Khamis, 30 April 2020

Lempeng Sayur

Salam

Hari ni melempeng plak. Kalau plain je mesti boring kan. Kasi up sikitlah
Resepi Lempeng Sayur

Bahan
Tepung gandum- 2 cawan
Telur 1 biji
Butter - 1 sudu- dicairkan
Garam, gula secukup rasa
Air secukupnya
         

bahan-bahan ini gaul dulu. CK masuk jer dalam blender. Dah sebati semua, barulah dicampurkan dengan bahan-bahan di bawah ni. Airnya kena agak2 saja. Pandai2 la korang. Takkan buat lempeng pun tak tau.
Daun sup, daun bawang - hiris halus

lobak merah - sagat halus
cili merah- cincang - ni saja tambah

bawang merah - hiris halus

Cara-cara
Dan siap gaul semua bahan,  boleh la dadar mcm biasa. Api sederhana. Kalau suka gulung, boleh la gulung. Kalau malas biar jer sekeping-sekeping macam biasa.

Sedap dicicah bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal sardin. Hari ni CK buat sambal bilis pekat menyengat. Hahahaahha 

Ni bihun sup PAMA. Dah takde idea nak makan apa. 


-


Rabu, 29 April 2020

Nasi Kerabu

Assalamualaikum.  Masih lagi di negeri Kelantan. Hehehe... still tak boleh move on dengan laksam semalam. Hari ini CKak masak nasi kerabu plak. Hari Rabu kannnn.... hehehehehehe




CKak kalau masak, biar semua lengkap. Jangan satupun tinggal, nanti ralat. Hahaha.. Nasi kerabu hari ni lengkap dengan ayam percik, ikan celup tepung, solok lada, dan telur masin. Opsss.. korang jangan tanya keropok, sebab family CKak ni rasa janggal kalau makan keropok ngan nasi. Kalau papadam ok plak. Hahahaha..

OK..hari ni CKak share resepi lengkap nasi kerabu dari nasi hinggalah ke solok lada. 



Resepi Nasi Kerabu 

Kuah Sambal Tumis
Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak

Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.
Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit.




Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan selayang - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam

Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.


Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Kisar kesemuanya.
Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Bunga kantan
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.


Nasi
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna biru(atau guna 15 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
Serai diketuk
Daun limau purut
Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.





Ikan Celup Tepung


👉Tepung beras 1 cawan (cap gajah sekor)
👉Tepung gandum dlm 1/2 cwn
👉Air kapur 3 sudu (kapur makan)
👉Garam.. ikut rasa yg anda suka
👉Serbuk kunyit@ Pewarna kuning
👉Sedikit air..(ikut sukatan yg anda nk..tp x nk cair sangat..nanti ikan x lekat plak kat tepung)..
Sy x guna telor..
cukup rangup dgn air kapur je..

P/s goreng minyak perlu banyak..
ikan mesti tengelam..
pakai api yg besar ye,jgn kecik..tu je..



Image may contain: food

Ikan celup tepung ni dekat nak berbuka baru goreng. Baru la rasa rangup. Sedap meratah. Ni gambar dari koleksi resepi CK di FB 


ok..mari tengok resepi ayam percik plak

Bahan-bahan
7 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
1 inci lengkuas
1 keping gula melaka
3 sudu besar madu 
3 sudu besar sos cili
garam
setengah ekor ayam 

Cara-cara
kisar cili kering, bwang besar, bawang putih, halia serai dan lengkuas
masukkan dalam kuali, tanpa minyak
tambahkan air
masukkan gula melaka, madu, sos cili garam
bila mendidih masukkan ayam
Masak sampai ayam setengah masak. Keluarkan ayam.
Panggang ayam , bila dah kering, celup dalam sos dan sambung bakar
Ulang celup hingga puas hati


Solok Lada 
1 kg cili hijau solok
1 kg ikan
½ kg kelapa putih muda
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam - tumbuk
Gula
Garam
½ cawan santan segar pekat

