Khamis, 31 Mac 2011

Cekodok Geragau Segar

Selamat Petang semua... dah minum??

Hidangan petang ini, cucur geragau segar. Kalo ke Melaka, tak sah kalo tak beli udang geragau segar. Itupun kalo jumpa laaa...kata orang udang ni ada gak musimnya. Entah laaa... tp harga udang geragau segar tak sama dengan geragau kering yer..kira mahal sikit laaa...


Kalo kat Melaka dipanggil geragau, namun kami di utara lebih sinonim dengan nama udang kepai/kepal. Bagi mereka disebelah timur, aku pernah terdengar mereka memanggilnya udang baring. Macam2 nama kan.

Udang ni biasanya digunakan untuk membuat cincalok. Selain tu, buat cekodok lah. Buat sambal tumis pun sedap, lepas tu makan ngan lempeng. Tapi udangnya kena banyak yer. Kalo setakat sejemput jer, tak rasa apa, sbb udang ni halus betul. Sebab tu bila buat cekodok ni, aku letak satu cawan penuh. Kiranya udang tu kena lagi banyak daripada tepung. Barulah sedap.


Bahan-bahan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh yis kering
1 cawan udang geragau basah (nk guna yang kering pun boleh, tp rendam dulu laaa...)
bawang merah-dipotong dadu
taugeh- segenggam
daun kucai-segenggam
garam dan perisa

Cara-cara
1.Gaul semua bahan dan biarkan adunan naik sekejap (aku perap 1/2 jam jer..)
2.Panaskan minyak dalam kuali, dan jemput adunan.
3.Biar adunan naik sendiri dan garing sedikit, kemudian terbalikkan.
4.Masak hingga warna coklat/garing
5.Angkat dan toskan.
6.Sedia dimakan bersama sos cili/kuah kacang.



Ok...sampai sini dulu. Nk layan tv plak !!!

Roti Sosej

Salam Khamis buat semua yang berwajah manis, tapi jangan ambik makanan dan minuman manis yer..

Sarapan pagi ni, Roti Sosej. Kat rumah ni mmg banyak stok roti sosej frozen, aku jadikan ia sebagai bisnes sampingan. Hehehe...hidup kena kreatif kan.

 Pancut sikit sos cili dan mayonis. Siap... Jebat tak sempat makan, so tapau bawak pegi keje... ermmm... dapat ke makan?? (tau2 lah kalo dh bawak ke tempat kerja..hahaha ) nyesal plak tak buat lebih. 

Roti Sosej Frozen. Senang kan, buat banyak2 pastu simpan dalam fridge. Tak payah salut telur ke apa kebenda nya lagi. Sudah siap dengan salutan breadcrumb. 
Tak sangka plak ia dapat permintaan dari kengkawan dan orang luar. Satu pek ada 5 ketui. Selain roti sosej ada gak karipap frozen, onde2 frozen, donut frozen dan popia ketam frozen. Selalunya kawan2 aku borong 3 pek terus= rm10.00. 
Time nk makan goreng jer. Sesuai gak untuk menjamu kengkawang yang datang menerjah tak bagitau. 


Ok..sampai sini dulu. Hari ni kena masak nasi dan lauk2 la plak !!!

Rabu, 30 Mac 2011

Bingka Cempedak

Salam...

Dua tiga menjak ni kecoh benar geng masak-masak buat bingka. Aku panggil 'kuih bakar' ler. Ada bermacam2 jenis bingka, seperti bingka keledek, bingka kentang, dan juga bingka pandan. Dan yang terbaru kuih bingka labu. Fuh..mmg glamour kuih ni..sana sini orang dok buat. Lepas tu kak Azian plak tunjuk kuih bingka sukun. Huh..mmg bermacam2 jenis kuih bingka ni.

