Khamis, 25 Oktober 2018

Fried Apple Pie

Assalamualaikum

Setiap mingu jika ke pasar malam, CKak pasti beli apple. Selalunya habis dimakan, tp minggu ni apple tak mendapat perhatian, sebab ada buah lain yang lebih sedap.. hehehehe. So apple dibiar sepi sahaja dalam chiller.

Kesian si apple. Ok..marilah kita masakkan dia, jadikan inti. Nanti boleh buat aneka juadah, kek cheese apple, apple tart dan lain-lain.

Image may contain: food


Untuk hari ini CKak buat apple pie dulu. Teringin apple pie McDonnalds sebenarnya.

Bahan-bahan ( 12-14 biji )
Bahan Inti:

2 biji epal merah - potong dadu (ganti epal hijau)
1/3 cawan gula (ganti gula perang)
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sb perahan jus lemon
1 sk tepung jagung + 1 sb air

Bahan Pastri:

2 cwn tepung gandum
1 sk garam
1/2 cwn butter - beku (sejuk)
1/2 cwn susu segar sejuk
**minyak untuk menggoreng (I baked)

Cara-cara
1. Inti: Dalam kuali leper, campurkan epal, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
2. Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal. Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam atau inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
3. Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
5. Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
6. Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
7. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.


Image may contain: food

Pie apple ni CKak tambah cheese di dalamnyer. Adussss...sedap bila lelehan cheese suam-suam tu dikenakan bersama inti apple yang manis-manis masam.  Ermmm....boleh bayangkan tak?? hehehehe...jangan teringin dulu yer...Pegi buat cepat. Hahahaha


Image may contain: food

Inilah penyebab si apple tidak laku dimakan. Ada buah-buahan dari kebun sendiri di rumah. Ciku, belimbing beli, mangga dan air kelapa.


Khamis, 18 Oktober 2018

Speghetti Carbonara Homemade

Assalamualaikum. Hari ni CKak malas sangat nk masak nasi, sebabnyer takde sapa kat rumah. Semua bizi. Bila balik rumah, dah letih dan terus tidur. 

Dan untuk yang bersekolah, mereka pun dah kurang selera nak makan nasi. Jadi hari ni kita western sikit lah. Mama masak spegheti carbonara. 


Image may contain: food

Speghetti carbonara digandingkan bersama ayam bbq bakar. CKak guna airfryer jer untuk bakar ayam. Senang dan tak kotorkan dapur

Image may contain: food

RESEPI SOS CARBONARA:
1 sd Olive Oi (sy guna minyak biasa je 1sd KFC)
1 Bj bawang holland (cincang/dadu)
5@6 biji bwg putih (rincik halus)
1kotak kecil fresh milk (sy pakai low fat)
3@4 kping Cheeder cheese
1 kiub ayam
white pepper
black pepper biji (tumbuk)
Oregano/Mix Herbs (sy guna mix herbs)
air (utk kuah)
tepung gandum di bancuh dgn air(utk memekatkan)
button mushroom
sosej*(yg diet xbrapa sesuai ltak sosej)
garam*(diet xpyh letak xpe..klw nk letak sekadar sikit2 rasa ja na)

Image may contain: food

Cara:
- TUMIS bwg putih & holland hgga naik bau
- masukkan Kiub ayam, sosej*, button mushroom
- masuk susu & sambil kacau 
- then masukkan WHITE & BLACK PEPPER, Mix herbs
- masukkan air then kacau sebati
- masukkan bancuhan tepung utk pekatkan kuah
- masukkan garam *garam bg yg diet xperlu xpe ye :) imbangkan rasa smuanya
- siap dihidang

(*KUAH terpulang pada selera masing2, kalau nak buat kuah cair tp byk lebihkan air, kalau nak kuah byk tp pekat tambahkan bancuhan tepung)


Image may contain: food

Jika nak pedas, boleh taburkan cili flakes. Kat sini CKak tabur juga daun pasley

Image may contain: food


OK. Sampai sini dulu 

Jumaat, 5 Oktober 2018

Spicy Korean Chicken

Assalamualaikum.

Nak ke Korea?? makanan di sana banyak yang pedas-pedas. Mari rasa Spicy Korean Chicken ni dulu. Hehehehe

Image may contain: food and text


Resepi Spicy Korean Chicken
Ayam - dipotong kecil dan di toskan airnya

Bahan A
bawang putih
halia
lada hitam
garam, perisa
*bahan ini ditumbuk dan diperap sebentar dengan ayam tadi

Bahan B (salutan ayam)
tepung bestari secukupnya
telur - dipukul sedikit
 * Jika takde Tepung Bestari, boleh gunakan tepung KFC dll . ayam yang diperap tadi, dicelup dalam telur kemudian golekkan di dalam tepung bestari. Ketepikan, buat sampai ayam habis . Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak. Ketepikan .

