Isnin, 28 Februari 2011

Megi oh Megi

Irfan dh balik dr tadika...lapar katanya..bila tanya "teacher bagi makan apa?" jawabnye " hari ni makan biskut..." alahai...cian...lapar yer... suruh makan nasi katanya nk tunggu papa. So aku masak ler megi dulu. Buat alas perut..wakahkahkah.... takde alasnyer... lepas makan dh terbongkang tido. Petang nanti baru bangun.

Kalo masak megi, aku selalu tumis bawang putih dan bawang merah dulu. Pastu baru masukkan air dan bahan2 lain. Idak ler lebur macam tu jer.... kalo cenggini lagi la sedap, tp kena rajin sikit lah kan....

Ada gak telur, fishball, mushroom  dan segala macam lagi. Surelah Irfan tak makan sayur, so bolehlah aku makan sayur tu...hehehe.....
http://www.cute-smiley.com

Grill Fish Filet

Sunyinyer rumah...anak2 dh mula sekolah, tinggal si Ryan ni jer lah nk dilayan. Sib baik masih zzzzzzzz.... jap lagi bangunlah tu...

Lapar?? aku buat grill fish ni jer lah. Errmmm...mesti korang tanya, "Tak abis lagi ke plan diet Artkins nyer?" dh sebulan wooooo.... berat terkini=57 kg. Hehehe...best...semua seluar jeans dah boleh pakai. Kengkadang tu, seluar jean Jebat pun aku rembat pakai sbb saiz montot dah sama...wakahkahkah....

Tp skang ni diet macam biasa balik laa..dah mula makan nasi sikit2 (ada la sesudu dua dalam sehari)...tak consentrate pada Artkins sangat. Lebih pada diet cara aku ler...

Dalam Artkins tak boleh amik kekacang dalam induction kan.. Tp aku dh sebulan, makan jer lah apa2 pun asalkan berpada2.

Ikan ni diperap bersama garam dan lada sulah, kemudian digrill hingga masak. Kemudian masukkan sayur-sayuran spt bawang holand dan kacang panjang. Nk letak sayur lain pun bleh. Boleh makan dengan mayonis kalo suka.


Ok.... sampai sini dulu. Nk siapkan makanan untuk lunch plak. Alahai....Jebat ada kerja plak malam ni (tp sampai pukul 11 mlm jer....)
http://www.cute-smiley.com

Ahad, 27 Februari 2011

Karipap Daging

Salam ujung minggu.... huh..panas petang ni... tp dalam apa keadaan tak kira panas atau sejuk, perut yang kosong akan terasa lapar. Sambil layan citer Aku Kaya Giler kat TV3 tu, jamu le anak2 dengan karipap panas ni.


Bagi adik2 yang mencari resipi karipap rangup, bolehlah ikut respi kat bawah ni yer...akak copy dari MYR. Banyak feedback yang baik tentang respi ni, jadinyer SEDAP lah tu yer... Aku punyer style takleh ikut sbb takde sukatan dan main bedal jer...

Bahan-bahan ( 50 biji )
* Bahan Inti :
* 500 g kentang - dipotong dadu
* 300 gm bawang besar - dipotong dadu
* 400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
* Tumbuk Lumat :
* ½ biji bawang besar
* 2 ulas bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* ½ inci halia
* ½ sd besar jintan manis
* 3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
* 2 sudu besar minyak
* ½ batang besar kulit kayu manis
* 2 sd teh gula / secukup rasa
* 1 sd teh garam / secukup rasa
* 350 ml air
* Doh Karipap :
* 500 g tepung gandum - diayak
* ½ sd besar garam
* 94 g lepa susu (karipap jadi rangup) @ marjerin.
* 1 biji telur
* ½ cawan ais
* 250 ml air
* Minyak untuk menggoreng
*Secukup tepung untuk mencanai

Cara-cara
1. Inti :
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
3. Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
4. Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

