Selasa, 30 November 2010

Char Kuetiau

Salam... hari ni badan tak brapa sedap.Macam nak demam pun ada. Petang tadi dh telan ubat demam dan antibiotik..rasa ok lah sikit. Tadi Jebat ajak dinner kat luar, tp aku tolak (eleh....jual mahal plaks...wakahkahkah...) Bukan apa, pagi tadi aku dh beli kuetiau, kucai dan taugeh. Mmg plan nk masak char kuetiau malam ni. Resipi macam biasalah.. Boleh skodeng sini yer..


Tadaaa... dh selesai pun masuk perut. Tapi apsal ek, sebungkus mee/kuetiau skang ni macam sikit jer. Kalo dulu sebungkus boleh makan 5 orang. Skang ni kami 4 beranak pun macam tak brapa cukup.. (ke aku yang lapo dan makan banyak?? ) entah ler...

Ok...sampai sini dulu. Tak sabar nk tgk penyudah citer Asmara malam ni ! 

Puff Daging

Salam..hari ini buat Puff Daging plak..hehehe...banyak lagi stok daging korban tu, so buat ler apa yang patut. Minggu depan cadang nk ajak kengkawan datang rumah, so boleh habiskan daging yang ada...hahaha...

Macam biasa, puff pastri beli yang dh siap. Cuma siapkan inti dagingnya jer.. inti dagingnya mcm ni yer :

Aku tumis bawang putih dan bawang merah sampai layu kemudian masukkan sedikit lada sulah. Pas tu terus masuk daging cincang. Kacau rata dan tambah sedikit air. Pastu masukkan plak kentang dan karot (dua benda ni potong dadu dan rebus hingga empuk yer..) dan kacang pic. Biar kuah meresap dalam kentang dan biar kering. Tambah ler garam dan serbuk perasa. Akhir sekali tabur daun sup dan daun bawang. Siap..dan bolehlah dimasukkan ke dalam puff.

Untuk adik-adik yang sentiasa bertanya (especially CikMar) macam mana rupa pastri puff, sini akak tunjukkan gambar pastri puff yang akak guna. Ni jenama Kawan, beli kat Giant, harga rm4.50. Ada 10 keping kat dalam tu.
Tapi sapa yang dekat dengan kedai Baguz, Bake with Yen atau Yummies, boleh beli kat sana yang siap packing. Sekilo=rm15.00 (kalo tak silap..dulu dh pernah tanya, tp tak beli pun sbb banyak sangat)

Selain letak inti daging, boleh gak letak inti sardin, apple, blueberi, kaya, kacang merah dan lain2. Sukati ler ngan tekak korang.


Ok...slamat meneruskan kerja.. aku pun nk sambung kerja ni..

Isnin, 29 November 2010

Gulai Lemak Cili Padi Burung Puyuh

Setelah 2 hari MC masak, hari ni kena la masak. Kalo idak sure kena pelangkung dengan Jebat..kehkehkeh... Hari ni buat lauk paberet jebat, tentunya Masak Lemak Cili Padi. Cukuplah dengan 5 ekor daging burung puyuh yang dibeli dengan kawannya tu.



Kali ni buat kosong jer, maksudnya takde letak ubi kentang. Malas...bukan takde stok ubi, tp malas plak nk letak.
Sume orang tau buat gulai lemak cili padi kan ! Ada macam2 style. Ada negeri sembilan, ada respi orang Perak.Ni Bukit Jalil style.

Bahan-bahan
5 ekor burung puyuh-siap dibersihkan. Potong 4
Santan pekat dari 1 biji kelapa
Santan cair - 2 mangkuk
20 tangkai cili padi - blender
1 inci kunyit hidup - blender
garam - secukup rasa
asam keping - 2 keping
2 batang serai - ketuk

Cara-caranya :
1. Blender cili padi dan kunyit hidup....masukkan puyuh dan serai ke dalam kuali dan tuangkan bahan yang dah diblender tadi , masukkan santan cair dan garam....biar ia mendidih dan puyuh agak empuk
2. Kacau sekali sekala , biarkan hingga cili padi tadi masak dan santan cair tadi agak pekat...baru masukkan santan pekat , dan masukkan asam keping..
3. Perasakan dengan garam dan biar ia mendidih dan dikacau selalu supaya kuah kelihatan cantik dan tidak pecah minyak..keluarkan asam keping ...tutup api dan siap dinikmati



Ok... nak sambung tido ler.. pening kepala plak (akibat asyik makan daging jer kot..entah ler...)