Sekarang, buat pula sos nya

Bahan-bahan Sos
bawang putih - ditumbuk
cili kering- dipotong halus
cili padi merah- dipotong halus (yg ini saya skip sebab tak makan pedas)
Cili boh (saya guna cili kisar)

 Dalam satu mangkuk, satukan
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb madu
3 sb gula perang
3 sb kicap cair
1 sk serbuk cili
1 sk chili flakes
 * bahan-bahan ni agak2 jer, bergantung kepada banyak mana ayam goreng tadi

Ok...panaskan kuali.
tumiskan bawang putih sampai kuning, kemudian masukkan cili kering, dan cili merah. Biar goreng sekejap, masukkan pula cili boh (pes cili). Masak hingga terbit minyak

 Kemudian, masukkan bahan-bahan sos tadi. Boleh masukkan sedikit air. Masak hingga pecah minyak. Kecilkan api agar kuah tidak hangit

 Bila kuah dah pekat, masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
Jika tak cukup garam, boleh tambah

Ok....siap.... bolehlah dihidangkan ke dalam pinggan. Tabur dengan bijan yang disangai dan kacang goreng.



Ok...sampai sini dulu. SELAMAT MENCUBA !!

Khamis, 4 Oktober 2018

Pengat Labu Bersagu

Assalamualaikum

Pengat, serawa atau bubur memang sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut. Hari ini merajinkan diri buat pengat labu. Ada sebelah labu kuning yang diberi minggu lepas dari pasaraya. Setelah dimasukkan ke dalam peti sejuk, tiada siapa memberi perhatian. Kesian jika dibiarkan terus merosak di dalam peti itu. 


PENGAT LABU

 Bahan-bahan 
 sebelah buah labu gula merah + gula putih (secukupnya ikut citarasa manis anda) 
 secubit garam 
 2 mangkuk santan (kalau nak kuah lebih, tambahkan lagi) 
 secawan air daun pandan 
 1/4 cawan sagu 

Cara-cara 
 Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir masak. 
 Toskan air dari labu yang separuh masak tadi. 
Masukkan santan,gula,garam, dan daun pandan. 
Kacau sentiasa hingga mendidih dan labu masak. 
 Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih. Serawa/Pengat labu siap untuk di hidang. 
Sesuai dihidang panas dan jugak sejuk



    Namun hari ini CKak agak rajin. Sagunya tidak dicampur sekali ke dalam kuah. Ckak kukus asing sagunya seperti membuat sagu gula melaka. Setelah masak dan sejuk, sagu dipotong dan dimasukkan ke dalam bubur. 

    Ok...sampai sini dulu. Jumpa lagi

    Rabu, 3 Oktober 2018

    Kuih Bakar Jagung

    Assalamualaikum

    dah lama buat bingka jagung ni, tp tak sempat nk update kat blog.





    Resepinya di sini yer , malas plak CKak nak taip.


    Image may contain: text
    Ok....sampai sini dulu

    Khamis, 27 September 2018

    Indah iklan dari rasa - Selera Rasa Mama Puncak Jalil


    Berasa lapar tp malas masak? Order jer laa...kan group wassap banyak jual makanan
    Tak sampai 10 minit pesana dihantar dengan pantas. Wahh.. hebat sungguh perniagaan hari ini. Segalanya dihujung jari. Kuih masih panas

    Namun, indah rupa dari rasa. Cucur udangnya masih mentah di dalam. Umpama digoreng dengan api besar agar pesanan pelanggan dapat dihantar tepat pada masanya. Minyak masih banyak dan seperti tidak di tos. Minyak meladung kata orang utara. Rasanya masin plak tu


    Bubur pulut hitam terasa bau hapak santan. Mungkin santan lama atau telah basi

    Ermmm... wahai seller, bersikap serius lah dalam berniaga. Usah dimegahkan dengan pesanan online di website bak Lazada walhal masakan anda masih perlu diperbaiki dari segala aspek.







    #SeleraRasaMama- please take note. Jika pandangan pelanggan tidak diendahkan, bisness anda tidak akan bertahan lama !!!

    https://www.facebook.com/selerarasamama/

    Sabtu, 22 September 2018

    Sarapan Sihat di Perantauan

    Assalamualaikum.... Selamat Pagi. Dah sarapan ke??  Teringinnya nk balik kampung makan nasi lemak, peknga, ubi rebus, kuih muih. Errrrmmm...takpa laaa...CKak share gambar2 breakfast jer la dulu. 

    Image may contain: food

    Kopi Hijau, biskut gandum penuh, jambu air dan epal hijau 


    Image may contain: food

    Air lemon panas, telur setengah masak, epal hijau dan roti gandum penuh


    Image may contain: food and text

    Kopi hijau, roti gandum penuh, telur rebus sebiji, capsicum, timun dan tomato

    Image may contain: food
    teh hijau, telur separuh masak, epak hijau, timun dan roti gandum penuh


    OK...sampai sini dulu. Selamat Berhari Minggu !!! 

