Ahad, 31 Julai 2011
Selamat Berpuasa Buat Semua !!
Marhaban Ya Ramadhan. Selamat Berpuasa buat semua pengunjung dan follower blog Cendana Kasih. Semoga ramadhan ini memberi kita kesabaran dan seribu kebaikan kepada kita !!!!
Roti Jala Kuah Durian
Salam Ahad buat semua !!!
Durian, Durian, Durian... hahaha...tak abis lagi durian kat rumah CK ni..hari Jumaat lepas CK beli lagi durian kat pasar malam. Saja simpan stok pes durian banyak2. hehehe....
Dan pagi ni, buat roti jala lagik. Seronok plak ada botol muncung 3 tu. Senang nk menjala, dan kerja pun mudah dan bersih.
Resipi roti jala ni senang jer. Aku main campak2 jer bahan2nya dalam blender. Airnya agak2 ler ikut kepekatan. Selalunya CK buat ikut respi kat bawah ni ler..
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 paket santan serbuk
sedikit garam
sedikit pewarna kuning, hijau
2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin
1 cawan air (main agak2 jer..kalo pekat, tambah ler air)
Cara-cara
Blender bahan2 diatas sampai halus. Siap dan bolehlah diwarnakan. Pastu masuk dalam botol dan bolehlah dipicit. Kalau takde botol, guna acuan roti jala yang biasa tu.
Add caption |
Sabtu, 30 Julai 2011
Talapia Kukus Asam Boi
Salam... hari ni mendung jer, so mood masak pun macam sejuk la jugak. Tapi bila time lapar, barulah mula nk memikir nk masak sesuatu yang sedap dan cepat... ermmm... last2 masak talapia kukus asam boi ni.. wallah !!!
Resipi diperolehi di rumah Azlina@ Terminal Hijrah Terima Kasih, resipi yang sedap. My Jebat pun puji. Mana taknya, dia siap hirup lagi kuah tu..sedap katanya.
* 4 ekor ikan tilapia merah
* Sedikit cendawan hitam kering (direndam)
* Secekak kecil suhun (direndam)
* 8 biji asam boi
* 15 biji cili padi dihiris halus2
* 2 biji cili merah dihiris memanjang
* 1 labu bawang besar dihiris bulat
* Sedikit daun bawang dan daun sup dihiris halus
* 2 biji tomato dipotong bulat2
* 5 biji limau kasturi diambil jusnya
* 3 sudu besar sos ikan
* 1 sudu besar sos tiram
* 1/2 sudu teh gula
CARA MEMBUATNYA
1. Mula2 bersihkan ikan tilapia dan lumurkan dengan sos ikan, sos tiram, gula dan jus limau dan biarkan ia seketika selama 15 minit aje
2. Sementara itu panaskan pengukus, tunggu hingga air mendidih
3. Cendawan hitam kering di celur supaya lembut sedikit & dihiris2kan
4. Letakkan semua bahan2 hirisan, tomato dan asam boi ke atas ikan tadi dan boleh la distimkan lebih kurang 12 minit bergantung kepada besar mana ikan tersebut
5. Apabila sudah masak, renjis2kan sedikit kicap cair ke atas ikan dan sedia untuk dihidangkan.
Jumaat, 29 Julai 2011
Tembosa
Assalamualaikum.. pagi Jumaat yang mulia ini diiringi dengan hujan rahmat yang mencurah2...sejuk..langsung ler budak2 tu tak pegi sekolah. Si Along ada acara senamaerobik, so tak brapa penting la sangat tak pegi, bukan belajar pun.
Dan...inilah breakfast pagi ni. Satu lagi produk frozen food dari CK. Order dah tutup yer..tunggu lepas raya baru beroperasi semula walaupun banyak permintaan untuk kuih sepanjang bulan puasa ni. Bukanlah taknk buat, tp CK dh terima banyak tempahan biskut. Mana nk sediakan juadah berbuka, mana nk buat biskut. Takut nanti semua tak sempat nk buat, dan CK beraya kat dapur bersama karipap dan cucur badak...kehkehkeh...
Kat bawah ni CK sertakan resipinya. Silalah mencubanya.