5. Doh :
6. Masukkan tepung dalam mangkuk.
7. Gaulkan air bersama garam dan ais. Sementara itu gaul tepung dgn telur hingga jadi serbuk roti. Panaskan lepa susu / marjerin / campuran sepertinya atas api kecil hingga bebuih dan tuang rata2 atas tepung tadi.
8. Gaul lagi hingga jadi serbuk roti - gunakan hujung jari. Masukkan sedikit sedikit air ais bergaram dan gaul hingga jadi doh. Hentikan penambahan air bila dah jadi doh. Rehatkan 1 jam.
9. Bahagikan doh 2 bahagian (setiap bahagian menghasilkan ±25 keping karipap) Ambil 1 bahagian dan canai nipis atas landasan bertepung. gulung ketat2 dan golek hingga jadi selinder .
10. Potong gulungan silinder tadi hingga mendapat +- 20 ke 25 ketul. Canai nipis (2mm) setiap satu ketul dan isikan 1 sd besar (kalau suka inti banyak)/ 1 sd the penuh (inti sederhana) .Tutup dan picit untuk menutupkannya, kelim kemas-kemas untuk mengelakkan bocor sewaktu menggoreng.
11. Ulangi proses mencanai nipis setiap ketul hingga habis.
12. Goreng terendam atas api perlahan - sederhana hingga kuning keemasan. Tos atas kertas dapur dan hidangkan.
13. * Boleh juga digunakan crisco, minyak sapi, mentega atau keduanya (nisbah 1/2:1/2). Kalau malas nak canai semua doh, boleh beku doh dibalut plastic dalam. Nak guna, keluarkan dan tunggu kembali asal. Karipap belum digoreng boleh disimpan lama dengan menyusunnya atas dulang terlebih dahulu dan letak dalam fridge hingga beku. (1-2 jam). Kemudian ambil setiap satu dan balut plastic agar tak melekat, baru boleh simpan dalam bekas plastic dan letak dalam fridge semula.

http://www.cute-smiley.com

Sabtu, 26 Februari 2011

Ayam Merah Pudina

Hari ni masak lauk faberet hero mama, sapa lagi kalo bukan si Irfan dumuk...
http://www.cute-smiley.com.. 
Suka betul dia ngan ayam masak merah, tp style mama ler...style nenek dia tak suka plak, sbb nenek punyer stail kedekut sos dan pedas, wakahkahkah.....ntah apa2 lah anak aku tuh....



Disebabkan mama tengah buat Artkins diet, so takde la guna tomato sos yer...dan digantikan dengan tomato fresh yang dikisar. Kali ni tambah plak daun pudina, lebih buat Teh Arab... so rasanya lagi ummph... lagi wangi....


Bahan-bahan
* 1/2 ekor ayam
* sedikit garam kunyit

Bahan-bahan kisar
* 4-5 biji cili kering
* 1 cm halia
* 2 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar
* 1/2 cawan tomato kisar
* 1 batang serai- dititik- kalau suka...tak letak pun takpe

Bahan Hias
* 1/2 biji bawang besar- potong bulat
* 2 tangkai daun pudina
* kacang hijau secukupnya


Cara-cara
1. Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
2. Tumis bahan kisar  sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan tomato kisar. Tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
4. Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.



Ok....sampai sini dulu. Korang masak apa yer untuk tengahari ni???
http://www.cute-smiley.com

Hempedu Bumi

Salam Sabtu buat semua. Pernah tengok tak pokok ni? atau pernah dengar nama Hempedu Bumi atau nama saintifiknya The Creat? dulu kat kampung aku mmg banyak pokok ni. Sampai jadi semak. Asalnya abah aku amik pokok ni sebagai ubat darah tinggi. Daunnya diambil dan direbus. Airnya diminum...tapi...punyer lah pahit, hanya Allah yang mengetahui. Tapi alhamdulillah...penyakit beransur pulih.. dan selepas tu, ramai la plak datang amik pokok ni kat rumah. Lagi satu, pokok ni tak perlu disemai...ia akan membiak dengan sendirinya melalui sebaran biji benih. Pokok yang tua akan mengeluarkan biji. Dan bila biji tu pecah, nanti anak2 nya akan tumbuh ler kat tanah....... so itu ler serba sedikit cerita. 

Pokok ni mmg ada kat belakang rumah aku, dulu lagi merimbun, tp skang ni dh tinggal cenonet jer..malas nk jaga..lagipun takde sapa nk minum airnya...pahit gedempang...lebih baik telan ubat jer...
 
Hempedu bumi juga dianggap sebagai kapsul “First Aid Kit” sebab khasiatnya mengurangkan kesan negatif dari toksin daripada makanan dan pencemaran persekitaran, memecah lemak , mengawal fungsi hati, melawan serangan bakteria dan virus dan juga meningkatkan proses penghadaman.