    Sabtu, 8 September 2018

    Tosai dan kuah chutney

    SALAM

    Hari ini CKak breakfast tosai. Makanan kegemaran keluarga ni. Bila buat sendiri, puas makan, dan sukati ahli keluarga nak request tosai apapun. Si Rayyan order paper tosai, Irfan order tosai telur dan Along order Tosai Cheese. Errrmm...layan jer laaaaa 


    Ok...mari CKak share resepinya.

    Resepi Tosai
    3 cawan beras putih
    2 cawan kacang ulunthu

    • * dua bahan ini direndam bersama. Kat sini CKak guna ulunthu jenis berkulit hitam, jadinya CKak rendam asing2. Bila dah kembang, kulit ulunthu akan tertanggal dan bersih sepenuhnya,  barulah kita satukan dengan beras putih tadi, 
    • *Boleh juga beli ulunthu yang tiada kulit. Lebih jimat masa 
    1 cawan nasi sejuk
    1 sudu kecil halba 

    Beras dan ulunthu direndam selama 5-6 jam. Kemudian dikisar halus bersama nasi dan halba. Tambah sedikit garam. Peram semalaman.
    Seeloknya, kalau nk makan pagi esoknya, pagi ni kita dah rendam beras dan ulunthu. Malam nanti kisar semua bahan dan peram

    OK...bila dah elok peram, nanti adunan akan kembang seperti kita letak ragi. Dan boleh lah panaskan kuali leper / non stick pan 
    Renjis sedikit minyak sapi untuk lebih sedap dan wangi
    Ambil sesenduk adunan tosai dan ratakan atas kuali.
    ketika ini, kalau nk tabur cheese ke, telur ke semua boleh. Biar kosong pun Ok
    Masak dengan api perlahan hingga ditepi2 kelihatan seperti warna coklat. SIAP !!!

    RESEPI CHUTNEY TOMATO

    2 ulas bawang merah
    1 cawan kelapa parut
    2 bj cili merah (jika suka pedas, boleh letak cili padi. CK letak cili padi merah dan hijau)
    *bahan-bahan ini dikisar bersama

    1 biji tomato- dicincang
    sedikit air asam jawa - tambahan jika tak masam 

    Bahan tumis
    Cili kering- potong kecil
    daun kari
    biji sawi

    Panaskan periuk dan masukkan minyak. Tumis cili kering, daun kari dan biji sawi dan tomato sampai naik wangi, kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Tambah air dan masak hingga pekat. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan perisa. SIAP

    Khamis, 6 September 2018

    Almond Popcorn

    Salam 

    Alhamdulillah, along pun dah selesai minggu orientasi. Sebelum gi ambil dia, CKak sempat la buat popcorn ni. Konon untuk makan2 masa nk tunggu dia, tp terlupa bawak plak. Kelam kelibut nk ambil Rayyan di sekolah, siapkan bekal dia, terlupa semua. 

    Popcorn ala Garret kononnnn nyer.... ye lah, CKak suka makan popcorn Garret tu kalo ke KLCC. Namun, rasa dan harganya tidaklah seperti popcorn Golden Screen Cinema. Garret lagi sedap 10 kali ganda. Hahahahaha 


    Ok lahhh... jom kita buat popcorn sendiri. 

     Resepi Popcorn Caramel
     ================== 
     Bahan-Bahan : 
     ✔️ 1/2 cawan biji jagung popcorn (CK guna mushroom popcorn)
    ✔️ 1 sudu besar minyak jagung (minyak sayuran pun boleh) 
    ✔️ 1 cawan badam (nak guna walnut, macadamia, gajus, kacang tanah pun boleh) 

     Cara-Cara
     ✔️ Panaskan minyak dengan api yang kecil dalam periuk besar. 
    ✔️ masukkan 2 biji jagung popcorn, tutup periuk. Tunggu popcorn 'meletup', bila ketiga-tiga dan 'meletup' masukkan kesemua biji jagung popcorn, tutup periuk. 
    ✔️ Goncang-goncangkan periuk supaya minyak menyelaputi biji jagung popcorn. 
    ✔️ Tunggu sehingga 'letupan' berhenti, bermakna kesemua popcorn sudah siap. 
    ✔️ Tuang popcorn ke dalam mangkuk besar. Tuang badam. Tuangkan 2 cawan sos karamel pastu gaul sebati. 
     ✔️ Tuang adunan popcorn ke dalam dulang. Preheat oven ke 120ºC. 

    ✔️ Bakar selama 1 jam. Keluarkan dan gaul setiap 10 ke 15 minit. 
    kalo xmo bakar pom bole, terus ngao hehe 


    Ok ni resepi buat sos caramel 

     4 sudu besar mentega 
    1 cawan gula perang 
    1/2 cawan heavy cream 
    1 sudu besar esen vanila 
    1/2 camca garam 

    Satukan cream, gula dan mentega ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana. (Untuk menjadikan resepi ini sebagai sos salted caramel, tambahkan 1/2 sudu kecil garam). Kacau sebati sehingga mendidih. Perlahankan api dan renehkan selama 6 minit. Kacau sekali sekala. Dengan berhati-hati masukkan esen vanila. Adunan akan menggelegak dan menggelembung, kaco dan masak 1 minit lagi. Tutup api. Biarkan sejuk sikit baru gaulkn dgn pop corn.




