Isnin, 30 November 2015

Pajeri Mangga

Salam... suka makan pajeri tak? biasa kita dengar pejeri nenas dan terung kan? Kali ni CK buat pajeri mangga plak. Dalam rancangan masakan minggu lepas ada ditayangkan pajeri epal hijau....tp memandangkan rumah CK ni cuma ada pokok mangga epal, so kita buat jer pajeri mangga epal. Selalu kalo di kampung, CK suka suruh kakak masakkan pajeri kuinin... wallah...mmg superb laaaa.... 

Nak buatnyer senang jer...masak mcm kari daging biasa. 


PAJERI MANGGA 

Bahan-bahannya:
5 biji mangga epal - dibelah 2 dan dibuang biji dalamnya.
1 biji kelapa - ambil santan pekat sikit dan santan cair 1 mangkuk
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 buah pelaga
2 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan gula putih
1/2 sudu makan gula merah
1/2 peket rempah kari daging + santan pekat tadi
garam
kerisik
daun kari

Bahan Tumbuk:
1 inci halia
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih  

Cara Masak:

  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan bahan tumbuk, rempah kari dan garam. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan cair, mangga, gula putih, gula merah dan kerisik. Biarkan mendidh dan kuah pekat sikit.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan

Selain pajeri nenas, masak jugak asam pedas ikan jehanak. Lama betul tak masak asam pedas ni...  ada la dalam setengah tahun... hehehehe.... asam pedas tak mendapat tempat kat rumah ni, meskipun Mr Jebat orang Melaka. Sebabnyer, si isteri telah berjaya mengubah tekak melaka kepada selera orang utara... hahahahaha......


                        Ada gak ungkep ayam.  Resipinya menyusul esok yer.... hehehehe.....

Roti Nan Cheese

Roti Nan Cheese memang menjadi kegemaran CK sekeluarga setiap kali berkunjung ke restoren mamak. Dapat plak dengan ayam tandori...adussss... berebut makan anak beranak.. hahahaha


sebenarnya, hari ni CK masak dalca sayur, dan teringat la plak nk makan ngan roti canai. Last2 terpandang satu entri di FB yang tayang roti nan, terus CK teringat... ermmm...apa lagi, terus jalan projek cheese nan

 CK buat 2 cawan tepung jer.... dapat la 8 bijik roti nan, saiz comel-comel... 4 daripadanya CK goreng, dan jadilah roti puri... hahahaha...


Roti Nan Cheese
bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 sk yis
1 sb gula halus
1 sb yogurt
air secukupnya
cheddar cheese 

Cara-cara
Uli semua bahan-bahan hingga doh menjadi lembut. Rehatkan 30 minit, kemudian, tumbuk dan keluarkan anginnya.
Timbang 50gm dan ketepikan. Buat sampai habis
Ambil satu doh, leperkan sedikit dan letakkan cheddar cheese. Tutup rapat dan bulat2kan.
Kemudian, canai.
Rehatkan seketika hingga doh naik sedikit.
Panaskan kuali dengan api sederhana
Letak doh atas kuali dan tutup sekejap (dalam 1 minit)
Terbalikkan doh, dan biar sebelah lagi masak. 
Akhir sekali, bila lihat roti nan tu dh masak, ambik sedikit marjerin/butter, dan sapukan di permukaan roti. Masak sekejap dan angkat. Ini untuk menjadikan roti nan kita sedap dan wangi. 


Resipi Dalca CK ni senang ya amat. Rendam kacang dhal semalaman dan esoknya rebus dlm pressure cooker.. hahaha...dalam 15 minit dh siap

Ok...dalam pressure cooker, masukkan 1 cawan kacang dhal yang direndam  bersama dengan 1 sudu besar rempah kari. Kalau dpt serbuk kuah Dhal babas lagi sedap. Kalo takde, guna jer rempah kari ikan
Ok... lepas tu, masukkan bawang besar/merah dan bawang putih. Masukkan juga sedikit jintan manis dan serbuk kunyit.  Air secukupnya....jgn lupa yer..... agak2 la dalam 3 cawan air ke.....
Ok...hidupkan api dan biar pressure cooker masak.