Hempedu Bumi dalam bentuk kapsul ialah tonik pahit, ia lebih baik jika dibandingkan dengan Milk Thistle dalam peranannya memelihara hati dan merangsang fungsi hempedu.

Bahan aktif (andrographolides) bertindak sebagai antioksiden kuat, yang mengawal hati dan sistem penghadaman.

Kajian makmal dan klinikal telah menunjukan keberkesanannya dalam kes kerosakan hati (toksin), fungsi hati yang lemah dan hepatitis. Kesan manfaatnya terhadap keuda-dua hati dan sistem penghadaman HB juga memecahkan lemak dan kolesterol dalam sistem peredaran darah (jauh lebih berkesan dari minyak ikan).
HB juga digunakan secara tradisional untuk merawat tekanan darah tinggi, kencing manis dan luka kulit. Kajian saintifik juga telah mengesahkan kesahihannya.

Kajian terkini tentang herba ini menumpu kepada peningkatan sistem imun dan sifat anti-virus, termasuk juga beberapa strain virs HIV. Di negara Cina HB ialah herba pilihan untuk sakit tekak, di Norway, Denmark dan Sweden digunakan untuk merawat batuk dan selsema.

Jumaat, 25 Februari 2011

Sambal Tauhu Udang Kering

Salam.. hari ni tak tau nk masak apa. Takde mood, tak lalu makan, sume ada, ditambah plak dengan badan yang baru baik demam (aku yang mulakan demam kat rumah ni, kemudian diambil alih oleh Irfan, Jebat, Along dan baby Rayyan...dan akhir sekali aku yang menutup sesi demam rumah ni...huhuhu...kiranya 2 kali demam ler...)


Bahan-bahan
• 3 biji tauhu- digoreng dahulu
• 2 ulas bawang merah*
• 1 ulas bawang putih*
• Sedikit belacan* (bahan-bahan ini ditumbuk halus)
• Air asam jawa
• ¼ cawan udang kering –digoreng dahulu
• Garam dan perisa

Cara-cara
1.Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk bersama cili kisar. Tumis hingga cili masak dan pecah minyak
2.Masukkan air asam jawa. Kacau dan masukkan udang kering
3.Tambah garam dan perisa.
4.Akhir sekali masukkan tauhu yang digoreng. Gaul-gaulkan dengan sambal agar rata.
5. Siap dan sedia dihidangkan


3 biji tauhu ni dibeli kat Pasaraya Khas. Tengok tauhunya lembut, apa lagi, beli ler 3 bijik, sebijik rm40sen. Selalunya tauhu tu keras. Kali ni plak lembut...tp sure bukan tauhu yang dibuat sup tu... Aku tengok ada pelanggan cina sorang tu ambik sampai 20 bijik...huh.. wat pe banyak2 yer??

Makan ngan nasi panas pun dh sedap. Teringat zaman kat kampus dulu, inilah lauk yang selalu menjadi pilihan aku. Ambik sambal tauhu, ambik sayur baru rm2.00 ...hehehe...itu dulu laaa.... time belum jumpa Jebat, duit poket kena jimat, sbb takde yang sudi nk dekat... tp bila dh terpikat,  poket ringan dah jadi  berat, boleh belanja rakan dan sahabat, hari2 makan berat...sampai nk jalan pun dah tak larat... hahaha....melalut plak aku !!!!

Rabu, 23 Februari 2011

Serimuka Gula Melaka

Salam... akhirnya...hari ini buat jugak kuih untuk minum petang keluarga (setelah hampir 3 minggu tiada segala kuih dan manisan) Cian kat diorang. Memandangkan my Jebat pun tak kerja ari ni, so ada la masa buat kuih.

Baru kuar dari bekas. Masih panas lagi.

Hari ni nk buat serimuka kaler coklat plak. Biasanya warna hijau kan... ikut style mak aku, letak kulit kayu manis kat adunan atas tu. Wangi jer, dan takde lah bau hanyir telur. Dan kebiasaannya aku suka buat kepalanya lembik sikit. Kalo keras macam tak brapa ummph...terpulanglah pada selera masing2 yer

9Resipi kat bawah ni amik dari blog Watie Saari. Dia dapat dari CMG. Aku takde resipi saintifik, (yg betul2 ikut sukatan laaa...aku main redah jer....)