    Ok... CKak  berikan pula cara-cara masak popcorn menggunakan microwave.  Tak payah guna minyak atau butter. Jimat kannnn !!!

    Caranya, masukkan biji jagung ke dalam bekas yang sesuai dengan microwave, kemudian tekan function popcorn. Biarkan...dan siap. Kalau tiada function popcorn, guna cara biasa, pilih masa 1.30min. Jangan lama-lama, nanti popcorn hangus. Dah siap, keluarkan dan letak dlm bekas. Kemudian siapkan caramelnya pula.

    Jika suka, anda boleh letak badam, walnut, atau apa jenis kekacang yang suka. Sebab garret popcorn dia kan ada kekacang. So makan pun best jer. Hehehehe......Jangan lupa, bakar kekacang tu hingga masak dulu yer, kemudian gaul bersama popcorn dan caramel tadi. 


    Rabu, 29 Ogos 2018

    Khasiat Teh Cina

    Salam

    Panas-panas ni kan, jom lah minum teh. Ok...di sini CKak share kebaikan teh. Baca yer !!


    Teh mula ambil sebagai minuman harian sejak beribu tahun dahulu di China, Korea dan Jepun. Masyarakat di Barat mula minum teh sejak abad ke 16 pada era penjajahan kolonial .Maharaja China , Shennong telah menggunakan teh sebagai minuman tonik kesihatan 5000 tahun dahulu. Pada zaman sekarang, teh adalah minuman yang paling banyak diminum diseluruh dunia. Di Malaysia , minuman ‘Teh Tarik’ amat popular sebagai minuman harian masyarakat pelbagai kaum.


    Teh banyak ditanam di tanah-tanah tinggi diseluruh dunia dan terdapat pelbagai jenis teh seperti teh hitam, teh hijau, teh putih, oolong teh dan sebagainya. Nama saintifik tumbuhan teh ini adalah ‘Camella sinensis’ yang menjadi asas kepada semua jenis teh. Perbezaan rasa dan khasiat teh bergantung kepada tanah tempat ia ditanam, cuaca, ketinggian tanah dan proses penghasilan teh tersebut.

    Teh tidak mengandungi sebarang zat mineral, vitamin, protin, karbohidrat, garam, kolestreol atau lemak. Kandungan kalorinya juga amat rendah iaitu hanya 2 kalori setiap 237 gram. Ia juga mengandungi kafein. Teh mengandungi anti oksidan yang tinggi iaitu polifenol dan flavanoid (theaflavin, epicatechin, pigallocatechin, epigallocatechin-3-gallate) yang memberikan teh khasiat kesihatan yang baik. Kajian juga menunjukkan teh hijau mengandungi kandungan anti oksidan yang lebih tinggi berbanding teh hitam. Anti oksidan membantu melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel-sel tubuh manusia.

    Menurut kajian oleh Dr J.Weissburger dari Institut of Cancer Prevention, New York, teh mengandungi anti oksidan lapan hingga sepuluh kali lebih tinggi dari buah-buah-buahan dan sayur-sayuran.Kajian oleh Dr Weisburger juga menunjukkan polifenol dalam teh mampu mencegah kerosakkan DNA akibat dari merokok dan bahan kimia lain. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan apabila teh dicampur dengan susu atau krimer, maka kesan anti oksidan akan berkurangan. Oleh itu, lebih baik minum Teh ‘O’ daripada minum Teh Tarik. Untuk mendapat faedah kesihatan yang lebih baik, maka minum teh tanpa gula adalah digalakkan seperti minum ‘teh cina’.
    Walaupun terdapat kajian mendapati tiada faedah kesihatan yang baik dengan minum teh setiap tetapi terdapat lebih banyak kajian yang mendapati kaitan yang sebaliknya. Lebih banyak kajian sains menunjukkan, jika seseorang minum teh setiap hari, ia akan menurunkan risiko mendapat kanser, serangan jantung, darah tinggi, strok, menurunkan paras kolesterol LDL dan Alzheimer.

    Kandungan anti oksidan dalam teh dipercayai menurunkan risiko mendapat penyakit jantung dan angin ahmar dengan menurunkan paras kolesterol, stress oksidatif dan meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah. Teh juga boleh mencegah masalah pengerasan saluran darah (atheroslcerosis) dan menurunkan paras trigliseride. Menurut analisis statistik , dengan minum teh setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat serangan jantung sehingga 11%. Kajian ini dibuat selama lima tahun kepada 805 lelaki yang mendapati mereka yang minum teh setiap hari mempunyai risiko kematian akibat strok dan serangan jantung yang lebih rendah.

    Minum teh juga boleh mencegah kanser kerana anti oksidan dalam teh akan melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Kajian mendapati minum teh setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser paru-paru, ovari, mulut,kulit, pankreas, rektal dan usus.