Lepas kacang dhal dah pecah, keluarkan angin dari pressure cooker (hati2 panas tawww) dan buka tutup periuknya. Letak santan sedikit. Kalo kurang kuahnya, boleh tambah air. Kemudian, masuklah ubi kentang...lepas ubi empuk, masuk sayur2 lain (karrot, kacang panjang,tomato, magga, teung, dll) Perasakan dengan garam, perasa...siap

Opsss.... lepas tu, panaskan kuali, masukkan sedikit minyak masak. Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering yg dipotong pendek, biji sawi dan daun kari. Selalunya CK tumis bawang dulu...dah nk kuning, baru masuk daun kari dan cili kering...kalo masuk bersama, nanti cili jadi hitam...hahaha....

Dah bawang garing, buka tutup periuk kuah dhal dan curahkan bahan yang kita tumis tadi. Tutup cepat2 ... biar seketika.... SIAP !!!! 




Ok..selamat mencuba !!! 


Ahad, 29 November 2015

Nasi Arab

Nasi arab ni memang kegemaran suami dan anak2 CK... dlm sebulan mesti dua tiga kali buat nasi arab nih
CK tak suka beli perencah nasi arab yg segera tu. Semua rempah2 dibuat sendiri dari A hingga Z. 



Nasi Arab
2 cups basmathi- cuci, rendam ngan 1 tbsp garam selam 30 minit & toskan
1  pewarna kuning telur
1 kiub ayam
3 kuntum bunga cengkih*
6 biji buah pelaga*
2 btg kulit kayu manis*
1 tsp saffron*(direndam dalam air panas)
1 sudu kecil serbuk rempah Mandhi
4 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu kecil air mawar (takde pun takpe)

Panaskan minyak sapi dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap hingga naik bau,masukkan rempah Mandhi dan  air saffron. 

Masukkan beras dan goreng hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukan air secukupnya. 
Bila dah mendidih masukkan rose water dan gemburkan sedikit.apabila air dah kering masukkan pewarna kuning telur tunggu hingga masak.

Chicken Hanith/Lamb
2 tsp serbuk jintan putih
1 tsp serbuk kunyit.. 
1 tsp serbuk jintan manis
2 tbs serbuk buah pelaga 
1 tsp garam
1tsp Arabic mixed spices / kabsa 
satukan semua bahan di atas.
lumurkan ayam dengan bahan2 tadi hingga merata. Bungkus dalam aluminium foil dan kukus selama 1 jam. Boleh jugak digrill atau rebus. Tp Ck lebih suka kukus dlm pressure cooker skali ngan nasi. Bila dh masak, akan keluar air dari ayam tadi. Air tu digunakan utk buat sup 


Sambal Nasi Arab
3 biji cili merah
1 biji tomato
1 batang daun ketumbar
1/2 biji  lemon - perah, ambil jus
1 hiris hawang holand
1 ulas kecil bawang putih
1/2 sudu kecil cuka epalgaram
gula
air masak 
campurkan semuanya dan dikisar jangan terlalu halus.


Salad Nasi Arab
Timun - dibuang empulur 
Bawang holand
Tomato
Cili hijau
Yogurt
Daun ketumbar (hiris halus)
garam, gula
** Semua sayur2 dibersihkan dan dipotong dadu. Kemudian, campur dengan yogurt dan perisakan dengan garam dan gula 

Sup
Air dari kukusan ayam tadi
1 sudu kecil jintan putih
1/2 biji bawang holand
1 ulas bawang putih
Tomato, kentang, carrot, saleri - potong dadu
1/2 biji lemon- perah, ambil jus
4 sekawan 
lada hitam (serbuk)
daun ketumbar (hiris) utk ditabur

Cara-cara
Tumbuk bawang holand dan bawang putih. Kemudian tumis hingga naik bau bersama 4 sekawan dan serbuk lada hitam
Masukkan jintan putih, kacau cepat-cepat dan masukkan air, 
Bila air dah mendidih, masukkan kentang, karrot- masak sampai empuk
Kemudian, barulah dimasukkan caleri dan tomato
Perasakan garam. Masukkan jus lemon
Siap... dan boleh ditaburkan dengan daun ketumbar yang dihiris 



Ok... penat tawwww CK taip resepinya... Korang boleh cuba yer.... Insyaalah tidak menghampakan.