Cara cara:
Lada solok dibelah dan dicungkil keluar biji lada. Ketepikan.
Ikan diambil isi dan dikisar hancur. Bawang merah, bawang putih dan lada hitam dikisar halus.
Satukan semua bahan kisar di atas dengan kelapa parut. Gaul rata. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan bahan inti ikan ke dalam cili dan susun di dalam periuk. Buat sehingga habis.
Masak solok lada dalam santan. Siap





Ok lah, selamat menjamu selera semua. Penat dah rini masak banyak. Nak rehat jap. Hahaha 

Selasa, 28 April 2020

Laksam

Assalamualaikum. Apa khabar

Bila dah sihat, gini laa, asyik masak jer... tp kerja pun jalan tawww... ..sakit kepala 2 hari, sebab stress kerja kot. Hahahaha....




Resepi Laksam
Bahan-Bahan:
Laksam –
2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
2 sudu kecil tepung ubi
secubit garam
4 cwn air suam

Kuah –
1/2 kg ikan selayang/sardin/kembung
sedikit halia
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih3 cwn santan (dari 1 biji kelapa)sedikit asam keping
sedikit gula
sedikit serbuk lada hitam


Cara Membuat:
Laksam –
1. Campur semua bahan dan gaul sebati. Perap dlm setengah jam.
2. Sementara tu sediakan periuk kukusan atas api.
3. Guna pinggan makan/ dulang untuk ganti loyang (ada loyang lagi baik)
4. Letak pinggan tu dlm periuk kukusan. Tuang 2 senduk dan ratakan sampai nipis. Kukus sampai keras.
5. keluarkan dan tunggu suam terus gulung. Gunting sederhana tebal.



Kuah 
1. Rebus ikan dengan air dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
2. Masukkan satu asam keping dan sedikit garam.
3. Bila ikan sudah masak, keluarkan. Air rebusan jangan dibuang.Buang tulang ikan.
4.Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan. Masakkan bahan kisaran dalam periuk.
5.Tambahkan serbuk lada hitam, garam, satu lagi asam keping dan sedikit gula.
6.Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.Tutup api.



Ulam –
1. kacang panjang, kobis, daun kesum, bunga kantan, daun ketumbar – semua hiris halus dan campurkan bersama.
2. Taugeh – direndam dalam air panas sebentar
3. Timun – buang kulit, buang tengah dan hiris panjang


Sambal 
1. Tumbuk cili padi merah bersama garam. Boleh jer guna cili merah besar dan cili padi hijau. 
3. Tambahkan belacan dan sedikit air perahan limau nipis.
Hidangkan laksam bersama kuah dan ulam-ulaman.


Serius sedap. korang kena cuba resepi ni. 

Rabu, 22 April 2020

Popcorn Chicken Cheese Leleh

Assalamualaikum. 

Rajin CK update blog hari ni ek? hahahaha...takde mood nak berkarya. Idea tak datang. Asyik tenung laptop jer. Padahal ada lagi 5 episod belum edit. Boss asyik sound jer dalam wassap group, tanya jika ada apa2 masalah boleh video call. Hehehe... saya tiada masalah boss, cuma tak ada idea bernas nak ditempelkan .




Oklah.. hari ni share lagi resepi Popcorn chicken Cheese Leleh. Senang jer buatnya. Kalau ada isi ayam potong la kecil-kecil. Kemudian, bancuh tepung bestari, perap sekejap. Lepas tu, ambil sikit, salutkan pada tepung yang kering dan goreng. Senang kan. Untuk cheese, boleh guna tepung cheese serbaguna yang boleh dibeli di kedai bakery. Kalau malas gak, boleh tengok kat bawah tuh





RESEPI CHEEZY SAUCE
●1 buttercup (250g)
●10 keping cheddar chesdale
●1 tin Susu cair
●1 Kiub pati ayam
●2 sudu lada hitam (blend kasar)
●2 sudu tepung gandum (bancuh dgn sedikit air)
●Sedikit pewarna oren (kak crab tak letak)

CARA CARA
1.Cairkan buttercup dgn api perlahan
2. Masukkan 1 tin susu cair kacau sehingga mendidih
3. Kemudian masukkan chesdale 1 per satu
4. Masukkan kiub pati ayam
5. Masukkan serbuk lada hitam dan bancuhan tepung gandum.
6. Kacau hingga likat kalau nak warna dia cantik bolehla letak pewarna oren.
7. Siap 
Simpan dalam peti ais dalam bekas bertutup boleh tahan sehingga sebulan tau. 