    Satu kajian keatas perokok yang diberi minum teh hijau yang dinyah kafein sebanyak empat cawan setiap hari, mendapati terdapat 31% penurunan kerosakan DNA akibat merokok berbanding perokok yang diberi minum air kosong sahaja.

    Pada tahun 1998, satu kajian dibuat keatas pesakit kanser payu dara tahap I dan II di Jepun. Mereka di berikan minuman 5 cawan teh hijau setiap hari selepas didiagnos mendapat kanser ini. Pesakit-pesakit ini menjalani rawatan yang sepatutnya dihospital. Hasil kajian ini mendapati kanser payu dara mereka tidak berulang dan tempoh bebas kanser adalah lebih panjang.

    Minum teh setiap hari juga didapati boleh menjaga kesihatan mulut dengan mengurangkan pembentukan plak gigi dan mengurangkan pembiakan bakteria mulut yang menjadi punca mulut berbau. ‘Teh putih’ juga boleh mengurangkan masalah ‘karat gigi’ berbanding teh hitam atau teh hijau.

    Kajian kepada 81,093 wanita yang minum teh setiap hari mengurangkan risiko sehingga 8% mendapat batu karang buah pinggang. Kajian yang serupa keatas 46,289 lelaki sebelumnya juga mendapati penurunan risiko sehingga 14% mendapat masalah yang sama.

    Teh juga amat baik untuk menurunkan berat badan. Kajian awal mendapati , teh meningkatkan metabolisme tubuh, memecahkan lemak yang terkumpul, meningkatkan toleran semasa senaman dan mengurangkan selera makan. Teh membantu aspek ini dengan meningkat penggunaan insulin, glukosa dan menghasilkan lebih banyak haba.

    Teh juga boleh mengurangkan masalah reput tulang (osteoporosis). Ini berdasarkan satu kajian yang mendapati wanita yang minum teh setiap hari mempunyai densiti mineral tulang (BMD) yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak minum teh.
    Wallahualam
    Dr Norman Mohd Norawi
    MBBS, MSc(UCSI),FAGE
    Pengamal Perubatan Am
    Pengkhususan Estetik, Anti Aging dan Perubatan Regeneratif

    Selasa, 28 Ogos 2018

    Aneka Bun Murah

    Assalamualaikum, jumpa lagi di hari Selasa yang indah ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini yer !

    Ok...hari ini CKak up lagi aneka jenis roti yang menjadi kegemaran para pelanggan akak. Dua jenis roti ini dibuat setiap hari, walaupun badan tak brapa nk sihat. Meskipun hujan lebat turun di awal subuh, dan hati rasa macam nak sambung tidor. Huhuhuhu......



    Roti sosej ini sentiasa menjadi kegemaran semua tak kira peringkat umur. Dengan sedikit sos lada hitam, cili dan mayonis, ditabur cheddar cheese, roti sosej ini adalah antara roti yang cepat 'sold out' dan menjadi pilihan utama pelanggan yang menempah  bagi majlis mereka.


    Roti Sosej ni juga antara kegemaran budak-budak sekolah. Selalu habis cepat. Kata mereka walaupun di kantin sekolah ada jual, tapi tak sama macam roti yang CKak jual ni. Yer la anak oii, roti makcik ada tabur cheese, dan harganya jauh lebih murah dari kantin atau koperasi sekolah. Mana nk cari macam ni kannnn????



    OK..ada yang berminat nk menempah. Semua roti berharga rm10 untuk 8 biji roti. Boleh campur-campur aneka jenis roti (sosej, pizza, kacang merah, kaya, strawberry, bluberry, chicken floss, sardin dan coklat) Namun, bukan setiap hari CKak buat semua jenis roti2 tu. Maklum la, akak utamakan kegemaran budak2 dulu. 

    boleh wassap untuk menempah yer 017 3617857  atau boleh lawat page Facebook di CK Food . Perkhidmatan penghantaran disediakan untuk kawasan Seri Kembangan, Serdang, Puchong, Petaling dengan caj minimum. Terima kasih 

    Isnin, 27 Ogos 2018

    Sarapan Sihat Permulaan Hari


    Assalamualaikum

    Puas beraya kan? jenuh dah makan sup daging, gulai kawah, mee tulang bagai, hari ni kita kembali ke objektif utama untuk sihat dan kurus. Masa di kampung, abang CKak ada la tegur, katanya pipi makin berisi. Adusss...terus tak jadi nk suap nasi, ganti dengan lemang laaa....kahkahkahkah 



    Sarapan?? errrrrmm.....ini boleh dikategorikan sebagai lunch jugak la sebab dah hampir pukul 12 baru nk makan. Sibuk siapkan tempahan roti dan masak lunch. 

