Assalamualaikum
Bersua lagi. CKak abadikan kenangan makan nasi arab unta di Mekah. Restoren nama Kabsa Hashi terletak di Aziziyah Mekah. Ketika ini kami Mabit di Mina dan hotel kami Swiss Al Maqam memang berdekatan dengan restoren ni.
Nasi Arab Unta ni dihidangkan begini. Dibawa dalam talam besar, bersama plastik. Kami akan bentangkan plastik, kemudian lambakkan nasi tu atas plastik. So apa tunggu lagiiiii....makan laaaaa.... hahahahaha
Korang jangan harap la ada sup ke, kuah dhal ke bersama nasi ni.. takde yer... mcm tu korang nampak, macam tu jugak la korang makan. Apa rasa daging unta tu? sama la rasa mcm daging lembu biasa.. hahahaha...
CKak bukan penggemar nasi arab. So bila boss ajak meeting di restoren ni, CKak ikut sajalah. Dah boss yang belanja kan
Biasanya satu hidangan ni boleh makan lima ke enam orang. Tapi kami makan berempat pun tak habis.
Wanita bertudung kelabu tu our Tour Leader. Hajjah Aira namanya. Orangnya cukup baik dan bertanggungjawab menjaga kebajikan jemaah. Dia menyantuni jemaah dengan ikhlas hati tanpa mengharap apa-apa balasan.
Yang baju putih dok tengok kami tu, itulah boss CKak, tuan haji Muzamil. Orangnya baik, sporting dan suka bergurau. Suka belanja staff, tp ikut tekak dia laaa.... kalau di msia, dia suka pegi SUKIYA.
Kami pulak suka dok menyakat dia. Tu dia dok tengok kami suka possing sbb tak ajak dia. Hahaha... semoga dipermudahkan segala urusan ustaz Muzamil dunia dan akhirat. Terima kasih kerana menjaga kami dengan baik dan memberi perkhidmatan terbaik kepada kami sepanjang menjadi jemaah haji ustaz.
#HAJI2023
nanti CKak kongsikan lagi gambar-gambar kenangan semasa Haji 2023.