato.
- sedikit air asam jawa, dan garam.
Rasa kepedasan pes anda, sekiranya pes anda rasa pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak mahu mee goreng masin. Kadang-kala mee memang bubuh garam. Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Pes atas boleh digunakan untuk 1 kg mee kuning. Pes ini perlu testing untuk sepingan mee untuk dapatkan nisbah yg tepat. Mee goreng mamak ini tak jadi sekiranya tidak gunakan sekali dgn PES MANIS SEPERTI KUAH PASSEMBOR atau Kuah rojak mamak. Jadi cuma mamak haji berikan pes kuah manis yg telah ubah suai.
.
RESEPI PES MANIS UTK GORENG MEE:
1/2 kg. ubi keledek berwarna oren,dibuang kulit dan rebus (kalau ubi putih gunakan pewarna oren merah, pewarna oren merah serbuk ini satu kemestian yang perlu ada, kalau ingin masak lauk-pauk mamak . Ubi masih dalam panas-panas lenyek. Air rebusan ubi boleh digunakan untuk kisar ubi. BAHAN UNTUK PENYEDIAAN PES: 3 ulas bawang putih , 5 biji bawang merah (kecil). Goreng bawang putih dan bawang hingga layu. Kisar bawang putih dan bawang bersama dengan dengan ubi tadi. masukan semua bahan tadi telah dikisar, masukkan dalam periok dan masukkan 4 cawan air dan masak hingga mendidih, bila sudah mendidih kecilkan api, ambil lebih kurang 2 sudu besar (tbsp) asam jawa dan perahkan dengan 1/2 cawan air, tapis dan masukkan dalam kuah yang sedang masak. Masukkan gula sebanyak 5 sudu besar (peh!.). Kuah ini memang manis sedikit dari kuah yang lain. Masukkan garam secukup rasa.
.
Bila perencah anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee goreng longgok.
1 cekak mee kuning.
Sedikit taugeh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1".
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair. Selalunya untuk tambah keasinan mee.
dihiris (kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).
.
CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air sirap...tak masin sangat, tak pedas sangat dan tak pula manis...hahaha).
Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4 minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.
.
Selamat Mencuba 😘 ~~
.
credit:Mamak Haji-Original


 
 
Ok lah, sampai sini dulu. Selamat Mencuba !

Ahad, 27 Disember 2020

Ayam Korea bersama Mee Ramen

Assalamualaikum, salam hari Ahad buat semua !

Hari ni CKak blur nak masak apa. Hari-hari makan nasik pun boring gak. Fikir punya fikir, selak segala buku resepi, jumpa la ayam korea ni. Lama juga tak buat. Ok, onzzz !




 Mula-mula, kalian kena buat sos koreanya atau Sos Gochujang. Kalau malas nak buat, boleh beli di Aeon di bahagian makanan Jepun.
 
Resepi sos gochujang halal 
- 1 senduk tauchu di kisar halus
- 3 senduk tepung pulut
- 1 1/2 cawan air
- 1/2 cawan serbuk cili babas
- 3 senduk senduk madu
- 1 senduk sos tiram
- 1 senduk kicap manis
- 2 sudu gula pasir
- 1 sudu garam halus
- 2 biji balang saiz sederhana
 
Cara buat sos gochujang halal.
- masukkan tepung pulut bersama tauchu di kisar ke dlm periuk atau kuali. Jgn hidupkan api lagi
- masukkan air dan kacau sebati, selepas tu masukkan madu & gula
- hidup kan api sederhana pelahan sambil
Gaul2 sebati masukkan sos tiram dan
kicap manis
- masukkan garam dan kacau hingga mendidih likat kuah sos gochujang
- sejukkan dan masukkan kedalam balang
 
Bahan bahan perap ayam :-
- 15 ketul sayap / drummet dicuci bersih
- halia di tumbuk halus
- bawang putih 5 ulas ditumbuk halus
- serbuk lada hitam 1 sudu
- garam 2 sudu kecil
 
Cara :-
- gaul sekata dan perap selama 15-20minit
 

Bahan utk goreng ayam :-
- Telur ayam 2 biji
- Semangkuk tepung bestari pedas
Cara mengoreng :-
- Celup ayam yg diperap ke dalam telur & sadur dengan tepung bestari
- Goreng dgn api sederhana besar ( supaya minyak xmenyerap dlm tepung )
- angkat dan toskan minyak apabila ayam sudah masak garing kekuningan.
********************
Bahan utk mengaul:-
- hirisan halia 1 inchi
- hirisan bawang putih 3 ulas
- hirisan cili api 3 tangkai ( option kalau suka pedas )
- 3 sudu minyak masak
- 3 senduk sos gochujang
- satu sudu bijan
- air 1 senduk
 
