Jumaat, 28 November 2008

Karipap

Bangun jer pagi ni, dh dapat kerja...jiran suruh buat karipap, mungkin untuk minum petang kot ngan kawan2 dia... aku buat dalam 50 biji, frozen. Tapi tak frozen pun, siap jer kelim sume karipap tu, aku terus call dia, suruh datang amik, frozen sendiri dalam esbox dia ..sbb fridge aku kat umah ni dh sendat beno.
Nasib baik aku dh pandai sikit buat karipap ni.. sume ni belajo dr Hana ler.. thanks Hana....
Aku lebihkan 10 biji untuk anak2 aku. Kalau idak, merengek plak si Irfan tu, sbb karipap ni paberet dia

Untuk resipi, klik sini yer

Ok...out dulu yer.... nk masak plak ni...jumpa lagi petang nanti

Khamis, 27 November 2008

Vadei

Kacang ulunthu yang lebih buat tosai tu ada lagi, so bolehlah buat kuih vadei ni. Malas nk buat bentuk donat, so aku buat bulat2 jer (macam jemput-jemput) senang citer, habis gak masuk perut.
Resepi dr Zalina (my resipi) . Copy dr sana jer

Bahan-bahan
>200 gm ( 1 cawan) kacang ulunthu
>110 ml air
>1 biji bawang besar (potong dadu)
>2 tangkai cili kering (buang bijinya dan gunting halus)
>2 tangkai daun kari (gunting halus)
>1 1/2 sudu teh garam

Cara-cara
1.Basuh kacang hitam dan rendam hingga lembut dan kembang kira-kira 20 minit. Toskan airnya.
2.Kisar kacang didalam blender bersama air. Kalau mata blender tak berpusing, tambahkan sedikit air lagi setakat membolehkan ia berpusing.Jgn terlalu byk nanti adunan cair susah untuk digoreng.
3.Letakkan paste tadi kedlm bekas dan gaul bersama bahan-bahan lain. Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng hingga masak.

Senang jer kan!! tak payah beli kat aci lagi....

Nasi Goreng

Kalau dh malas nk masak, dan nasi plak ada lebih, inilah jalan penyelesaiannya. Wat jer nasi goreng, dalam tu letaklah apa benda yang dirasakan sesuai untuk tekak..

Bahan-bahan
>nasi sejuk
>bawang merah-dihiris
>udang
>isi ayam
>telur
>mentega
>timun-dihiris
>cili padi-dihiris
>garam, perasa

Cara-cara
1.Panaskan kuali, masukkan mentega. Tumis bawang merah hingga kuning. Masukkan udang, ayam dan cili padi.
2. Setelah udang dan ayam masak, pecahkan telur. Gaul rata. Kemudian, masukkan nasi sejuk.
3.Kacau lagi, dan bolehlah masukkan timun(kalau suka) diikuti garam dan perasa. Goreng lagi, dan bolehlah diangkat.

Sebenarnya bukanlah makan nasi goreng ni jer..ada lauk lain... ni dia, bawal sweet and sour.... resepi sweet&sour ni leh klik sini yer... kat umah ni aku selalu masak ikan bawal ni...lauk faberet aku dr kecik sampai skang.

Paratha Puff

Ada instant paratha ni senang jer nk makan puff, tak yah beli kat bakery lagi. Yelah, kat bakery tu, satu puff jer dh rm1.50++ kalau tekak besar mcm keluarga aku ni, mau dekat rm10.00 habis untuk breakfast waktu pagi jer... dalam ekonomi gawat ni, nasib baik boleh buat sendiri. Jimat sikit duit

Resepi cilok dr Hana. Rajin sungguh makcik tu memasak!! Sori Hana, copy resepi Hana ni jer, malas beno nk menaip panjang2

Bahan-bahan
plain paratha
inti karipap/sardin/
kuning telur

Cara-cara
1.sekeping paratha di potong 2 sama besar
2.ambil satu bahagian, letak inti karipap, lipat paratha dan lekatkan dengan cara menekan bahagian tepi dengan garfu
3.kelar-kelar sedikit permukaan puff dengan hujung pisau tajam
4.sapukan dengan kuning telur di permukaan yang dah di kelar tadi
5.bakar 180C sehingga kekuning-kuningan/hingga masak

Jemput makan kengkawan.. banyak kerja hari ni, projek nak buat baju melayu untuk si adik, dan baju kurung sekolah untuk Farisya.... tengahari sikit baru online balik...bye...

Rabu, 26 November 2008

Tosai

Inilah makan malam kami sekeluarga malam ni.. Tosai....pelengkapnyer , dengan kari ayam, petang tadi dh ingat nk buat chatney kelapa, dh keluar kelapa parut dan tomato, tapi tetiba plak mcam malas jer..yelah, kalau buat pun hanya aku sorang jer yang makan...
Lastly, hubby plak request sambal sardin. Hang Jebat tu, mesti nak ikut tekak melayu dia. Kena ada sambal.. (macam pelik jer makan tosai ngan sambal sardin ni...ha,ha,ha...)

Kalau dulu, time mak aku buat tosai ni, aku dok tepi jer, stanby dengan pinggan, sebab tosai ni kalau makan panas2 memang sedap... tapi memandangkan mak dh jauh..so kenalah buat sendiri..rasanya yang mak aku buat lagi sedap kot

Jom kita share resepi tosai tu kat sini. Aku dari kecik dh biasa buat tosai ni...almaklum ler...... tapi untuk rujukan anak2 dimasa depan, mama bagi sukatan yang betul kat sini yer....


Bahan-bahan
>1 cawan uluntu (aku guna yang dh siap kopek kulitnya)
>2 cawan beras
>segenggam nasi

Cara-cara
1. Uluntu dan beras direndam semalaman.
2.Keesokan harinya,(pagi) kisar uluntu, beras dan nasi hingga halus
3.Kalau agak pekat, tambahkan air. ... (agak2 macam adunan untuk membuat apam)...ops..letakkan sedikit garam
4.Masukkan dalam bekas dan peram sampai petang (sekurang2nya 8 jam)

Cara memasak
1. Panaskan kuali leper (lagi elok non stik, sbb adunan ni melekat)
2.Kalau takde non stik, guna kuali leper biasa, tapi sebelum tu titiskan sedikit minyak masak, dan pecahkan sebiji telur. Kacau macam nk buat telur hancur
3.Goreng telur dan sebarkan ke seluruh permukaan kuali leper tu...
4.Angkat telur tadi, dan bungkus dalam kain (buat bunjut)Masukkan sedikit minyak dalam piring
*mulalah masak tosai
5.Celupkan bunjut telur dalam minyak dan ratakan pada kuali.
6.Ambil sesenduk adunan tosai dan buat bulat (ala..mcm buat kuih dadar tu ler....)
7.Tutup sebentar, hingga buih2 naik,
8.Bila dh garing, bolehlah dilipat 2 dan diangkat...... sedap makan panas2....


