Isnin, 23 September 2024

Ayam Halia Campak-Campak

Entah la nak letak nama apa sebab masak main campak² jer 


 anak² tak suka makan ikan. So CKak masak ayam la setiap hari 

 
Tumis bawang putih, masukkan lada sulah. Kemudian masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk. 
Boleh masukkan air. 
Bila ayam dah empuk, masukkan sos tiram, halia yang dihiris, gula, garam, perasa. 
Tambah sayur2 jika suka. 
Last skali, masukkan minyak bijan. Kacau-kacau SIAP ! 

Jom la makan ! 

Rabu, 11 September 2024

Restoren Masakan Sunda

Assalamualaikum. Lama CKak tak update blog
Hari ni CKak nk review saya restoren Sunda berhampiran Seri Kembangan iaitu Dapoer Malindo. Kerap juga tuan punya kedai pos dan share feedback dari pelanggan di group komuniti taman kami. 

Kebetulan, hari tu Ckak malas masak, dan abang haji ajak keluar ke kedai beli barang. Jadi akak ambil peluang makan di kedai ni. 




Menu wajib cuba, Nasi Ayam Penyet. Buat masa sekarang, menu ini masih dalam promosi, iaitu rm8 sepinggan. Teruja nk makan dengan pilihan tiga jenis sambalnya. Tapi... alamak...nasinya lembik. Ermmm...putus selera. Sambalnya pedas. Ok laa... CKak ambil sambal bajak sahaja sebab pilihan dua lagi sambal tak berapa menarik (sambal belacan dan sambal kicap) Actually Ckak ingat ada la sambal hijau tu... emmmm...takde.... 
Ulam celurnya dah lembik. So boleh  bagi 4* dari 10*



CKak memang gemar bakso. So kita cubalah. Ok...not bad. Tapi mee tu..alahai...mi segera. Sepatutnya ada disediakan pilihan sbb suhun, bihun atau kuetiau. Tak semua orang suka makan mi segera. Semangkok mi bakso ni rm8. Portion agak sedikit. Tup-tup teringat kenangan di Mekah. Semangkuk bakso tp dihidangkan dgn suhun berharga SR25. Hahaha
CKak bagi 6* dr 10*




Dan untuk air, abang haji order Extra Joss Anggur. CKak asalnya nk order jus avocado tp hari ni stok avocado takde la plak. Ermmm... so esteller pun takde juga la. Kedai ni sediakan air teh o dan air suam secara percuma. Maka, CKak ambil air teh o suam saja. 


KESIMPULAN : boleh makan la untuk hari itu, tp untuk repeat lagi, tidak sesekali. 











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...