BAHAN LAPISAN BAWAH :
2 cawan beras pulut
1 1/2 cawan santan cair
1/2 camca teh garam
1 camca besar minyak makan

BAHAN LAPISAN ATAS :
1 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung jagung
1 camca besar tepung beras
3/4 cawan gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air* (*dimasak hingga gula larut, tapis dan sejukkan, buang daun pandan)
2 biji telur
2 cawan santan pekat
1/2 sk garam
Sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - tak letak sbb takder

CARA MEMBUATNYA :-)

1. UNTUK LAPISAN BAWAH :- Cuci beras pulut, rendam 20 minit dan toskan. Sementara itu panaskan kukusan, alas tin bulat berukuran 10 inci dengan plastik bersih. Sapu sedikit minyak makan pada permukaan plastik tadi. Masukkan pulut dan ratakan. Satukan garam bersama santan, kacau rata dan tuang ke dalam pulut. Masukkan minyak masak, kacau sedikit biar rata dan letak sehelai daun panda. Kukus selama 20 minit - 30 minit (mat kukus 25 minit).

2. UNTUK LAPISAN ATAS :- Satukan semua bahan2 untuk lapisan atas, kacau rata dengan whisk atau blender hingga sebati. Tapis adunan ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi sedikit pekat. Matikan api.

3. UNTUK PULUT SERIKAYA :- Pulut tadi, ditekan hingga padat, ratakan. Kemudian tuang lapisan atasnya, ratakan dan sambung mengukus selama 20 - 25 minit dengan api sederhana. Pastikan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Mat guna kaedah menutup permukaan tin dengan tudung periuk semasa mengukus..


Slamat Minum Petang semua!!!

Isnin, 21 Februari 2011

Udang Brocoli

Salam... orang lain dalam rumah ni semuanya tak sihat. Semuanya demam. Petang nanti sure untung besar klinik Alam Medic tu..hehehe....

Menu hari ni, untuk orang sakit, masak macam biasa lah. Untuk Jebat buatkan sambal tumis, dan utk budak2 tu masakkan daging goreng kunyit. Siap.... Dan untuk aku plak, brocoli celur dan udang.


Caranyer: celur brocoli sekejap pastu toskan. Ok..panaskan kuali plak yer. Tumis bawang putih dan bawang merah. Masukkan sedikit lada sulah. Pastu masukkan udang. Kacau goreng dan masukkan brocoli. Tambah garam. Siap !!!

Ada orang tanya, sampai bila nk diet ni? nk kurus cemmana lagik? macam Olive dalam kartun Popeye tu ker? ............. ini jawapannya ..... sampai penyakit asma ni ok, tak slalu dapat attack. Sampai lemak2 kat badan ni hilang.....sbb lemak pun punca semput kot...entah laaa.....





Ahad, 20 Februari 2011

Kembong Masak Taucu

Masakan paling senang, sedap dan menjadi kegemaran seisi keluarga. Yaaa...inilah dia....masak taucu. Kalo orang perak panggil Gulai Acar. Nape ek? aku pun tak dapat nk kenalpasti. Apapun, lauk ni mmg paberet aku. Tiap2 minggu mesti buat. Tak kiralah guna ikan apa, tongkol, bawal, kembong, merah, jenahak...belasah jer.


Bahan-bahan
2 ekor ikan kembung sederhana besar
1/2 sudu kecil halba campur
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air asam jawa
2 1/2 cawan air
1 bungkus taucu
1 labu bawang besar
2 biji cili hijau (aku tambah cili padi sama...best..lagi pedas lagi terangkat)
1/2 batang timun, potong memanjang (tak letak, sbb timun dah balik supermarket)
minyak

Cara-cara
1. Goreng ikan yg digaul dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan
2. Panaskan periuk, goreng sebentar halba campur tanpa minyak. Masukkan minyak dan tumis bwang merah, bawang putih ,dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan air, tunggu hingga mendidih sebelum dicampur dengan air asam jawa, ikan, cili hijau, bawang besar, taucu dan timun. Sebelum diletak garam, rasa dulu sebab taucu dah masin. Kalau belum terasa, baru masuk.

lepas masak terus snap gambar...fuh..berasap lagi !!!


Ok... sampai sini dulu. Selamat Berhujung Minggu.