    GAMBAR: Roti wholegrain purple (gardenia), sebiji epal hijau, beberapa potong timun, telur separuh masak dan teh hijau. Ni bukan atkins yer. Ni plan diet sesuka hati. Hehehe



    Hari ini aktiviti meroti kembali seperti biasa setelah hampir seminggu berehat. Bestnyerrrrr !!! 
    Nak tempah roti? lawatilah page akak CK Food di FB yer. Harga murah2 jer 



    Sabtu, 25 Ogos 2018

    Kuetiau Daging

    Salam, berjumpa lagi. Lapar plak malam-malam ni. Jom kita masak



    Ok...mari semak resepi

    1. Kuew teow sebungkus
    2. Daging yang dihiris nipis
    3. 2 ulas bawang putih dicincang halus
    4. Cili padi, cili merah
    5. Lada sulah
    6. Kicap pekat
    7. Kicap cair
    8. Sos Tiram
    9. Kiub pati daging
    10. Fish Sauce
    11. 2 biji telur
    12. Tauge
    13. Sedikit tepung jagung

    ==========
    Langkah 1
    ==========

    Perap daging dengan 1 sudu kecil tepung jagung + 1 sudu kicap cair + lada sulah + sedikit minyak dalam 10 minit.

    ===========
    Langkah 2
    ===========

    - Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan

    - Masukkan daging dan goreng sebentar

    - Masukkan Kuew Teow biarkan sebentar

    - Masukkan 1 setengah sudu sos tiram, 1 sudu kicap, 1 sudu kicap pekat, pati daging dan 1 sudu fish sauce + cili padi

    - Kacau sebati semua bahan. Api sedikit besar. Biarkan kuew teow tergoreng dan kuew teow berubah menjadi berbintik bintik kerana terbakar. Ini menjadikan kuew teow lebih wangi dan beraroma.

    - Pecahkan telur di atas kuew teow. Biarkan sebentar. Tindihkan telur dengan kuew teow di sekelilingnya. Biarkan sebentar. Kacau sebati semua bahan tadi.

    - Masukkan tauge. Tutup api serta merta. Gaul sebati semua bahan.

    - Sedia dihidang dengan cili merah.

    Terima kasih, jumpa lagi

    Rabu, 22 Ogos 2018

    Laksa

    Salam Aidil Adha buat semua kawan-kawan. Tahun ini CKak sambut raya di Kedah. Alhamdulillah, terlaksana hajat nak jalankan ibadah korban di kampung. Selalu buat kat KL jer

    Juadah utama hari raya ialah Laksa. Semua suka dan makan bertambah-tambah



    Selain laksa, ada juga nasi tomato, ayam masak merah, gulai ayam, lemang dan ketupat.



    Ok...sampai sini dulu. Selamat Hari Raya

    Khamis, 16 Ogos 2018

    Buah-buahan

    Assalamualaikum !!  Jom makan buah, ia adalah snek terbaik menggantikan keropok, biskut, coklat ataupun minuman pemberi tenaga.


    Buah naga/Dragon Fruit merupakan buah dari jenis kaktus dari margaHylocereus dan Khasiat buah naga yang berasal dari Amerika Latin yang kemudian menyebar ke Israel, Australia, Cina, dan negara Asia Timur seperti Srilanka, dan akhirnya Asia Tenggara. Buah naga merupakan buah yang mengandung anti oksidan yang tinggi Di dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan. 

    Saya kongsikan khasiat buah naga untuk panduan anda semua. Buah naga ini memang antara buah kegemaran saya. Khasiat Buah Naga Untuk Diet Sihat.

    1) Menurunkan kadar gula di dalam darah dan Mencegah Diabetes

    2) Melancarkan sistem Pencernaan dan menyihatkan jantung
    Buah naga merah mengandung serat alami yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah. Digalakkan juga yang sedang diet rajin memakan  buah naga merah. Fiber atau serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, stroke dan gangguan kardiovaskular. Kandungan betakaroten dalam buah naga merah membuat vitamin A bekerja dan memperbaiki penglihatan.

    3) Meningkatkan nafsu makan
    Kandungan vitamin B1 dan B2 dalam buah naga merah boleh membantu meningkatkan nafsu makan bertambah. Kerana di dunia perubatan vitamin B1 dan B2 sering digunakan untuk penambah nafsu makan khususnya ketika dalam proses penyembuhan dari sakit.

    4) Meningkatkan Kekebalan Tubuh
    Kekebalan tubuh kita akan kuat jika vitamin C dalam tubuh terpenuhi.  karena buah naga merah ini mengandung banyak vitamin C maka buah naga bisa dijadikan alternatif sebagai asupan vit. C bagi tubuh kita.  sistem Kekebalan tubuh biasanya akan terganggu ketika cuaca tidak menentu seperti musim hujan atau panas.

    5) Memperkuatkan tulang dan Gigi
    Kandungan fosfor dan kalsium pada buah naga sangat baik untuk memperkuat tulang dan gigi. Sebagaimana kita tahu bahwa tulang dan gigi sangat memerlukan asupan fospor dan kalsium yang cukup agar tulang dan gigi kita sehat.