Linguine pasta

Salam semua. Hari ni kami anak beranak breakfast ngan pasta. Kali ini aku tak beli speghetti. Mencuba plak pasta linguine. Alaa..macam kuetiau la jugak. Belasah laaa..janji pasta. Anak2 aku tuh,kalo panjang2 macam mee diorang tetap panggil speghetti. 

 Macam biasa, masak pasta ala2 carbonara gitew.. itu jer yang anak2 suka. Sesekali teringin gak nak makan pasta sos merah, tp mesti tak dapat sambutan kat rumah ni.  Pasta hari inia ku tambah plak ngan daging cincang. Sosej, crabstik dan cendawan tetap ada. Dan kali ini aku tambah gak ngan cili padi. Kasi power sikit. Dan...keputusannya? mmg bestlah...pedas2... berselera makan.

Resipi boleh skodeng kat sini yer  silalah picit

I Love Pasta !!!


Sabtu, 27 November 2010

Bestnyer !!

Salam semua..jumpa lagi yer.. macam yang aku cakap pagi tadi, hari ni takde mood nk masak2 nasi dan segala jenis lauk. Hari ni merehatkan badan. Dari pagi sampai malam, semua makanan dibeli. Jebat sponsor...hehehe...

Dah lama tak makan yong tau foo ni. Hari ni ada pasar malam, so boleh la beli. Slalu/suka beli kat Kak Norizan ni (orang Taman Sri Nanding, Hulu Langat)...

Kalo balik umah, aku mesti tambahkan lagi kacang dalam kuah yong tau foo ni..kasi lagi kick..


 

Dan....inilah benda yang aku paling teringin nk makan. Apam Balik Pulut Hitam. Pernah dengar dan baca posting rakan2, tp tak pernah jumpa lagi (mmg banyak orang jual, tp aku jer yang jarang merayap ke pasar malam.. yelah..aku kan dok umah jer.). 
Hari ni masa jalan2 tadi, singgah jap kat gerai adik yang jual kuih ni. Cadang nk beli kuih koci pulut itam, tp ternampak plak apam balik yang lain dr yang biasa. Ada 3 jenis, bertabur dengan coklat rice dan lain2.. so aku pilih yg pulut itam ni. Satu rm3.50

Sedapnyer.. ada pulut itam, kelapa parut putih, jagung dan gula..banyak plak diletaknya. Kiranya puas lah makan...Buat sendiri plak lepas ni..tgk mcam mana, sama tak dengan yang beli ni?? hehehe....


Ceritaku: Skang ni musim ujan. Bila dh bercadang nk ke Maha, langit mula gelap..pastu mencurah2 ujan.. kita dengan anak kecik ni payah la nk jalan time ujan2 cenggini... huhuhu..frustnyer... cubaan kali kedua yang gagal.. Esok ada convocation day utk tadika Irfan. Bestnyer bila Jebat cuti...

Apam Beras Salju

Salam semua. Untuk adik2 yang menerjah ke blog akak hari ni, jemput makan apam beras ni yer..hari ni nasi-nasik takde, coz hari ni tak periuk nasi coti.. semua ditanggung beres oleh my Jebat. Pagi tadi selesai makan nasi lemak berlauk.So dh kenyang. Harap2 ari ni semua makanan ditaja.. hehehe

Dan bila bukak jer blog pagi tadi, nampak plak mesej dr CikPuan Anna, tanya mana apamnyer? ooo..yer tak yer kan. Semalam bukan main bersemangat terjah blog dia..boleh tgk sini

Sumber : Cha@myresipi
Copy dari umah : Anna

Bahan-bahan
* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
* 2 1/2 cwn air
* 2 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam


Cara-cara
1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Aku mmg tak pandai buat apam, asal buat jer mmg tak pernah nk senyum pun. Mungkin aku sendiri tak senyum masa masak apam ni kot..entah ler..hahaha 

Jumaat, 26 November 2010

Nasi Daging & Air Asam

Salam Jumaat buat semua. Hari ni masak cepat sikit, sbb ada urusan kat luar. So..inilah yang cepat pun. All in one!

