Rabu, 29 Ogos 2018

Khasiat Teh Cina

Salam

Panas-panas ni kan, jom lah minum teh. Ok...di sini CKak share kebaikan teh. Baca yer !!


Teh mula ambil sebagai minuman harian sejak beribu tahun dahulu di China, Korea dan Jepun. Masyarakat di Barat mula minum teh sejak abad ke 16 pada era penjajahan kolonial .Maharaja China , Shennong telah menggunakan teh sebagai minuman tonik kesihatan 5000 tahun dahulu. Pada zaman sekarang, teh adalah minuman yang paling banyak diminum diseluruh dunia. Di Malaysia , minuman ‘Teh Tarik’ amat popular sebagai minuman harian masyarakat pelbagai kaum.


Teh banyak ditanam di tanah-tanah tinggi diseluruh dunia dan terdapat pelbagai jenis teh seperti teh hitam, teh hijau, teh putih, oolong teh dan sebagainya. Nama saintifik tumbuhan teh ini adalah ‘Camella sinensis’ yang menjadi asas kepada semua jenis teh. Perbezaan rasa dan khasiat teh bergantung kepada tanah tempat ia ditanam, cuaca, ketinggian tanah dan proses penghasilan teh tersebut.

Teh tidak mengandungi sebarang zat mineral, vitamin, protin, karbohidrat, garam, kolestreol atau lemak. Kandungan kalorinya juga amat rendah iaitu hanya 2 kalori setiap 237 gram. Ia juga mengandungi kafein. Teh mengandungi anti oksidan yang tinggi iaitu polifenol dan flavanoid (theaflavin, epicatechin, pigallocatechin, epigallocatechin-3-gallate) yang memberikan teh khasiat kesihatan yang baik. Kajian juga menunjukkan teh hijau mengandungi kandungan anti oksidan yang lebih tinggi berbanding teh hitam. Anti oksidan membantu melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel-sel tubuh manusia.

Menurut kajian oleh Dr J.Weissburger dari Institut of Cancer Prevention, New York, teh mengandungi anti oksidan lapan hingga sepuluh kali lebih tinggi dari buah-buah-buahan dan sayur-sayuran.Kajian oleh Dr Weisburger juga menunjukkan polifenol dalam teh mampu mencegah kerosakkan DNA akibat dari merokok dan bahan kimia lain. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan apabila teh dicampur dengan susu atau krimer, maka kesan anti oksidan akan berkurangan. Oleh itu, lebih baik minum Teh ‘O’ daripada minum Teh Tarik. Untuk mendapat faedah kesihatan yang lebih baik, maka minum teh tanpa gula adalah digalakkan seperti minum ‘teh cina’.
Walaupun terdapat kajian mendapati tiada faedah kesihatan yang baik dengan minum teh setiap tetapi terdapat lebih banyak kajian yang mendapati kaitan yang sebaliknya. Lebih banyak kajian sains menunjukkan, jika seseorang minum teh setiap hari, ia akan menurunkan risiko mendapat kanser, serangan jantung, darah tinggi, strok, menurunkan paras kolesterol LDL dan Alzheimer.

Kandungan anti oksidan dalam teh dipercayai menurunkan risiko mendapat penyakit jantung dan angin ahmar dengan menurunkan paras kolesterol, stress oksidatif dan meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah. Teh juga boleh mencegah masalah pengerasan saluran darah (atheroslcerosis) dan menurunkan paras trigliseride. Menurut analisis statistik , dengan minum teh setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat serangan jantung sehingga 11%. Kajian ini dibuat selama lima tahun kepada 805 lelaki yang mendapati mereka yang minum teh setiap hari mempunyai risiko kematian akibat strok dan serangan jantung yang lebih rendah.

Minum teh juga boleh mencegah kanser kerana anti oksidan dalam teh akan melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Kajian mendapati minum teh setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser paru-paru, ovari, mulut,kulit, pankreas, rektal dan usus.