Resepi untuk chadney kelapa

Bahan-bahan
>kelapa parut*
>bawng merah*
>halia*
>cili hijau*
>air asam jawa*
kisar semua bahan-bahan bertanda *

>bawang merah-dihiris
>biji sawi
>cili kering
>daun kari
>minyak masak
>garam dan perasa secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan minyak
2.Tumis bawang hiris, biji sawi, cili kering dan daun kari hingga kekuningan.
3.Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Tambah sedikit air.
4.Didihkan sebentar dan masukkan garam dan perasa.
5.Biar kuah pekat sedikit barulah diangkat.

***Ni resepi untuk chadni yang berwarna putih. Kalau nak yang berwarna merah tu, gantikan cili hijau dengan pes cili kering dan tambah buah tomato. Kisar bersama...dan masak seperti biasa macam kat atas



Lauk-lauk sampingan untuk dimakan dengan tosai :D

kari ayam

sambal sardin (request dr Hang Jebat ku)

Cucur badak

Hidangan waktu petang kami sekeluarga. Kali ini letak udang kecil (udang sayur) ... anak2 aku apa lagi, dok membelek udang tu jer lah... nasib baik takde tetamu yang datang, kalau ada, malu jer, sbb udang habis kena kopak

Resepi dapat dr
myresipi sumbangan Quinnie. Aku copy dr sana jer


Bahan-bahan ( anggaran 16 biji )
>500 gm ubi keledek ( kalau color merah lagi sedap)
>3/4 cawan tepung gandum
>1/4 cawan tepung kanji

bahan2 untuk inti>1/3 biji kelapa parut
>1 btg serai
>2 sudu besar udang kering
>3 tangkai cili kering
>sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih
>sedikit air asam jawa dan 1 sudu gula
>garam secukupnya



Cara-cara
1.rebus ubi sampai empuk, angkat dan tos kan, terus lecek2 kan ubi tu masa tengah panas
lepas dah sejuk boleh letak tepung dan gaul2 rata.
2.ambik sedikit doh dan buat bulat2, kemudian leperkan pada tapak tangan dan isi inti. lepas tu bulat2 kan kasi cantik.letak kueh yg dah siap atas dulang yg telah ditaburkan dengan tepung utk elak kan dia melekat bila diangkat nanti.
3.selepas siap, goreng kueh dengan api sederhana. selalu balik2 kan kueh agar kueh masak sekata. bila kekuningan boleh lah diangkat.

cara buat inti
1.cili kering, bawang besar dan putih, udang kering, serai hendaklah dikisar halus.
2.campurkan kelapa dengan bahan kisar, sedikit perahan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. gaul sebati dan goreng dalam kuali tanpa minyak hingga inti masak.
nota: jgn risau kalau doh tu rasa melekat2, takyah tambah tepung.memang doh tu akan melekat sikit masa kita nak bulat2kan kueh.

Isnin, 24 November 2008

Kerabu Timun

Aku memang suka makan kerabu, salad dan seangkatan dengannya. Kali ni kerabu timun plak. Ni resepi original dr mak aku. Mak aku tuh memang terer buat sume jenis kerabu ni. ... buat ni pun sebab teringatkan mak. Sabo lah dulu..raya aji nanti baru jumpa :((

Bahan-bahan
>timun-dihiris nipis
>bawang merah-dihiris nipis
>cili merah
>cili padi
>belacan
>udang kering
>santan pekat
>garam, perasa
>jus limau nipis

Cara-cara
1.Tumbuk cili merah dan cili padi hingga lumat.
2.Masukkan belacan dan udang kering, tumbuk lagi.
3.Dalam satu bekas, gaul rata cili yang ditumbuk tadi bersama santan pekat, bawang merah yang dihiris dan timun.
4.Gaul rata
5.Perah asam limau. Cukupkan garam dan perasa.
6.Siap...bolehlah dihidangkan....

Bayam Tumis

Kali ni cuba resipi dr Kak Fida plak. Walaupun kat umah ni hanya aku sorang jer yang makan sayur, tapi aku masak jer... Anak2 kalau tak makan sayur, tapi leh makan kuahnya.. Aku guna bayam merah, tp nasib baik lah kuahnya tak merah menyala..kang jadi Raja Bersiong la plak... ha,ha,ha....


Bahan-bahan ( 4-5 orang )
300 g sayur bayam - dibersihkan dan potong kecil
2 cawan santan - drpd 1/2 biji kelapa
2 batang cili hijau
3 ulas bawang merah kecil
1 sk jintan manis
sedikit kunyit hidup
1 sb udang kering
100 g udang hidup - dibuang kulit
garam secukup rasa
sedikit minyak masak - untuk menumis

Cara-cara
Tumbuk cili hijau,bawang merah,kunyit,jintan dan udang kering tetapi jangan halus sangat.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi hingga terbit bau lalu masukkan udang hidup,kacau rata dan masukkan pula santan dan garam secukup rasa.Kacau.
Apabila santan mula mendidih,masukkan sayur bayam dan masak sayur hingga lembut.
Siap untuk dihidangkan dgn nasi panas.

Ahad, 23 November 2008

Manggo Cup Cake

Buah mangga yang kat belakang umah tu dh masak ranum. Tinggal sebiji jer, nk makan tak cukup plak, so buatlah cup cake ni. Resepi dari cik puan Manisah Hj Mirpan (isya irfan) kat myresipi....he,he,he,,,sori yer nis, aku dedahkan nama sebenor ko. Dia ni kawan baik aku sejak dr zaman bujang lagi. Untuk pengetahuan kengkawan, nama anak2 aku tu pun amik dr nama glamour cik puan Manisah ni ler, Isya dan Irfan...ha,ha,ha....


Bahan-bahan
>90gm marjerin/butter
>80 gm gula halus
>1 biji telur-asingkan kuning dan putih
>40 ml susu cair
>110 gm tepung kek
>1/2 sudu teh cream of tartar
>1 sudu kecil esen mangga
>1 biji mangga yang masak ranum - dipotong dadu

Cara-cara
1.Dalam periuk, satukan butter, susu cair. Panaskan dengan api perlahan hingga butter cair.
2.Kemudian masukkan mangga, kacau sebentar dan tutup api. Biar sejuk
3.Pukul putih telur bersama cream of tartar hingga gebu. Kemudian, masukkan gula halus. Pukul lagi hingga dapat bentuk bertanduk (meringue)
4.Dalam bekas lain, pukul kuning telur, kemudian masukkan butter yang dicairkan tadi. Pukul hingga sebati.
5.Masukkan esen mangga.
6.Masukkan tepung. Kacau lagi.
7.Akhir sekali masukkan putih telur tadi. Kali ini guna cara kaup dan balik. Bila dah sebati, sendukkan ke dalam acuan mufin. Bakar pada suhu 180'C hingga masak, (selama 20-30 minit)


* selain mangga, boleh juga guna strawberry(ikut resepi asal), nenas, blueberry, dan lain2 yang dirasakan sesuai.. SELAMAT MENCUBA !!