Sabtu, 19 Februari 2011

Tau Fu Far

Selamat Petang semua. Hari ni buat dessert kegemaran my Jebat. Apa lagi kalo bukan mende putih lembik ni. Tiap kali ke pasar malam asyik membeli ni jer..pastu berebut makan ngan anak2. Cian plak. Hari ni buat sendiri. Makan ler korang sampai lebam !!

Macam biasa, buat gula merah ler..baru nampak berseri sikit. Kalo gula biru,gula hijau pun mesti meriah kan...hehehe....
Macam biasa, respi yang sama. Takde respi lain dah... respi ni dari cikgu Kemas Cheras. Takde cilok dari mana2 blog yer... tolong sikit !!!! (bukan apa, hari tu ada sekor bahalul tu mengaku tu respi dia, padahal tu respi mak aku..apa kita ni share mak ke?? )

Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
-300 gm kacang soya -rendam semalaman
-12 gelas air (ini untuk kisar dengan kacang soya tadi untuk dapatkan 12 gelas air soya) * 1 gelas air soya bersamaan 200ml
-1 sudu (sudu kecil kentucky) Tau Fu far Curding (istilah lain kat kedai bakery ialah GDL iaitu Glukono Delta Lactone)* benda ni takleh letak banyak, nanti pahit
-2 sudu besar potato stratch (tp kalau takde tepung jagung pun boleh)
-1/2 gelas air suam

Cara-cara
-Kisar kacang soya bersama 250 ml air (12 gelas air ) Tapis 2 kali untuk dapat hasil yang halus dan licin
-Sukat perahan air kacang soya sehingga menjadi 12 gelas
-Air soya dijerang atas api sederhana hingga mendidih
-Sementara itu, larutkan 2 sudu besar potato stratch bersama 1 sudu kecil tau Hu Far Curding di dalam 1/2 gelas air suam
-Sediakan bekas kedap udara(tupperware)
-Tuang larutan potato stratch tadi ke dalam tupperware
kemudian, ambil air kacang soya dan tuang secara meninggi (ala teh tarik). Tak perlu dikacau lagi
-Cepat2 tutup tupperware dan jangan buka. Biar hingga beku/sejuk
-Hidangkan bersama gula merah atau gula putih. SELAMAT MENCUBA


Makan ler korang. Aku tak leh makan sbb ni mende sejuk. Ada gula plak tu... sori....aku cuma minum air soya jer..tu pun tanpa gula...





*** alhamdulillah...penyakit asma aku semakin berkurangan. Entah apa ubat yang aku makan, tak dapat dikenalpasti. Sejak sebulan lepas mmg makan macam2 jenis ubat cina, ubat herba dll. Mula2 tu minum ubat rebus yang dibeli dr kedai cina. Fuh..rasanya...masyallah...

Paling takut ialah menggunakan sejenis rokok yang mengandungi ubat2 (ubat apa aku tak sure) ni cadangan dari jiran aku gak. Katanya anak kawannya yang ada asma totally hilang asmanya bila cuba rokok ni.. so aku pun cubalah... dan setelah seminggu, batuk berkahak kuning disertai dengan selsema. Kata jiran aku, itu tandanya badan kita keluarkan penyakit asma tu. Fuh... kini dh takde batuk...takde selsema. Aku dh boleh tidur/duduk dalam bilik yang berhawa dingin. Dah boleh berlari2 anak, bersenam dan lain2. Naik tangga pun dh tak mencungap.

Syukur, sekarang ni dah tak menggunakan inhaler. Cuma sebelum tidur jer aku akan guna inhaler sekali, atas nasihat doktor (agar tak dapat asma dalam tidur)

Ditambah plak dengan Diet Artkins yang aku amalkan ni, badan dh bertambah ringan. Seluar jeans lama dah boleh pakai. Baju kebaya lama senang jer disarung. Hehehe...jimat duit aku. 
 
Kesimpulannya: Jangan takut mencuba pelbagai cara yang dicadangkan, asalkan untuk kebaikan.

Keli Salai

Salam Sabtu semua. Hari ni projek main ngan bara api. Mula2 tu nk panggang ikan tilapia, tp pilih punya pilih tak berkenan di hati (selamat ikan tu...) Cari plak ikan lampan..takde plak yang besar... so last2 sauk jer lah keli tu. Tak banyak pun, dalam 10 ekor jer...jadi kucing jap hari ni...hehehe

Dah siap bakar. Jebat request cicah ngan air asam. Pergh.... tak sedar 3 ekor dh masuk perut...