Satu kajian keatas perokok yang diberi minum teh hijau yang dinyah kafein sebanyak empat cawan setiap hari, mendapati terdapat 31% penurunan kerosakan DNA akibat merokok berbanding perokok yang diberi minum air kosong sahaja.

Pada tahun 1998, satu kajian dibuat keatas pesakit kanser payu dara tahap I dan II di Jepun. Mereka di berikan minuman 5 cawan teh hijau setiap hari selepas didiagnos mendapat kanser ini. Pesakit-pesakit ini menjalani rawatan yang sepatutnya dihospital. Hasil kajian ini mendapati kanser payu dara mereka tidak berulang dan tempoh bebas kanser adalah lebih panjang.

Minum teh setiap hari juga didapati boleh menjaga kesihatan mulut dengan mengurangkan pembentukan plak gigi dan mengurangkan pembiakan bakteria mulut yang menjadi punca mulut berbau. ‘Teh putih’ juga boleh mengurangkan masalah ‘karat gigi’ berbanding teh hitam atau teh hijau.

Kajian kepada 81,093 wanita yang minum teh setiap hari mengurangkan risiko sehingga 8% mendapat batu karang buah pinggang. Kajian yang serupa keatas 46,289 lelaki sebelumnya juga mendapati penurunan risiko sehingga 14% mendapat masalah yang sama.

Teh juga amat baik untuk menurunkan berat badan. Kajian awal mendapati , teh meningkatkan metabolisme tubuh, memecahkan lemak yang terkumpul, meningkatkan toleran semasa senaman dan mengurangkan selera makan. Teh membantu aspek ini dengan meningkat penggunaan insulin, glukosa dan menghasilkan lebih banyak haba.

Teh juga boleh mengurangkan masalah reput tulang (osteoporosis). Ini berdasarkan satu kajian yang mendapati wanita yang minum teh setiap hari mempunyai densiti mineral tulang (BMD) yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak minum teh.
Wallahualam
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI),FAGE
Pengamal Perubatan Am
Pengkhususan Estetik, Anti Aging dan Perubatan Regeneratif

Selasa, 28 Ogos 2018

Aneka Bun Murah

Assalamualaikum, jumpa lagi di hari Selasa yang indah ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini yer !

Ok...hari ini CKak up lagi aneka jenis roti yang menjadi kegemaran para pelanggan akak. Dua jenis roti ini dibuat setiap hari, walaupun badan tak brapa nk sihat. Meskipun hujan lebat turun di awal subuh, dan hati rasa macam nak sambung tidor. Huhuhuhu......



Roti sosej ini sentiasa menjadi kegemaran semua tak kira peringkat umur. Dengan sedikit sos lada hitam, cili dan mayonis, ditabur cheddar cheese, roti sosej ini adalah antara roti yang cepat 'sold out' dan menjadi pilihan utama pelanggan yang menempah  bagi majlis mereka.


Roti Sosej ni juga antara kegemaran budak-budak sekolah. Selalu habis cepat. Kata mereka walaupun di kantin sekolah ada jual, tapi tak sama macam roti yang CKak jual ni. Yer la anak oii, roti makcik ada tabur cheese, dan harganya jauh lebih murah dari kantin atau koperasi sekolah. Mana nk cari macam ni kannnn????



OK..ada yang berminat nk menempah. Semua roti berharga rm10 untuk 8 biji roti. Boleh campur-campur aneka jenis roti (sosej, pizza, kacang merah, kaya, strawberry, bluberry, chicken floss, sardin dan coklat) Namun, bukan setiap hari CKak buat semua jenis roti2 tu. Maklum la, akak utamakan kegemaran budak2 dulu. 

boleh wassap untuk menempah yer 017 3617857  atau boleh lawat page Facebook di CK Food . Perkhidmatan penghantaran disediakan untuk kawasan Seri Kembangan, Serdang, Puchong, Petaling dengan caj minimum. Terima kasih 