Sambal tumis terung belanda

Kengkawan sume kenal tak terung belanda? Sesetengah tempat panggil terung pipit, sebab terung ni kecil2 jer. Banyak kenangan aku ngan terung belanda ni. Masa kecik dulu, kami di kampung guna terung ni sebagai peluru untuk senapang kayu, main tembak-tembak (ala2 peperangan la konon)

Kalau kena tembak, memang la sakit, tambah plak terung yang besar sikit. Hish..boleh menangis. Tapi zaman tu dh berlalu hampir 30 tahun lepas. Kalau kat kampung, terung ni bersepah, takde sapa nk makan. Tapi kat KL ni, terung ni ada harganya. Aku beli kat pasar borong, sekilo rm7.00 ... huh,,mahal gak tu

Sama jugak la dengan jambu air kecil yang warna merah tu. Kat kg aku, takde sapa nk makan, ayam pun hingin, kena pijak dengan lembu, ayam, itik jer.. tapi kat sini, 10 biji jambu air kecik tu dekat rm2.00 (aku beli kat jusco) padan la muka aku. Time ada kg dulu, benda tu tak pandang, tapi bila dah takde kg, sume benda kena beli. So..moral of the story...HARGAILAH APA YANG ADA DIKAMPUNG ANDA ! ! kah,kah,kah


Hari ni aku buat sambal tumis terung belanda+ikan bilis. Caranya, sama saja seperti membuat sambal ikan bilis, cuma tambah jer terung belanda ni.

Bahan-bahan
>terung belanda -dibersihkan dan dibelah 2
>ikan bilik
>bawang merah*
>sedikit belacan* (bahan2 8 ditumbuk bersama)
>cili kering kisar
>sedikit air asam jawa
>ikan bilis
>gula, garam, perasa

Cara-cara
1.Tumis bawang ditumbuk bersama cili kering. Biar sampai pecah minyak dan cili masak.
2.Masukkan air asam jawa, ikan bilis dan terung belanda. Kacau lagi. Boleh tambah air kalau kuah terlampau kering.
3.Perasakan dengan gula, garam dan ajinomoto. Biar kuah kering sedikit dan angkat.

Sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng. Bagi yang belum pernah merasa lagi, cubalah.... pasti ada kelainan lauk kampung ni :D

(untuk Hana,,,kat jepon tu sure takde punyer..so sabo2 lah yer ...ha,ha,,ha...jangan marah yer Hana)

Sabtu, 22 November 2008

Gulai Lemak Rebung+Perut

Tengok Fiza masak ari tuh...tak tertahan lagi. Teringin sangat nk makan. Dan inilah hasilnya. Hubby dan anak2 memang tak sentuh, so aku sorang la kena licinkan lauk ni.

Bahan-bahan
>Perut lembut
>Rebung (kalau suka byk tambah, kalau tak suka kurangkan)
>Cili api (ditumbuk lumat
>Perahan Santan
>kunyit hidup ditumbuk lumat bersama cili api
>Garam secukup rasa

Cara-cara
1.Perut digaul dengan tepung dan perap 1/2 jam. Kemudian bilas bersih.
Rebus perut sampai lembut. Potong kecil.
2.Cucikan rebung, toskan. kemudian masukkan ke dalam periuk bersama perut yang direbus tadi.
3.Letakkan cili api yg telah ditumbuk lumat bersama kunyit serta santan. Gaul rata semua bahan bahan tadi.
4.Masakkan bahan bahan tadi dengan api yang sederhana supaya tidak pecah minyak, kacau selalu.
5.Rasakan garam. Hidangkan ketika panas2

Piza

Anak2 memang suka makan pizza. Nk order online? malas lah plak nk g pick up. Nk suruh dia hanto, dalam online form ni, kawasan Puncak Jalil belum lagi masuk dalam kawasan penghantaran dia..eleh alasan, nk suruh orang gi 'dine in' kat sana ler tuh...

Disebabkan malas nk keluar rumah, dan barang2 untuk buat pizza pun sume ada dalam fridge, so aku pun buatlah. Walaupun tak sehebat pizza hut atau domino, tapi habis gak masuk perut laki dan anak2 aku.


Nk resipi klik jer untuk buat base pizza dia.

Untuk kuah/inti yang diletakkan atas base plak, klik sini plak. Dr laman myresipi aku.

Kuahnya leh buat bermacam masakan. Aku selalu masak lebih kuah tu dan masukkan dalam botol, simpan dalam fridge. Kalau nk masak spegetti atau spiral leh guna kuah instant ni.

Jumaat, 21 November 2008

Nasi Ayam

Hari ni hubby agak g Jabatan Pendaftaran Negara, sbb dia nk tukar ic. Ic dia takleh guna, cip tak berfungsi, sbb tu kena tukar gak. So, masak yang ringkas jer lah.


Resepi ni aku dapat dari rakan Ym aku Mr Odeman Sanggeng yang bertugas nun jauh di puncak gunung, First World Hotel Genting Highland. Resipinya memang pelik dan banyak beno banyak plak bahan. Tapi sedap.... bagi yang nk berdiet tu, memang takleh diet la, sbb resepi ni high kalori.
Kalau kat genting tu, nasi ayam ni dijual dengan harga rm18.99 sen untuk sepinggan... huh..mahal tu.. (almaklum ler..hotel)...
Tapi resepi diorang tu dh terlepas kat aku. Bodek punya bodek, last2 encik Ode tu bagi gak kat aku. he,he,he... thanks Ode,, lama kita tak jumpa... borak kat Ym pun dh jarang...


Bahan-bahan untuk sup
>rangka ayam, tulang2 ayam
>salery
>karot
>bawang besar
>batang leek
>winter melon/kacang mentah/timun tua (pilih salah satu, mana senang dapat)

-Panaskan air sampai mendidih dahulu, kemudian masukkan rangka ayam. Biar hingga kotoran dari air sup tadi timbul dan buang kotoran tadi. Perlahankan api dan masukkan salery, karot, batang leek dan bawang besar. Renehkan bahan2 tadi biar sampai kuar sume aroma. Kotoran yang timbul hendaklah sentiasa dibuang agar sup nampak jernih (masak lebih kurang 1 setengah jam)
-Kemudian, tapis sup tadi. Masukkan balik ke dalam periuk dan masukkan winter melon. Masak hingga lembut dan bolehlah ditutup apinya. Semasa menghidangkan sup ini nanti, tabur dengan bawang putih goreng, bawang merah goreng dan chicken oil.

