Selasa, 29 Januari 2013

Homemade Famous Amos Coklat Chip

Salam....

Lama CK tak update blog..semuanya angkara kesihatan yang tak brapa baik sejak awal tahun ni...  hampir 2 minggu demam, 2 kali pegi klinik dan doktor suspek denggi. Adoiii... takut plak kena transfer ke spital, so CK pun teguk la air 100plus banyak2. Habis segala antibiotik dan ubat demam ditelan. Tak cukup pada tu, beli plak ubat di kedai ubat cina.

Dan bila dah sihat, mulalah gatal nk membaking. Tingin plak nk makan biskut. Dan hari ini terhasillah biskut sedap ni (sblm ni mmg berhajat nak ke Alamanda cari Famous Amos, tp si Jebat asyik sibuk jer...nyampah aiiii ) dah tak sabar nk makan, so buat la sendirik !!! 


Resipi CK ambik dari blog Naz (cute oven small kitchen). Tapi CK olah sikit dengan menggunakan 75gm gula kastor dan 75gm gula perang. Butter plak CK guna butter tantura. Dari 28gm tepung gandum, CK keluarkan 2 sb dan gantikan dengan 2 sb tepung beras. Dan hasilnya biskut lebih wangi dan rangup. Maaf yer Naz sbb dah alter respi ni.

Bahan-bahan ayak :
· 280 gm  tepung gandum (tolak 2sb, dan tambah 2sb tepung beras) 
·10 gm  serbuk koko
·2 Tbsp tepung jagung
·  1/2 tsp soda bikarbonate
·  2 Tbsp susu tepung
·  Secubit garam

Bahan-bahan lain :
·250 gm mentega
·150 gm gula kastor dan gula perang
·1/2 tsp asen vanilla
·  1 biji kuning telur
· 60 gm  coklat chip
· 60 gm sebarang kekacang

Cara-cara 
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau tangan.
4.Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5.Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil dengan menggunakan tangan.  Susun di atas dulang pembakar.
6.Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan anda.
7.Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Meh copy kat sini yer 


Sekejap jer dah boleh licin biskut ni. 


Ok...  sampai sini dulu 

Isnin, 14 Januari 2013

Oreo Crepe

Salam
Hari ni CK tayang crepe yang mendapat permintaan tinggi. Memang dari mula CK tidak menjual durian crepe (sbb durian adalah teman baik ku...tak mungkin jual kawan baik...hahaha) Namun setelah ada entri strawberry crepe, pelanggan mula selit2 tempahan crepe strawberri, blueberri dan mangga. Alhamdulillah...permintaan sangat baik, dan CK mempelbagaikan lagi crepe untuk jualan.


Dan inilah salah satunya. Oreo crepe, dengan sekeping biskut oreo (yg dipatahkan) di dalamnya. Bukan kata budak2 jer yang suka, mak bapak budak pun suka. 

 Ni rupa oreo crepe setelah dipotong. Ada orang letak seketui biskut, tp CK lebih suka patah-patahkan. Ada la terasa gigitan biskut sana-sini.

Selain oreo yang mewakili warna kuning, warna  kuning cair mewakili manggo crepe. Dengan 45% potongan buah mangga di dalamnya. 

Wokeh... selain oreo, makcik stoberi ni pun dapat permintaan tinggi. 

Aneka crepe...strawberi, oreo, manggo, kiwi dan bluberi. 
(ni utk askar2 di rumah CK ler...takkan nk jual semua kan....utk makan sendiri, tak kisah la walaupun tak cantik...janji boleh masuk mulut ) 




Okey...sampai sini dulu.... nk zzzzzzzzzzz   la kejap sblm my Jebat balik. Kalo dia dah sampai rumah, ada jer benda nk disuruh buat, diusik, ajak jalan sana-sini. 

Wassalam !!! 

Ahad, 13 Januari 2013

Pizza utk orang malas

Salam !!
Apa khabar semua? Dh makan? kali ni CK tayang pizza orang malas yer..hehehe...malas nk buat base dia, so bantai jer la dengan bun burger yang dibelah 2. My Jebat beli bun burger ni sampai 10 bj, so tak larat nk buat burger semua...dan inilah jalan penyelesaiannya.