Cara memasak & mengaulkan ayam bersama sos gochujang:-
- panaskan kuali dgn api sederhana, masukkan 3 sudu besar minyak
- masukkan hirisan halia dan bawang putih...
- tumis naik bau, masukkan sos gochujang 3 senduk, masukkan air 1 senduk.
- Gaul2 dan masukkan hirisan cili api dan gaul sebati
- masukkan ayam yg telah digoreng dan gaul sebati
- angkat ayam yg telah bersalut sos gochujang kedalam bekas, dan taburkan bijan diatas ayam..


Ok, bila ayam dah siap, kita ketepikan dulu. Nak makan dengan apa yer? nasi dah boring, so kita makan dengan mee ramen.


 
Ramen ni Ckak buat tak pedas pun. Kalau nak dibandingkan dengan yang dalam cup tu memang pedas nak mati. Hehehehe.... Ni  tumis bawang putih bersama minyak bijan, masukkan gochujang sos sikit, kemudian tambah la sesedap rasa segala sos tiram dan kicap. Kang tak hitam, anak-anak akan pertikaikan plak 😛 Ok..siap. Tak perlu sotong, udang ayam bagai sebab kita nak makan dengan ayam korea tadi.



Bagi yang nak share resepi di FB dan socmed yang lain, silakan, tp beri kredit kepada yang empunya gambar. Ini pakai ambil jer, pastu claim gambar dia. 
 
Ilham Resepi, Buku Resepi, Koleksi Resepi Kuih Muih, jadilah   admin yang bertanggungjawab !!!


Ok...sampai di sini dulu. Selamat berhari minggu !! 

Sabtu, 26 Disember 2020

Ayam Vanggey

Assalamualaikum. Salam Sabtu buat semua pengunjung blog CKak. 

Sapa sini suka masakan ala2 mamak? CKak sekeluarga memang suka lauk-lauk ala Rajinikanth ni 😜😜 hahahaha

Ok.. hari ni Ckak masak Ayam Vanggey. Dalam bahasa Tamil, Vanggey bermaksud 'mari'. So nama masakan ini berkemungkinan menggamit orang untuk menikmati hidangannya. 

 



Ayam Vanggey
Bahan
1 ekor ayam dipotong 12 dibersihkan dulu kemudian digaram kunyit sedikit saja n digoreng masak.
Bahan kisar dgn 1 cawan air
20 biji cili kering direbus dulu
Bahan kisar
2 bawang besar
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
2 btg serai
4 in halia..
 
Bahan tumis
3 bunga lawang
2 kulit kayu manis
3 pelaga
4 bunga cengkih
3 pelepah daun kari.
Bahan rempah
6 sdb serbuk kari daging Babas
10 sdb serbuk cili,kena guna Babas utk rasa yg seakan-akan.
Bahan lain
1 cawan gula merah
5 sdb serbuk secukup rasa Megi.
 
Cara
Masukkan 2 senduk minyak masak,masukkan 4 sekawan,kemudian diikuti daun kari,biar wangi,kemudian masukkan cili kisar,masak 20-30 minit sehingga cili betoi2 masak.
Kemudian masukkan bahan kisar,masak lagi 10-15 minit
Kemudian masukkan rempah kari n serbuk cili,
masak lagi 15 minit,
Masak dgn api perlahan biar sehingga minyak bertakung.
Masak lama tak apa lagi sedap sb semua bahan dh masak elok.
Masuk gula merah, serbuk secukup rasa, kacau bagi sebati baru masukkan ayam.
Masa ini kuatkan api.
Gaul kuah ke atas sehingga kuah n ayam berpalut.



Dan ini pula lawannya. Kuah Dhal Bayam. Kat rumah ni, sayur bayam jika dimasak bening memang tak laku. Tapi kalau dimasak dengan kuah dhal begini, licin laa. Agaknya anak-anak maukan mak dia kerja lebih kot 😉 Resepi kuah dhal bayam ni memang selalu Ckak share di blog ni. 