Bahan-bahan ( 4-5 org )
* Doh :-
* 185 gm tepung gandum
* 60 g majerin
* Garam
* Air Sejuk
* Inti :-
* *2 ketul dada ayam
* *1 ulas bawang besar
* 1-2 biji ubi kentang
* setengah cawan sayur campuran (karot, peas dan jagung)
* 1 sdb serbuk kari
* 2 sdb minyak penumis
* Sedikit garam
* Sedikit santan
Cara-cara
1. Doh :-
2. Gaul tepung dan majerin. Kemudian masukkan air dan uli la sehingga menjadi doh.
3. Terap bulat setelah dicanai dan masukkan inti dan lapis dua.
4. Tepinya dikelim supaya bulat.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Inti :-
6. Potong dadu bahan2 yang bertanda * itu.
7. Masukkan air ke dlm serbuk kari supaya basah.
8. Panaskan minyak dan tumis kari tadi
9. Masukkan ayam dan sedikit air.
10. Apabila lembut boleh la angkat. Intinya mesti kering.
Ok... sampai sini dulu. Banyak kerja hari ni !!! Bye !!!
Khamis, 28 Julai 2011
Kuih Koci Pulut Hitam
Salam... Fuh..penat sungguh hari ini. Hari terakhir siapkan semua tempahan kuih2 frozen dan benda2 yang sewaktu dengannya. Dan SEMUA TEMPAHAN telahpun ditutup. Bukan menolak rezeki, tp dah tak mampu. Takut mati terkangkang kat dapur tu..kehkehkeh !!!
Musim durian tak abis lagi kan. So hari ni CK buat kuih koci plak. Inti kelapa campur durian. Wallah, lama sungguh tak buat kuih ni, yelah, tunggu pokok pisang tu besar sikit baru boleh cantas daun dia...cian...
Resipi disalin dari Dapur Tanpa Sempadan. Terima kasih encik CMG. Dah selalu buat ikut resipi ni.
BAHAN DOH :-)
250 g tepung pulut
1/2 cawan tepung pulut hitam
1 cawan air
1/2 cawan santan
Secubit garam
BAHAN INTI :-)
1 biji kelapa inti (yang sedikit muda dan berkulit cerah)
1 ketul gula melaka, dipotong kecil
1 cawan gula pasir
2 helai duan pandan
1 1/2 cawan air
BAHAN LAIN :-)
Daun pisang secukupnya, dilayur dan potong ikut saiz sesuai
Minyak masak untuk disapu atas daun pisang
CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK INTI :- Masak gula melaka, gula pasir, 1 daun padan dan air hingga gula larut. Angkat dan tapis gula tadi. Masukkan kan ke dalam kuali dan hidupkan api. Masukkan kelapa parut tadi dan baki daun pandan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga inti sedikit kering tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.
2. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 doh kecuali air, gaul rata dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga adunan menajadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan, tambah sedikit lagi air jika perlu. Ketepian untuk 10 - 15 minit.
3. UNTUK KUIH KOCI :- Ambil sekeping daun pisang tadi, sapu dengan minyak masak pada permukaannya. Letakkan secukupnya doh dan ratakan. Ambil 1 - 1 1/2 camca teh inti dan letak di tengah2 doh, cantumkan doh dan kemaskan, bungkus kemas dan letak dalam pengkukus. Buat hingga siap. Kukus 15 - 20 minit atas air mendidih. Boleh dihidangkan segera ada dingin sedikit....
Inilah rupa paras selepas di'operate' hehehe...
Jom minum petang !!!
Rabu, 27 Julai 2011
Coklat Hijau
Salam...
Hari ni CK tayang coklat plak yer. Coklat ni CK buat malam tadi untuk Kak Sheila. Nak diberi sempena majlis pertunangan sedaranya.
Harap Kak Sheila berpuas hati !!!
Hari ni CK tayang coklat plak yer. Coklat ni CK buat malam tadi untuk Kak Sheila. Nak diberi sempena majlis pertunangan sedaranya.
Tema- putih-hijau. Request dari kak Sheila nk corak bunga dan daun sahaja. Uhh...sonang kojo makcik...hehehe.... Coklat ini ada pelbagai jenis inti didalamnya- stoberi, blueberi, keladi, mangga dan oren.
Kotak warna putih takde, cuma ada kaler silver jer...(alamak, lebih lighting daaa)
Harap Kak Sheila berpuas hati !!!