Nasi ni dh terlebih air, tp tak pulak lembik...walaupun guna beras wangi, dia patah2 jugak sbb terlebih air tu ler... (ni versi nak cepat, so tak sempat nk hias dengan segala bagai)

Bahan-bahan:
* 250 gm daging (hiris sederhana dan rebus dengan halia hingga lembut)
* 2 cawan beras (dibersihkan)
* 2 cawan air rebusan daging
* 1/4 cawan susu cair
* 1 sudu besar rempah kurma (dibancuh)
* daun pandan
* 1/2 tomato (dicincang)
* garam dan gula
* daun ketumbar

Bahan tumis:
* kulit kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 kuntum buah pelaga
* 1 bawang besar (dimayang)
* 1 ulas bawang putih (diketuk)

Cara-cara:

1. Panaskan minyak zaitun.
2. Tumis kesemua bahan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan rempah kurma, biar sehingga wangi
4. Masukkan air rebusan daging, daging, tomato, susu cair, daun pandan gula dan garam. Biar sehingga mendidih.
5. Masukkan beras. Biar sehingga masak
6. Taburkan daun ketumbar dan hidang bersama air asam.


Resepi air asam.

Bahan A: (blend)
* asam jawa
* cili padi
* tomato
* belacan
* kerisik
* gula
* garam

Bahan B : (potong)
* tomato
* bawang besar
* cili padi
* beberapa helai daun kesum-dihiris halus

Cara2:
1. Masukkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.




Alamak..bersememeh mangkuk ni...



Ok...sampai sini dulu.

Khamis, 25 November 2010

Accident Belakang Rumah (highway KL-Putrajaya)

Salam...hari ni aku jadi wartawan kejap...

Peristiwa berlaku pukul 9.15 pagi. Masa tu aku sibuk tengah surf internet cari respi. Tiba2 dengar bunyi dentuman yang kuat. Agh...tu mesti tayar lori meletop tu..dah biasa dengar...aku pun wat derk jer laaa... Lepas off hp, aku rasa macam nak ke tandas.. sambil tu tengok plak daging yang aku tengah rebus...Huh..keras lagi... tiba2 terpadang ke luar rumah...eh, apsal banyak plak kete kat belakang ni. PM nak lalu ker? Buat derk lagi... pas tu dengar pulak bunyi ne no ne no... ooo...Polis pengiring PM kot..mesti nk cakap “Beri laluan, beri laluan!” yerlah Perdana Menteri nak lalu kan....

Cess... mmg tak tau nk bezakan bunyi siren la aku ni...rupa-rupanya itu bunyi kereta bomba. Aku perasan setengah dengar bunyi bising...orang bertempik sana-sini. Ooo...rupanya ada accident!!

Aku pun naik ke tingkat atas. Suruh along bawak kamera. Dan inilah gambar2 yang sempat disnap.


Kemalangan melibatkan sebuah teksi. Remuk gak teksi tu.

 Pasukan bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit


 Masa ni, jalan punyer lah jem...mana idaknyer, sume nk berhenti tengok accident ni. 


 Pada pendapat aku lah kan..ish..pepandai jer aku ni  teksi ni melanggar devider kat tengah tu kot.. kalo idak masakan keretanya remuk.. aku tak nampak plak kete lain yang terlibat dalam kemalangan ni? 


 Disebabkan yang mengalami kemalangan ni teksi, so teksi lain pun turut berhenti memberi bantuan. Itulah..kita sesama insan ni kan..tak kira bangsa dan agama, 1 Malaysia


 Sebanyak 4 kereta bomba yang sampai... huish..macam teruk je kan !! entah ler...  aku ni wartawan tingkap jer.. tak dapat nk buat liputan keseluruhan...Panas ooo..kang cair plak aku... kahkahkah....
Ambulan pun sampai....

Mangsa kemalangan dah dibawa ke hospital. Walau apapun bangsa dan agamamu, aku doakan agar kau selamat.


Teruk juga tesi tu..kemek depan belakang, atas bumbung...terbalik ke? ish..tak tercapai akalku... eh..tu kan lagu Elyana




Ok...sampai sini dulu... nk sambung masak ler...kang marah plak si Jebat aku tuh !!!

Rabu, 24 November 2010

Bone Steak

Inilah projek yang dimaklumkan pagi tadi. Banyak sangat stok tulang lembu kat rumah ni. Asyik nak buat sup dah boring...
Resipi ni memang dh lama tersimpan dalam buku. Dulu, tiap kali beli tulang, asyik buat sup jer, tapi kini bila dh banyak, boleh la buat resepi ni.



