Selasa, 20 Mac 2018

Wantan Mee Kicap

Salam...berjumpa lagi .


Ni salah satu makanan kegemaran CKak. Nampak sedap kannnn?? tp indah gambar dari rasa hahahaha...Mee nya masin , adoiiiiii.....cemmana la diorang masak ni. 

Lokasi :  Restoren SG Taman Medan. Dekat ngan Kedai Ayahanda Rani Kulop.  Errrrmm...dulu CKak suka gi makan kedai ni sbb masakannya sedap2. Nampak gayanya kena tukar ke kedai lain lahhh 


** Kejadian dah lama, bulan 2 hari tu. Cuma gambar masih dalam hp. So update jer laa daripada dibiarkan blog akak ni bersawang kannn??? 

Isnin, 12 Mac 2018

Tempahan Roti Budget

Jiwa akak dah sebati dengan roti. Tiap-tiap hari mesti meroti. Budak2 pun suka sebab setiap hari ada jer aneka roti. Makan kenyang, rasa sedap dan harga pun murah

Image may contain: dessert and food

Ni roti inti sardin


Ni roti coklat. Kadang-kadang dah buntu nak buat bentuk dan jenis roti. Ikut mood lah. Ni mood malas, bantai jer la warna plain 

Image may contain: food

Ni pun roti coklat. Semestinya inti coklat didalamnya. Hat ni versi rajin sikit. Doh pun uli asing. Rotinya warna coklat sebab ditambah dengan serbuk koko. 


Image may contain: food

Ni inti ayam carbonara. Budak2 suka roti ni. Sesekali Ck picitkan sos keju diatasnya. 


Ok...ada yang berminat dengan roti budget? harga murah yakmat, hehehehe..... 8 biji roti cuma rm10
Ok...jangan lupa wassap akak yer 017 3617857 atau boleh tgk page CK Food akak. 
Selain roti, makanan2 lain pun ada juga. Semua disediakan setiap hari atau mengikut permintaan pelanggan. 





Ahad, 11 Mac 2018

Tomyam Poktek Udang Galah

Salam. Hari ni CK share review pasal kedai makan plak yer. Hakak malas masak kat rumah, so dapur dikedai la jawabnyer. Hehehehehe 


Image may contain: food

Nama kedai :Sakinah Tomyam Puncak Jalil
Harga rm10.00
Hidangan : Tomyam Poktek Udang Galah
Saiz hidangan  untuk 2 orang makan


Ulasan: Sedap. Akak bagi 5 bintang. hehehe..... terasa masam, masin, manis udang dan lemak berkrim tomyamnya. Kalo makan sure pejam mata punyer lah. Ada 6 ekor udang galah dalam satu mangkuk tu. Sumpah sedap...tak tipu !!!

Tapiiiiiiiiiiiiiii.....tuan kedai hanya buat 5 mangkuk jer sehari. Khas untuk kenalan dan pelanggan setia jer. Hehehehehehe...alhamdulillah, kami salah sorang. 






Sabtu, 10 Mac 2018

Pertunangan Yaya Jamaludin



Salam Hari ni baru dapat update. Ni cerita pertunangan anak buah CK, cik Yaya Jamaludin dengan cinta hatinya Nasrin (opsss sorry, tak tau nama penuh) 

Image may contain: food
Hi hantaran yang CK buat buat anak buah tersayang tu. Cupcakes, cheese tart, tart nenas buah dan gubahan jeli.

Image may contain: food

Pihak lelaki memberi 7 dulang, dan dibalas 9 dulang oleh pihak perempuan (anak buah Ck laa )

Image may contain: flower and food

Majlis pertunangan berlangsung di kediaman datuk Yaya di seksyen 18 Shah Alam. Memang meriah, mcm kenduri kawin plak

Image may contain: 1 person

Inilah dia anak buah CK, cik Yaya Jamaludin  (bukan la nama sebenar, hehehehe) cantik dan lemah lembut orangnya. Bersopan dan hormat orang tua. Patut lah cepat jer orang sambar

Image may contain: one or more people and people sitting

Bakal mak mertua sarungkan cincin. Rombongan sebelah lelaki ni jauh datangnya dari Tapah Perak

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and wedding

Inilah dia bakal pengantin. 

Image may contain: 2 people, people smiling

Semoga ikatan pertunangan ini berakhir di jinjang pelamin. Khabarnya bakal berlangsung pada 18 Ogos 2018 ni. Dalam tempoh pertunangan ini, pastilah banyak dugaan dan cabaran. Diharapkan mereka dapat menempuhnya dengan sabar 

Image may contain: 2 people, people smiling

Abis kenduri, mak sedara pun flet. Esoknya pegi klinik, hahahahaha.....Cuaca panas, minum air pun kurang, cepat lah pening kepala. Tu jer 

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and flower

Semua ni anak buah CK. Semua manja-manja . Actually CK sayang semua anak2 buah sama rata jer. Jika ada kudrat, upaya, kewangan, semua pun boleh disediakan untuk mereka. Tidak sesekali membezakan mereka dari segi kekayaan, pelajaran, kesenangan dan lain-lain. 
Namun, ada sebahagian yang lupa daratan. Sudahlah diberi susu, namun tuba yang dibalas. Orang sebegini memang CK buang jauh-jauh la. Tak guna nak buat baik jika akhirnya cuba nak membunuh saudara sendiri. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...