Bahan-bahan untuk nasi
>beras
>air secukupnya
>planta
>chicken oil
>bawang merah-diketuk kasar
>bawang putih-diketuk kasar
>halia-diketuk kasar
>daun pandan (ni aku saja tambah, untuk lagi wangi)

-Masak nasi macam biasa
-Sementara itu, panaskan planta bersama chicken oil. Tumis bahan2 yang diketuk kasar tadi hingga keperangan
-Masukkan bahan yang ditumis tadi dalam periuk nasi. Masak seperti biasa. Letak daun pandan sama
-Bila nasi dh masak, buang bahan2 kasar tadi.
-Siap


Bahan-bahan untuk ayam
(untuk perap ayam)
>1 ekor ayam
>1 liter light soya sos
>50gm lea & perrin sos
>100nos bay leaf
>100ml air
>bawang merah kecil* -diketuk kasar
>bawang putih* -diketuk kasar
>daun bawang*
>chinese pasley*

-Ayam dibersihkan
-Satukan semua bahan-bahan (kecuali ayam) dan masukkan ke dalam bekas
-Perap ayam di dalam sos tadi selama 10 minit. Kemudian keluarkan dia dan gantung hingga kering
-Bila ayam dh kering, mandikan dia lagi untuk kali kedua
-Untuk bahagian dalam perut ayam tadi, masukkan bahan-bahan bertanda * diatas. Sematkan lici di perut ayam agar bahan-bahan tadi tidak terkeluar
-Panaskan oven160'c dan bakar ayam tadi hingga masak (dalam 40 minit)

Sos cili
>cili merah
>halia
>chicken oil
>garam
>gula
>lemon
-cili & halia dikisar. Masukkan garam, gula dan perah lemon. Titiskan chicken oil. Siap

Kicap
>light soya sos
>bawang putih
>daun bawang
-masak sume bahan-bahan ini hingga terbit bau. Tapis . Siap

Cara membuat chicken oil
-ambil lemak ayam, goreng dalam kuali hingga terbit minyak nyer.


Khamis, 20 November 2008

Spicy Tuna Carlifornian Roll

Aku memang suka makan benda alah sushi dan seangkatan dengannya. Hubby aku pon pelik ngan habit aku ni...dan si Along pun dh mengikut. Kali ni buat sendiri plak. Pagi tadi g tesco (aku g ngan anak2 jer, encik hubby kursus 3 hari kat Uniten) aku pun mencari ler barang2 nk wat sushi ni. Ni cubaan pertama. Buat sikit jer dulu. Kalau sedap dan menjadi, baru ler buat lagi lain kali .
Hanya gambar ni jer yang ok sikit aku rasa. Itupun isi perutnya tak penuh mcm kat kedai sushi tu. Gambar lain2 tu tak tak payah ler korang nk tengok yer..kang aku jugak yang kena kutuk.... (kah,kah,kah)

Resepi?? aku dapat dari rancangan Masakan Chef Diva Anita Sarawak. Pas tu ejas sikit ikut tekak aku (letak ebiko, dll)

Bagi yang malas nk buat, pergilah kat Palace of Golden Horses, kat sana pegi kat Japanese Kafe, ha...benda ni pasti ada...kat sana ia dikenali dengan nama Kino Uma

Bahan-bahan
>rumpai laut (seaweed)
>daun salad
>nasi sushi (nasi putih+sushi vinager)
>fresh tuna- dicincang halus (tapi aku pakai tun dalam tin jer)
>mayonis
>kimchi sos
>cili padi-dicincang halus
>timun-dirampai
>ebiko-sebagai hiasan

Cara-cara
1.Campurkan fresh tuna, mayonis, kimci sos, dan cili padi. Gaul rata
2.Ambil sekeping seeweed, letakkan nasi, daun salad, timun dan inti tuna tadi.
3.Gulung dan hiaskan dengan ebiko kat atasnya

Sambal kelapa ulam selom

Pernah makan sambal kelapa? bagi orang perak sambal kelapa ni dh biasa, tp negeri2 lain aku tak taulah. Ulam yang paling sesuai ialah daun selom & daun pegaga (kira ulam2 fresh la) Kat umah ni hanya aku sorang jer yang makan ulam. Hubby dan anak2 tak suka. Hubby cakap 'kambing' jer yang makan daun.... huh, memang mulut takde insuran.

Untuk melengkapkan lauk ni, goreng ikan masin dan makan ngan nasi panas. Kena plak ngan masak asam sayur keladi. Memang umph..... Makan kat bawah pokok rambutan yang tengah lebat berbuah. Lepas makan, leh cuci mulut ngan buah rambutan tu ... ha,ha,ha......


Bahan-bahan
>kelapa parut secukupnya
>cili merah
>cili padi
>belacan bakar
>limau nipis
>bawang merah-dihiris

Cara-cara
1.Tumbuk sambal belacan mcm biasa
2.Masukkan kelapa parut. Tumbuk lagi.
3.Masukkan hirisan bawang merah. Tumbuk kasar
4.Letak garam dan perasa (kalau suka)
5.Perah air asam limau, kacau rata dan siap

Gulai Lemak Siput Sedut

Siput sedut? ada yang panggil siput koyong, dan mcm2 nama lagi. Nama saintifiknya aku tak taulah plak.
Kami sekeluarga diperkenalkan dengan siput sedut ni masa menetap di Hulu Langat. Kat sana boleh dikatakan setiap gerai makan ada lauk ni (maklum lah, kawasan orang minang)
So satu hari tu teringin plak nk cuba. Pergilah ke kedai. Tuan punya kedai tu punyalah baik hati, siap ajar mcm mana nk masak dan serba sikit tips.
Selain dibuat masak lemak, siput ni jugak boleh dimasak kari, tumis air, rebus, dll. Entahlah..aku lom pernah cuba lagi.