Kami cuba makan dengan nasi...kureng laa...tp kalo makan dengan roti, waaalahh...memang MELETOPZ...  mmg ngam laa... !!!  Terima kasih kepada Kak Fida yang sudi berkongsi resipi.


Bahan-bahan ( 2-3 orang )
• 1 kilo tulang *- cuci bersih
• 3 helai daun pandan*
• 1 btg serai*
• 4 ulas bwg putih* -diketuk
• 1 ibu jari halia* -diketuk
• (Bahan2 * di atas disatukan di dlm periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.
• 2 sb ketumbar biji*
• 1 sb jintan kasar*
• 3/4 sb jintan halus*
• 1/2 sb lada hitam/putih*
• (4 bahan * di atas disangar dan dikisar halus )
• 10-15 tangkai cili kering
• 10 ulas bwg merah
• 5 ulas bwh putih
• 1 botol tomato sos
• 2 sb kicap manis
• kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
• 1-2 biji bwg besar - dibelah
• cili hijau - dipotong
• 2 biji telur - di kocok
• Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar
• 1/2 cwn bawang goreng
• 1/2 cwn kacang peas -utk tabur

Cara-cara
1. Rempah yg disangar dan dikisar di masukkan ke dlm rebusan tulang dan rebus hingga daging pd tulang empuk.
2. Cili kering,bwg merah,bwg putih dan sehiris halia dikisar dan ditumis hingga garing.
3. Tuangkan(2) ke dlm rebusan tulang dan gaul rata.Masukkan kobis,cili hijau,carrot, kentang,bawang hiris,sos tomato,kicap,garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual. 



 Sukanyer Jebat makan Bone Steak ni... berkali-kali dia kata sedap...itu tandanya lain kali kena buat lagi lah...

Masalodeh

Salam semua. Hari ni buat masalodeh untuk breakfast..along jer yg makan..Irfan mintak nasik la plak..adoiii laaa si anak..


Lama jugak tak buat masalodeh ni. Sebabnya kacang dhal tu tersorok tepi tepung. Mmg tak nampak.Semalam rasanya nk buat dalca tulang, sbb tu lah mencari kcang dhal ni. Tapi bila dah jumpa, tekak macam rasa nk makan masalodeh la plak.So tulang tu aku buat mende lain hari ni..tunggu !!!

Kalau buat masalodeh ni, aku suka cara original/tradisional. Takde tambah udang kering atau ikan bilis. Yelah, mengikut resipi asal, orang India yang buat kuih ni adalah vegetarian. So mana ada masuk udang segala bagai. Tapi respi ni aku tambah telur sikit untuk melekatkan adunan tu. Kalo idak, masa menggoreng sure berderai punyer lah...

Bahan-bahan :
300gm kacang dal
1 bj bawang besar - potong dadu
1/2 sudu kecil jintan manis
1 tangkai daun kari - potong halus
2-3 tangkai cili kering - potong halus
Garam secukupnya
1/2 biji telur
secubit tepung ubi
Minyak utk menggoreng

Caranya :
- Rendam kacang dal selama 4 jam atau 1 malam
- Tapis dan kisar halus 3/4 kacang dal didalam blender
- Masukkan bawang dadu, cili kering, daun kari, jintan manis dan lain2. Gaul hingga sebati.
- Basahkan tapak tangan, letakkan 2 sudu besar bancuhan, bentukkan seperti bebola dan leperkan.
- Goreng dalam minyak yg panas sehingga kekunigan.


Ok...aku tengah merebus tulang tu... tunggu !!! ada projek baek punyer !!!

Selasa, 23 November 2010

Sambal belacan power ngan bendi rebus

Salam...dah seminggu asyik makan daging jer, kepala pun dah berpinau. Hari ni takmo makan daging, buat sambal belacan plak. Pastu goreng ikan kering/pekasam.


Sambal belacan ni kira powerlah jugak. Mana idaknyer, guna cili padi kampung. Dah macam citer 'Jangan Monyet Jangan' plak dah...

Bahan-bahan
~2 biji cili merah masak
~10 biji cili padi kampung
~belacan
~garam
~1 sudu besar sos ikan (nampla)
~2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
~1 biji kulit limau kasturi (yg tadi diambil airnya) dipotong halus
~1/2 biji tomato - dipotong dadu kecil

Cara-cara

tumbuk sume bahan2.. akhir sekali campurkan dengan tomato, jus limau kasturi dan kulitnya. Gesek sikit dengan lesung batu.. siap..