Dan hari ini...tadaaaa...satu lagi kuih bingka...ini dia...KUIH BINGKA CEMPEDAK


 BAHAN-BAHAN
2 1/2 cawan isi cempedak masak- blender halus
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1 cawan gula
sedikit marjerine & secubit garam
sedikit pewarna kuning (utk naikkan warna)

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Sapukan sedikit marjerine di permukaan acuan bingka dan letakkan di atas api yang kecil.
2. Satukan semua bahan kecuali marjerine dan kisar hingga halus /sebati.
3. Tuang ke dalam acuan yang panas dan taburkan sedkit marjerine di permukaan adunan bingka.
4. Tutup dengan penutup bingka dan teruskan masak selama lebih kurang 1 jam atau permukaan mula garing dengan api yang betul-betul perlahan.
5. Sejukkan sehingga benar-benar sejuk baru di keluarkan dari acuan dan boleh di potong.

Nak rasa? meh laa...bau cempedak mengharum di seluruh rumah !!!

Sebenarnya, kuih bingka ni boleh dipelbagaikan. Skang ni kan musim durian, so bolehlah buat bingka durian. Lain-lain buahan tempatan yang sesuai dibuat bingka - nangka, keladi, ...ermm...apa lagi buah2 kg yer.... dan kalo korang suka, boleh gak buat bingka western spt bingka stoberi, resberry, cerry dan segala macam lagi...hahaha.....



Ok..sampai sini dulu.... banyak kerja skang ni....

Isnin, 28 Mac 2011

Char Kuetiau

Hari ni hari malas masak dan makan nasi. Dan entri ni pun untuk minum petang dan makan malam. Dah pesan siap2 kat anak2 - "makan kenyang2 yer, malam ni mama malas nk masak nasi dah.."

So aku masak char kuetiau idamanku. Uhhh...2 bulan tak makan char kuetiau. Teringin teramat sangat.

Teringat plak kat sepupu aku Abg Din dan Kak Ana di Kulim nun. Diorang niaga char kuetiau ni depan rumah jer. Tak perlu gerai, tak perlu kedai besar. Tapi bisnes mmg kencang. Fuh..teringin gak nak rasa. Insyaalah..tahun depan laa aku akan buat road tour ke Utara...hehehe...Mcam artis plak :)


Resipi kali ni, ambik kat MYRESIPI, daripada Che'iza. TQ... sedap..marbeles...

Bahan-bahan ( 2 org )
* * UTK PASTE *
* 200 gm udang
* 250ml air
* 4 ulas bawang putih di ketuk
* 6 sb sos tiram
* 3 sk kicap pekat
* 3 sb kicap manis
* 1 sk petis
* 2 sb pati ikan bilis / pati udang
* 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
* 1 sk gula
* * UTK MEE *
* 300 gm kuey teow
* 1 sb cili boh
* kerang
* sedikit kucai & taugeh
* 2 biji telur

Cara-cara
1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

Akhirnya...terkabul jua hasrat nk makan char kuetiau. Fuh..puas hati..puas hati... kenyang....alhamdulillah.....

Buat char kuetiau style basah. Atas permintaan jebat... anak2 suka style kering...macam2 kerenah orang dalam rumah ni ka. Tapi mana ada char kuetiau kering?? 

Ok...sampai sini dulu. Semoga berjumpa lagi

Ahad, 27 Mac 2011

Cheese Tart

السلام عليكم

Dah masak ke? atau cuti hari ni?? hehe.. Dah lama tak buat cis tat ni. Dulu kalo buat untuk tempahan, tak teringin plak nk makan.. dan kini... Tetiba terasa teringin plak nk makan. Takpe kan kalo rasa sebijik? takkan naik sekilo kot !!!!

Kali ni cuba resipi dari blog Hasue plak. Dia amik dari Azita, aku plak amik dari Rozaida dan Rossitam. Fuh..dah berangkai resipi ni. Tak dapat dikenalpasti siapa tuan empunya resipi asal.