Isnin, 25 Julai 2011
Kek Durian Cendanakasih
Salam Isnin...bermula lagi minggu yang baru. Minggu terakhir untuk kita makan-makan diwaktu siang sebelum menyambut Ramadhan....hehehe....
Semalam CK buat kek durian untuk kawan yang datang ke rumah. Ala..siapa lagi kalo bukan cikgu Wati (dia jer yang dekat) Ni cubaan pertama buat kek durian dari resipi CK sendiri. Alhamdulillah kek gebu, lembut dan ringan. Takdelah bantat atau jadi macam bingka.
Semerbak bau durian bila kek ni dh masak dan dihidangkan. Namun rasanya tidaklah manis sangat(ala2 manis-manis buah gitu)
KEK DURIAN CENDANAKASIH
sumber: cendanakasih
Bahan-bahan :
Bahan A
* 2 cawan tepung kek
*1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
Bahan B
* 1 cawan isi durian
* 1/2 cawan minyak jagung/masak
*1/4 cawan susu segar/cair
Bahan Lain
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
* 1 sudu kecil ovalet
* sedikit esen vanila/durian emulco
* kepingan badam untuk ditabur(kalo suka)
* sedikit pewarna kuning (jika suka)
Cara-cara
* Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
* Pukul putih telur sampai kental
* Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
* Masukkan Bahan B dalam blender dan blend sampai halus.
* Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi ke dalam adunan kuning telur yang dipukul. Gaul rata
*Masukkan ovallet,esen vanila dan pewarna kuning diikuti dengan tepung sedikit demi sedikit
* Masukkan pula putih telur tadi, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
dengan menggunakan spatula
* Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
* Tabur badam. Bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)
Cuba yer kengkawan. Sure tak jadi bingka punyer !!!
Inilah sebabnya mengapa CK suka beli durian banyak-banyak dan simpan isinya dalam freezer. Sebabnya CK suka buat kuih-kuih berasaskan durian daripada makan durian mentah. Huhh...minggu ni CK nk beli lagi durian kat pasar malam. Boleh simpan stok sementara tunggu musim durian akan datang...hehehe
Sabtu, 23 Julai 2011
Apam Polkadot dan Kek Pisang Badam
Salam... pagi2 lagi CK dh bangun dan siapkan tempahan rakan sekampus dan sekampung CK, cik Puan NorLida. Dia nk bawa balik kampung suaminya di Bahau, Negeri Sembilan. Yelah dah dekat nk sambut Ramadhan ni, so banyak la kenduri tahlil. Selain apam polkadot, dia juga order 100 biji karipap frozen dari CK. Alhamdulilah..ada jer rezeki walau ada orang yang cuba nk sabotaj bisnes CK sejak akhir2 ni :(
Apam Polkadot inti kacang merah.
Kek Pisang Badam Cendanakasih
Disebabkan dia nk buat kenduri tahlil, so CK sedekah ler sebijik kek Pisang. Abis jer buat apam, terus CK membakar kek. Sambil tu masak2 untuk lunch. Selesai masak, kek pun siap....
Kek Pisang Badam Cendanakasih
Sumber: Cendanakasih
Bahan-bahan :
* 2 cawan tepung kek
*1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
* 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek
* 1/2 cawan minyak jagung Daisy
*1/4 cawan susu segar/cair
*1 sudu kecil ovalet
* sedikit esen vanila/pisang
* coklat rice untuk ditabur
* kepingan badam untuk ditabur
Cara-cara
* Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
* Pukul putih telur sampai kental
* Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
* Masukkan minyak, susu cair, pisang dilecek dan ovalet. Pukul lagi.
* Kemudian masukkan esen vanila diikuti dengan tepung sedikit demi
sedikit
* Masukkan pula putih telur, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
(jangan putar dengan mixer, guna spatula jer)
* Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
* Tabur coklat rice dan badam. Bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)
Kek ni bolehlah dibuat untuk makan2 sambil2 potong bawang, goreng karipap tu nanti... hehehe...semoga semuanya berpuas hati dan sudi order lagi :)
Khamis, 21 Julai 2011
Manggo Yogurt Muffin
Salam.. petang ni CK buatkan muffin plak untuk anak-anak. Bukan apa, bila hari-hari hidangkan kuih karipap, cucur badak, roti sardin untuk anak2, mulalah diorang komplen. So hari ni buatlah plak mapin kesukaan anak-anak.