Chocolate in a box

Salam semua... hari ni barulah lega sikit..semua tempahan dh siap. Semalam dh delivery satu bahagian. Ni tempahan dari Puan Azlina, dari Jalan Puchong. Dia ni member Mama D dan Kak Sheila... (oohhh..mana ler kak Sheila menghilang..rindu !!! )

Tempahan coklat ni untuk majlis perkahwinan adiknya hari Ahad ni. Dia tanya, tahan ker coklat ni..aku cakap jangan risau. Setakat sebulan tu, no hal punyerlah..tp yang penting jangan bagi masuk semut udah ler..kalo masuk semut, mmg jahanam.

Tema bunga ros dan daun. Warna pink dan hijau. Takde sebarang perisa/filling. Dah orang mintak mcam tu..buat jer lah...

Rumah aku ni mmg banyak semut. So letak atas meja. Keliling meja dan talam  ni aku letak minyak (untuk elak semut naik)..kalo terlepas sekor semut, mmg aku sumpah jadi abu.


Trend sekarang kan. Kalo pegi majlis kahwin, dapat gift beg. Seronok..ada macam2 benda dalam tu. Idak ler mcm zaman aku dulu.Setakat setangkat bunga telo jer.. kalo tuan rumah nk lagi jimat, telo dibungkus dalam tisu jer...apapun, dah seronok dah masa tu..janji dapat telo orang kawin..hehehe....


Apapun time kasih untuk Puan Azlina yang telah menempah sebanyak 200 kotak. Toce, toce !!!  Slamat Pengantin Baru buat adiknya...

Isnin, 22 November 2010

Chicken Tortilla

Salam...hari ni Jebat dah mula kerja. Tapi dia kena plak pegi kursus kat Uniten....dah nak akhir tahun ni...kena habiskan jam kredit yang berbaki. So kami 4 beranak jer lah kat rumah..mesti havoc kan.. Breakfast pagi ni, dengan chicken tortilla. Irfan dh sihat, so boleh ler makan...


Aku beli tortilla ready made kat Giant, dan wrap dengan chicken ham,isi ayam goreng, sosej, letak sayur sikit dan pancut dengan mayonis,  thousand island sos dan cili sos. Siap !!untuk Irfan versi takde sayur...

Ahad, 21 November 2010

Ikan Cencaru Masak Taucu

Salam semua... setelah beberapa hari berehat, hari ni rajin la sikit. Si Irfan pun dh sihat. Dah boleh berjalan, bermain dan bertekak dengan along dia. Hati pun senang. Cuma esok lusa dan seterusnya tak dapatlah dia pegi tadika ( PJ Islamic Kindergarden ni masih belajar macam biasa). Hari Ahad minggu depan ni convo tadika dia. So ada la praktise itu ini. Kami rehatkan dia kejaplah...hari Jumaat ni baru pegi klinik dan bukak smart clamp tu.



Resipi amik dr kawan satu skolah aku kat Kuala Kangsar, IdaShazana atau lebih dikenali sebagai Rozette (nama sebenar dia Rozaida..)

Bahan2
2 ekor ikan cencaru sederhana besar
1/2 sudu kecil halba campur
2 tangkai daun kari
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air asam jawa
2 1/2 cawan air
1 bungkus taucu
1 labu bawang besar
2 biji cili hijau
1/2 batang timun, potong memanjang
minyak

Cara-cara
1. Goreng ikan yg digaul dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan
2. Panaskan periuk, goreng sebentar halba campur tanpa minyak. Masukkan minyak dan tumis bwang merah, bawang putih , daun kari dan halia hingga naik bau.
3. Masukkan air, tunggu hingga mendidih sebelum dicampur dengan air asam jawa, ikan, cili hijau, bawang besar, taucu dan timun. Sebelum diletak garam, rasa dulu sebab taucu dah masin. Kalau belum terasa, baru masuk.

Kalau inginkan kelainan, cubalah respi ni. Sedap jugak !!! 

Selasa, 16 November 2010

Pengat Labu

Salam semua..tengah buat apa tu? rebus ketupat? masak rendang?... kami tak buat sebarang upacara masak memasak..sebabnya? entah ler...(nk beraya kat rumah orang jer... pegi umah mak, maklong, dll...semua ada rendang, ketupat, lemang...so takyah masak ler...kahkahkah)  

Tapi tahun ni kami masuk 1 ekor lembu. Kami sekeluarga 5 beranak, dan tambah plak 2 orang anak sedara aku. Cukup 7 orang.