Kuah Dhal Bayam
Bahan-bahan
2 genggam kacang dhal - basuh dan rendam
1 bj bawang besar- dibelah 4
1 sk serbuk kunyit
1 mangkuk sayur bayam yang dipotong2 kecil
1 bj telur
1 bj cili hijau,merah- dipotong2
1/8  cawan santan pekat
garam dan perisa

Bahan penumis
-2 ulas bawang merah- hiris
1 ulas bawang putih- hiris
2 tangkai cili kering- dipotong2
1 tangkai daun kari
1/4 sk jintan manis
1/4 sk jintan putih
1/4 sk biji sawi

Cara-cara
kacang dhal direbus bersama serbuk kunyit  hingga pecah/hancur. Kemudian masukkan bawang besar yang dibelah 4. Biar bawang masak sikit kemudian masukkan santan. Bila dah mendidih kali kedua, masukkan cili merah dan hijau yang dipotong2. Biar sekejap dan masukkan sayur bayam. Biar sampai bayam layu dan bolehlah dimasukkan telur. Pecah2 telur agar sekata dengan kuah. Kalau nk sebijik-sebijik pun bleh.
(sapa yang suka bayam hancur, boleh la lecek2 kan sayur bayam tu sampai hancur dan sebati dengan kuah )
Bila telur dan masak, bolehlah ditutup api dan tutup periuk tadi. Ketepikan.

Ok...kuah dh siap..ketepikan dan kita panaskan plak kuali. Masukkan sedikit minyak dan tumis jintan manis, jintan putih, bawang merah dan bwang putih sampai kuning. Kemudian masukkan cili kering dan daun kari
** cili kering x bleh masuk awal2, nanti hangus
Kacau sekejap dan buka tutup periuk kuah dhal tadi. Terus masukkan bahan yang ditumis tadi kedalam periuk dhal dan kacau cepat2. Kemudian tutup kembali tudung periuk dan biarkan sekejap dlm  5-10 mnit.  Siap... dan bolehlah dihidangkan ...

Senang kan !!!

Jumaat, 25 Disember 2020

Nasi Lemak Nostalgia

Assalamualaikum. Selamat pagi. Salam Jumaat !

Berapa harga nasi lemak daun pisang di kawasan anda sekarang ini? rata-ratanya berharga rm2.00 dengan nasi lemak, sambal tumis bilis, sepotong timun, beberaoa biji kacang goreng dan telur rebus. 

Bagi Ckak, paling seronok menghidu aroma nasi lemak ini bila dibuka bungkusannya. Ermmm....perut yang kenyang pun boleh jadi lapar semula.




Hari ini Ckak tak mahu kongsi resepi nasi lemak, kerana semua orang tahu buat nasi lemak kan? CKak cuma nak share pengalaman makan nasi lemak paling sedap. Hehehehe....


Nasi lemak bungkus plastik ini paling nostalgia. Sekitar tahun 1983-1988 ada sebuah gerai kecil di Pekan Karai menjual nasi lemak bungkus dalam plastik begini. CKak letak nama Nasi Lemak Kedai Pak Ali. Biasanya Cik Yah yang bungkus, pak ali buat air, Kuih-kuih pun ada. Mee goreng atau bihun pun sama, dibungkus dalam plastik begini. Sedap semuanya. CKak tak dapat lupakan sampai bila-bila. 



Khamis, 24 Disember 2020

Roti Sosej Cheese

Assalamualaikum !!

Oh...its again and again ! sampai la jemu. Opsss...tak jemu kot kalo cheese selambak gini.

Asalnya beli roti sosej ni Ckak nk buat roti john, tapi tak kesampaian nampaknya. Tekak lebih  menggamit  kepada roti cheese sosej.



Resepi macam biasa. Sosnya Ckak buat lebih dan frozenkan. Nak makan, cuma defrost. Kali ini Ckak tambah bake bean dalam roti roti tu. Lebih ummphh !!



Bahan-bahan
 * 3 ulas bawang putih
* 1 biji bawang holand
* 1 biji lobak merah
* 1 peket daging cincang
* 2 sudu besar serbuk cili merah/cili kisar
* 4 sudu sos tomato
* 2 sudu kecil serbuk jintan manis
* 2 sudu kecil serbuk kari
* 1 sudu kecil serbuk lada hitam
* garam secukup rasa
* gula secukup rasa
* 1 cawan air.
 