BAHAN PASTRY
1 biji telur
100g butter
75g icing sugar
200g tepung gandum

CARANYA
Semua bahan disatukan dan diuli sehingga menjadi doh
Bulat2 kan doh sebesar ibu jari dan tekan dlm acuan tat & cucuk2 kan sikit dgn garpu.
Bakar selama 15minit - 160°C

KRIM CHEESE
250g keju Philadelpia (atau apa2 brand yg halal)
60g icing sugar
1 biji telur

CARANYA
Pukul semua bahan sehingga halus & rata
pipekan dulu sedikit blueberry filling kemudian tutupkan pula dgn krim cheese
lepas tu barulah dilorek mengikut corak disukai
(sedikit krim cheese + sdikit bluberry kaler - dan dilorekkan ke atas prmukaan tat)
kemudian di bakar sekejap

Buat berbagai filling, ada blueberri, kiwi, oren dan strawberri.. Tp lorekan atas tu ada 2 warna jer..malas nk buat kaler lain dah...bantai jer laaa...bukan nk jual pun !!!!


Ok... nk masak plak ni. Jebat tu awal jer dh balik.

Sabtu, 26 Mac 2011

Nasi Dagang

Yuhuuuuuuuuuuuu....akhirnya berjaya jugak buat nasi dagang sendiri..yes! yes!

Sebenarnya masa kat kampung dulu mak aku selalu gak masak nasi dagang ni, tp aku jer yang tak ambik pot. Skang ni baru menyesal kan.

2 bulan sudah, Jebat order beras nasi dagang dari kawan dia budak Kelantan. So dapat ler 2 kilo. Namun disebabkan bininya yang telah diet, so beras tu tersimpan la dalam peti ais.

Malam tadi, macam teringin jer nk makan nasi dagang. Tanpa banyak fikir, terus pegi pasar malam dan cari bahan2nya. Rendam skali beras tu.

Dan....inilah hasilnya. Nasi Dagang bersama sahabat qaribnya, Gulai Ikan Tongkol dan jelatah...


Bestnya dapat makan hasil buatan sendiri. Resipi aku amik dari sini  Terima kasih kak Raihan. Mmg sedap la nasi dagang ni. Kalah yang dijual di pasar malam...hehehe...

Untuk nasinya, aku buat versi kukus. Sbb tu aku rendam beras tu semalaman.


Bahan-bahan
2 cawan beras nasi dagang
Santan cair
Santan pekat
Garam
Bawang merah (dihiris halus)
Bawang putih (dihiris halus)
Halia (dihiris halus)
1 sudu kecil halba

Cara-cara
Beras disatukan. Rendam semalaman atau sekurang2nyer 6 jam. Kemudian turas.
Sediakan periuk kukus. Buat kukusan pertama. Kukus beras sampai setengah masak.Kemudian, gaul dgn santan cair.Santan tu biar dpt basah2 beras tu jer. Kukus lagi sampai nasik masak. Kemudian, gaulkan nasik dgn santan pekat, garam,hirisan bwg, halia dan halba. Masak lagi sehingga bawang dan bhn lain layu. Boleh la dihidangkan.


Resipi Gulai Ikan Tongkol ni terpaksa di modified untuk citarasa orang Melaka dan Perak yang suka makan pedas dan takleh benda2 manis dalam gulai. Tambah plak cili padi... Tapi gulai ikan ni mmg marbeles...

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol 500 gm- potong kecil
4 keping asam gelugor(keping)
1 camca besar gula melaka- aku letak sikit jer
1 st garam
1/2 inci halia-hiris
3 ulas bawang putih- diketuk
air secukupnya

**** rebus semua bahan di atas hingga ikan empuk.

Bahan lain:
700 ml santan sederhana pekat
1 batang serai dititik
5-6 biji cili padi- ketuk
1 sudu besar kerisik
garam dan perasa
2 sudu besar cili kisar


Bahan dikisar halus:
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 sm lengkuas
2 sudu besar ketumbar
15 biji cili padi kampung
1 st jintan putih
2 biji buah keras- ni aku tak letak sbb takde stok

Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kerisik. Tumis hingga pecah minyak. Masukkan 1 cawan air rebusan, santan, ikan, cili padi, asam gelugor , serai, garam dan perasa. Masak  hingga kuah pekat. SIAP

Kalo kami di Perak,ini dipanggil Jelatah. Nama lain- acar timun nenas. 