Hari ni tak rajin nk goreng. Bakar pun boleh gak ler buat sambal. Lagi wangi... (kes malas, cakap jer lah...) Ada orang slalu cakap, bila goreng ikan keli ni kenapa selalu meletops. Haaa....ini rahsianya. Kalau korang beli ikan keli kat pasar, mmg ler meletop. Sebabnya ikan keli kat pasar tu diberi makan perut ayam dan dedak. Sebab tu harganya murah sikit, dalam rm4.00 ke rm6.00 (entah ler...) tp kalo korang guna keli organik, gerenti tak meletop punyer ler... sebabnyer kandungan lemak dan air dalam badan keli organik ni sedikit. Isi keli organik juga pejal. Keli organik ni makan palet semata2. Takde bau, tak hanyir. Tak percaya, meh la kolam aku!! boleh cium secara live keli aku ni.... (bukan cakap besar, tp nk buktikan aku tak tipu korang!!! ) tapi kalo sengat, sendiri mau ingat laaa.... kahkahkah.... tak caya? tanya Keli Oh Keli, si adik pengusaha keli yang glamour kat utara nun...


Lepas bakar keli, kita bakar daging plak. Buat nasi kerabu gerenti best ni....huhuhh....takde lah...makan gitu jer... jadi tarzan plak...kahkahkah.... (tarzan tak makan nasi dengan sambal belacan yer....hehehe)


Keli organik ni mmg la mahal sikit, dalam rm7.00 sekilogram (harga kat KL laaa....) tp aku takdelah jual semahal itu. My Jebat jual rm5.00 jerk. (skrg stok dh tak banyak, malas nk besarkan biz keli ni, tumpu pada tilapia plak....gamaknyer sbb tu kot masa request tilapia tadi, jebat kata takde sesuai, sayang nk ambik ikan ler tu.....hampeh)

Tapi semalam masa pegi Giant, nampak ler keli hidup, dia jual rm9.90 sekilo. Mak aiii...lagi ler mahal... bukan organik pun...keli hidup jer...nampak benar makan perut ayam sbb nampak sisa yang dikeluarkan oleh keli tu...cissss.....

Jumaat, 18 Februari 2011

Tart Nenas dan Almond Cluster

Salam...

Bila badan dah ok sikit, barulah siapkan Tart Nenas dan Almond Cluster ni. Ditempah oleh cik adik Sue dari Kluang Johor. Sue ni suka sangat makan tart nenas!! hehe...time kasih yer..

Fuh..masa membakar biskut ni, baunya harum semerbak. Ya Allah..tahan jer lah godaan. Apatah lagi bila dah masak dan sejuk. Suruh My Jebat rasa skit. Sedap katanya. Anak2 pun mengulang makan. Aku? tengok jer lah.. sabo, sabo !!! (ni kuih paberet aku ni...)

Bila dh siap, letak atas plate. Keliling plate tu aku letak minyak masak. Rumah aku ni dah macam busut semut. Punyalah banyak semut sana sini. Kalau tak buat cenggini, gerenti semut tu yang merasa dulu.

Kat bawah tart nenas tu Almond Cluster.

Ok..bila semua kerja dh siap, hati pun senang. Ok lah..aku nk pegi window shopping ni. Tak jauh pun, Giant Kinrara tu jer. Bye sume!!!

Khamis, 17 Februari 2011

Donut yang senang2 saja

salam buat semua. Petang ni bukanlah nyanyi lagu dandut yer..tp aku buat kuih yang senang ler.. ini jer yang mampu bagi kat diorang memandangkan si tukang masak dalam proses kecikkan badan..kahkahkah....


Resipi hari ini aku tambah sikit dengan kentang lecek dan yogurt. All in one. Kasi lagi lembut. hahaha...kalo tak lembut, ke sungailah ia...

Bahan-bahan
~250gm tepung gandum
>3 sudu besar kentang lecek
~1 sudu kecil yis
~ 2 sudu besarminyak masak
~1 sudu besar butter/merjerin
~ air suam (secukupnyer, untuk bancuh tepung)
~1 sudu besar susu pekat manis
~1 sudu besar plain yogurt
~1 sudu besar gula
~1 sudu teh garam
~1/2 sudu kecil bread improver
~1 sudu kecil bread softner


Cara-cara
1.Satukan yis, bread softner, bread improver,gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.
2.Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.
3.Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh.
4.Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Letak inti kalo suka.Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda
5.Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.