Kalau nk buat masak lemak cili api, janganlah pedas sangat, sebab bila menyedutnya nanti, takut tersedak sbb pedas. Oleh itu, kurangkan kepedasannya. Untuk masakan kali ni, aku letak ubi keledek. Paling sedap kalau direncahkan bersama keladi. Sayur lain yang boleh joint ngan siput ni ialah nangka muda, lambuk, umbut, dll (yang korang suka la....)
Meh share resepi tu kat sini

Bahan-bahan
>siput sedut secukupnya -dibersihkan dahulu, dan dipotong hujungnya
>cili padi
>kunyit hidup
>santan
>serai-diketuk
>daun kunyit-dicarik-carik
>ubi keledek merah
>garam, perasa

Cara-cara
1.Cili padi ditumbuk bersama garam dan kunyit hidup hingga lumat.
2.Masukkan dalam periuk bersama sedikit air dan serai yang diketuk. Hidupkan api dan biar rempah tadi mendidih sebentar
3.Masukkan keledek dan masak hingga empuk
4.Diikuti dengan santan. Kacau selalu agar lemak tidak pecah.
5.Bila kuah dah mendidih, barulah dimasukkan siput sedut tadi dan daun kunyit. Kacau rata dan tunggu hingga kuah mendidih sekali lagi
6.Siap dan bolehlah dihidangkan

*Tips mencuci siput sedut
1.Siput dibersihkan macam biasa. Guna pelepah pisang untuk memberus lumpur2 pada siput itu.(masa ni siput tu masih idup lagi yer..jangan tak tau plak...)
2.Kemudian, potong bahagian hujung(ekor) siput itu sedikit. Ini membolehkan kita menyedut keluar isi siput itu masa makan nanti. Kalau tak potong, sampai tahun depan pun isi siput tu tak leh kuar
3.Setelah dipotong, ambil kelapa parut dan lumurkan pada siput yang dibersihkan tadi. Ini untuk membolehkan segala kotoran yang terdapat di dalam cengkerang siput tadi keluar (kan siput tu idup lagi.....)
4.Diamkan selama 1/2 jam. (ha..lepas 1/2 jam tu nanti, tengoklah sendiri kelapa parut yang putih bersih tu akan bertukar jadi warna lumpur.
5.bersihkan, dan bilas dengan air hingga bersih.
6.Sedia untuk dimasak.
*ha..masa makan plak, lepas sedut isi siput tu, jangan lupa tanggalkan cd yang melekat pada siput tu. Jangan ditelan plak :D (kami panggil mini cd )

Rabu, 19 November 2008

Cendol

Walaupun aku takleh minum ais, tapi bila dh teringin sangat, sakit pun takpe lah..ada ubat.... Dh lama nk minum cendol. Nk beli?? kat area Puncak Jalil ni takde cendol yang sedap. Agaknya otak aku ni kena set , cendol yang sedap mesti cendol Kuala Kangsar (cendol kat kampung aku ler) .... walau ke mana pun aku pergi, aku takkan jumpa cendol yang sesedap kat kg aku (itu ikut tekak aku ler)


Lagi satu laksa. Dua benda ni memang aku dh set dalam otak aku. Kalau makan cendol mesti nk kena ada laksa kuala.... keistimewaan laksa kuale kangsar ni laksanya diperbuat daripada tepung gandum. Laksa biasa tu dr tepung beras kan.... dan kuah laksa kuala plak cair sangat,,,tapi sedap... kalau korang pegi kuala kangsar, mesti cuba dua benda ni. Kalau tak, kunjungan ke Kuala Kangsar tak lengkap.

Bahan-bahan
>cendol secukupnya
>santan kelapa cair (dicampur sedikit garam)
>air gula merah
>ais kisar secukupnya
bahan tambahan
>pulut tanak
>jagung manis(tin)
>kacang merah(tin)

Cara-cara
1.Ais dikisar, letak dalam mangkuk
2.Letak cendol, pulut, jagung atau kacang merah (jika suka). Aku tak letak pun sbb takde...he,he,he
3.Letak santan cair
4.Letak gula merah ..... dan bolehlah dimakan......



*Lepas jer makan cendol ni, aku diserang semput lagik...cepat2 sedut ventolin inhaler ..kah,kah,kah,..padan ngan muka aku......

Udang Goreng Kunyit

Resepi malas dr orang yang tak sihat. Disebabkan aku takleh makan udang, so masak yang simple jer untuk hubby dan anak2. Apapun, anak2 memang suka lauk ni. Letak sedikit karot, daun bawang untuk mencantikkan lagi lauk ni.... resepi udang ni klik kat sini yer

Melengkapkan lagi lauk hari ni, aku buat sayur taugeh ni. Resipi ni blajar dr untie sebelah umah.


Bahan-bahan
>sayur taugeh-dibersihkan
>bawang merah-dihiris
>bawang putih-diketuk
>halia-dihiris
>tauhu-dipotong kecil
>telur
>kicap cair
>perasa, garam

Cara-cara
1.Tumis bawang merah, bwang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan tauhu yang dipotong dan goreng sebentar (tak garing pun takpe)
2.Pecahkan telur dan kacau rata. Masukkan sayur taugeh, dan tutup sebentar (sapa suka kuah, leh ler letak air)
3.Buka penutup dan letak kicap cair, perasa dan garam. Kacau dan bolehlah diangkat.
4.Senang jer kan.......

Jumaat, 14 November 2008

Spiral Goreng

Sejak dua menjak ni memang suka makan pasta, tak kira la speggeti, makaroni atau apa saja. Tekak omputeh la plak. Teringat masa mengandungkan si along dulu, hari2 makan pizza, sampai skang ni along memang suka western food ni. Tak makan nasi pun takpe, janji ada roti. Tapi si adik pulak tekak melayu. Mesti nk kena nasik. Cukup dengan telur goreng dan kicap pun jadi..
Resepi ni untuk hidangan tengahari kami (entah la encik hubby tu balik ke idak makan tengahari, tapi dh cakap kat dia aku tak masak nasi hari ni...kang kalau dia "terbalik" ke rumah, aku buat ler benda2 lain. ..bihun sup ker, masak meggie ker...sbb laki aku tu memang tak jamah benda alah pasta2 ni..


Bahan-bahan
>pasta spiral-direbus dahulu, dan digaul dengan sedikit butter
>bawang putih-ditumbuk kasar
>bawang merah-didadu
>isi ayam
>sosej-dipotong dadu
>cendawan butan-dibelah 4
>karot-dihiris nipis
>serbuk lada hitam
>serbuk oregano
>australian pasley-hiris nipis(ni rasa dia mcm daun ketumbar, kalau takde pun takpe)
>meggie seasoning
>sos tomato/tomato puri
>garam dan perasa
>minyak zaitun untuk menumis (takde pun takpe, guna minyak biasa jer)
>mozzarella cheese (kalau suka)

Cara-cara
1.Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan serbuk lada hitam, australian pasley dan oregano.
2.Masukkan isi ayam, sosej, karot, cendawan. Kacau rata. Renjiskan sedikit meegie seasoning.
3.Masukkan sos tomato dan kacau lagi.Letak garam dan perasa secukupnya.
4.Akhir sekali masukkan pasta spiral yang direbus. Kacau rata dan bolehlah diangkat.Tabur dengan mozzarella cheese dan bolehlah dihidangkan....