    6) Merawat Kesihatan Kulit
    Manfaat buah naga merah berikutnya adalah berguna untuk merawat kesihatan kulit. Vitamin C yang terkandung dalam buah naga merah  juga digunakan untuk perawatan kulit. Yaitu dengan cara dibuat menjadi masker. Caranya adalah kupas kulit buah naga dan ambil dagingnya lalu blender sampai halus. Masukan ke gelas dan ambil airnya lalu dioleskan kewajah. Masker ini boleh menjadi ubat herba untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.

    7) Membantu melambatkan proses penuan diri
    Buah naga mengandung antioksidan yang tinggi sehingga mampu melambatkan proses penuaan diri. Kandungan zat di dalam buah naga akan akan mengeluarkan racun dengan efektif.

    8) Rendah lemak
    Terdapat banyak biji-biji kecil dalam buah naga. Rupanya, biji ini merupakan lemak tak jenuhyang baik untuk kesehatan karena menurunkan kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

    9) Menurunkan Kadar Kolesterol Darah

    10) Mengandungi zat yang baik untuk tubuh badan
    Dalamnya terkandung berbagai zat yang baik bagi tubuh seperti kalsium, betakaroten, gula sederhana, vitamin, B1, B2, B3 , vitamin C , fosfor dan lycopine. Zat-zat tersebut sangat diperlukan oleh tubuh badan Buah naga merah mengandung gula sederhana sangat bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes, Kajian menunjukkan amalan memakan buah naga dapat mengawal kadar glukusa di dalam darah. Kandungan zat dalam buah naga yang berfungsi untuk menurunkan kadar kolesterol tubuh badan. Dengan mengamalkan makan buah naga secara teratur maka akan membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan memperlancarkan peredaran darah dan jantung.

    Selasa, 14 Ogos 2018

    Portugis Egg Tart

    Salam... Hari ni CKak rajin sikit, dah lama nk makan sebenarnya, tapi tiada kerajinan nak membuatnya. Kalau beli di kedai, tak puas makan plak



    Portugis egg tart ni terkenal di Macau, dibawa masuk ketika zaman kolonial Portugis kemudian diubah suai mengikut citarasa orang Asia. Kalau resepi asal dari Portugal mereka letakkan serbuk kayu manis, bila sampai di Macau tak letak dah.

    PORTUGUESE EGG TART

    - Puff pastry ready made (Beli jenama Kawan)

    Bahan kastard :
    - 4 biji telur
    - Sedikit esen vanila
    - 150ml air
    - 250ml susu full cream (saya guna Dutchlady)
    - 120g gula kastor
    - 1tbsp tepung jagung

    Cara-cara
    Puff pastri diterap dan masukkan ke dalam acuan. Tak perlu gliss sebab puff pastri dah berminyak

    Sediakan pula kastard. Satukan semua bahan dan tapis

    Kemudian isikan adunan kastard ke dalam puff pastri tadi. Bakar hingga masak

    ** First batch ni CKak bakar guna oven, dalam 30 minit jugak laa... manakala batch kedua Ckak cuba bakar dalam airfryer. Wallah... 15min jer dah siap masak, cukup rangupnya.



    Ok... Selamat mencuba

    Sabtu, 4 Ogos 2018

    Tauhu Bergedil Sedap

    Hari ini rajin sikit, akak buat tauhu  bergedil. Makan dengan nasi atau nakan ratah begitu jer pun sedap


    Resepi begedil
    -Kentang 1 1/2kg di rebus sampai empuk dan ditumbuk
    *Isi ayam/daging cincang semangkuk (tumis)
    *3 biji Cili besar dadu(tumis)
    *sebiji kecil Carrot dadu(tumis)
    *Cendawan butang dadu 1/2 tin(tumis)
    -Bawang goreng(bawang besar hiris gaul dengan tepong gandum dan di goreng sampai garing)
    *kalau nak senang, beli je bawang goreng dah siap.
    -Daun bawang /daun sup
    -Lada sulah/lada hitam
    -Tepong gandum 2sudu
    -Garam
    *gaulkan semue yg di atas.
    **Tauhu kering 2paket besar (RM4/paket)

    Cara nak sumbat.
    -Tauhu kering tu, Gunting 4 kat atas..
    -Keluarkan isi dalam tauhu die..
    -Gaul dalam begedil isi tu..
    -Kemudian Sumbat balik dalam tauhu..

    -Goreng tauhu ni yg dah dicelop  telor+ sedikit garam + sedikit tepong dlm minyak yg panas paras separuh tenggelam tauhu.. goreng sampai masak



    Resepi sos
    -4sudu cili kering
    -Secawan air
    -Gula melaka seinchi yg bulat tu
    -Sos tiram sesudu
    -Kicap manis 5sudu
    -Garam
    -Gula
    -Tepong gamdum + air
    **Kalau xpedas, boleh tambah cili padi
    -Tumis cili kering sampai pecah minyak.
    -Masukkan semue bahan kecuali air tepong.
    -Bile dah mendidih baru masukkan air tepong tu..
    **Bahan2 sos ni kene ikut tekak masing2. Saya suka manis2 pedas..
    So boleh ubah2 mase rase tu..