Terima kasih buat Izah Daud atas perkongsian resipi yang cukup lembut dan gebu. Sedap !! anak-anak pun suka.
Bahan-bahan
* 1 cawan tepung
* 1/3 cawan gula
* 1/2 sk soda bikarbonat
* 3/4 sk baking powder
* 1/4sk garam
* 1 biji telur
* 1/2 cawan yogurt natural (CK guna manggo yogurt)
* 1/3 cawan susu segar
* 1/2sk manggo essence
* 1/2sk manggo emulco
* 2 sb butter cair
* 1/2 cawan coklat chip (CK tabur jer)
Cara-cara
1. Satukan tepung, baking powder, soda dan garam. Ayakkan ke dalam mangkuk yang besar. Satukan gula.Ketepikan.
2. Sebatikan yogurt bersama telur sehingga licin dan sebati. Kemudian masukkan susu dan vanilla. Gaul sebati dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
3. Gaul sekadar tepung bersatu dengan adunan yogurt (jangan terlebih adun nanti muffin keras) dan sendukkan terus ke dalam muffin tin. Bakar pada suhu 180 C selama 25 minit.
Rabu, 20 Julai 2011
Roti Jala dan Sambal Sardin
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi buat semua !!
Hari ini CK buat breakfast faberet my Jebat, sambal sardin. Selalunya cicah ngan lempeng jer, tapi disebabkan hari ni terlebih rajin sikit hehehe (ekceli nk menge'test' botol 3 muncung tu) CK buatla roti jala.
Bahan-bahan
* 3 cawan tepung gandum
* 2 1/2 camb butter /margerin
* 1 camt garam
* sedikit pewarna kuning
* 1 biji telur
* 2 1/2 cawan santan/ susu segar
Cara-cara
1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat.
3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
4.Siap
Nak beli satu lagi ler botol 3 muncung tu, leh la buat roti jala yang kalerpul plak !!
Selasa, 19 Julai 2011
Masala Vadai
Assalamualaikum... petang ni kita ke Selatan India plak yer..hehehe..menjamu selera dengan Masala Vadai. Ala...kalo orang Malaysia panggil Masalodeh ler....
Ada macam2 resipi vadai koleksi CK. Ni yang terbaru gara2 menggoogle petang tadi. Teringin plak nk makan masalodeh asli india. Teringat ari tu beli masalodeh kat spital Melaka. Hehehe....
Resipi dari Karala, Selatan India. Takde unsur2 kemelayuan pun..hehehe. Tak payah letak telur atau tepung untuk melekatkan adunan kuih tu. Sure sedap dan rangup !!
Sumber: Cendanakasih
Bahan-bahan
1 cawan kacang dhal- direndam 3-4 jam hingga kembang
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 sudu kecil garam masala
1 biji cili hijau
1 biji cili merah- dipotong dadu ** jumlah cili terpulang kepada kepedasan masing2
1 tangkai daun kari- dihiris halus
1/2 sudu teh jintan putih- ditumbuk halus
1/2 inci halia- ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih- ditumbuk kasar
garam, perasa
Cara-cara
Kacang dhal dibahagi 2 bahagian. Satu bahagian ditumbuk kasar, dan satu bahagian lagi ditumbuk halus.
Gaul dengan bahan2 lain.
Sesuaikan garam.
Ambil sebesar bola pingpong, bulat-bulatkan dan kemudian dileperkan.
Goreng dalam minyak panas dengan api yang sederhana.
Siap...dan dihidangkan panas-panas.
Panas petang ni... cadang nk ke pasar tani. Cari kerepek dan ulam2 kampung. Tapi my Jebat lom balik lagi..... huhuhu...seronok sangat ke naik Roller Coster kat Genting tu bang oiiii !!!
Isnin, 18 Julai 2011
Roti Sardin
Assalamualaikum dan Selamat Petang...