Isnin, 27 Ogos 2018

Sarapan Sihat Permulaan Hari


Assalamualaikum

Puas beraya kan? jenuh dah makan sup daging, gulai kawah, mee tulang bagai, hari ni kita kembali ke objektif utama untuk sihat dan kurus. Masa di kampung, abang CKak ada la tegur, katanya pipi makin berisi. Adusss...terus tak jadi nk suap nasi, ganti dengan lemang laaa....kahkahkahkah 



Sarapan?? errrrrmm.....ini boleh dikategorikan sebagai lunch jugak la sebab dah hampir pukul 12 baru nk makan. Sibuk siapkan tempahan roti dan masak lunch. 

GAMBAR: Roti wholegrain purple (gardenia), sebiji epal hijau, beberapa potong timun, telur separuh masak dan teh hijau. Ni bukan atkins yer. Ni plan diet sesuka hati. Hehehe



Hari ini aktiviti meroti kembali seperti biasa setelah hampir seminggu berehat. Bestnyerrrrr !!! 
Nak tempah roti? lawatilah page akak CK Food di FB yer. Harga murah2 jer 



Sabtu, 25 Ogos 2018

Kuetiau Daging

Salam, berjumpa lagi. Lapar plak malam-malam ni. Jom kita masak



Ok...mari semak resepi

1. Kuew teow sebungkus
2. Daging yang dihiris nipis
3. 2 ulas bawang putih dicincang halus
4. Cili padi, cili merah
5. Lada sulah
6. Kicap pekat
7. Kicap cair
8. Sos Tiram
9. Kiub pati daging
10. Fish Sauce
11. 2 biji telur
12. Tauge
13. Sedikit tepung jagung

==========
Langkah 1
==========

Perap daging dengan 1 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu kicap cair + lada sulah + sedikit minyak dalam 10 minit.

===========
Langkah 2
===========

- Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan

- Masukkan daging dan goreng sebentar

- Masukkan Kuew Teow biarkan sebentar

- Masukkan 1 setengah sudu sos tiram, 1 sudu kicap, 1 sudu kicap pekat, pati daging dan 1 sudu fish sauce + cili padi

- Kacau sebati semua bahan. Api sedikit besar. Biarkan kuew teow tergoreng dan kuew teow berubah menjadi berbintik bintik kerana terbakar. Ini menjadikan kuew teow lebih wangi dan beraroma.

- Pecahkan telur di atas kuew teow. Biarkan sebentar. Tindihkan telur dengan kuew teow di sekelilingnya. Biarkan sebentar. Kacau sebati semua bahan tadi.

- Masukkan tauge. Tutup api serta merta. Gaul sebati semua bahan.

- Sedia dihidang dengan cili merah.

Terima kasih, jumpa lagi

Rabu, 22 Ogos 2018

Laksa

Salam Aidil Adha buat semua kawan-kawan. Tahun ini CKak sambut raya di Kedah. Alhamdulillah, terlaksana hajat nak jalankan ibadah korban di kampung. Selalu buat kat KL jer

Juadah utama hari raya ialah Laksa. Semua suka dan makan bertambah-tambah



Selain laksa, ada juga nasi tomato, ayam masak merah, gulai ayam, lemang dan ketupat.



Ok...sampai sini dulu. Selamat Hari Raya

Khamis, 16 Ogos 2018

Buah-buahan

Assalamualaikum !!  Jom makan buah, ia adalah snek terbaik menggantikan keropok, biskut, coklat ataupun minuman pemberi tenaga.


Buah naga/Dragon Fruit merupakan buah dari jenis kaktus dari margaHylocereus dan Khasiat buah naga yang berasal dari Amerika Latin yang kemudian menyebar ke Israel, Australia, Cina, dan negara Asia Timur seperti Srilanka, dan akhirnya Asia Tenggara. Buah naga merupakan buah yang mengandung anti oksidan yang tinggi Di dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan. 

