Rabu, 27 Februari 2013

Muffin Pisang Coklat Cip

Salam...selamat pagi semua 

Hari ni tayang muffin pisang plak. Boleh dikatakan tiap2 minggu buat muffin. Selain dapat order, CK buat juga untuk anak2. Dan hari ini, bekal untuk along pegi kokurikulum


 Macam biasa, semua resipi muffin CK menggunakan Magic Bullet. Sangat senang, cuma ambil masa 5 minit sj, dan tempoh bakar dalam 12 minit.


Muffin Pisang Coklat Cip
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
Bahan A
1 cawan tepung naik sendiri
1/2 sk soda bicarbonat
3 sudu besar susu tepung
1/4 cawan coklat cip (asingkan 1/2 utk tabur atas muffin)

Bahan B
1 biji telur
1/3 cawan minyak jagung
1/2 cawan gula- boleh kurangkan gula jika tak suka manis
1/2 cawan pisang ( separuh cincang, separuh lagi lecek)
beberapa titik esen pisang

Cara-cara
1. Satukan bahan kering (bahan A) kecuali coklat cip.  Ayak tiga kali. Masukkan dalam besen/bekas
2. Masukkan semua bahan2 basah ke dalam blender (bahan B), kecuali pisang
3. Putar dalam 2-3 minit. (sampai gula hancur )
4. Buat lubang pada tepung dalam bekas tadi. Letak pisang dan coklat cip (separuh jer)
5. Curahkan bahan yang dikisar ditengah2 lubang tadi. Kaup dan balik (jangan overmix, sekadar bergaul jer)
6. Masukkan dalam papercup, tabur lebihan coklat cip di atasnya
7. Bakar selama 12-15 minit, suhu 220'c

Bagi yang nak copy resipi, boleh ke sini yer..

Baru keluar oven. Tunggu sejuk jap. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara agar muffin tetap lembut. Tahan 2-3 hari (kalo tak makan laaaa )

Bagi yang tertanya2, apa itu Magic Bullet? (peluru berpandu ke? menatang gajah apa yer??? ) hahahahaha...... inilah dia......Blender ler..... kuikuikui !!



Ni jer balance yang tinggal, selepas along bawak bekal ke sekolah. Nk bagi kawan2 katanya. 


♥ ♥ ♥ 

Isnin, 25 Februari 2013

Jualan Pure Marine Collagen (Rumpai Laut)

Salam

Hari ni takde entri masak2 yer...cuma nk promote Pure Marin Collagen (rumpai laut) yg kini semakin laris di pasaran. Boleh diminum dan sapu dimuka untuk mendapatkan kulit yang gebu, tegang dan putih berseri.. hehe



Kandungan yang bermanfaat dari rumput laut :
1. Magnesium
2. Serat
3. Kalsium
4. Kalori
5. Iodine
6. Zat Besi
7. Seng
8. Protein
9. Vitamin B 12



Manfaat rumput/rumpai laut bagi tubuh :

1. Menggurangkan risiko terkena penyakit kanser payudara.

2. Menghambat pertumbuhan sel – sel kanser secara efektif.

3. Antioksidan Klorofil pada gangang laut hijau dapat berfungsi sebagai antioksidan. Zat ini membantu membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas yang sangat berbahaya bagi tubuh.

4. Mencegah Kardiovaskular Para Ilmuwan Jepun merumuskan, ekstrak rumput laut dapat menurunkan tekanan darah pada penghidap penyakit hipertensi. Bagi pengidap stroke, mengambil ekstrak rumput laut juga sangat digalakkan kerana dapat menyerap kelebihan garam pada tubuh.

5. Makanan Diet. Kandungan serat (dietary fiber) pada rumput laut sangat tinggi. Serat ini bersifat mengenyangkan dan memperlancarkan proses metabolisme tubuh sehingga sangat baik dihadam oleh penderita obesitas. Karbohidratnya juga sukar dicerna sehingga anda akan merasa kenyang lebih lama tanpa merasa dituh dah macam gemuk.


Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON,
-Peningkatan PAYUDARA
-Anti-bakteria,
-Membuang TOKSIN
-Menghilangkan SEMBELIT
-Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
-MENCANTIKKAN KULIT,
-MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
-Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
-Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
-Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT,
-mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT juga RESDUNG
-Membantu meningkatkan METABOLISME
-Meningkatkan fungsi stomatch
-Membantu menghapuskan nefritis(radang buah pinggang), Arthritis (sendi tulang), basal
-Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah
badan dan purpura haemorrhagica
-Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
-Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR 
-SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
-Mencegah ANEMIA 
-Mampu meningkatkan penghasilan susu ibu
-Memperbaiki masalah pengelihatan & batuk
-Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.
-Sesuai utk ibu mengandung 4 bulan ke atas (1 sudu 2x sehari shja)
amat sesuai untuk warga emas yang menghidapai masalah sakit sendi dan lutut.untuk wanita dalam pantang bersalin tidak di galakn kerana rumpai laut besifat sejuk.elakkn minum kopi, teh dn nescafe kerana akan menghilangkan agen pencerah yg terkandung dalam rumpai laut asli sabah.




CARA MEMASAK RUMPAI LAUT
1. Basuh mcm basuh beras dalam 7-8 kali
2. Rendam semalaman bersama limau nipis.
3. Masak mcm masak agar2 pastu tapis (bersama 1.5liter air dan dicampurkan dengan daun pandan, utk menghilangkan hanyir)
4. Simpan Dalam Peti ais (bukan ditempat sejuk beku)
5. Siap untuk digunakan. minum 2kali sehari dengan 2 sudu sekali makan. untuk muka leh sapu keseluruh muka.. 


CK hanya menjual 1 jenis sahaja iaitu gred AAA (warna ungu) {sebenarnya tolong promote bis kawan} biasanya warna ungu ni lebih baik dan berkualiti. Harga pun mahal sikit dari warna putih biasa tu.. dan CK tidak menjual yang dah siap masak, takut pelanggan meragui dari segi kebersihan {udah katapun tolong biz kawan, takkan la nk susah payah memasak plak...apam polkadot pun tak terlarat nk buat...hahaha}


HARGA :
1kg = rm80 free postage  (harga asal rm90)
100g=rm10 


Untuk order, boleh pm CK di talian 017-3617857 yer...boleh sms/call... atau order jer kat facebook CKFood 

Boleh pos atau deliveri. Utk urusan pos, dikenakan caj antara rm7-10. Dan bagi deliveri ke sekitar KL dan Selangor dikenakan caj minyak antara rm5-10. Tengok tempat lah yer...kalau jauh, lebih la sikit... Tapi kalau nk cepat/jimat kos, boleh pick up sendiri kat Taman Puncak Jalil, Kinrara atau Equine (free deliveri)



OK...sampai sini dulu. 




Selasa, 19 Februari 2013

Kuih Sagu Kukus

Salam..
Dah minum petang? hari ni CK buat kuih sagu plak utk minum petang. Suka makan kuih tradisional gini, tp kalo datang mood malas, alamatnyer masak cekodok ikan bilik sj laa... 

Selalunya CK suka buat kuih sagu ni berwarna hijau, dengan aroma daun pandan. Tp hari ni buat kaler merah, kembali kepada yg original.. hehehe


 Mcm biasa, CK agak2 bahan2nya bila buat kuih ni. Tapi utk rujukan anak2, dan adik2 sekalian, CK pos resipi ikut sukatan yer.. cubalah... tp CK tak taulah hasilnya cemmana. Resipi ni CK ambil dari blog Izah. TQ


Bahan-bahan
2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sdb tepung jagung bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam

Cara2:
1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..




Kalau ikut cara CK, beginilah plak: (takde sukatan khas, agak2 jer)

Sagu direndam dulu dalam air paip kira2 setengah jam. Tunggu sampai kembang, kemudian toskan airnya. Lepas tu letak la perwarna merah dan sedikit esen rose. Tambah gula secukup rasa. Ermm...letak sikit tepung ubi dan gaul rata. 
Kemudian, kukus selama 20-30 minit. Tengok la, kalau dah berkilat kuih tu, maknanya dah masak laa....Angkat dan sejukkan.
Bila dah sejuk, bolehlah dipotong-potong dan digaul bersama kelapa (campur sedikit garam). Siap, dan bolehlah dimakan.



Ok...jemput minum semua !!!

Jumaat, 15 Februari 2013

Bread and Butter Pudding

Salam Jumaat
Hari ini menghabiskan stok roti yang x ingin dipandang apalagi disentuh...ermmm...muak la tu. Yelah, kalo time sekolah jer roti ni laku kat rumah. Hari cuti2 begini, banyak makanan kat rumah, so dah tentulah roti ni tak jalan. Daaan.... nk menjalankan roti ni (drpd diberi pada cik tong sampah), CK buat la bread and butter pudding ni. 