Inilah hidangan tengahari kami. Selera Pantai Timur. Mujur semua orang suka


Ok..sampai sini dulu..BYE!!!

Kek Batik Marie.

Ermm...ingatkan hari cuti cenggini bolehlah bangun lewat sikit...tp HARAM...aku selsema dan batuk la plak, langsung takleh tido. Bangun jer pagi tadi, terus buat acar buah. Fuh..pecah rekod, minggu ni 3 kali buat acar buah. Sib baik dapat stok acar limau. Suruh kakak aku di Penang poskan. Malam tadi sampai...

Dan pagi ni, teruslah buat acar buah tu. So..kepada yang dh order (Faizah, Sue Kluang, Mamat, Nelly, Noi, Efa, dan Cik Leha) boleh calling2 untuk pick up kat tempat yang dijanjikan yer...

Errmm..berbalik pada entri, kuih ni aku buat lepas abis wat acar buah tu.. menghabiskan stok sekut marie dan coklat.

Respi kali ni ikut selera tekak aku jer... ada campuran nestum, badam, cranberries, coklat, telur...wallah....suka anak2 makan

Kali ni buat versi keras sikit... idak ler lembik macam buat dulu tuh....Dapat sikit jer...cukup laaa...rasanya ini pun tak abis kot....aku setakat rasa jer...nk makan betul-betul idak ler......tak sanggup !!!!


Ok...sampai sini dulu.... Hari ni ada projek baek punyer !!!! hehehe.....

Jumaat, 25 Mac 2011

Lauk all in one

Lega rasanya bila dh tiba hari Jumaat. Pastu 2 hari boleh rilex.

Jap lagi kami sekeluarga nak ke Melaka sekejap. Ada urusan sikit. Oleh sebab tu, aku masak lauk simple jer lah. Lauk ni dinamakan all in one sbb ada semua daging dan sayur. Complete... jimat masa dan tenaga.

Ada brocoli, kubis bunga, capsikum, leek  cili merah, hijau dan tomato. 



Ok..sampai sini dulu. Plan hari ni, singgah berehat di R&R Seremban, menjamu tauhu bakar, dan bila dah sampai Melaka, selesaikan urusan mak aku jap...pas tu  nk membeli ikan segar kat Pantai Tanjung Puteri, pastu singgah di pekan sungai udang, nk beli kupang....then terus ke pekan Alor Gajah menjamu cucur udang. Dalam perjalanan balik, singgah sekejap di Simpang Empat beli pulut panggang....fuh...penuh dengan makanan....
Dah sampai KL, singgah jap kat pasar malam Taman Puncak Jalil ni....beli makanan lagik....hahaha...tak kenyang2 ke???? 



Khamis, 24 Mac 2011

Acar Buah Utara.

 UPDATED : Acar Buah sume dah SOLD OUT  (kalo nk order lagi, tunggu 2 minggu lagi yer... sbb nk buat jeruk limau tu lagi....)

*********************************************************************************

Ada sesiapa yang teringin nk rasa acar buah ni?? sila pm saya. Free delivery area Bukit Jalil, Puchong, Seri Kembangan, Cheras, Bangsar, PJ dll.... kalo jauh thk budi bicara laki aku yer...hehehe....

Ekceli, aku mmg ambik tempahan acar buah, tp ikut musim laa...time cuti sekolah mmg ramai orang tempah. Tapi kali ni aku buat acar buah ni untuk bagi kat mak aku. Tapi kali ni aku mmg buat lebih laa..mana la tau kot2 ada yang teringin...

Ni acar buah utara yer... bukan acar buah versi selatan... (erkk...aku pun tak tau....)  Acar ni makan ngan nasi panas dan ikan masin  atau telur asin pun dh cukup. Time posa, acar ni mmg dapat tempahan laaa...

Dalam bekas ni 500gm, bersamaan dengan rm10.00.