Ni satu lagi produk CK Frozen Food, Roti Sardin. Best Selling gak ni. Ada jer orang order... dan kebetulan hari ni siapkan tempahan sorang customer ni, so CK buat lebih. So ada ler mende nk di gigit oleh budak2 tu petang2 gini (anak2 CK ni dah banyak songeh, kalo asyik makan karipap, cucur badak jer..mesti komplen..ala mama ni, takde kuih lain ke, ni kuih untuk jual...ermmm....)
Bahan-bahan
Roti sandwich secukupnya
Sardine (satu tin diasingkan sos dan isinya)
Bawang besar (dipotong bulat)
Bawang putih
Bawang merah
Lada kering
Lada kecil (jika suka pedas)
Asam jawa – perah bersama air dan buang bijinya
Cara-cara
1. Untuk mengelakkan minyak meresap ke dalam roti sewaktu digoreng, roti sandwitch hendaklah dilenyekkan dengan gelas atau penguli…
2. Kisar lada kering, bawang merah (2-3), bawang putih (2-3) dengan sedikit air hingga hancur…
3. Kemudian tumiskan bahan yang dikisar. Setelah pecah minyak masukkan isi sardine tersebut serta bawang besar dan lada kecil (jika perlu). Masukkan sedikit sos sardine serta sedikit air asam jawa. Pastikan kuah tidak terlalu cair.
4. Kemudian, letakkan sardine ke atas roti dan digulung. Pastikan kedua-dua hujung roti tersebut dilenyek supaya inti tidak terkeluar
5. Kemudian gorengkan dengan minyak yang banyak (deep fry). Boleh juga disalut telur dan golek dalam breadcrumb/cornflakes/oat sebelum menggoreng.
Ada yang nk rasa tp malas nk buat sendiri? meh order ngan CK..hehehe
Cornflakes Meringue Cookies
Salam... gambar kukis lagi ari ni, sebabnya sayang plak kat putih telur yang banyak dalam esbox tu, nk buah puding malas plak rasanya. Nk buat macaron...uih...aku tak brapa pass...
Dan akhirnya buatlah kukis ni. Nampak beberapa bulan lepas kat blog Kak Ina. Kebetulan stok cornflakes pun ada, so boleh jer lah dijalankan projek ni hari ni... (opsss...ni bukan untuk jualan yer..saja-saja untuk menjamu tekak dikala layan movie Nur Kasih...hehehe....)
Resipi di salin dari umah doc Inahar Ali. TQ !!
Bahan2:
* 220gm Cornflakes
* 125gm Choc Chips
* 150gm Gula Halus (kalau tak mau manis kurangkan kpd 130gm)
* 3 Biji Putih Telur
* 1-2 Sth Vanilla Esen
* 60gm Almond Sliced
* Manik gula warna-warni - aku tambah
Cara-cara:
1. Pukul putih telur hingga kembang (soft peaks formed)
2. Masukkan gula sikit2 hingga habis
3. Pukul lagi hingga pekat dan kental - Bila terbalikkan mangkuk, putih telur tak jatuh.Lalu masukkan esen vanilla.
4. Kemudian masukkan cornflakes, choc chips & almond sliced. Gaul kaup balik hingga rata.
5. Masukkan ke dalam papercup. Bakar pada suhu 140-150'C selama 30-35 minit. (Ataupun hingga kekuning2an)
Sapa nk rasa? meh ler umah..leh kita layan movie sama2... hehehe....
Ahad, 17 Julai 2011
Tart Gulung Bluberry & Strawberry
Salam... tadaaa...belum pose lagi dah tunjuk sekut?? hehehe...ni bukan sample untuk biskut raya yer, tapi order dari seorang pelawat ke blog Cendana Kasih baru2 ni. Dia order 5 balang sekali.. time kasih cik Fiza, semoga sempat merasa biskut2 ni..hehehe... (Fiza tak sempat nk naik KL, so CK hantar ke rumah kakaknya di Setiawangsa)
Alang2 dah ada yang meng'order' so CK buatlah lebih sikit. Dapat gak makan dan bagi kawan2 rasa. Sempat gak la hantar ke Shah Alam bagi kawan2 kat sana rasa..hehehe....