Ok..sampai sini dulu. Harap bos tak baca blog ni, ni gambar lama boss, hari ni saya tak masak . Hehehehe 


The Best Yong Tau Foo in Seri Kembangan

Assalamualaikum. Ok, hari ini CK nak buat food review lah yer. Haaaa, salah satu makanann kegemaran

Ramai orang pandai buat dan tahu buat yong tau foo kan. Tapi kuahnya berbeza.  Dalam blog CK pun banyak resepi kuah yong tau foo, korang skodeng lah. 




Bagi yang tinggal berdekatan Seri Kembangan dan ingin merasai Yong Tau Foo yang sedap, bolehlah mencuba Yong Tau Foo Mad Tepen dari adik Raja Shima yang comel ni. 

Namun, musim PKP ni, adik Shima hanya melakukan urusan penghantaran sekitar Taman Equine dan Puncak Jalil sahaja. 




Bagi yang ingin mengimbau kesedapan makan Yong Tau Foo Taiping belakang balai bomba, tapi jauh nak pegi Taiping, boleh lah menghubungi adik Raja Shima di talian +60142278953. Caj penghantaran adalah minimum dan tak cekik darah. Hahahaha




Satu jer nak cakap

TAK SEDAP, TAK PROMOTE yer !! hahahaha


Selasa, 21 April 2020

Puding Karamel

Salam

Masih lagi di hari ke 35 PKP. Buat apa tu?  



Hari ini CK buat puding karamel pulak. Menghabiskan saki baki roti gardenia yang ada. Hari tu masa mula-mula PKP, berebut orang beli roti gardenia, sampai kepala roti pun makan semua. Ni dah lama, takde heran dah orang nak berebut roti tu. Banyak jer jual kat Speed 99 dan 7E




Ok, mula-mula masukkan 3 sudu besar gula ke dalam loyang bersaiz 6 inci

Masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula mencair dan berwarna keperangan

Kemudian, ratakan gula ke setiap bahagian loyang. Sejukkan sebentar



Ok.. kemudian ambil blender, masukkan ke dalam

3 biji telur
1 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
4 keping roti gardenia
1 sudu esen vanilla

Blender hingga sebati

Panaskan kukusan. 

Tuang bahan blender tadi ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan. 






OK... sampai sini dulu !! 

Isnin, 20 April 2020

Bubur Lambuk

Hai, Assalamualaikum.

Hari ni teringin plak nak makan bubur lambut. Buat la sikit, dalam 1/3 cup beras jer. Kat rumah ni kalau benda sikit. Makan sekali das jer kata orang kedah. Hahahaha....





Bahan-bahan
2 mug beras ( rendam dlm 20min).

Daging ( 1/2 kg...campur yg berlemak).
Rempah sup..( 1 bungkus kecil)
Santan.. (.250 ml)
Lada hitam ....3 sb.
Bwg merah...3 biji.
Bwg putih...8 ulas.
Halia....2 jari.
Kentang.
Lobak merah.
Daun sup.
Bwg goreng.



Cara2...
Blend bwg2 & halia...tumis sehingga bwg agak garing.
Masukkan rempah sup....tumis sehingga rempah masak.
Masukkan daging...gaul sebati & masukkan beras.
Goreng beras seketika...masukkan air.
Rebus beras sehingga nmpk lembut.
Masukkan santan & garam..
Lada hitam serbuk masukkan juga.
Masukkan kentang & lobak merah..
Bila sayur dah lembut...tabur daun sup & bwg goreng...
Sesuaikan rasanya..
Bubur Lambuk siap.