Ni hidangan minum petang hari ni. Sejak tengok citer Belalang makan pengat labu, teringin la plak...(aku ni hari2 'terpaksa' mengadap chanel Astro Ceria. So dh terpengaruh dengan cerita2 kat channel tu.


Ni pengat my style. Mula2 potong labu dan buang kulit luarnya. Lepas tu potong kecil (segiempat, tp jangan kecik sangat) agak2 ler... Lepas potong, lumur labu dengan kapur makan. Tujuannya agar labu tak mudah hancur/pecah masa memasak nanti. Biar sekejap selama 10-15 minit, lepas tu cuci bersih yer...

Ok...pas tu panaskan periuk. Masukkan gula melaka, daun pandan dan sedikit air. Biar gula melaka hancur. Tambah gula putih sikit pun boleh. Aku suka yg manis2 ala2 potong kaki gitu..kahkahkah....
Kemudian, masukkan labu yang dicuci bersih tadi.Tutup periuk dan biar labu empuk.
Bila labu dh empuk, barulah masukkan santan. Tambah sikit garam untuk kasi rasa lemak2 manis. OK...dh siap !!!


Ok...sampai sini dulu..... Slamat Hari Raya Aidil Adha.

Ahad, 14 November 2010

Cis Tart

Salam...inilah projek sepanjang minggu. Menyiapkan 300pcs cheese tart. Sebelum ni tak pernah terima tempahan sebanyak tu, setakat 50biji tu ada ler.. (ala, bukan serius pun nk berbisnes, saja suka2 utk isi masa boring kat umah ni...)
Tapi minggu lepas kan semua sekolah adakan Hari Kanak2, so ada la beberapa orang cikgu yang order cheese tart ni utk bagi kat anak2 murid (murah rezeki cikgu yer...zaman aku dulu takde pun cikgu aku yg bagi mende2 mcm ni..)


Dengan hanya ada 27 biji acuan tart, sebanyak 300 biji kulit tart terpaksa dibuat...adoiii laa...patah pinggang makcik... Jebat siap offer nk belikan oven beso (mcm Fiza Nordin tu) tp aku kata nk buat apa? bukan slalu orang order pun..kang membazir la plak... masa mula2 dulu aku ada acuan tart ni 10 bijik jer, yelah..buat utk makan anak2 jer.. lepas tu aku beli lagi 6 bijik...hilang plak 1 (ntah mana peginya..tikus cuti kot..hehe) dan bulan lepas masa pegi Yummies, aku beli lagi 12bijik...so jadi ler 27

Bila dh siap tart shell ni, badan pun rasa nk demam...so pegi la klinik..mintak ubat demam dan sakit urat kat doktor...dan doktor tanya "awak buat apa sampai sakit badan ni?"
"saya buat cheese tart doktor. Ada orang order "....
"ooo...saya pun suka cheese tart. Boleh awak buatkan untuk saya 50 bijik ?"

Adoiii la doktor..aku datang klinik sbb sakit..dia plak yg nk order..Nak tak nak, terpaksa la buat...kang ntah apa2 ubat dia bagi kat aku.


Cis tart ni ada 3 perasa, blueberi, strawberi dan kiwi. Aku jual sebijik rm0.70sen.  Biasanya jual dalam kotak, satu kotak ada 50bijik=rm35. Untuk CikMar, ni akak dh penuhi permintaan utk tepek gambar chis tart... tak brapa cantik pun...boleh la makan...

Sabtu, 13 November 2010

Sicilian Orange Cake

Salam Sabtu untuk semua. Hari ni anak2 sume tak sekolah. Tapi papa diorang tetap maintain keje.. esok baru start seminggu cuti. Hari ni aku buat kek. Lepas tu gatal2 tangan wat decoration ala2 budak tadika..kahkahkah...suka anak2, dapat makan kek ada aising.. layan jer la hasil keras tangan mama ni. Lom sempat nk pegi kelas cake decoration.