Hari ni malas dah nk salut dengan coklat dan segala bagai. Malas nak mencair coklat dan malas nk membasuh peralatan lepas tu.. kiranya semua malas ler... so salut jer ngan gula... makan ler korang!!

Ada 4 bijik ni, aku buat ler burger Msia- ni untuk along dan bang Jebat. Aku? togok air masak jer lah petang2 ni.... ermmmmmm !!! dugaaan...



Rabu, 16 Februari 2011

Menu Diet lagik

Hello Artkiners out there! korang makan apa tengahari ni? makan yer..jangan tak makan, nanti penyakit lain yang dapat. Macam aku ni, takut sangat nk makan, dah dapat sakit.


Menu hari ini, grill daging.First perap daging dengan garam dan lada hitam. Oppsss...no perisa tambahan, takde sos...cuma herba2 dan rempah asli saja yang dibenarkan.

Gril daging hingga masak. Kalau suka tambah lah sayur-sayuran spt bawang, kobis. Carrot tak boleh yer. Hidangan sayur pun terhad jugak. Tak boleh banyak. Kalau tak lalu makan cenggitu jer, boleh makan dengan mayonis. Sebarang sos tak bleh yer !!

Ok...sampai sini dulu. Harap dapat meneruskan diet ni untuk tempoh masa yang panjang. Janganlah ada penyakit lain yang datang. Cukuplah setakat penyakit asma yang aku hidapi ini.

Selasa, 15 Februari 2011

Nasi Daging versi Ayam

Hidangan tengahari ni special sikit. My Jebat pun balik kerja cepat. So boleh la makan2 sekeluarga dengan riang gumbira..hahaha....(cian plak kat diorang, hari2 makan lauk orang diet...)


Hari tu dh pernah buat nasi daging cicah air asam. So hari ni buat versi ayam plak. Sama jer, cuma gantikan daging dengan ayam.

Bahan-bahan:
* 250 gm ayam- potong kecil
* 2 cawan beras (dibersihkan)
* 2 cawan air rebusan daging
* 1/4 cawan susu cair
* 1 sudu besar rempah kurma (dibancuh)
* daun pandan
* 1/2 tomato (dicincang)
* garam dan gula
* daun ketumbar

Bahan tumis:
* kulit kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 kuntum buah pelaga
* 1 bawang besar (dimayang)
* 1 ulas bawang putih (diketuk)

Cara-cara:
1. Panaskan minyak zaitun.
2. Tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan rempah kurma, biar sehingga wangi
4. Masukkan air, ayam, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masukkan beras. Biar sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar dan hidang bersama air asam (tp hari ni takde air asam, malas plak nk membuatnyer)

Hidangan ringkas sempena Maulidur Rasul. Lepas makan kita layan tv plak.

Salad telur

Kurma Daging

Ikan Goreng Kembung Rebus (lauk tambahan...kena ada ikan sama)

Sabtu, 12 Februari 2011

Moist Cup Cake

Salam...lama rasanya tak update blog ni.. rindu dengan bw... Hari ni baru siap satu perkara, 1000pcs moist choc cake. Tempahan bukannya dari orang lain, dari kakak sepupu my Jebat gak, sempena majlis pertunangan anak keduanya. Kiranya anak sedara my Jebat lah jugak. Hari ni my Jebat amik cuti semata2 nk menolong aku buat mende ni.

Kali ni ada lain sikit. Ada label... hahaha....
Cup cake ini sebagai buah tangan untuk tetamu. Sib baik aku dh tak demam. Kalo idak, payah ler nk nolong.

Sib baiklah kak Tipah ni order coklat kek jer..kalo order mende lain, mampus aku....

Rabu, 9 Februari 2011

Chicken Chop

Salam... 2 hari agak bizi sikit. Semalam demam kura2 sikit (hahaha) sib baik hari ni dh ok. Dan hari ni plak siapkan tempahan coklat. Sib baiklah my Jebat balik cepat dan boleh jaga Ryan toncet (errm..nama jer jaga, sebenarnya si Along yang jaga. Bang Jebat elok ler zzzzzzz atas sofa)

Dan...makan malam ni ala western la plak. Malas plak nk angkut anak2 pi makan kat kedai.Buat sendiri la, memandangkan peha ayam untuk buat chicken chop tu masih ada.