Ok...bye... JUMPA LAGI !! 

Sabtu, 18 April 2020

Kuih Bom Kebabom


Assalamualaikum. Hari ni berkuih Bom la plak. Lama tak buat, selalu CK suka beli kuih bom ni kat satu kedai tu. Pagi-pagi seawal 7 pagi dah ada kuihnya. Panas-panas lagi penjualnya hantar. Nak cari kuih bom sedap, pergilah ke Restoren Nasi Lemak Nuarina Bandar Kinrara. Entah sapa la yang buat kuih bom tu, sedap bagi tekak CK. Hehehehehe...






RESEPI KUIH BOM TAK MELETOP

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung gandum
2 cawan air suam
Secubit garam halus
Bijan secukupnya - untuk salut

Cara membuat doh:
Masukkan semua bahan-bahan diatas iaitu tepung pulut, tepung gandum dan garam. Kemudian,
masukkan air secawan dahulu. Gaul dengan garpu you all.
Apabila sebati tepung sedikit keras, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli dengan tangan untuk rasa dan mendapatkan doh yang tak melekat di tangan. Ingat! jangan guna air sejuk.
Doh jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembik. Memadai boleh membaluti inti.
Setelah siap salutkan dengan tepung dan golek diatas bijan.
Goreng dengan api sederhana-perlahan.
Untuk Frozen, goreng sekejap sahaja sehingga menampakkan texture bijan terus angkat.
Sejukkan dan simpan dalam tempat beku.
Untuk menggoreng semula perlu defrost terlebih dahulu.




INTI
Kacang Hijau
250gm kacang hijau
1/2 cawan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan kelapa parut putih/muda
3 sudu besar tepung gandum
secubit garam

Cara membuat Inti:
Gula melaka di masak dan buat air, tapiskan.
Kacang hijau di rendam selama 6jam
Masak kacang hijau bersama air secukupnya ( Jangan terlalu banyak ) hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering. Selow api.
Kemudian, masukkan kelapa parut, air gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.
Last masukkan tepung.
Kacau tanpa henti supaya tidak berketul.
Tutup api supaya tidak hangus.
Setelah sejuk, buatkan bentuk bulat inti tersebut.



Hari ini Ck buat inti kelapa jer. Kebetulan memang ada inti kelapa dalam peti sejuk tu.



Tadaaaa... selamat mencuba !!! 

Jumaat, 17 April 2020

Jeruk Kedondong Asam Boi


Assalamualaikum pembaca blog CK !! Apa khabar?

Incik Suami sudah pandai pergi ke pasaraya. Kelmarin dia beli kedondong. Aduss, CK bukanlah penggemar asam. Begitu juga dengan anak-anak. 


Nak tak nak, terpaksalah juga dikerjakan. Sebelum ini ada CK share acar kedondong ikan masin, tapi sambutan tidak menggalakkkan. CK terpaksa beri pada rakan-rakan dan jiran yang nak. 

Hari ini, kedondong muncul lagi. 




Jomlah kita buat jeruk kedondong asam boi





Mula-mula kupas dulu kulit kedondong. bersihkan. Potong ikut suka. Pastikan tiada empulurnya. 

Kemudian, taburlah gula dan sedikit garam. 

Ambil beberapa biji asam boi ( berwarna putih ) dan ricik halus.

Tabur atas buah kedondong tadi. 

Untuk rasa pedas, boleh letak cili padi potong.

Dan akhir sekali, taburlah dengan serbuk asam boi. 

Untuk lebih rasa masam, bolehla tambah limau kasturi. 

Sedap juga dibiarkan sekejap dalam peti sejuk. 





Ermmm... nyum, nyum !!!

Ok. sampai sini dulu. Nanti singgah lagi tawwww !!


Khamis, 16 April 2020

ROTI LEMBUT

Ada yang rindu roti? hehehe. Allah, sejak dah kerja ni, rindunya nak menguli tepung. Tapi apakan daya. Bila kita dah ada tanggungjawab, selesaikan dulu tugas yang diberi. Alhamdulillah, bila dah siap, bolehlah buat hobi yang kita suka. 