Ni plak untuk 250gm bersamaan rm5.00. Kalo sorang sesuailah yang ni...

Inilah antara bahan-bahan yang aku gunakan untuk buat acar buah ni. Bahan utamanya ialah limau jeruk. Pun buat sendiri yer....  Bahan lain seperti kurma, buah plum, lobak asin, kismis, dan segala jenis buah lain lagi.

Dah siap pek.... Jebat nk bawak kat kengkawan dia



Ok...sesapa nk order boleh call/sms aku yer  017-3165616 .. kalo luar KL yang teringin tu.... aku boleh la pos...cian kat korang....hehehe.....



Rabu, 23 Mac 2011

Nasi Ayam

Salam... fuh..penat sungguh ari ni. Dari pagi tadi siapkan tempahan acar buah. Pastu sambung plak ngan cheese tart. Ditambah plak ngan perangai ‘Hagemaru’ sorang tu. Tido sekejap jer dah bangun. Skang ni dia dh pandai merayap (berjalan)...habis barang2 rumah diusiknya. Mujur takde sebarang perhiasan kat rumah ni.. huhh.....tak tentu arah jadinya.

Nasi ayam ni menu segera yang cepat dan sedap. Anak2 pun suka. Ayamnya aku dh pun perap dari malam tadi. Begitu jugak dengan sup nya. Hari ni cuma masak nasi dan buat kicap serta sos cili jer.



Ni bukanlah Nasi Ayam Hainan, Nasi Ayam Ipoh ataupun Nasi Ayam Penyet dan segala jenis nasi ayam lain. Resipi ikut suka aku jer.... sebabnya? Ayam tu diperap mengikut resipi satay ayam...hahaha....










Ok..sampai sini dulu. Nk bawak si Ryan pegi klinik petang ni (ambik imunisasi yang setahun punyer tu.....)

Selasa, 22 Mac 2011

Kari Ikan Indian Style

Sejak subuh tadi, sampailah sekarang, hujan jer... rasa macam nk sambung tido pun ada. Anak aku along dan anak jiran aku Liza- si Amirul- masing2 ponteng sekolah. Ermm...sik baik dh abis periksa.

Hari ni masak kari ikan, tp style mak aku ler. Akceli teringin nk makan nasi kandar (sejak tengok rancangan Jalan-jalan Cari Makan kat tv3 tu)... tp apakan daya, nk ajak Jebat? HAMPEH ler... so masak ler sndiri.


Kari ikan ni lain dari yang lain taww... ce korang tengok respinyer...

Bahan-bahan
* 1 ekor ikan tenggiri, dibersihkan dan potong ikut suka
* 2 biji bawang besar*
* 3 ulas bawang putih*
* 1/2 inci halia(bahan-bahan * dikisar halus)
* 1 sudu serbuk cili babas (kalo suka lebih pedas)
* 1 sudu kecil serbuk kaskas
* 4 camca besar rempah kari ikan (kalo nk sedap, guna rempah Cap Tarbus, dan kalo rajin- goreng tanpa minyak/sangai dulu rempah ni atas kuali sampai naik bau... )

BAHAN  TUMIS:-
* 2 ulas bawang putih, dihiris halus
* 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
* 1 camca teh halba campur
* 2 tangkai daun kari
* 2 biji cili kering- dipotong kecil

BAHAN LAIN:-
* 2 biji terung. dipotong dan goreng separuh masak
* 3 biji tomato, dibelah dua
* 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua,
* 1/4 biji kelapa parut#
* sedikit asam jawa# (kalo ikut style mak aku, ramas/perah kelapa bersama asam jawa ni, kemudian tapis airnya)
* Garam, gula dan serbuk perasa

Cara-cara
1. Bersihkan ikan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan2 yg telah dikisar tadi. Gaul rata.
2. Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga wangi. Masukkan rempah yg telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
3. Masukkan air, dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan,santan yang bercampur air asam jawa dan perasakan dgn garam dan serbuk perasa.
4. Bila mendidih, masukkan terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas2.