Resipi dari dapur doc Ina yang rajin memasak. TQ akak. Tp CK dah malas nk buat sos kastat dia. Makan dengan eskrem dan topping coklat jer la kali ni. 

RESEPI BREAD & BUTTER PUDDING 
sumber: inahar's cooking time

BAHAN2 NYA: 
10 keping roti gardenia 
500 ml susu uht@ fresh milk 
300 ml whip@fresh cream - klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap.. 
5 biji telur 
100 gm gula castor 
30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar) 
50 gm raisins 
sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai) 
butter (untuk disapu pd setiap keping roti) 
esen vanilla 

Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati. 
susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!) 
bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2)
** 
Hasilnya amat memuaskan hati sbb rasanya yg tidak begitu manis dan sangat lembut & lembap texturenya ala2 caramel puding. Sangat enak dimakan bersama aiskrim dan fruit cocktail..mmm yummy! 



Baru masak






















Ok...sampai sini dulu. Nk masak plak. Banyak plak mende kena buat hari ni. Timbang tepung, mesin gula, itu ini.....aduhhhhh !!! 
Ok...sampai sini dulu. Nk masak plak. Banyak plak mende kena buat hari ni. Timbang tepung, mesin gula, itu ini.....aduhhhhh !!! 

Rabu, 13 Februari 2013

Telur Dadar Bersayur

Salam. 
Biasanya kalau buat telur dadar, CK letak bawang merah dan cili hiris jer, dan kalau terlebih rajin, letak la crab stik dan cheese...tp kali ni pelbagaikan plak isi kandungan telur dadar ni dengan letak aneka sayur. So anak2 boleh skali makan sayur tu.. hahaha...


Ada brocoli, carrot, cendawan, bawang dan cili. Tambah jugak crabstik dan cheese.. ermmm...suka anak2 makan.

Bahan-bahan
3 bj telur
1/2 kotak tauhu lembut-dihancurkan
brocoli- dicincang halus
carrot- disagat halus
bawang merah- hiris
cili merah- hiris
daun sup, daun bawang- hiris halus
cendawan tiram- cincang halus
1 sudu kecil mayonis
1/2 sk Knorr Pasti Sedap
2 batang crabstik- potong kasar2
1 sb cheddar cheese
minyak- untuk menumis

Cara-cara
Pecahkan telur dan satukan semua bahan2 hingga sebati. Tambah garam dan perisa.
Goreng macam biasa.

Kalau CK dah buat telur dadar ni, Jebat mesti request buatkan Sup Siam ataupun tomyam. Konon mcm makan kat kedai lah... (ermmm..kalau kat kedai pun, request telur dadar jugak, mcm takde benda lain nk makan kan !! )



Errrmm...siap satu lauk. Nk sambung masak lauk lain plak

Selasa, 12 Februari 2013

Tauhu Bakar kuah rojak


Salam semua.
Ermmm..muak makan nasik. Hari ni makan tauhu bakar plak. Dengan kuah rojak buah. Adus..lama tak makan gini. Kena plak ngan sayur dan buah2...uuuu...ni bukan diet lagi dah...tak lebih kepada penyedap tekak.


 Tauhu pok dibakar sampai nampak garing2 sikit (baru la sedap, nanti time gigit dia rangup2 jer...), dan masak, keluarkan dari oven, dan potong kecik2 tauhu tu. (kalo besar, kang tercekik plak) letak dalam pinggan. ... pastu sediakan sayur2 plak. Taugeh (celur sikit), sengkuang,nenas, dan timun. Letak dalam pinggan yang ada tauhu tadi...Haaa..kacang tanah tumbuk jangan lupa yer.
Ambik dua tiga sudu kuah rojak. Campur air sikit, pastu tuang dalam pinggan. Siap....

 Respi CK ni takde sukatan. Sume main agak2 jer... 




Ok...meh jamu mata dengan tempahan 3 hari lepas. Alhamdulillah..daripada dok tgk tv jer, at lease ada keja nk buat kan...hehehe...

Apam Polkadot aneka kaler dan inti. Order dari Ain. 