Ada sesiapa yang teringin?? nk order untuk raya?? CK jual murah jer.. rm22 hengget untuk satu balang ( ada 50-55 bijik sekut dalam satu balang) Kalo order lebih dari 3 balang, dapat harga lain. Dan bagi pelanggan tetap CK, harga macam biasa yer.. (uish..mesti dah tau kan...hehehe)
Free delivery untuk kawasan Sri Kembangan, Serdang, Puchong, Putrajaya, Cheras dan PJ. Kalo jauh2 tu, datang ler amik kat tempat2 yang CK sebut kat atas tu... Kalo pos? ooo...CK tak berani sbb kuih ni lembut, mudah pecah..kang tak pasal2 makan serbuk jer...
Jumaat, 15 Julai 2011
Donut Sambal
Salam.... hari ni mencuba satu kelainan dalam donut. Asyik donut bergula/coklat jer tentu boring....tak lama dulu ada nampak Hasue buat donut sambal ni, tp masa tu tak amik kisah pun...
Dan skang ni, kan CK sibuk ngan bisnes frozen food, jadi adalah donut dalam senarai kuih frozen tu. Hari ni tak tau nk bagi makan apa kat budak2, so keluarkan donut dan goreng.
Resipi donut boleh tengok sini yer Ada macam2 resipi donut. Sume gebu2 dan lembut belaka.
Dan untuk sira dengan sambal, macam nk buat sambal goreng la jugak. Respi kat bawah ni CK copy dari rumah Hasue (malas nk karang ayat sendiri...) TQ Hasue, Norsha dll
Bahan² untuk sira
15 tangkai cili kering
5 biji bawang putih
1/4 cawan sos tomato
2-3sb gula pasir (kemanisan ikut suka ya)
Cara2 untuk sira sambal:
1. Blend lada kering,bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air dan tumis hingga garing.
2. Masukkan gula,garam dan sos tomato. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
3. Kacau lagi hingga tumisan kering @ garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
4.Dengan api yg paling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
5. Matikan api n sedia dihidang.Selamat Mencuba
Hasilnya? ermm...not bad. Sesekali ubah selera kan, sedap la jugak !!
Khamis, 14 Julai 2011
Pengat Doyan
Alooo... jumpa lagik... hehehe....
Sana sini jual doyan kan. Kalo ke Melaka diorang kata doyan datang dari Muar, dan kalo di KL ni plak ada yang kata doyan Perak ler, Pahang ler... tapi kan kat Broga (beranang) tu pun dah ada durian gugur. Buahnya pun boleh tahan jugak sedapnya.
Bagi CK, kalo jumpa doyan ni, mestilah nak buat pengat/bubur. Kiranya makan lebih puas ler. Hari ni malas sikit, so takdelah roti jala (walaupun dah ada beli tabung 3 lubang tu). Jadinya kuah doyan hari ini cicah ngan roti gardenia jer lah. Itupun sudah cukup baik, daripada takde apa2 untuk dingap kan...hehehe...
Ermm... ada bau sampai rumah korang tak?? siapkan piring dan roti yer... hehehe...
Menu Diet
Salam... Huhh seharian yang memenatkan. Namun dh berjaya siapkan apa yang sepatutnya dibuat hari ini. Alhamdulillah...
Bila nk masak jer..alahai..buntu kepala hotak. Tak tau nk masak apa? kan lebih syok kalo rumah berdepan ngan kedai. Senang jer nk tapau.
Skang ni berat badan CK 48kg (bulan 1 ari tuh 65kg)..best dah dapat berat yang diidamkan..kalo boleh nk 45kg..hehehe..(ngada-ngada).....tapi bab makan tu..kena kontrol la jugak, takleh main bedal macam dulu. Dan satu tabiat yang sukar nk dikikis ialah takut pada karbohidrat, walaupun dah tak amalkan Artkins. Tapi bila berdepan dengan lauk faberet, CK hentam gak laaa...
Bila my Jebat tak dapat balik untuk lunch, CK pun makan ler apa saja yang mudah dan cepat. Hari ni goreng taugeh campur tauhu dan daging. Stok tauhu mmg selalu ada dalam esbox, sbb tauhu adalah sumber protein. So boleh makan sebanyak mana tauhu yang suka..hehehe.....
Wassalam !!!