Dh buat pagi tadi utk breakfast, petang ni sambung buat lagi... hahaha...senang kan...(buat takleh banyak2,  biar sikit, sorang makan 2 keping jer.. sure diorang mintak lagi..kalo banyak2, cepat jemu)


Bun burger, dibelah 2 dan disapu butter, kemudian disapu plak dengan sos prego utk buat spegheti tu...kemudian, tabur jejari ketam, sosej...dan picitkan mayonis dan tabur segala cheese yang ada....masuk oven, bakar 5-7 minit....TINGGG !! dah siap...boleh makan !!! 
Senang kan...kan CK kata pizza utk orang malas


******************************


Okeh... meh layan plak tempahan utk minggu ni.... 2013 ni mungkin tahun berehat kot bagi CK..sbb anak2 semua bersekolah petang.. dan tinggallah di kecik Rayyan ni sorang2 kat rumah.... dan....ditambah plak dengan bang Jebat yang dah bertukar tempat keje baru (dgn gaji baru)  hehehe...so CK ambik keputusan utk banyakkan berehat... hehehe... (bukan nk besarkan badan yer...) 

Dan...alhamdulillah... Januari 2013 ni penuh dengan tempahan kek2 untuk birthday dan hantaran. Errrmmm... boleh ker CK nk deco ni? 




Red Velvet Cake with cream cheese frosting. Tempahan dari adik Nazrin Hulu Langat. Nak celebrate ngan sapa tu? hehehe 



Moist chocolate cake... order dari Kak Su Seri Serdang utk rakan2 pejabatnya... awal2 lagi CK dah cakap "saya tak pandai deco utk birthday kek yer kak" tp Kak Su tak kisah...dia nak simple deco. Hanya curah coklat jer katanya... Dan..inilah yang mampu  dihasilkan oleh tangan keras CK ni. ... takkan birthday kek nk curah coklat hitam jer kan... tak selera orang nk potong...kahkahkah....
/
Ok...sampai sini dulu yer !!

Terima Kasih :)

Isnin, 7 Januari 2013

Masak Lemak Pucuk Paku Bertempe

Salam Isnin
Hari ni dah tak tau masak apa, so belasah jer laaa... buat masak lemak tempe campur pucuk paku. Sebenarnya masa ke Hulu Langat ari tu, singgah kat kedai minang dan beli lauk masak lemak. Dia buat campur2 mcam ni laa, siap campur jering dan kacang botol lagi...so CK pun cubalah masak sendiri... best jugak. Lauk2 kampug lah katakan. 

Masak lemak pucuk paku campur tempe, campur terung bulat dan udang...alamak...udang tersorok kat bawah kuah...sori yer !!


 Ayam masak kicap, permintaan si Rayyan. Suka plak dia makan ayam masak kicap dengan sos manis ABC (mcam kat iklan tu )

Sejak budak2 start sekolah sesi petang ni, CK kena masak awal. Tempahan pula disiapkan selepas budak2 pegi sekolah. Adoiii .. tak dapat nk sesuaikan diri lagi dengan jadual baru ni. !!

Sabtu, 5 Januari 2013

Muffin Pisang English Style

Salam
Hari Sabtu ni ramai yang bawak anak2 g jenjalan kan. Tapi kali ni CK malas ler nk keluar. Nk rehat puas2 kat rumah sementara takde tempahan ni.. (liat plak nk mulakan biz setelah bercuti...bestnya cuti ... hehehe )

Dan hari ni, ada 2 bijik pisang berangan kat esbox, CK buat la mapin ni. Bukan susah pun...penyediaan dalam 5 minit, dan proses bakar dalam 12-15 minit...dah siap dan boleh ngap.


Muffin pisang english style. Copy di sini ya ibuk-ibuk, kakak-kakak, dan adik2....

Bahan-bahan
180 gm tepung
2 biji pisang ukuran besar (kalu kecil buat 3 biji)
70 gm butter
3 sudu gula putih
2 sudu light brown sugar
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen wanila
1 biji telur
utk hiasan;
pisang di  kecil2
serbuk kayu manis
badam hiris



Cara-cara
1.Pukul butter dan gula sehingga kembang ,
2.masukkan gula merah pukul lagi,
3.kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg.
4.akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat .
5.Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar,
6.susun kan pisang atas muffin, tabur gula dan badam keping dan bakar selama 12-15 minit dalam suhu 200'c
7.SIAP



Ok...  jemput makan !!! CK nak sambung rehat, berkuak lentang depan tibi....adoiii...malas betul laaaaaaa

Jumaat, 4 Januari 2013

Terima Kasih Nuffnang !! love u

Salam... pembukaan tahun baru CK dilimpahi dengan rezeki. Terima kasih Nuffnang. Syukur ke hadrat Allah swt atas pemberiannya.


 Ini kali kedua CK dapat cek dari Nuffnang ni.  Pertama ari tu takde la sebanyak ni. Dan CK pun tak ingat beli apa dengan duit tu. Tau2 dah habis macam tu jer...Dan kali ini CK ingat nk beli sesuatu yang boleh dikenang. Hajat hati nk tambah/panjangkan lense DSLR Nikon CK tu supaya boleh hasilkan gambar2 masakan yang menarik dan cantik. Tapi kena tambah duit sikit la kan... hehehe....