Bubur Pulut Hitam

Beberapa hari lepas, dalam Asean Food Channel tunjuk resepi ni. Selain dibuat bubur, ia juga dijadikan aiskrim...emmm..sedap nyer ! !
Kebetulan dalam kabinet ada pulut hitam yang beli ari tuh. So leh ler masak bubur ni...... kalau ikut style makcik aku, dia letak santan pekat semasa menghilang. Nampak ler menarik sikit. Tapi aku ni malas, lebur jer sume tu skali gus.

Bahan-bahan
>pulut hitam-dicuci dan toskan
>santan
>gula putih
>gula merah
>sedikit garam-untuk menaikkan rasa lemak
>daun pandan

Cara-cara
1. Rebus pulut hitam sampai kembang (aku rebus dalam rice cooker jer)
2.Masukkan gula merah, gula putih dan daun pandan
3.Akhir sekali, masukkan santan (yg dicampur sedikit garam).
4. Kacau rata dan bolehlah diangkat.

Khamis, 13 November 2008

Sayur Lodeh

Dh ketandusan idea nk masak apa, pergi kedai beli tempe dan kengkawannya yang lain dan buatlah kuah lodeh ni. Makan ngan nasi jer, takde masa nk buat nasi impit dan teman seangkatan yang lain.
Resepi dr kak Fida Myresipi yang nun jauh di bandar singa.... aku copy jer dr sana..Malas nk menaip.


Bahan-bahan
Bahan yg dikisar halus *
*10 tangkai cili kering
*2 biji bawang besar
*2 ulas bawang putih
*1 jari kunyit hidup
*1 hiris halia
*2 sudu udang kering
*2 sudu ikan bilis
*sedikit belacan - jika suka
*2 sk jintan kasar - sangar
2 batang serai - dititik
4 helai daun salam
1/2 jari lengkuas - diketuk
200 g udang hidup yg dikupas kulit
Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
1/2 biji kobis
8 batang kacang panjang
1 batang lobak merah
1 biji sengkuang kecil
1 biji terung panjang
1 keping tahu kering - rendam
4 biji kentang
4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
4 keping tempe - dipotong dan digoreng
2 ikat su'un - direndam
lada merah dan hijau - dipotong serong
2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
air secukupnya
garam secukup rasa
1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

1.Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
2.Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam.
3.Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
4.Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.



(musykil ler,,apasal aku ambik gambo selalu tak lawa..padahal bukan dr hp, kamera pun bolehlah tahan harganya, lebih kurang Kak G tu hah.....hubby aku beli, cuma aku masih confius banyak sangat butang nk kena set kat kamera tu, ada pelbagai mod..abih tu bantai jer la tangkap... aku selalu set kat mod potrait, dh jer cerah semacam jer..pas tu aku ikut sesedap rasa jer la letak mod apa... so ni ler hasilnya..Nk kena belajar dr kengkawan kat sini lah jugak... Hana, Kak G, dll ...tolong!!! ....... (ish..dh lari dari topik la plak )

Rabu, 12 November 2008

Pau goreng inti sardin

Hari ni si Farisya tak pergi sekolah (sbb sekolah dia adakan sambutan Hari Kanak2, kena masuk sesi pagi, hubby cakap tak payah pegi, sbb main yer).. memandangkan anak2 ada kat umah, so kena la buat kuih (untuk diorang ngap time tengok tv)
Fikir punya fikir, si along ni memang hantu sardin, buat sandwish dia dh jemu, so...buatlah pau goreng ni. Kali ni resepinya lain sikit, guna pelembut roti dan kentang lenyek. Hasilnya, pau lebih lembut walaupun dh sejuk, dan tak serap banyak minyak.

Bahan-bahan
>tepung gandum
>gula halus
>garam halus
>marjerin
>susu cair
>kentang lenyek
>yis
>bread softner
>bread improver
>telur
>air suam

Inti sardin
>sardin secukupnya -dihancurkan isinya
>bawang merah-dihiris halus
>cili kering kisar
>garam, perasa
>air asam jawa (aku perah jus limau nipis jer)
>minyak masak


Cara-cara
1. Masukkan sume bahan-bahan (kecuali air) dan gaul rata. Letak air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yeng lembut dan tidak melekit
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil dan rehatkan selama 20 minit. Sementara itu bolehlah buat inti sardin

(masak inti sardin)
3 Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bwang merah hingga layu.
4.Kemudian, masukkan cili kering yang dikisar (sapa nk pedas, bolehlah letak lebih).Tumis hingga cili masak dan naik minyak.
5.Barulah dimasukkan sardin bersama kuahnya. Biar kering sebentar.
6. Tambah garam dan perasa, masukkan juga air asam/jus limau
7.Biar kering dan bolehlah diangkat, dan sejukkan sebentar

(kembali sambung kerja tadi)
8. Ambil sebiji doh, dan letakkan inti
9. Bulatkan kembali dan rehatkan lagi selama setengah jam
10.Bila dh naik, goreng dengan minyak panas hingga kekuningan.


Sisa Ikan Bilis

Dalam dapur kita mesti ada ikan bilis kan? Pada yang malas (mcm aku) memang suka membeli ikan bilis yang telah siap dikopek. Namun harganya agak mahal, berbanding yang belum siap dikopek.

Namun, adalah lebih baik membeli ikan bilis yang belum dikopek, kerana sisa ikan bilis itu tetap boleh digunakan.

Ramai yang membuang sisa ikan bilis tanpa menyedari keistimewaannya Bukanlah untuk dimakan, tetapi untuk pokok tanaman. Sisa ikan bilis ini dapat melebatkan buah pokok seperti pokok cili, kacang panjang, bendi, terung, dan lain-lain.

Caranya, buat beberapa lubang kecil pada pasu bunga atau sekitar tanaman anda. Masukkan sisa ikan bilis tadi dan tutup lubang tersebut. Padatkan tanah tadi agar serangga lain seperti tikus dan semut tidak mengorek semula lubang itu (kalau aku plak, aku tindih jer dengan batu kecil) Dh siap, kemudian jiruslah pokok seperti biasa. Insyaalah pokok tanaman akan berbuah lebat.

Bagi sesiapa yang minat menanam bunga, kaedah ini boleh juga digunakan pada pokok kertas untuk mendapatkan bunga yang lebih lebar.