Bahan2 lain
* Roti sosej
* Sosej (cari yang mahal sikit sebab texture sosej murah berbeza)
* slice cheese
 
Cara-cara
1. Tumiskan bawang holand, bawang putih, lobak merah dan daging cincang dengan minyak panas sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan2 yang lainnya dan gaul sebati.
3. Masak sehingga kuah tak terlalu pekat yer, sedang2 elok saja.
4. Jangan lupa perasakan dengan gula dan garam ikut selera masing2.
5. Bolehlah dihidangkan bersama roti sosej dan sosej yang telah di stim terlebih dahulu ikut keretiviti masing2 yer.
Selamat mencuba...



 
 
 
Ok..sampai sini dulu. Buat admin page masakan FB tu, nak copy gambar dan resepi orang, tak salah, tapi berilah kredit pada empunya resepi dan gambar. Jangan main 'claim' jer yang gambar tu kengkonon ko yang punya !! Fed up lah isu curi gambar yang tak berkesudahan ni. 


BYE !!

Rabu, 23 Disember 2020

Keli Salai Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum !!

Hari ni Ckak tayang Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Padi bersama pucuk ubi. Perghh...panjang namanya kan! hehehe...

Keli belakang rumah (organik). Baru bersaiz lengan akak ni jer, tapi akak dah tangguk ambil dia. Dah siang, cuci bersih, akak salai atas dapur. Malas nak hidupkan arang bagai. Disebabkan air fryer akak tak muat nak masuk ikan, so akak salai atas dapur jer. Berasap jugak la dapur akak. Hahahaha

Sementara tu, akak rebus pucuk ubi sampai masak. Ok...ketepikan dua bahan utama ni. Kita buat rencah masak lemak cili api yer.




Resepi senang jer dik oiii

Tumbuk cili padi kunyit hidup dan garam kasar. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Tambah asam keping

Masak cili tumbuk tadi hingga mendidih untuk hilangkan bau 'maung' cili tu. Kemudian barulah masukkan santan. 

Bila santan dan mendidih, perlahankan api, dan masukkan pucuk ubi yang kita dah rebus tadi. Lepas tu boleh la masuk keli salai. 

Rasakan garam, asam semua sekali. Dah siap !!

Ckak suka masa hidangkan tu, perah sikit limau nipis. Perghhh...sedap korang oiii
 
 
 
Ni sandwich telur akak buat pagi tadi. Guna roti gandum penuh lebih sihat kan? hahahaha... saja la beli roti ni, anak-anak makan jer kalau dibuat sandwich



Tapai pulut dibalut dalam daun getah




ni  lawan Keli Saladi Masak Lemak Cili Api tadi. Yezzaaaa... Ikan Pekasam !

Ok...sampai sini dulu. SELAMAT MEMASAK BUAT SEMUA !!

Selasa, 22 Disember 2020

Putu Mayam

Assalamualaikum



 
 
Resepi
2 cawan air
2 cawan tepung beras
Sedikit garam
1sdk minyak 
 
Cara-cara
Menidihkan air, campurkan garam dan minyak. Tutupkan api.Tuang tepung sedikit2 dan gaul sebati.
Tekan acuan putu mayam diatas daun pisang dan kukus 2-3 minit . Angkat dan biarkan kerimg. Bila kering pidahkan dari daun pisang dengan hati2.
Sedap dimakan dengan kelapa putih dan gula melaka/perang.
 



Ok, sampai sini dulu.

Isnin, 21 Disember 2020

Seafood Masam Manis

Assalamualaikum 

 Apa khabar blogger sekalian ? terima kasih kerana singgah di blog CKak yang update nya kadang-kadang, jarang-jarang 😁😅

 




 
RESEPI SEAFOOD  MASAM MANIS😉
 
Udang, Sotong, Lala, Kupang secukupnya
*cabai kering (blend)
*bawang putih 3ulas(potong dadu)
*serai 1batang(potong halus2)
*sos tomato
*sos tiram
*sedikit kicap pekat
*gula
*garam (jika perlu)
*tumis bawang putih smpai wargai.
*masuk 2 seduk besar cabai kering(masak smpai pecah minyak)
*masuk 2sudu besaq sos tiram
*2 sudu besaq sos tomato
*1 sudu kecik kicap pekat
 *masuk seafood,  masak sampai terbuka lala, kupang tu (guna api slow)
*perasa gula
*garam jika perlu sebab sos tiram dan kicap dah masin...
Siapppp..




