Khamis, 16 Januari 2020

Portugies Egg Tart yang sedap

Assalamualaikum

Minum petang hari ini ada Portugies Egg Tart. Lama tak makan, buat la nam bijik. ❤


Image may contain: food, text that says "Portugies Egg Tart by CK Food"

Pastry puff tu hangpa tak payah la uli sendiri. Sebab nya renyah, satgi sure hangpa maki hamun akak kalo tak jadi. Lagipun untuk siapkan pastry puff tu sahaja ambik masa 3 jam. So akak nasihatkan hangpa pi la beli pastry puff tu kat kedai2 bakery. Tesco Giant Mydin pun ada jual dah.

BAHAN-BAHAN:
  • Puff pastry segera – boleh dibeli di pasaraya di bahagian sejukbeku. 
  • 4 biji telur
  • Sedikit esen vanilla 
  • 150ml air
  • 250ml susu penuh krim
  • 120gm gula kastor
  • 1 sudu makan tepung jagung

CARA MEMASAK:
1. Canai manja kulit pastri, jangan nipis sangat. Letak tepung sikit biar tak melekat.
2. Potong pastri lebih besar dari acuan. Sekeping pastri boleh buat 5 biji tart. Lebihan tepi-tepi pastri masih boleh digunakan. Satukan semua dan bulatkan. Kemudian canai semula. Kalau tak ada acuan, boleh guna cawan muffin yang keras.
3. Masukkan pastri ke dalam acuan, tekan-tekan bagi rapat ke dinding. Jangan bagi ada gelembung udara. Ketepikan sekejap. Panaskan ketuhar. 
4. Untuk menyediakan kastad, campurkan semua bahan. Kacau hingga sebati. Susu penuh krim boleh diganti dengan susu cair.
5. Tapis adunan kastad kemudian tuang ke dalam acuan. Bakar pada suhu 200C selam 40 minit. Guna api atas bawah.
6. SIAP !! 

Image may contain: dessert and food

Ok...selamat mencuba !!



Jumaat, 10 Januari 2020

Takoyaki Homemade Sedap

Berkunjung ke Korea memang susah nak cari makanan halal kan?? tengok itu teringin, tengok ini teringin, tp ragu-ragu tentang halal haram nya.

sedikit gambar percutian ke Korea. Korang rasa best ke idok gi sana?? hahahaha

Image may contain: 1 person, tree, plant, sky, outdoor and nature

Image may contain: sky, tree, house, cloud and outdoor


Image may contain: plant, flower, crowd, outdoor and nature


Image may contain: one or more people, tree, sky, outdoor and nature

haaaa... udoh ler...lari tajuk plak... Ok...homemade tokoyaki ni faberet akak sekeluarga terutamanya si along. Selalu dia beli kat pasar tani JKR kat Aswara tuh. So mama dia terpaksa la belajar buat makanan kegemaran anak2.


 Bahan-bahan-cukup untuk 16 biji bebola takoyaki

150 gram tepung gandum
25 gram potato starch
1 biji telur
200 ml susu segar
200 ml air
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh garam
2 batang lidi sate

-cara-cara
Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.
Kobis-cincang halus
Daun bawang-potong
Isi udang/sotong/sosej atau cheese
Bonito flake
Mayonis

Cara-cara
1.Panaskan acuan takoyaki.Masukken seidkit minyak.
2.Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian amsukkan udang/sotong.
3.Taburkan daun kobis dan daub bawang.
4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah.
5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
7.Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.

Sos kicap
2 sb sos tomato
2 sb kicap manis
1/3cup/78mlWorcestershire sauce
3sb /45ml kicap pekat
1sb/5ml gula
1 kiub serbuk ikan bilis
2 sb tepung jagung
2 sb/30ml air

Cara-cara
Masak semua bahan, reneh hingga pekat, dan siapppp







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...