Sabtu, 28 November 2015

Puteri Ayu

Salam...

Meskipun sekarang ni tengah demam Puteri Ayu Cheese, tp customer CK masih request puteri ayu old fesyen...hahahaha.....


Ok... ini resipinya, daripada kelas memasak di Bagus Baking Solution yang pernah CK pergi beberapa tahun lepas.  Ck suka ikut resipi ni, sbb hasilnya lembut dan tahan sampai 2 hari.


Bahan A
2 biji telur (gred B)
220gm gula kastor

Bahan B
80ml santan
20ml jus pandan
5 titip pewarna hijau pandan
setengah sk pandan esen

Bahan C
120gm tepung

Bahan D
1 sk eno (biru)
1 sb (penuh) ovallet

Bahan E 
300gm kelapa parut putih
1sk tepung jagung
secubit garam
*bahan ini digaul sebati, dan masukkan ke dalam acuan kuih. Tekan2 sikit agar padat

Cara-cara
Panaskan kukusan, dan glis acuan puteri ayu dengan sedikit minyak masak
Putar bahan A hingga putih dan kembang
Masuk bahan B, kacau hingga sebati
Perlahankan mixer, dan masukkan bahan C
kacau hingga sebati hingga mendapat tesktur yg lembut
Masukkan bahan D, pukul sekejap
Tuang dalam acuan yang telah diletakkan kelapa.
Kukus 12 minit
Sejukkan, dan bolehlah dikeluarkan dr acuan.

Khamis, 26 November 2015

Pau Kelapa Pandan

Assalamualaikum... hari ni CK buat pau. Biasa la musim2 cuti sekolah gini, stok makanan kena sentiasa ada...hehehe


Bahan-bahan
250gm tepung pau (tepung roti pun boleh)
3/4 sb marjerin
1/2 sb shortening
1sk gula halus
1 sb susu pekat manis
1 sk yis
1/2 sk bread softner
pandan emulco / jus daun pandan
air secukupnya
Inti kelapa/kacang merah dll

Cara-cara
Gaul semua bahan dan uli hingga sebati/lembut. Tambah air sikit2, agar mencapai kelembutan doh yang dikehendaki
Timbang 40gm dan masukkan inti
Perap setengah jam atau hingga naik dua kali ganda
Sementara itu panaskan air kukusan sampai mendidih.
Bila pau dh naik, perlahankan api dan kukus selama 8 minit.
SIAP


CK buat sikit jer, maklum la, kat rumah ni tak boleh buat banyak2 sbb budak2 ni mudah jemu. Kalo sikit dan tak cukup takpe... esok boleh ulang lagik  Adunan 250gm tepung ni boleh dapat dalam 12 bijik pau

Rabu, 25 November 2015

Curros

SALAM... hujan dari awal subuh. Ditambah pula terputus bekalan elektrik selama 3 jam...  huh... Dalam keadaan sejuk gini, makan apapun sedap. Fikir punya fikir, tadaaaa....  CURROS in da house .. hehehehe


Bahan-bahannya senang jer...semua 1

Bahan-bahan
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar butter
1 sudu besar gula
1 biji telur...

Cara-caranya
didihkan air bersama gula dan butter
masukkan tepung. Kacau hingga tepung tak  melekat di periuk. Tutup api dan biarkan sejuk
Pukul telur, masukkan tepung tadi.
Masukkan ke dalam piping bag, dengan nozzle bentuk bintang.
Panaskan minyak. Paipkan adunan ke dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan
Toskan
Sedia dimakan bersama serbuk gula+kayu manis atau bersama sos coklat


Ermm... nyum, nyum... makan panas2 mmg best !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...