Ha..lepas ni jangan malas lagi. Kopek sendiri ikan bilis tu dan jadikan baja pelebat buah. Selain ekonomi ia juga bebas dari bahan kimia ... selamat mencuba !

Ahad, 9 November 2008

Pau Goreng @ burger malaysia

Dah lama nk makan pau goreng ni, tp penyakit M melanda ... tapi minggu lepas bila Fiza entri gambar pau ni..terus rajin nk buat. Tengoklah sambal ikan bilis tu, sampai dh terkeluar. Bentuknya tak cantik langsung, tak lawa dan sebulat pau goreng Hana Jepun tu, tapi dh selamat dh masuk perut. Rasa tetap fantastik.... (bukan puji diri sendiri, tp puji tuan asal resepi ni) Resepi dr cute10 myresipi. Jom kita salin jer kat sini....


Bahan-bahan ( 25 biji )
>250 gm tepung roti (strong/protein flour)
>100 gm tepung biasa
>1/2 sudu kecil yis (mauripan)
>30 gm gula kaster
Bahan yg di campur skali
>30 gram butter cair
>1 biji telur (di pukul)
>150 ml susu suam.
>minyak utk mengoreng

Cara-cara
1.Masukkan kesemua bahan kedalam machine/mangkuk kecuali susu,yis & Butter cair. Gaul bahan2 tadi sehingga sebati.
2.Masukkan yis dalam susu suam. Tuang sedikit-sedikit susu tersebut ke dalam adunan tepung. 3.Uli sampai doh tak melekat ke bekas
4.Buat bulat. Masukkan dalam bekas, tutup dengan plastik wrap. Biar naik 1 kali ganda (lebih kurang dlm 1 jam).
5.Keluarkan doh dari bekas. Tumbuk-tumbuk supaya keluar angin. Leperkan doh lebihkan 1/2 inchi. Bolehlah potong dengan menggunakan gelas sbg. cutter.
6.Biarkan naik sekali ganda lagi dlm Lebih kurang 30 min.
7.Bolehlah di goreng ya. Siap goreng, ditoskan minyak atas jaring.
8.Lepas sejuk, boleh di potong tgh dan dihias dengan tamato & timun juga sambal ikan bilis.

Nasi minyak, kurma daging

Selalunya, malam sebelum tidur, kami selalu bincang nk masak apa keesokan harinya. Dan untuk hari ni hubby request nasi minyak. Walaupun aku tak suka makan nasi minyak (yelah..diet ler katakan...) tp demi hubby tersayang, masaklah jugak. Untuk aku, masak nasi putih pas tu makan ngan lauk kurma, goreng ikan masin...


Nasi minyak

Ni resepi orang malas, ringkas jer, takde warna2 pun, masak dalam rice cooker jer
Bahan-bahan
>Beras basmathi (guna beras biasa pun ok)
>Bahan tumis
>Bawang merah*
>Bawang putih*
>Halia*
>Kulit kayu manis
>Buah pelaga
>Bunga cengkih
>Bunga lawang
>Bahan lain
>Kismis
>Badam/gajus
>Susu cair
>Tomato-dihiris nipis
>Pewarna kuning-jika suka
>Air mawar-jika suka
>Bawang goreng

Cara-cara
1.Beras dicuci bersih dan toskan
2.Tumis bahan yang ditumbuk bersama dengan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Biar hingga naik bau.
3.Masukkan pula tomato, gajus dan kismis, goreng lagi.
4.Masukkan beras, gaul rata.
5.Diikuti dengan susu cair dan air secukupnya (sukatan air-macam masak nasi biasa ler). 6.Masukkan garam dan serbuk perasa
7.Masak mcam biasa (aku masak dalam rice cooker jer)
8.Bila nasi dh masak, bolehlah direnjis dengan air mawar, dan tabur dengan bawang goreng, Siap

Kurma Daging

Ni sbb tergoda tgk fiza masak lauk kurma ari tuh...kebetulan hubby plak request suruh masak nasi minyak. So lauk ni memang kena lah...


Bahan-bahan
• Daging –dibersihkan dan direbus dahulu (ni kerja orang malas, shortcut)
• Bawang merah*
• Bawang putih*
• Halia*
• Kulit kayu manis
• Buah pelaga
• Bunga cengkih
• Bunga lawang
• Serbuk kurma
• Kerisik
• Santan
• Ubi kentang, lobak merah
• Tomato
• Cili merah, hijau
• Bawang besar-dibelah 4

Cara-cara
1. Tumis bahan yang ditumbuk bersama dengan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang. Biar hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma, kacau segera agar rempah tidak hangus. Kemudian tambah sedikit air.
3. Masukkan daun kari dan tutup periuk. Biar rempah masak dan naik minyak.
4. Apabila rempah agak garing, masukkan santan dan air.
5. Bolehlah dimasukkan daging yang direbus, kerisik, dan ubi kentang untuk mengempukkannya dahulu, kemudian karot.
6. Letaklah garam dan perisa secukup rasa, biar hingga mendidih.
7. Akhir sekali, masukkan bawang besar, cili hijau dan tomato. Kecilkan api, dan biar hingga naik minyak. Dan,,,bolehlah ditutup api dan dihidangkan

Acar Rampai

Acar rampai ni lain sikit dr resepi yang ari tuh. Sbb kali ni ikut resepi mak aku, letak kacang tanah.


Bahan-bahan
>*Timun-dipotong memanjang
>*Lobak merah-dipotong memanjang
>*kacang panjang-dipotong pendek
>*Cili hijau
>*Cili merah
>*Bawang besar
>Bawang merah-dimayang halus
>Bawang putih-dimayang halus
>Halia-dimayang halus
>Pes cili (cili giling)
>Kacang tanah yang ditumbuk
>Biji sawi
>Cuka
>Gula, garam, perasa
Cara-cara
1.Bahan-bahan * direndam sebentar dalam air kapur kemudian basuh dan toskan.
2.Tumis bawang merah, bawang putih dah halia sampai naik bau
3.Masukkan biji sawi. Tumis lagi
4.Masukkan pula pes cili. Goreng hingga cili masak.
5.Kemudian, masukkan air dan cuka. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
6.Biar mendidih sebentar dan akhir sekali masukkan sayur tadi diikuti dengan kacang tanah. Kacau dan angkat.

Mee Kari

Ni sepatutnya entri semalam..tp semalam busy bebeno, tak sempat nk bukak pc ni (Bz g jalan2 ler...)
Hari-hari makan nasi pun tak lalu jugak, so hari ni layan jer lah mee kari plak. Senang jer nk masak mee kari ni. Yang penting bahan kena cukup. Mesti ada kerang.