Kek Coklat Moist Simple Deco dan kat belakang tu kek pisang. Order dari untie Devy sempena pertunangan anak pompuan dia. 

Moist Choc Cake in cup. Untuk dimasukkan dalam goodies beg kata untie Devy. Yelah, tren sekarang ni kan, kalo kenduri jer mesti ada goodies beg tak kiralah kenduri tahlil ke atau bertunang. Kalo kenduri kawin tu, dah wajib la goodies beg ni. 

HAAAAA... ni bukan untuk dijual yer...hehehe... ni ahli baru kat rumah CK. Hadiah untuk si Rayyan yang mati kutu apabila kakak dan abangnya pegi sekolah. So dia mintaklah peneman (yelah, mama asyik sibuk kat dapur jer, so dia takde member nk main/sembang)
Anak bulus ni specis Benggal Short Hair, umur baru 7 bulan, tp badan besar macam anak harimau. Malam2 nk susu. Jenuh la si Jebat melayan kerenah 2 ekor ni. Belikan botol susu, mainan dan macam2 lagi la. Kiranya ini kucing Jebat la, sbb dia yang melayan segala keperluan 2 bulus ni. CK? ermmm...malas layan. Cuma sponsor beli sangkar dan barang2 dia sj. Lain2 takmo ambik pot. 


OK..SAMPAI SINI DULU :)

Isnin, 11 Februari 2013

Onde-Onde Labu

Salam
Apa khabar semua. Cuti2 ni meh layan Onde2 Labu. Biasanya ada onde2 keledek kan..tp kali ni tukar ke labu plak. Menghabiskan stok labu dalam esbox tu. Dah kejung dia kat dalam tu lama2. Nk buang kesian la plak...hahaha


Resipinya macam buat buah melaka tu la jugak. Guna tepung pulut dan labu yang direbus dan dilecek halus. Dalamnya letak la gula melaka macam biasa tu. Direbus sampai terapung kemudian dikeluarkan sejat airnya dan digaul dalam kelapa parut. Oppsss..tunggu sejuk sikit yer..kang melecur plak mulut tu 


Ok.. jom minum petang :)

Rabu, 6 Februari 2013

Siakap Nenas Masam Manis

Salam
Dah siap lauk utk makan tengahari? CK baru siap satu lauk ni haaa... lepas la bagi makan budak2 nk pegi sekolah tadi. Dah lama tak buat sweet and sour ni. Kebetulan beli nenas kat pasar malam ari tu, terus teringat nk masak ni (lepas dah buat masak lemak, jelatah, pajeri, baru teringat menu ni...hahaha) 
Lama jugak tak makan siakap ni, lepas Jebat asyik pulang tangan kosong jer dari memancing. Last2 CK suruh beli jer la siakap kat Tesco. Nk tunggu pancing...ermmm... tak payah laa... entah bila tahun pancing akan mengena...


Resipi macam biasa la, ikut selera CK, guna resipi arwah mak CK. Sempoi dan tak banyak barang dan of kos la sedap. Selalu CK guna ikan bawal, tp kali ni cuba siakap plak. 


Bahan-bahan
~Ikan siakap- digoreng dahulu
~Bawang merah
~Halia
~Cili kering -dikisar
~Sos tomato
~Gula
~Garam
~Serbuk perasa
~Bawang besar-dihiris bulat
~Nenas- dipotong dadu
~Daun sup, dan daun bawang-untuk ditabur

Cara-cara
1.Bawang merah dan halia di tumbuk lumat
2.Tumis bahan ditumbuk hingga naik bau
3.Masukkan cili kering kisar.Goreng hingga garing
4.Masukkan sedikit air kemudian diikuti dengan sos tomato
5.Sesuaikan rasa manis, masam masin dengan menambah gula, garam dan sebuk perasa
6.Biar kuah pekat sikit. Masukkan ikan dan nenas, diikuti dengan bawang besar yang dihiris bulat.
7. Siap, dan bolehlah ditabur dengan daun sup dan daun bawang.


 Alamak...lupa plak nk tabur daun bawang...errmmm...hentam saja laaa...

Suka Irfan makan. Yelah, lauk kegemaran dia kan !!