Ni lawan dia dengan telur dadar, sambal belacan dan ulam timun. Cukup !! 



Opsss... Ada jugak kailan ikan masin ,😊

Ok...sampai sini dulu. 

Sabtu, 19 Disember 2020

Apam Beras

Assalamualaikum


Hari rajin CKak, ada apam beras untuk makan-makan depan tv sambil tengok ulangan drama-drama Kampung Pisang 😛 hahaha


Sebenarnya CKak suka mencuba pelbagai resepi apam. Kali ni lain pula resepinya

Apam Beras

Bahan-bahannya:
1 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg beras cap teratai.
1 1/4 cawan air (satu + satu per empat cwn air)
3/4 cwn gula
1 sudu kecil mauripan
1 peket eno biru





Kisar nasi, gula dan mauripan bersama air hingga halus.

Tuang dalam bekas besar. Letak tepung kacau sebati. Perap hingga nampak naik atau berbuih.

Kacau-kacau hingga buih tu turun, tuang eno sampai habis. Kacau-kacau lagi sampai sebati. Biarkan.

Masak air kukusan hingga naik wap. Sebelum kukus, kacau-kaca dulu, tuang dalam acuan. Kukus selama 10 minit.

Selamat mencuba!





Ikut kreativiti lah korang nak warnakan apam ni yer. Ckak suka 2 warna. Dan kalau tak mahu letak dalam bekas berbunga ni pun boleh. Masuk jer dalam bekas lompang.





Hanya ini sahaja yang dapat diselamatkan. Kalau buat kuih dan si tahu, kejap-kejap dia akan ke dapur, belum sempat sejuk dia dah ambil 1, bawak ke depan dan kemudian makan. Adik-adik pun tengok dan ikut jejak langkahnya. Di suruh belajar buat tak nak plak. ðŸ˜Đ Adoiii siapalah nak kawin dengan anak aku ni? ðŸ˜Ĩ




Ok..sampai sini dulu. BYE !!!

Jumaat, 18 Disember 2020

Mee Kari

Assalamualaikum




Bahan²
Mee Kuning
Rempah kari
Daun kari
Santan ( sy guna kelapa fresh )
Bawang putih * ( blend )
Bawang merah * ( blend )
Halia * ( blend )
Cili kering di blend
Ayam ( potong kecik )
Fish ball
Fish cake
Tauhu kering
 
Cara²
1. Panaskan minyak, masukkan daun kari dan tumis bahan bertanda * ( diblend )
2. Masukkan rempah kari , tumis hingga pecah minyak
3. Masukkan cili kering diblend
4. Bila rempah semua dah pecah minyak, masukkan potongan ayam.
5. Masukkan air sedikit , biarkan mendidih .
6. Masukkan santan & perlahankan api . Kacau sekali sekala untuk sebatikan bahan.
7 Masukkan fishball, fishcake, udang , isi kerang, lala, ketam (suka hati la nak masuk apa ) 
8. Last sekali masukkan tauhu kering. Yang nie sy masukkan sedikit shj sebab tauhu kering nie serap banyak kuah . CKak lebih suka tauhu kering ni di goreng. Nanti nak makan, rasa rangup jer. 
9. Jangan lupe perasakan dgn garam dan cukup rasa.


Bahan hiasan:
Sawi dicelur
Taugeh ( fresh )
Telur rebus
Daun bawang / sup
Cili besar merah
Cili kecil hijau
Limau kasturi
Kerang ( boleh juga nak asingkan atau letak terus dalam kuah, tp CK suka kerang buat sambal tumis ) 
Boleh lah masukkan mee yg dah dicelur dan kuah ke dalam mangkuk . Letakkan bersama bahan² hiasan ye.
Sedia untuk dimakan & selamat mencuba
ðŸĨ°



Ok.. sampai sini dulu. Selamat mencuba 

Khamis, 17 Disember 2020

Ayam Kicap ala 3 Budak Gemok

Assalamualaikum blogger yang singgah. Hari ni Ckak tayang ayam masak kicap jer la yer. Walau nampak ringkas, tapi inilah juadah yang disukai oleh anak-anak akak. 





Akak nampak Mar Manaf tayang lauk ayam ni semalam berserta resepinya. Senang juga resepinya. Dan pagi ini, akak pulak masak. Apsal nama 3 budak gemok ek? kat rumah akak ni cuma ada 2 budak gemok jer.