Aising kek ni aku tambah cheese. Respi amik dari rumah Hana Jepun. Mmg sedap ler aising ada cheese ni.Kata Along macam rasa krim secret recipe..cewah...podah... ko bodek mama yer..takde dapat mainan nyer.... Disebabkan kek ni untuk anak2, so ada ler gambar orang lidi, mewakili anak2 aku yang 3 ketui tu...kahkahkah......
Keratan rentas kek. Asalnya kek oren sicilian. Aku amik respi dari umah kak Ina KL. TQ akak.

Bahan-bahan
250 gm butter
250 gm tepung naik sendiri
4 biji telur saiz sederhana
1 1/2 tsp parutan kulit oren
85 ml jus oren
250 gm gula halus

Icing:
125 gm gula ising
5 tsp jus oren.

Cara-caranya:
Panaskan oven 170 darjah celcius.
Sapukan butter pada 2 loyang bulat berukuran 6cm x 14 cm.Alaskan dengan kertas minyak.
Pukul butter dan gula hingga kembang .Masukkan telur satu demi satu hingga habis.Pukul lagi,
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan terus pukul hingga sebati.Masukkan parutan kulit oren.
Last sekali tuangkan jus oren sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak.
Bila kek telah masak sejukkan atas wire rack

Nk sukakan hati budak2, letak ler lilin sebatang..pastu suruh diorang tiup ramai2. Si Irfan tu, tiap kali ada kek aising, mesti ingat birthday dia. Kalo boleh, tiap2 bulan nk sambut birthday. Si Ryan macam pelik jer... tp bila suruh senyum tetap maintain.

Upacara potong kek. Dh tak sabar nk makan.


Jumaat, 12 November 2010

Kuih Dangai

Salam semua..dh minum petang? hari ni mood ada bagus sikit..mana tak bagus, dh masyuk kan...hehehe... balik dari deliveri tart tadi, terus buat kuih dangai ni (singgah kejap kat kedai beli kelapa parut) siap pesan kat adik yg parut kelapa tu "adik, akak nak yang kelapa putih jer tau, yg macam kulit anak akak ni takmo" (refer to Along) hehehe...


Inilah kuih kegemaran aku dari kecik. Dulu arwah abah slalu beli kuih ni tiap kali ke pekan sari. Resipinya aku copy dr sini Dulu pernah buat kuih ni, tp buat dalam acuan tart. Tapi skang dh ada acuan. Aku beli kat kedai perkakasan dapur kat Sungai Besi nun. Beli satu set jer, dapatlah 5 set skali buat. Cukup lah..

BAHAN-BAHANYA:-
1 peket tepung pulut
3 biji kelapa parut muda (putih)
4 sudu besar gula putih
Gula merah atau gula melaka secukup rasa.
Sedikit garam.

CARANYA:-
1 Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam
2. Bahagikan kepada 2 bahagian
3.Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan butter/ minyak. Kemudian taburkan sedikit gula merah/ melaka.
4. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai.
5. Bakar dalam oven 180°C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan.


Sepatutnya bakar dengan arang, atasnya plak letak bara tempurung kelapa..tp kat sini mana nk cari mende tu sume, so masuk dalam oven je lah..

Asam Podeh

Hari Jumaat, awal subuh lagi dh ujan... bestnyer (kalo dapat tido) tp yang tak bestnya, tetap kena bangun macam biasa. Irfan merengek2 dan nangis takmo pegi tadika.

Masak awal sikit ari ni. Sebab tengahari ni nk ke KL...jalan2, ronda2 ngan anak2.  Harap2 tak ujan la lah..sbb aku takleh drive dalam ujan...rabun daaa....


Sejak dua menjak ni, suka plak buat asam pedas. Kebetulan, rempah kari ikan plak dh finish kat umah ni. Nk buat masak lemak cili padi, kang budak2 tu tak suka makan, hanya Jebat jer yang suka lauk kuning2 cenggitu.Aku?? apa2 pun boleh, janji boleh isi perut.. tak banyak kisah..

Khamis, 11 November 2010

Udang Goreng Kunyit + Brocoli

Yuhuuu...kembali memasak macam biasa setelah beberapa hari masak simple2... hari ni rilex sikit, dh siap sume kerja, tunggu masukkan filling jer sblm nk delivery esok..

Hari ni budak2 2 orang tu pun pegi sekolah. So tinggal ler aku ngan si toncet ni. Kalau dh berdua tu, mmg kena mengadap muka dia jer lah. Kalo tak, melalak macam nk putus nyawa kalo aku takde depan mata dia..


Udang Goreng Kunyit + Brocoli.