Kesimpulannya, tak sia2 kita buat blog dan update setiap apa yang kita suka diblog. Janji ia tak menyakiti hari orang lain sudah laa.... 

Sekali lagi terima kasih NUFFNANG. Harap bertambah la lagi BE kat blog CK ni yer :) hehehe



Dan hari ini, CK tayang cream caramel segera yang CK buat semalam. Amboii....sedapnyer... tak payah nk susah2 memukul telur, kukus bagai... sekelip mata jer dah siap. 
First time CK makan puding caramel ni masa kat rumah anak buah CK minggu lepas. Sekali rasa sedap la plak...tambah lagi...tambah lagi...ish...takleh ni... balik rumah terus CK skodeng kawan yang jual produk Amway ni... akhirnya dapat la jumpa dengan Puan Edda (customer CK la jugak )


Pudingnya lembut bak tau fu far gitu. Jebat CK pun suka...tak sedar dah habis seberkas... CK pun tak tahan dengan benda ni. Cepat2 suruh anak2 dan suami habiskan. Kalo idak, sia2 jer diet selama ni...adoiii... tp memang best laa...

Dalam kotak ni ada 2 barang, satu campuran kastat dan satu lagi gula caramel... kita cuma perlu sediakan susu penuh krim 1 liter, dan bancuh dengan campuran kastat... gaul sebati dan panaskan sekejap...tuang dalam bekas dan tuang gula caramel...sejukkan...siap !! dapat banyak plak tu. Puas makan

Nk order? bleh tengok cini . Produk keluaran Amway. Harga rm14.00 sekotak. Dalam kotaknya ada 2 set. Kiranya boleh buat 2 kali laaa... Kalo suruh pos, tambah rm6.00 jer... bukan CK jual tawww...kawan setaman ck ni...Puan Edda Suzana

Ok la.. sampai sini dulu yer... Jebat CK dh sampai rumah ni....nk layan dia sentap santap jer...  hehehe

Rabu, 2 Januari 2013

Menu Arab + India

Salam...belum terlambat lagi CK nk ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 pada semua pengunjung blog, follower dan rakan2. Terima kasih kerana sudi berkunjung

Hari ini, anak2 dah mula sekolah. Tapi CK plak yang demam...alahai...2 bulan cuti tak demam, tiba2 hari pertama sekolah plak badan mula buat hal. Mujur minggu ni tak terima sebarang tempahan, gara2 nk rilex la kunun...ermmm...betul punya rilex ni

Ok... hari ni CK jamu nasi arab bersama dalca tulang dan ayam goreng berempah. Ermmm... menu arab campur india...hahahaha...janji layan !!!


Dalca tulang.  

 Ayam Goreng Berempah Mamak style

Acar timun+ nenas

 Nasi Kabsah

Ok...dh jamu mata dengan lauk2 hari ni, meh kita tengok respi plak yer...  Kat sini mmg tak bleh copy paste, so korang baca jer lah yer...kalo bersungguh nk copy habaq mai kat CK dulu yer...klik pada link kat tajuk respi tu yer 


Resipi Dalca Tulang

Bahan-bahan
* 200gm kacang dhal - direbus
* 1 kg tulang rusuk lembu - direbus dahulu hingga empuk
* 2 biji terung bulat - dipotong kecil2
* 2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
* 2 biji kentang
* 10 batang kacang panjang - dipotong
* 50gm serbuk kari daging + sedikit air
* 4 cawan santan
* Sedikit daun kari
* Minyak masak dan garam

* Bahan tumisan:
* 3 biji buah pelaga
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 5 ulas bawang merah - dikisar
* 2 cm halia - dikisar
* 3 ulas bawang putih - dikisar
* 2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.
2. Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.
3. Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
4. Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.


1 ekor Ayam
4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu besar Tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
3 Tangkai daun kari dipotong halus.
1 Kg.  Minyak untuk goreng.
Garam Secukup untuk dirasa.


Cara penyediaan:1. Bersihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.

2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.


3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.


4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.
5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. 


Ok... itulah resipi yang boleh dikongsi...pasal nasi arab tu, tak dapek la den nk nolong sbb CK guna rempah segera Knorr  spt dalam gambar kat bawah tu. Produk ni CK order dari Dubai . .....kat Malaysia takde yer.... mmg senang masak nasi arab guna rempah2 segera ni. Beras utk masak nasinya pun sama, Beras Arab.. panjang2 saiznya.

Ok.... sampai sini dulu yer... BYE !!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...