 RESEPI AYAM KICAP ala 3 BUDAK GEMOK
 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
3 tangkai daun kari
Setengah ekor ayam (dipotong kecil)
Garam + serbuk kunyit
2 sudu besar sos tiram
1 cawan kicap lemak manis JALEN
Minyak untuk menggoreng ayam.
 
Cara memasak
💐 Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit. Perap selama 15 hingga 30 minit.
💐 Goreng hingga separuh masak. Angkat. Ceduk minyak hingga tinggalkan setengah cawan di dalam kuali tadi.
💐 Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumiskan d2ngan lebihan minyak tadi.
💐 Masukkan daun kari. Tumis hingga naik bau.
💐 Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau rata. Agak pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau rata.
💐 Hidangkan bersama nasi putih yang panas dan enak dimakan bersama sambal belacan dan ulam pilihan anda..hmmmm sedapppp... ðŸĪĢ
Selamat mencuba..
 
 
 
 
Haaa, senang kan masaknya? SELAMAT MENCUBA !!!

Rabu, 16 Disember 2020

Americano Chili Cheese Bun

Salam... Hari ni tayang bun plak. Eh

Ini bukan korean bread yg viral tu yer.. hahahaha Asyik korea jer, jomlah pegi US plak. Hehehe..




Sebenarnya, roti ni CKak beli jer...beli jer roti hotdog tu.. kemudian isikan inti. Benda senang, buat apa keluar peluh uli tepung. Hahahahaha




Bahan-bahan
 * 3 ulas bawang putih
* 1 biji bawang holand
* 1 biji lobak merah
* 1 peket daging cincang
* 2 sudu besar serbuk cili merah/cili kisar
* 4 sudu sos tomato
* 2 sudu kecil serbuk jintan manis
* 2 sudu kecil serbuk kari
* 1 sudu kecil serbuk lada hitam
* garam secukup rasa
* gula secukup rasa
* 1 cawan air.
 
Bahan2 lain
* Roti sosej
* Sosej (cari yang mahal sikit sebab texture sosej murah berbeza)
* slice cheese
 
Cara-cara
1. Tumiskan bawang holand, bawang putih, lobak merah dan daging cincang dengan minyak panas sehingga naik bau.
2. Masukkan bahan2 yang lainnya dan gaul sebati.
3. Masak sehingga kuah tak terlalu pekat yer, sedang2 elok saja.
4. Jangan lupa perasakan dengan gula dan garam ikut selera masing2.
5. Bolehlah dihidangkan bersama roti sosej dan sosej yang telah di stim terlebih dahulu ikut keretiviti masing2 yer.
Selamat mencuba...



Ok, dah ada resepi tu, selamat lah Mencuba !!


 
Ada pun 4 bijik jer...hahahaahahaha.... so jangan mintak yer !!

Isnin, 14 Disember 2020

Nasi Dagang

Assalamualaikum, selamat pagi Isnin

Jom mulakan hari dengan sarapan enak, warisan berzaman. Takkan nak breakfast dengan cereal jer kan? sesekali tukar la selera.




Resepi


Bahan-bahan untuk Nasi: -
3cwn beras Nasi dagang beli kat shopee (rendam 3jam je)
1 1/2 kotak santan (1/2 kotak utk santan cair,1 kotak (200ml) tu utk santan pekat)
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
2 in halia


Cara cara :
1. Beras rendam 3jam
2. Kukus beras Nasi dagang tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.(nk thn lama kukus lg skjp)
7. Boleh dihidangkan




Resepi Gulai Ikan Kayu/Tongkol:
Rebus Ikan bersama beberapa asam keping,cuka dan juga garam..
Jangan buang air rebusan

Bahan-bahan gulai :
2 hiris lengkuas (dikisar)
1 hiris halia (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
3 sudu cili mesin
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram...sy pakai babas je sbb xde
1 liter santan
1 sudu kerisik
4 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi
sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!




Resepi Acar Timun:-

Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang
- SEMUA dihiris memanjang
garam
gula
cuka.
Cara-cara:
1. Gaul sebati dan dihidang


Ok...dah makan makanan berkalori tinggi tu, marilah minum air lemon, air halia ataupun delima. Sentiasa ada dalam chiller CKak tu. Harga mampu minum dan murah-murah jer. Hehehehe

Ok...sampai sini dulu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...