Ok...sampai sini dulu. Nk buat ayam masak lemak cili padi plak. Untuk dilawankan dengan lauk ni.. kira ok lah kan, warna merah vs warna kuning... hahaha 

Selasa, 5 Februari 2013

Lopes Ubi Kayu (Poli)

Salam semua. 
Hari ini CK buat kuih lopes, bukan dari pulut tapi dari ubi kayu. Errrmm... first time dengar nama poli ni... nak jugak tau rasanya. Dan berusahalah mencari ubi kayu. Kat tesco dah abis/tak elok, kedai runcit takde la plak....so gagah la jugak pergi pasar borong. Kedai pertama dah habis. Alahai...takde rezeki. Intai2 kedai sebelah...huhh...ada sebakul penuh. Harga rm1.80 sekilo. Alright la tu kan !!



 Errrmm...sedapnyer kuih tradisional Kelantan ni... Saya suka, saya suka (nada Mei Mei Boboi Boy)


 Kalau makan gitu jer (yang digaul dengan kelapa parut pun sedap). Siram dengan gula melaka lagilah sedap


Meh kita tgk resipinya. Rasanya CK suka versi yg ini daripada lopes pulut.. hahaha... best, sekali makan nak lagi dan lagi.

Bahan-bahan
3 tongkol ubi kayu- disagat dan dapat dalam 2 cawan isi- kemudian perah utk keluarkan airnya. Biar air perahan tu mendap sekejap, kemudian buang air bahagian atasnya. Ambil mendapan sagu yang terhasil dan gaul bersama ubi kayu yang disagat tadi 
1/2 cawan santan
1 sb tepung kastat
secubit garam
pewarna kuning jika suka
daun pisang dilayur

Bahan lain
Kelapa parut - digaul dengan secubit garam
Air Gula Melaka - yang pekat la sedap

Cara-cara
Gaulkan semua bahan2 hingga sebati. Ambil sedikit (dalam 2 sudu) dan letakkan atas daun pisang. Bungkus macam buat lepat pisang.
Kukus 1 jam atau hingga masak
CK tak bungkus dalam daun pisang, guna loyang jer. Padatkan ubi kayu yang dah digaul sebati tadi dalam loyang dan kukus selama 1 jam/hingga masak. Nak tau masak atau tidak, cucuk lidi pada kuih, dan jika ditarik keluar lidi tu bersih jer, tandanya kuih dah masak la tu.
Biar sejuk sekejap dan bolehlah dipotong. Kemudian gaul bersama kelapa parut dan makan bersama air gula melaka.

Copy dari sini yer


Jemput minum petang !!! 

Isnin, 4 Februari 2013

Serimuka Kayu Manis

Salam...
Hari ini CK ajak kawan2 breakfast dengan kuih jer laa... kuih faberet CK yang dah lama tak buat/makan. Selalunya CK suka kuih ni yang mana kepalanya (bahagian atas) agak lembik2 sedikit. Dan selalunya kuih ni orang guna perisa pandan kan. Tapi CK suka perisa kayu manis. Lagi harum semerbak baunya.



BAHAN-BAHAN
LAPISAN BAWAH
3 Cawan beras pulut
(cuci dan rendam semalaman)
2 1/2 cawan santan cair
(perahan kedua dari sebiji kelapa)
1 tsp garam

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Panaskan kukusan.
2. Toskan pulut dan masukkan ke dalam loyang.
3.Satukan garam dan santan cair. Tuang kedalam pulut separas permukaan pulut.
4. Kukus sehingga pulut masak.
5. Sediakan sebuah loyang lain dan alas dengan plastik. Sapukan sedikit minyak masak.
6. Masukkan pulut dan ratakan sambil menekan pulut sehingga mampat.
7. Taburkan sedikit tepung gandum pada permukaan pulut.
8. Masukkan kedalam kukusan dan tuangkan perlahan-lahan lapisan atas. Tahan adunan batter dengan sudu semasa menuang batter di permukaan pulut.
9. Kukus sehingga masak atau selama lebih kurang 30 minit.
10. Sejukan sebelum dipotong dengan pisau plastik.

BAHAN LAPISAN ATAS
1 1/4 cawan santan pekat.
1 cawan air
4 keping gula merah kabung
1/2 cawan gula pasir
(tinggalkan jika mahu kurang manis)
1 sd kecil serbuk kulit kayu manis 
5 tbsp tepung gandum
3/4 tbsp tepung ubi
4 biji telur

CARA MENYEDIAKAN:
1. Masak gula pasir, gula merah dan daun pandan bersama air sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan sebentar.
2. Satukan kedua-dua jenis tepung dan gaul bersama santan dan garam.
3. Tuangkan air gula dan kacau rata.
4. Pecahkan telur dan gaul rata.
5. Tapis dan curahkan ke atas pulut.
Nota: batter boleh juga di pukul dengan mixer atau dikisar di dalam blender supaya rata. Ikatkan kain muslin pada tutup kukusan supaya air tidak menitik.