Saya kongsikan khasiat buah naga untuk panduan anda semua. Buah naga ini memang antara buah kegemaran saya. Khasiat Buah Naga Untuk Diet Sihat.

1) Menurunkan kadar gula di dalam darah dan Mencegah Diabetes

2) Melancarkan sistem Pencernaan dan menyihatkan jantung
Buah naga merah mengandung serat alami yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Digalakkan juga yang sedang diet rajin memakan  buah naga merah. Fiber atau serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dalam buah naga merah membuat vitamin A bekerja dan memperbaiki penglihatan.

3) Meningkatkan nafsu makan
Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan bertambah. Kerana di dunia perubatan vitamin B1 dan B2 sering digunakan untuk penambah nafsu makan khususnya ketika dalam proses penyembuhan dari sakit.

4) Meningkatkan Kekebalan Tubuh
Kekebalan tubuh kita akan kuat jika vitamin C dalam tubuh terpenuhi.  karena buah naga merah ini mengandung banyak vitamin C maka buah naga bisa dijadikan alternatif sebagai asupan vit. C bagi tubuh kita.  sistem Kekebalan tubuh biasanya akan terganggu ketika cuaca tidak menentu seperti musim hujan atau panas.

5) Memperkuatkan tulang dan Gigi
Kandungan fosfor dan kalsium pada buah naga sangat baik untuk memperkuat tulang dan gigi. Sebagaimana kita tahu bahwa tulang dan gigi sangat memerlukan asupan fospor dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi kita sehat.

6) Merawat Kesihatan Kulit
Manfaat buah naga merah berikutnya adalah berguna untuk merawat kesihatan kulit. Vitamin C yang terkandung dalam buah naga merah  juga digunakan untuk perawatan kulit. Yaitu dengan cara dibuat menjadi masker. Caranya adalah kupas kulit buah naga dan ambil dagingnya lalu blender sampai halus. Masukan ke gelas dan ambil airnya lalu dioleskan kewajah. Masker ini boleh menjadi ubat herba untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.

7) Membantu melambatkan proses penuan diri
Buah naga mengandung antioksidan yang tinggi sehingga mampu melambatkan proses penuaan diri. Kandungan zat di dalam buah naga akan akan mengeluarkan racun dengan efektif.

8) Rendah lemak
Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Rupanya, biji ini merupakan lemak tak jenuhyang baik untuk kesehatan karena menurunkan kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

9) Menurunkan Kadar Kolesterol Darah

10) Mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan
Dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan Buah naga merah mengandung gula sederhana sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes, Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam darah. Kandungan zat dalam buah naga yang berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol tubuh badan. Dengan mengamalkan makan buah naga secara teratur maka akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan memperlancarkan peredaran darah dan jantung.

Selasa, 14 Ogos 2018

Portugis Egg Tart

Salam... Hari ni CKak rajin sikit, dah lama nk makan sebenarnya, tapi tiada kerajinan nak membuatnya. Kalau beli di kedai, tak puas makan plak



Portugis egg tart ni terkenal di Macau, dibawa masuk ketika zaman kolonial Portugis kemudian diubah suai mengikut citarasa orang Asia. Kalau resepi asal dari Portugal mereka letakkan serbuk kayu manis, bila sampai di Macau tak letak dah.

PORTUGUESE EGG TART

- Puff pastry ready made (Beli jenama Kawan)

Bahan kastard :
- 4 biji telur
- Sedikit esen vanila
- 150ml air
- 250ml susu full cream (saya guna Dutchlady)
- 120g gula kastor
- 1tbsp tepung jagung

Cara-cara
Puff pastri diterap dan masukkan ke dalam acuan. Tak perlu gliss sebab puff pastri dah berminyak

Sediakan pula kastard. Satukan semua bahan dan tapis

Kemudian isikan adunan kastard ke dalam puff pastri tadi. Bakar hingga masak

** First batch ni CKak bakar guna oven, dalam 30 minit jugak laa... manakala batch kedua Ckak cuba bakar dalam airfryer. Wallah... 15min jer dah siap masak, cukup rangupnya.



