Chocolate in a box
Salam semua... hari ni barulah lega sikit..semua tempahan dh siap. Semalam dh delivery satu bahagian. Ni tempahan dari Puan Azlina, dari Jalan Puchong. Dia ni member Mama D dan Kak Sheila... (oohhh..mana ler kak Sheila menghilang..rindu !!! )
Tempahan coklat ni untuk majlis perkahwinan adiknya hari Ahad ni. Dia tanya, tahan ker coklat ni..aku cakap jangan risau. Setakat sebulan tu, no hal punyerlah..tp yang penting jangan bagi masuk semut udah ler..kalo masuk semut, mmg jahanam.
Tema bunga ros dan daun. Warna pink dan hijau. Takde sebarang perisa/filling. Dah orang mintak mcam tu..buat jer lah...
Rumah aku ni mmg banyak semut. So letak atas meja. Keliling meja dan talam ni aku letak minyak (untuk elak semut naik)..kalo terlepas sekor semut, mmg aku sumpah jadi abu.
Trend sekarang kan. Kalo pegi majlis kahwin, dapat gift beg. Seronok..ada macam2 benda dalam tu. Idak ler mcm zaman aku dulu.Setakat setangkat bunga telo jer.. kalo tuan rumah nk lagi jimat, telo dibungkus dalam tisu jer...apapun, dah seronok dah masa tu..janji dapat telo orang kawin..hehehe....
Apapun time kasih untuk Puan Azlina yang telah menempah sebanyak 200 kotak. Toce, toce !!! Slamat Pengantin Baru buat adiknya...


Ulasan