Ok... hari ni buatlah roti. Tak jual tawww... CK buat projek roti untuk frontliner TNB. Hehehe... yo lah, dah laki kita kerja TNB kannn... 

Image may contain: food

Musim PKP ni apa kata korang buat roti sendiri. Nah, ini sukatan cawan

RESEPI ROTI LEMBUT
1 PAKET YIS
1 CWN AIR SUAM
4 CWN TEPUNG GANDUM
5 SUDU GULA
2 SUDU SUSU PEKAT
2 SUDU MAJERIN/PLANTA
1SDK GARAM
1BIJI TELUR(DIKACAU)


Image may contain: food

CARA2

1. BANCUH YIS NGN AIR SUAM SHINGGA BERBUIH

2. CAMPUR TEPUNG NGN TELUR,PLANTA,GULA, GARAM,SUSU PEKAT N GAUL SHINGGA SEBATI N MASUKKAN AIR BNCUHAN YIS TD DAN ULI SEHINGGA DOH TDK MELEKAT DTGN...LG LAMA ULI LG LMBUT ROTI TU(20MIN ULI)...REHATKN DOH N TUTUP SELAMA SEJAM BIAR KEMBANG 2X GANDA...

3. BILA DOH DH KEMBANG TUMBUK2 DOH TU UTK KLUARKAN ANGIN...PASTU ULI SKLI LG SHINGGA MNJDI LICIN DAN BLHLA SUSUN DLM LOYANG...TNGGU SHINGGA DOH TU KMBANG..SAPU DPERMUKAAN DOH TU TELUR KUNING N TABUR GULA N BARU BLH DBAKAR DGN SUHU 170 20MINIT..

4. BILA DH MASAK SAPU NGN PLANTA...SIAP...😘

Image may contain: food

Ini roti Chicken Ham. 

Image may contain: 1 person, food

Roti kacang merah ni wajib buat walau sebijik. Sebabnya tuan yang buatnya ni suka sangat roti kacang merah. Hehehehe


Ok..sampai sini dulu. Selamat menjamu selera !! 

Ahad, 5 April 2020

Pau Gebus

Salam

Last week Ckak ada buat pau, tapi kejadiannya amat menyedihkan. Lama dah tak masuk dapur sejak dah  kerja ni. Malah masa PKP ni pun CKak bekerja dari rumah. Urusan memasak dan lain-lain diambil alih oleh suami. Hehehe, sedap taw kalo makan hasil tangan suami ni (walau resepinya rujuk Google ) hahahaha....

Hari ni, buat lagi pau ni. Lepas asar tadi, gigih la buat. Kali ni dapat resepi dari Kak Azian ND. CKak ikut semua tips2 yang dia beri. Dan hasilnya ... Tadaaaa... pau bukan saja gebu, malas kulitnya putih mulut dan tegang. Ibarat pakai Skincare SK2 gitu.. hahahahaha...




Image may contain: food 


Bahan-bahan
250gn tepung pau
120gm air
15gm shortening
60gm gula kastor
7gm yis
1/2 sudu teh double acting baking powder
secubit garam

 
Cara-cara
 Gaul bersama tepung, gula, baking powder dan garam
Masukkan yis dan air. Uli hingga menjadi doh
Masukkan shortening dan uli lagi hingga adunan licin
Rehatkan doh hingga naik dua kali ganda
Tumbuk doh dan bulat-bulatkan sehingga habis mengikut sukatan yang sama setiap bebola adunan itu. Biarkan sebentar.
Isikan inti dan bulatkan semula. Lapikkan dgn tracing paper atau daun pisang. Biarkan adunan naik lebih kurang 20-30 minit.
Kukus di dalam kukusan yang telah di panaskan selama 10 minit.



Kredit to rakan blogger Ckak, kak Azian ND.


Ok lah, nak sambung buat kerja. Ada banyak lagi episod nak kena siap.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...