Khamis, 25 Oktober 2018

Fried Apple Pie

Assalamualaikum

Setiap mingu jika ke pasar malam, CKak pasti beli apple. Selalunya habis dimakan, tp minggu ni apple tak mendapat perhatian, sebab ada buah lain yang lebih sedap.. hehehehe. So apple dibiar sepi sahaja dalam chiller.

Kesian si apple. Ok..marilah kita masakkan dia, jadikan inti. Nanti boleh buat aneka juadah, kek cheese apple, apple tart dan lain-lain.

Image may contain: food


Untuk hari ini CKak buat apple pie dulu. Teringin apple pie McDonnalds sebenarnya.

Bahan-bahan ( 12-14 biji )
Bahan Inti:

2 biji epal merah - potong dadu (ganti epal hijau)
1/3 cawan gula (ganti gula perang)
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sb perahan jus lemon
1 sk tepung jagung + 1 sb air

Bahan Pastri:

2 cwn tepung gandum
1 sk garam
1/2 cwn butter - beku (sejuk)
1/2 cwn susu segar sejuk
**minyak untuk menggoreng (I baked)

Cara-cara
1. Inti: Dalam kuali leper, campurkan epal, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
2. Campurkan jus lemon. Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. Gaul dan masak sehingga dapat kepekatan yang ideal. Jika anda rasa ada kekurangan pada rasa masam atau inti tersangat manis, bolehlah tambahkan perahan jus lemon bagi menyeimbangkan rasanya.
3. Pastri: Ayak tepung dan garam. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari sehingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit. Jika perlu, bolehlah tambahkan lagi susu. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat.
5. Canai doh atas papan canai dan potong dalam bentuk segiempat (8cmx4cm).
6. Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Kemudian, kelim atau lipat ke belakang. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
7. Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Jika ingin pastri lebih rangup, simpan dulu dalam peti ais selama 1 jam sebelum digoreng.


Image may contain: food

Pie apple ni CKak tambah cheese di dalamnyer. Adussss...sedap bila lelehan cheese suam-suam tu dikenakan bersama inti apple yang manis-manis masam.  Ermmm....boleh bayangkan tak?? hehehehe...jangan teringin dulu yer...Pegi buat cepat. Hahahaha


Image may contain: food

Inilah penyebab si apple tidak laku dimakan. Ada buah-buahan dari kebun sendiri di rumah. Ciku, belimbing beli, mangga dan air kelapa.


Khamis, 18 Oktober 2018

Speghetti Carbonara Homemade

Assalamualaikum. Hari ni CKak malas sangat nk masak nasi, sebabnyer takde sapa kat rumah. Semua bizi. Bila balik rumah, dah letih dan terus tidur. 

Dan untuk yang bersekolah, mereka pun dah kurang selera nak makan nasi. Jadi hari ni kita western sikit lah. Mama masak spegheti carbonara. 


Image may contain: food

Speghetti carbonara digandingkan bersama ayam bbq bakar. CKak guna airfryer jer untuk bakar ayam. Senang dan tak kotorkan dapur

Image may contain: food

RESEPI SOS CARBONARA:
1 sd Olive Oi (sy guna minyak biasa je 1sd KFC)
1 Bj bawang holland (cincang/dadu)
5@6 biji bwg putih (rincik halus)
1kotak kecil fresh milk (sy pakai low fat)
3@4 kping Cheeder cheese
1 kiub ayam
white pepper
black pepper biji (tumbuk)
Oregano/Mix Herbs (sy guna mix herbs)
air (utk kuah)
tepung gandum di bancuh dgn air(utk memekatkan)
button mushroom
sosej*(yg diet xbrapa sesuai ltak sosej)
garam*(diet xpyh letak xpe..klw nk letak sekadar sikit2 rasa ja na)

Image may contain: food

Cara:
- TUMIS bwg putih & holland hgga naik bau
- masukkan Kiub ayam, sosej*, button mushroom
- masuk susu & sambil kacau 
- then masukkan WHITE & BLACK PEPPER, Mix herbs
- masukkan air then kacau sebati
- masukkan bancuhan tepung utk pekatkan kuah
- masukkan garam *garam bg yg diet xperlu xpe ye :) imbangkan rasa smuanya
- siap dihidang

(*KUAH terpulang pada selera masing2, kalau nak buat kuah cair tp byk lebihkan air, kalau nak kuah byk tp pekat tambahkan bancuhan tepung)


Image may contain: food

Jika nak pedas, boleh taburkan cili flakes. Kat sini CKak tabur juga daun pasley

Image may contain: food


OK. Sampai sini dulu 

Jumaat, 5 Oktober 2018

Spicy Korean Chicken

Assalamualaikum.