Siakap Sweet & Sour. Letak sikit nenas fresh.  Macam biasa, inilah yg selalu buat kalo guna ikan siakap, selain stim. Tp stim tu slalu buat malam jer, bila sume orang ada.




Hari ni sume masak yang ringkas2, tp kegemaran anak2. Baru siapkan 2 jenis lauk, jap lagi sambung balik goreng sayur. Pastu tumbuk sambal belacan. Cukuplah yer..

Rabu, 10 November 2010

Minggu yang busy

Salam semua... dua hari tak update blog, rindunyer..Untuk semua yang berkunjung, terima kasih yer... nanti aku akan buat kunjungan balas. Minggu ni sibuk sikit lah...

Untuk CikMar, inilah sebabnya mengapa akak tak update blog 2 tiga hari ni... sementara menanti entri masak yang baru, korang makan eskrem banana split kat bawah tu yer...

Alhamdulilah...sejak dua menjak ni, setiap minggu, ramai plak yang order cheese tart ni. Minggu ni dapat lagi tempahan 200 biji cheese tart. Ni baru buat shell dulu.

Dan tart nenas gulung tu diorder oleh adik Su, dari Kluang Johor. Minggu lepas dia dh order 3 jenis biskut (coklat cip, tart nenas dan almond cluster), dan minggu ni order lagi tart nenas 100 bijik. Time kasih yer Sue !!


****************


Ceritaku: Kelakar plak bila terkenangkan masa aku beli balang biskut ni. Aku tanya adik tu, "adik, balang ni boleh muat tart nenas 50 bijik tak?"
Kendian dia jawab, "akak, tu besar sangat lah.,,amik yang ni, muat2 jer 50 bijik" sambil menunjuk pada satu balang plastik yang lain.
Aku tenung balang plastik tu, sambil berkata "ish..macam kecik je dik..tak cukup laaa"
Adik tu jawab lagi, "muat la kak"
Aku dengan rasa munsyil masih nak menyangkal, sebab sebelum ni pernah jadi kes macam tu, beli balang yang salah..last2 suma muat 40 bijik jer...So aku pun terangkan lah kat adik kat kedai tu...(hensome wooo...)
Adik tu pun heran, "akak punya tart, besar sangat ke?"
Ish...budak ni..ko tak pernah makan biskut tart ke, malas aku nk explain kat dia lagi...lalu aku menjawab "tengok tuan yang buatnya lah dik... tembam2 macam akak ni lah..." kahkahkah.....
Dan aku pun amiklah 2 bijik balang yang besar sikit.. hasilnya mmg besarlah... gamaknya boleh muat sampai 60 bijik tart. Takpe lah..janji tak buat kerja 2 kali.

Ahad, 7 November 2010

Creamy Banana Split

Lepas makan nasi, kita jamu plak tekak dengan eskrem ni, creamy banana split. Dulu kat kepci ada banana split, tp skang dh takde kan.

Ni aku buat versi coklat (untuk anak2 dan Jebat)

Resipi amik daripada Ilham Dapur Mmg best ekrem ni. Jebat pun kata sedap, siap mintak tambah lagi !

Bahan-bahan
4-5 biji pisang -
2-3 sudu besar butter lembut
7-8 biji buah strawberi - dikisar dengan 2-3 sudu besar gula dan sedikit air (dalam 4-5 sudu),
ais krim perisa vanilla secukupnya
sedikit serbuk kayu manis

Cara-cara:
1. Pisang dibuang kulit dan dibelah dua.
2. Panaskan non stick pan, kemudian masukkan 1 sudu besar butter dan biar hingga butter cair.
3. Masukkan pisang dalam pan. Masak sehingga keperangan dikedua bahagian. Angkat dan ketepikan. Masak sampai habis.
4. Susan pisang yang telah dimasak tadi dalam pinggan, taburkan dengan sedikit serbuk kayu manis. Letak pula satu scoop ais krim dan kemudian tuang sos stroberi yang telah siap dikisar tadi secukupnya.
5. Siap dan sedia untuk dinikmati...Selamat Mencuba


Ni aku punyer, ikut respi asal, letak sos stoberi.


Buat CikMar yg slalu bertandang ke sini, terima kasih kerana bagi respond pada entri2 aku ni....tp macam mana nk buat kunjungan balas yer...takde blog ke? tingin jugak nk kenal CikMar dengan lebih dekat...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...