Macam biasa, ayam diperap dengan lada hitam, garam dan serbuk megi cukup rasa. Lepas tu bako (atas arang yer...bukan dalam oben) Untuk kuahnya plak, guna mushroom soup dari Kimball jer..kesukaan keluarga. Senang dan sedap.

Ni dari pinggan aku. Setengah jer... diet ler.. kentang dan karot tu sekadar hiasan, tak makan. Lepas snap gambar, bagi kat Along. Kuah pun tak makan. Ambik ayam ngan brocoli jer.... hahaha..padan muka...tu ler..nk diet lagi !!!
Ayam disajikan dengan grill vege dan brocoli celur. Malas plak nk buat kentang putar dan rakan seangkatan yang lain (coleslaw ler tu)

Makan dengan sos tartar pun sodap !!!


*** Mulai sekarang, korang tak berpeluanglah tengok entri pasal kek, roti, muffin dan kuih-muih sbb aku tengah diet giler2 ni..takleh makan semua makanan berkarbohidrat dan gula. Tunggu ler bila aku dapat badan macam Erra Fazira nanti, baru ler ada entri kuih2 tu balik...wakahkahkah.....


Ok...sampai sini dulu....cayang korunk!!!

Isnin, 7 Februari 2011

Paratha Sosej/roti canai sosej

Petang ini, jamu budak2 tu makan ngan paratha ler plak. Tapi boring la kan kalo plain jer..hahaha...kali ni buat special sikit. Letak sosej. Kata my Jebat, kalo kat luar, dia dan kengkawan slalu order roti canai yang pelik2. Ada yang letak epal, milo, eskrem...huh..gila diorang ni..

Macam mana nk buat roti canai ni? senang jer..sama jer macam buat roti canai telur tampal tu. Cuma tambahkan sosej yang dihiris jer. Tapi aku goreng sekejap sosej tu.

Bahan-bahan
*1 batang sosej
*1 keping instant paratha
*1 biji telur

Cara-cara
-Hiris sosej (sukati ler nk tebal mana) Dalam kuali leper atau non stick pan, goreng sekejap sosej tu. Keluarkan.
-Masak paratha, tp jangan sampai garing sangat. Keluarkan
-Pecahkan telur,masukkan bawang hiris (kalo suka) dan garam. Kacau.
-Dadarkan dalam kuali tadi (tp jangan terbalikkan yer...)
-Taburkan sosej yang digoreng tadi
-Bila telur hampir masak, tekupkan dengan roti paratha tadi. Masaklah hingga sesuai garing yang korang nak. SIAP..senang jer kan.

* Sosej boleh diganti dengan crabstik, chicken meatloaf , seafood dll. Ala..ikut pandai la korang..

Aksi paratha sosej yang masih dalam kuali. 

Jemput makan semua!!!!



Ahad, 6 Februari 2011

Donut ala Dunkin

Salam...petang ini buat donut untuk juadah minum petang. Kebetulan ada kawan plak datang, so buat ler lebih sikit.

Ada 'sikit' rajin hari ni...so boleh decorate dengan coklat. Kat tengah2 tu fiiling oren dan kiwi... Ala2 dunkin (dongkey) gitu...

Camno den buek donut ni?? haaa...sonang baitu... caranya terap donut bentuk bulat (aku guna gelas biasa jer..) Lepas tu biarkan dia mengalami obesiti sekejap..hahaha..masa nk goreng, ambik hujung senduk dan tekan kat tengah2 donut tu (tp jangan sampai bocor ke bawah yer..ala2 buat kawah gunung brapa gitew... ) dan...gorenglah macam biasa. Nanti korang pancutlah apa2 filing kat lobang tu...SIAP...senang kan !!!

Ni plak salut ngan coklat jer...tabur sikit manik2....

Resepi donut? korang selongkarlah kat dalam kabinet dapur aku tu haaa,,,dh banyak kali buat donut, sama jer respinyer... (my style ler....)

Versi gula...(ni dh malas nk salut coklat)

Tetamu dr seberang bukit...hahaha...kesian korang. Makan donut ngan limau mandarin jer...


OK...sampai sini dulu.... nk layan tv plak !!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...