Untuk digandingkan dengan lauk kari ikan ni, aku masak ler sayur kubis. Rajin plak sikit, goreng plak ayam, buat sambal kering.. Pun indian style jugak !! Lepas tu goreng papadom. Complete !!!!!

Kubis goreng kunyit.



Ni plak lauk untuk aku yang menyambung kembali diet (setelah seminggu asyik langgar pantang jer....) SUP SAYUR


Ermm...inilah lauk2 hari ini. Dh terhidang kat atas meja. Tunggu Irfan balik dari tadika, so boleh lah kami anak beranak bersantap (tanpa Jebat, coz dia ada seminar )



Ok...sampai sini dulu. Korang masak lauk apa hari ni????  meh tukar ngan kari ikan aku. Nak tak?? hehehe

Isnin, 21 Mac 2011

Asparagus Goreng Belacan

Boringnya hari ni..memulakan rutin harian seperti biasa.

Ni salah satu hidangan hari ini. Terus terang cakap kami tak pernah la beli asparagus ni lagi (jakun ler plak...) Mmg selalu nampak kat Tesco mahupun pasaraya yang berdekatan dengan rumah ni. Tapi tak terasa pun nk beli.

Masa kat Cameron hari tu, kawan aku Nafisah beli ler segala sayur untuk dibuat stimboat malam tu. Salah satunya asparagus ni ler.. tp disebabkan terlampau banyak makanan, so asparagus ni tak dicelur (mungkin terlupa).. so aku mintak ler kat dia...nk rasa !!!

Sebelum ni mmg pernah nampak kengkawan blog masak sayur ni.  So cari punya cari, dapatlah resipi ni.

Bahan-bahan:
300gm asparagus
2 biji cili merah - ditumbuk (aku tambah sikit cili padi merah, kasi lagi pedas)
2 ulas bawang merah - ditumbuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit belacan - ditumbuk
1 sudu besar sos tiram
udang hidup
sedikit minyak masak & air

cara:
- asparagus dipotong,basuh dan toskan
- panaskan minyak masak dlm kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga berbau
- masukkan sedikit air dan sos tiram
- apabila mendidih, masukkan asparagus, udang dan  masak hingga layu


Rasanya? macam kacang panjang pun ada, macam batang kangkung pun ada. Ermm...kira ok laa....lain kali boleh beli lagi. Thanks Ann, sbb bagi sayur ni !!!

Ahad, 20 Mac 2011

Putu

Salam...korang pernah makan putu? bukan putu buluh atau putu bambu yer.. err...sebenarnya aku pun tak tau apa nama sebenar kuih ni, ada orang panggil Putu Perak, tapi bagi kami orang KUALA KANGSAR, kami memanggilnya hanya PUTU.


Dah bertahun aku mengidam nk makan putu ni (sejak dah tak balik Kuala Kangsar) dan hari ni barulah berpeluang merasa kuih kegemaranku ini. Terima kasih kepada Wati yang sudi membelinya kat pekan Lembah nun (sebuah tempat kat Kuala Kangsar) Selain tu Wati belikan Laksa Pak Ngah jugak. Mmg sedap. Puas kami semua makan kat Cameron tuh (walaupun kuahnya sejuk-malas nk panaskan....)

Kuih putu ini ada inti kelapa didalamnya. Kuihnya kering dan boleh bertahan sampai seminggu. Rasanya takdelah manis sangat, seakan manis2 buah saja. Kalo bukan orang Kuala Kangsar, mmg rasa peliklah kuih ni. Contohnya my Jebat, katanya "kuih amende la ni...takde rasa apapun....macam takde perasaan jer...." 
Cisss...tak sayang mulut !!!

Kat tempat lain, aku belum pernah la jumpa kuih putu ni. Tapi kalo sekitar daerah Kuala Kangsar mmg banyak. Orang2 tua suka kuih ni. Makan dengan kopi O pada waktu pagi atau petang- memang sedap !!!

