Salam...
Demam crepe tak abis lagi kan...sampaikan CK sendiri pun tengah demam akibat terlebih makan doyan.. hahaha.. penangan Musang King yang bang Jebat beli. Tak banyak pun, 3 bijik jer...tp makan 3 ulas dan berdenyut kepala.. jenuh la telan Ponstant, dan minum Eno untuk hilangkan kesan tu
Isi si musang ni masih ada 2 tupperware dalam esbox. Nk bukak peti es pun dah tak lalu dengan bau yang menyengat.. Adoiii...nampak gayanya cukup cukup sudah makan durian untuk beberapa bulan akan datang ni....sampaikan CK nk muntah time buka esbox pagi tadi.... rupanya tutup tupperware tu tak tutup rapat...patut la bau semerbak.. (padan muka kan...hantu doyan dan muak doyan..hahaha)
Dan...hari ini CK buat la crepe durian + crepe strawberri. Yang durian tu untuk habiskan cepat2 stok durian, dan yang stoberi tu dibuat atas permintaan anak sulung CK. Dia lebih suka yang ada buah stoberi.
Resipi kali ini diambil dari blog kak Ita
masam manis. CK ikut semua resipinya sebijik2 tanpa derhaka...hehehe... Hasilnya.. ermm...memang sedap (crepe stoberi laa..) CK suka filling kastat tu...
TQ yer kak Ita...CK kongsi di sini pula untuk rujukan rakan2 lain.
CREPE
Bahan-bahan
40 gm tepung gandum
40 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
1 biji telur saiz A
1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
130 ml susu segar
50 ml air ~ bergantung kepekatan
Secubit garam
1 sudu besar gula halus
Pewarna kuning
Perasa durian / durian paste
Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak
Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata
Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair
Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.
Kemudian di tapis
Sediakan pan untuk membuat crepe
Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.
Kemudian perlahankan api ke sederhana
Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu
Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan
Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata
Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit
Tak perlu di balikkan
Buat sehingga habis
Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik
Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!
Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu
Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.
CREAM CUSTARD FILLING
1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
1/2 cawan gula ~ tambah lagi anggaran 2 sudu besar
4 biji kuning telur
3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
30 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
Non Dairy Whipping Cream secukupnya.
Ayakkan tepung terlebih dahulu
Satukan tepung dan gula dalam satu bekas
Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu.
Kacau hingga adunan sebati
Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla
Kacau rata
Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat.
Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar.
Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat.
Biarkan ia sejuk
Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
Adunan ni dapat agak banyak.
Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu
Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan
Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental
Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi.
Kaup balik hingga adunan sebati
Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.
CARA PENYEDIAAN
Kepingan crepe ~ secukupnya
Krim Kastard ~ secukupnya
Isi durian dan strawberi filling ~ secukupnya
Letakkan sekeping crepe
Letakkan krim kastard di atasnya
Kemudian letakkan isi durian / strawberry filling
Tutup kembali denga krim kastard
Lipat seperti kita melipat sampul surat
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin
Ni plak crepe durian, untuk habiskan stok durian musang king yang semerbak baunya dalam esbox tu. Sapa nk makan ek? si Irfan jer la yang suka...
Si Musang King yang my Jebat beli. Tak banyak, 3 bijik jer...Harga mmg mahal, bijinya kecil saja.. rasanya pahit2...ermmm...CK takleh terima jenis ni. Makan dua tiga ulas dah berdenyut kepala...adoiii...Daripada tak merasa, dah beli, dah rasa. Nk ulang lagi?? tidaaakkk !!! Durian kampung jugak menjadi pilihan CK.. (aduhh...low profile rupanya aku ni...)
Isi perut durian crepe. CK letak 1 ulas untuk 1 crepe.. biar diorang puas makan (errr...sapa nk makan tu??)
Ok..sampai sini dulu... adakah ini akhiran untuk crepe durian?? kita tengok yer ...hahaha....
MAAF.... saya / CKFood tidak menjual durian crepe mahupun crepe2 lain (stoberi, blueberi, manggo dll).. entah laa..walaupun CK ada resipi khas untuk orang berniaga tu, tp tak brapa minat laa... mmg la laku, tp entah laa...mungkin sebab CK ni pen'chenta' durian kot..
Dah ramai customer tanyakan repe ni, tp CK tolak baik2 dengan alasan?? ermmm...takde masa la nk buat...hehehe....