    Ok...sampai sini dulu. Byeeee ! 

    Khamis, 2 Ogos 2018

    Donut

    Hari ini rajin sikit nak mendonat, sebab dah teringin sangat. Nak ke Jco donut, malas plak nk drive



    Topping coklat dan cheese parut. Ermmm... Yummy !

    Nasi Lemak Daun Pisang rm1

    SALAM.

    Hari ni akak tayang nasi lemak bleh?? hahahaha Nasi lemak daun pisang dengan telur rebus separuh berharga cuma rm1.

    No automatic alt text available.

    Intai intai lah sambal marbeles tu yer, sebab akak lupa nak snap gambar isi kandungan dalamnya. Yang pasti nasi lemak ni lengkap dengan nasi, sambal, telur rebus separuh, timun, kacang dan ikan bilis goreng. Opsss...please jangan request ayam goreng, paru sambal, rendang kerang ek, ni cuma singgit. Hahahahahaha 

    Image may contain: text

    bagi kanak-kanak, kita asingkan sambalnyer, yelah ada sesetengah kanak-kanak tak boleh makan pedas. Makcik faham nakkkkk !!! 

    Untuk tempahan, boleh wassap akak di talian 017 3617857

    BYE !!!!! 

    Rabu, 1 Ogos 2018

    Diet vs Peberet

    Assalamualaikum....apa khabar semua. Hari ni jamu mata dengan gambar-gambar dulu yer, takde resipi. Hehehehe....... 



    Goreng Cempedak. Perghhh....masa menggorang pun boleh semerbak bau satu taman. 


    Pulut durian 

     Tumis cendawan dan tauhu jepun

     Breakfast yang ala2 diet gitu. Hahahaha........ apa yang pasti, air lemon tu sedap


    Snack dikala lapar 

    Selasa, 31 Julai 2018

    Roti Bun Murah Seri Kembangan



    Salam.... hari ni akak share lagi pekerjaan akak setiap hari 

    Aneka jenis bun pada harga murah/budget. Terdapat pelbagai pilihan seperti sosej, pizza, sardin, tuna, kaya, kacang, bluberry, strawberry dan chicken floss. Just Name It, I will Make It !! haaa....itu slogan roti akak...kihkihkih

    Roti Sardin. Walaupun bukan menduduki rating tertinggi jualan, namun roti sardin tetap ada peminatnya. 


    Roti sosej ni antara yang terlaris dan habis awal.  Tiap2 hari wajib buat roti ni. 

    Roti Pizza


    harga roti bermula dari rm1.00. Tak percaya??? iyaaaaa..... ini benar-benar kejadian, bukan igauan. Hehehehe....

    Boleh lawat page akak untuk melihat produk2 lain. Klik sini yer 
    Untuk menempah roti, boleh wassap akak di talian 017 3617857

    BYE !!! 

    Rabu, 25 Julai 2018

    Apam Polkodot Seri Kembangan

    Salam... berjumpa lagi. Hari ini CKak nak share gambar2 apam yang dibuat sepanjang syawal dulu. Tempahan tak berhenti. Maklumlah, musim open house sana sini kan !!!

    Image may contain: food

    Apam ini ada inti tawww...biasanya customer tak cerewet pasal inti pun. Antara inti yang selalu CKak letak di dalam apam ini ialah bluberi, strawberi, kacang merah, kaya dan coklat. Tapi takde la inti pedas spt sardin dan ayam yer...hahhahahaha....

    Image may contain: food and text

    yang ini customer request sendiri warna pink, purple dan biru muda

    Apam Polkodot ni berharga rm30 untuk 100 biji apam comel. Saiznya besar acuan lompang tuh. Ermmm...ada yang kata murah sangat akak jual ni, sebab diorang jual rm35 untuk 50 biji. Takpe lah, rezeki masing2 lah kan. Harga apam CKak ni mmg standart dari dulu sampai sekarang. Dah hampir 10 tahun pun.

    Image may contain: dessert and food

    warna warni kannnn??? kadang-kadang tu sampai tak tau dah nak bancuh warna apa !! hahahaha


    Image may contain: food

    Satu bekas ni 50 biji. Biasanya akak takde la kejam sangat nk letak genap2 50 bijik dik oiiii..... akak akan letak 55 sampai 60 biji.


    Image may contain: 1 person, food
    kalau banyak tempahan begini, memang pening lah nk letak warna apa. 

    Image may contain: food
    yang ini customer request warna. Kan senang gitu, takyah fikir2 dah....hahahahahaha
    Image may contain: food

    OK...ada yang minat nk menempah. Meh wassap akak di talian 017 3617857 . Tempahan kena awal yer, sebab akak tak ambil "last minutes order" ya. Penghantaran juga disediakan sekitar kawasan seri kembangan, puchong, seri petaling, serdang, putrajaya dll dengan caj yang minimum. 

    Ok....BYE !!! 


    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...