Bahan-bahan
> mee kuning-dicelur dulu
>ayam - dibersihkan dan direbus dahulu
>isi kerang
> bawang putih
>bawang merah
>halia
>serbuk kari ayam
>2 tangkai daun kari
>sedikit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih (4 sekawan)
>fish ball & fish cake
>bebola daging
>tau pok - dibelah 2
>Santan kelapa
>2 ketul kiub ayam dan
>sedikit garam dan perasa
>Sayur sawi, taugeh -dicelur sekejap
> daun sup/bawang, bawang goreng & telur rebus

Cara-cara
1.Ayam yang direbus tadi disiat-siat dan ketepikan
2.Tumis kayu manis, bunga lawang dan cengkih seketika kemudian masukkan bahan yg telah ditumbuk lumat yg telah dicampur dgn serbuk kari dan daun kari - tumis sehingga wangi
3.Masukkan air rebusan ayam dan kacau seketika.
4.Kemudian masukkan santan secukupnya dan biarkan mendidih dan masukkan garam & kiub ayam sambil tu dikacau selalu
5.Apabila sudah mendidih dan hampir masak, masukkan fish ball, fish cake dan tau pok tadi.Letalah garam dan serbuk perasa.Biarkan mendidih sekali lagi dan ditutup api
6.Celur sayur-sayur dan hidangkan bersama mee dan kuah.



Jumaat, 7 November 2008

Apam Mekar

Tahun lepas dh pernah buat apam ni, tapi tak menjadi. Hanya sebagai hidangan tong sampah. Keras, batat. So aku pun dh fed up, tak nk buat lagi.
Tapi minggu lepas, masa g kenduri kat Hulu Langat, sepupu hubby ada la bawak apam ni, aku dan anak2 pun rasa ler..memang sedap. Pas tu hubby aku siap citer kat mak dia kononnya aku pun pandai buat apam ni... hish..memang mulut takde insuran...
So hari ni, projek apam mekar dengan anak bujang aku tuh. Dia tolong pegang mixer. Aku ikut sume arahan dan petua.
Hasilnya.... (gabra jugak, kalau tak jadi mcm dulu tuh) wallah...mekar setaman, semekar senyuman ku ini. Puas hati.
Petang nanti nk g umah mak mertua aku lah, nk bawak apam ni...he,he,he..... ("mak..kita pun dh pandai buat apam mekar ! !" )
Resepi diambil dr rossitam (myresipi) dan blog hanieliza

Bahan-bahan
>250 gm gula
>2 biji telur
>1 sudu kecil esen vanilla
>200 ml susu segar
>300 gm tepung gandum
>1 sudu kecil ovallate
>Pewarna (ikut suka)
>Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
2.Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
3.Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
4.Masukkan ovallate dan pukul lagi.
5.Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
6.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (merah dan hijau)
7.Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup balikkan hingga warna sekata.
8.Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
9.Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
10.Kukus selama 15 minit dengan api besar


tips agar apam menjadi dengan cantik
1. telur dan susu jangan ambik terus dr peti ais. Biar pada suhu bilik dulu
2.pukul telur dengan gula sampai betul2 kembang dulu - macam buat kuih bahulu
*aku buat, pukul putih telur sampai jadi meringue dulu, pas tu baru masukkan gula, pukul lagi kemudian baru masukkan kuning telur
3.kukus dengan api yang besar (air panas tu menggelegak)


SELAMAT MENCUBA YER...

Bubur jagung

Hujung minggu ari tuh, pegi Hulu Langat, singgah ler kat gerai di tepi jalan yang menjual aneka buah-buahan tempatan. Aku pun beli ler jagung manis ni. Anak-anakpun suka makan jagung. Selalu tu aku buat cekodok, tapi kali ni teringin plak nk makan bubur.

Bahan-bahan
>3 tongkol jagung manis-diambil isinya
> gula
> air
>santan
>2 helai daun pandan disimpul
>garam
>sagu mata ikan

Cara-cara
1.Isi jagung dibersihkan dan direbus sebentar
2.Kemudian masukkan gula, santan, daun pandan, garam dan sagu.
3.Biar mendidih sekejap dan bolehlah diangkat.

Daging Masak Kicap

Resepi ni menggunakan serbuk rempah masak kicap Mak Siti. Biasanya kalau buat masak kicap, aku masak ikut style aku jer, tapi hari tuh masa g kedai runcit, aku terpandang rempah masak kicap ni. Harga rm0.50 sen jer. Rasanya?? boleh la tahan....


Bahan-bahan
>daging batang pinang
>sekampit kecil rempah masak kicap Mak Siti (50sen)
>bawang merah*
>bawang putih*
>halia*
>kicap pekat
>kicap cair
>tomato
>bawang besar-dihiris bulat
>daun sup, daun bawang-ditabur

Cara-cara
1. Bahan-bahan bertanda * dihiris nipis
2.Tumis bahan-bahan bertanda * hingga naik bau
3.Kemudian masukkan bancuhan rempah masak kicap
4.Kacau dan tunggu hingga pecah minyak
5.Masukkan daging dan kacau lagi. Tambah air untuk empukkan daging.
6.Tuang kicap pekat dan kicap cair. Biar hingga kuah kering sedikit
7.Masukkan garam(sikit jer, sbb kicap dah masin), perasa dan gula. Kacau lagi.
8.Sebelum diangkat, masukkan tomato dan bawang yang dihiris bulat.
9.Akhir sekali, tabur dengan daun sup dan bawang. Siap


Khamis, 6 November 2008

Masak Lemak Pucuk Paku

Dah lama tak makan masak lemak pucuk paku. Ari tuh g pasar borong, aku beli ler rm1.00 untuk 3 ikat kecil. Asalnya bangla tu tak nk jual, sbb satu ikat besar tu dijual dengan harga rm2.00. (ada 6 ikat didalamnya) Tapi lepas aku bodek2 sikit, dia jual gak...ha,ha.ha......


Bahan-bahan
>Pucuk paku (3 ikat) -dibersihkan
>cili padi
>kunyit hidup
>Bawang merah-kalau suka
>Serai ( dititik)
>Ikan Bilis
>Santan kelapa (pekat dan cair)
>Garam

Cara-cara
1.Tumbuk cili padi bersama dengan kunyit hidup dan bawang merah
2.Masukkan dalam periuk bersama santan cair, serai, garam dan ikan bilis
3.Didihkan sebentar
4.Masukkan pucuk paku. Tambah santan pekat. Kacau agar tidak pecah lemak.
5.Biar mendidih dan bolehlah diangkat

(tips: untuk mengelakkan santan pecah lemak semasa memasak, tumbuk cili padi+kunyit dan garam, kemudian masak seperti biasa, tak perlu tambah garam lagi)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...