Ok... Selamat mencuba

Sabtu, 4 Ogos 2018

Tauhu Bergedil Sedap

Hari ini rajin sikit, akak buat tauhu  bergedil. Makan dengan nasi atau nakan ratah begitu jer pun sedap


Resepi begedil
-Kentang 1 1/2kg di rebus sampai empuk dan ditumbuk
*Isi ayam/daging cincang semangkuk (tumis)
*3 biji Cili besar dadu(tumis)
*sebiji kecil Carrot dadu(tumis)
*Cendawan butang dadu 1/2 tin(tumis)
-Bawang goreng(bawang besar hiris gaul dengan tepong gandum dan di goreng sampai garing)
*kalau nak senang, beli je bawang goreng dah siap.
-Daun bawang /daun sup
-Lada sulah/lada hitam
-Tepong gandum 2sudu
-Garam
*gaulkan semue yg di atas.
**Tauhu kering 2paket besar (RM4/paket)

Cara nak sumbat.
-Tauhu kering tu, Gunting 4 kat atas..
-Keluarkan isi dalam tauhu die..
-Gaul dalam begedil isi tu..
-Kemudian Sumbat balik dalam tauhu..

-Goreng tauhu ni yg dah dicelop  telor+ sedikit garam + sedikit tepong dlm minyak yg panas paras separuh tenggelam tauhu.. goreng sampai masak



Resepi sos
-4sudu cili kering
-Secawan air
-Gula melaka seinchi yg bulat tu
-Sos tiram sesudu
-Kicap manis 5sudu
-Garam
-Gula
-Tepong gamdum + air
**Kalau xpedas, boleh tambah cili padi
-Tumis cili kering sampai pecah minyak.
-Masukkan semue bahan kecuali air tepong.
-Bile dah mendidih baru masukkan air tepong tu..
**Bahan2 sos ni kene ikut tekak masing2. Saya suka manis2 pedas..
So boleh ubah2 mase rase tu..



Ok...sampai sini dulu. Byeeee ! 

Khamis, 2 Ogos 2018

Donut

Hari ini rajin sikit nak mendonat, sebab dah teringin sangat. Nak ke Jco donut, malas plak nk drive



Topping coklat dan cheese parut. Ermmm... Yummy !

Nasi Lemak Daun Pisang rm1

SALAM.

Hari ni akak tayang nasi lemak bleh?? hahahaha Nasi lemak daun pisang dengan telur rebus separuh berharga cuma rm1.

No automatic alt text available.

Intai intai lah sambal marbeles tu yer, sebab akak lupa nak snap gambar isi kandungan dalamnya. Yang pasti nasi lemak ni lengkap dengan nasi, sambal, telur rebus separuh, timun, kacang dan ikan bilis goreng. Opsss...please jangan request ayam goreng, paru sambal, rendang kerang ek, ni cuma singgit. Hahahahahaha 

Image may contain: text

bagi kanak-kanak, kita asingkan sambalnyer, yelah ada sesetengah kanak-kanak tak boleh makan pedas. Makcik faham nakkkkk !!! 

Untuk tempahan, boleh wassap akak di talian 017 3617857

BYE !!!!! 

Rabu, 1 Ogos 2018

Diet vs Peberet

Assalamualaikum....apa khabar semua. Hari ni jamu mata dengan gambar-gambar dulu yer, takde resipi. Hehehehe....... 



Goreng Cempedak. Perghhh....masa menggorang pun boleh semerbak bau satu taman. 


Pulut durian 

 Tumis cendawan dan tauhu jepun

 Breakfast yang ala2 diet gitu. Hahahaha........ apa yang pasti, air lemon tu sedap


Snack dikala lapar 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...