Keratan rentas kuih putu ni. Dalamnya tu inti kelapa yang aku cakapkan tadi. Kelapa ni pun kering. Sbb tu kuih ni boleh bertahan hingga seminggu. 
(ketika tulis entri ni pun, aku tengah makan kuih putu ni. Sanggup aku ketepikan diet ku buat sementara waktu untuk kuih idamanku ini......huish...sib baik berat masih maintain....tak turun, tak naik....still 55kg)



Kesimpulan- Hujan Emas di Kuala Lumpur, Hujan Batu di Kuala Kangsar, walau jauh telah kutinggalkan desa permai itu, namun kuih dikampung masih tetap di hati :)  
Laksa Kuala, Putu Kuala... still the best.

Sabtu, 19 Mac 2011

Nasi Goreng

Breakfast pagi sabtu ni, sekadar Nasi Goreng Biasa jer.. takde masa nk masak macam2 sbb tengah prepare nk pegi Putrajaya, tengok belon panas, sambil tu macam biasalah, ada aktiviti makan2 . Dan tentunya, rombongan cik Noorma bersama cikgu Wati dan Ann (geng berjalan aku ler....)

 

Nasi Goreng Sempoi dan Senang. Tumbuk bawang putih dan bawang merah bersama sedikit cili padi, cili besar dan belacan. Kemudian tumbuk plak udang kering. Panaskan kuali dan tumis cili yang ditumbuk tadi. Bila cili dh masak, masukkan plak udang kering. Kacau rata dan masukkan udang hidup diikuti dengan nasi putih. Tambah garam dan perasa secukup rasa. Kacau dan angkat. Kalo suka makan la ngan telur goreng mata. Siap.....

Alas perut dengan Nasi Goreng jer lah. Nanti kat sana nk makan lagik !!!


Ok...sampai sini dulu.... petang nanti akan update aktiviti sepanjang hari ini. Insyaalah !!!!!

Isnin, 14 Mac 2011

Apam Gula Melaka

Salam...tika ini guruh berdentum dentam kat Puncak Jalil ni. uish..macam perli kat aku jer. Yelah, setelah sekian lama tak buat kuih (gara-gara diet) hari ni aku buat kuih ler plak...kehkehkeh....

Takde apa yang nk diberi makan pada suami dan anak2. So bangun jer tido, terus le buat kuih apam ni.


Time kasih pada Rossitam (MYR) yang sudi berkongsi resipi. Cuma aku takde stok yis, so gantikan dengan baking powder. Gamaknya sbb tu ler tak merkah kot!! entah laa... tp Jebat kata sedap dan lembut. Dan dalam sekelip mata jer dh licin. Alhamdulillah..selamat diet aku. Kalo tak, hancur...

Bahan-bahan
* 125gm gula pasir
* 125gm gula Melaka - dipotong kecil2
* 150ml air
* 250 gm tepung gandum
* ½ sudu teh soda bikarbonat
* ½ sudu teh yis (bancuh dengan sedikit air suam)
* 1 biji telur
* 100 ml minyak masak

Cara-cara
1. Sediakan acuan dan panaskan kukusan.
2. Masak air bersama gula pasir dan gula Melaka hingga hancur. Tapis dan sejukkan.
3. Ayakkan tepung gandum ke dalam bancuhan air gula. Gaul hingga sebati dan rata.
4. Masukkan soda bikarbonat, yis dan telur. Kacau hingga sebati.
5. Tuang minyak sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.
6. Tuang adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 15 minit atau hingga masak (bergantung kepada saiz acuan).

Baru jer bukak penutup kukus. Nampak tak acuan merah/lompang kecik tu... Haa...tu aku punya.. rasa sikit ler..kang kempunan plak aku... huhuhu....

Aku buat setengah adunan jer. Dapat la 14 bijik setengah. Cukuplah untuk minum petang.Kami makan cenggitu jer, takde kelapa parut (dh lama tak beli kelapa parut, sejak kelapa naik harga...hahaha)

Keratan rentas apam. Gebu dan lembut.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...