Pagi2 lagi dah makan pulut, harap tak mengantuk /badan liat macam pulut... hahahaha . Teringat kat kg CK di Sungai Siput tu ada menjual kuih serimuka ni, tp versi bakar. Kuihnya dialas daun pisang dan dibakar. Aduh..harum bau daun pisangnya menyerap masuk ke kuih dan menjadikan kuihnya sedap. Beratur nk membelinya. 


Resipi di atas tu adalah untuk kepala yang biasa (cukup2 elok jer...) tp utk tekak CK hari ni, dilebihkan sikit airnya untuk menjadikannya lembik. Kalau untuk makan sendiri, bolehlah buat kepala lembik begini, tp jika nk dihidangkan pada tetamu janganlah buat kepala lembik ni...tak cantik dipandang plak :)


Sabtu, 2 Februari 2013

Daging Goreng Halia

Salam semua
Meh cuba menu ringkas dan sedap ni. Selalu kalo makan kat kedai tomyam pun, asyik order benda ni jugak. Kali ni buat sendiri. Leh makan sampai lebam... hahahaha....




Dah tak tau masak apa. Bila jalan2 kat FB TryMasak, jumpa plak lauk yang sedap dan ringkas ni. Jadi la ek 


Daging Goreng Halia



Bahan-bahan:
1) Daging (200g)
2) Bawang putih (8 ulas)
3) Halia (1 inci)
4) Bawang besar (1/2 biji)
5) Cili merah dipotong nipis (1 biji)
6) Cili padi dibelah dua (6 biji)
7) Kicap (1/2 cawan)

Cara-cara:
Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat. Gaul dengan daging dan kicap. Perap seketika.
Goreng daging. Tambah air supaya daging empuk. Kacau dan tutup kuali hingga kuah hampir kering.
Selepas daging empuk, masukkan bawang besar dan kacau hingga layu. Masukkan cili padi, cili merah, dan tomato jika suka.
Masak seketika dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!:)




Ok...sampai sinun dulu yer.....


Jumaat, 1 Februari 2013

Alhamdulillah.. 15 tahun sudah !!

Salam... 
Orang key el cuti kan ari ni? huhuhu...jelesnya. Setiap tahun bang Jebat mesti cuti pada hari bermakna ni, tp tahun ni tidak lagi slps naik pangkat, dia  bertukar keje kat Shah Alam. Dah jadi orang Selangor la plak (rumah pun kat Selangor kan )

Apapun, alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana usia perkahwinan telah mencecah angka 15. Dan anak sulung pun dah berusia 13 tahun (dah anak dara) Dan paling kecik?... hahaha... dak Rayyan baru nk masuk 3 tahun. CUKUP !!!! kang tak muat rumah dan kete ! hahaha

Gambar ihsan dari cik Google, TQ 

Sepanjang 15 tahun, penuh dengan suka duka kehidupan berumahtangga (tipu la kalo takde dugaan kan....) Alhamdulillah dijodohkan dengan mamat TNB yang ringan tulang dan banyak sabar dengan kerenah isteri yang banyak songeh ni. Paling best bila dia selalu balik awal utk makan tengahari, lepas tu kami keluar shopping, jalan2.... hehehe....

gambar masa bulan 11 ari tu 

Orang Perak bertemu orang Melaka di Kuala Lumpur. Dan kami disatukan pada hari wilayah (1 Feb 1998) Cincalok bertemu tempoyak. Errrmmm...takbleh nk disatukan dalam masakan, tp kami suka BUDU... hahaha...

Ni anak2 kami yang banyak ragam. Farisya 13 tahun, Irfan 8 tahun dan Rayyan 3 tahun. Semua selang 5 tahun yer... hahahaha....



**** Semoga dipanjangkan usia perkahwinan ini dengan penuh kebahagiaan, kegembiraan dan kemurahan rezeki  demi  mendidik anak2 menjadi manusia berguna kepada agama dan negara. Amin. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...