Nak ke Korea?? makanan di sana banyak yang pedas-pedas. Mari rasa Spicy Korean Chicken ni dulu. Hehehehe

Image may contain: food and text


Resepi Spicy Korean Chicken
Ayam - dipotong kecil dan di toskan airnya

Bahan A
bawang putih
halia
lada hitam
garam, perisa
*bahan ini ditumbuk dan diperap sebentar dengan ayam tadi

Bahan B (salutan ayam)
tepung bestari secukupnya
telur - dipukul sedikit
 * Jika takde Tepung Bestari, boleh gunakan tepung KFC dll . ayam yang diperap tadi, dicelup dalam telur kemudian golekkan di dalam tepung bestari. Ketepikan, buat sampai ayam habis . Panaskan minyak dan goreng ayam sampai masak. Ketepikan .

Sekarang, buat pula sos nya

Bahan-bahan Sos
bawang putih - ditumbuk
cili kering- dipotong halus
cili padi merah- dipotong halus (yg ini saya skip sebab tak makan pedas)
Cili boh (saya guna cili kisar)

 Dalam satu mangkuk, satukan
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb madu
3 sb gula perang
3 sb kicap cair
1 sk serbuk cili
1 sk chili flakes
 * bahan-bahan ni agak2 jer, bergantung kepada banyak mana ayam goreng tadi

Ok...panaskan kuali.
tumiskan bawang putih sampai kuning, kemudian masukkan cili kering, dan cili merah. Biar goreng sekejap, masukkan pula cili boh (pes cili). Masak hingga terbit minyak

 Kemudian, masukkan bahan-bahan sos tadi. Boleh masukkan sedikit air. Masak hingga pecah minyak. Kecilkan api agar kuah tidak hangit

 Bila kuah dah pekat, masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
Jika tak cukup garam, boleh tambah

Ok....siap.... bolehlah dihidangkan ke dalam pinggan. Tabur dengan bijan yang disangai dan kacang goreng.



Ok...sampai sini dulu. SELAMAT MENCUBA !!

Khamis, 4 Oktober 2018

Pengat Labu Bersagu

Assalamualaikum

Pengat, serawa atau bubur memang sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut. Hari ini merajinkan diri buat pengat labu. Ada sebelah labu kuning yang diberi minggu lepas dari pasaraya. Setelah dimasukkan ke dalam peti sejuk, tiada siapa memberi perhatian. Kesian jika dibiarkan terus merosak di dalam peti itu. 


PENGAT LABU

 Bahan-bahan 
 sebelah buah labu gula merah + gula putih (secukupnya ikut citarasa manis anda) 
 secubit garam 
 2 mangkuk santan (kalau nak kuah lebih, tambahkan lagi) 
 secawan air daun pandan 
 1/4 cawan sagu 

Cara-cara 
 Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir masak. 
 Toskan air dari labu yang separuh masak tadi. 
Masukkan santan,gula,garam, dan daun pandan. 
Kacau sentiasa hingga mendidih dan labu masak. 
 Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih. Serawa/Pengat labu siap untuk di hidang. 
Sesuai dihidang panas dan jugak sejuk



    Namun hari ini CKak agak rajin. Sagunya tidak dicampur sekali ke dalam kuah. Ckak kukus asing sagunya seperti membuat sagu gula melaka. Setelah masak dan sejuk, sagu dipotong dan dimasukkan ke dalam bubur. 

    Ok...sampai sini dulu. Jumpa lagi

    Rabu, 3 Oktober 2018

    Kuih Bakar Jagung

    Assalamualaikum

    dah lama buat bingka jagung ni, tp tak sempat nk update kat blog.





    Resepinya di sini yer , malas plak CKak nak taip.


    Image may contain: text
    Ok....sampai sini dulu

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...