Rabu, 13 Julai 2011
Sambal Goreng Ikan Tilapia
Assalamualaikum buat semua kawan-kawan
Menu dinner malam ini, sambal goreng ikan tilapia merah. Teringin sangat. Tapi CK lebih teringin nk makan tilapia hitam, tp yang ada dalam kolam tu tak cukup besar la plak
Apa beza tilapia merah dan hitam? kalo untuk buat stim ikan tilapia merah ler yang sesuai sebab isinya lembut. Tapi kalau nk goreng atau buat sambal, sudah tentulah tilapia hitam yang lebih sesuai kerana isinya pejal dan manis.. wallah...
Namun tilapia merah lebih mahal berbanding hitam. Ikut price Jebat, yang merah boleh mencecah hingga rm15.00 sekilogram (ni ikan organik, bagi makan pallet, sbb tu mahal sikit) Setiap seekor ikan seberat 1.5kg sampai 2 kg (bukan ikan bersaiz kecik mcm kat kedai tu yer....)
ni pun saiz kecik ..dalam 700gm jer..cukuplah buat kami sekeluarga |
Oklah... respi sambal goreng biasa2 jer.. mula2 siang ikan, bersihkan ikan dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng sampai garing.
Lepas tu tumbuk bawang putih dan bawang merah berasingan. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tumis bawang putih sampai kuning/naik bau kemudian masukkan cili kering kisar dan bawang merah yang ditumbuk. Masak sampai pecah minyak, kalo tidak nanti bau cili tak sedap. Masukkan sedikit air, dan tambah air asam jawa kalau suka. Letak garam dan perisa. Biar kuah kering sikit, kemudian masukkan ikan. Gaul rata dan siap !!!
Ini lauk2 sampingan malam ni. Ada telur dadar dan tomyam daging. Cukuplah untuk malam ini... (hehehe...dh dua hari asyik makan ringkas jer, gara2 CK sibuk siapkan tempahan frozen food)
Selasa, 12 Julai 2011
Air Limau Asam Boi
Salam... panas betul hari ni. Mesti tekak kering kan...Meh jamu dengan air limau asam boi ni.
Bahan-bahan
Bahan-bahan
2 biji limau kasturi
2 biji asam boi (putih)
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar serbuk asam boi
ketulan ais secukupnya
1/2 cawan air suam
Cara-cara
Rendam asam boi dalam air suam selama 2 minit
Kemudian, masukkan gula gula dengan air dan serbuk asam boi. Kacau sampai gula larut.
Perah limau kasturi
Masukkan ketulan ais. Boleh tambah air lagi.
Sedia dinikmati.
CK baru jer dapat rilex ni setelah dua hari berhempas pulas siapkan tempahan frozen food. Kali ni order dari geng2 TNB la plak (gara2 my Jebat promosikan produk kat kengkawan dia) Nah..sekali dapat order...beratus ko...sampai CK terpaksa telan ubat tahan sakit dan ubat demam, gara2 badan dah terlampau lemah !!
OK...sampai dulu. Jemput minum yer !!
Ahad, 10 Julai 2011
Urap Kacang Botol
Kerabu mmg menjadi paberet CK dari dulu lagi tp jarang buat kat rumah sebab takde sambutan. Dan kalo nk makan sangat, buatlah dalam kuantiti yang sedikit. Tidak pun, ajak kengkawan dalam lunch kat rumah. Haaa...masa tu dapatlah CK makan kerabu puas2.
Kali ni buat kerabu kacang botol plak. Ada resipi yang kacangnya dicelur dulu, tp CK tak suka plak cara celur ni. Suka lagi yang fresh. Krup krap jer bunyi bila makan...fuh..sedap !!
Urap Kacang Botol
sumber: Cendanakasih
bahan-bahan
8 biji kacang botol
secekak taugeh (dicelur sekejap)
3 tangkai kacang panjang
1/2 biji kelapa parut- disangai hingga kekuningan
1/2 inci cekur*
5 biji cli api*
2 biji cili merah*
1 labu bawang besar*
1 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 sudu udang kering*
Cara-cara
1.Kacang botol dipotong nipis. Kacang panjang dipotong pendek (1 inci).
2. Bahan bertanda * ditumbuk halus dan digaulkan dengan garam dan gula
3. Gaul dengan sayur2 yang dipotong tadi.
4. Tabur kelapa yang digoreng dan gaul rata. Siap dan boleh dihidangkan
..
Kuih Rengas Durian (kuih kacang/kasturi)
Salam Ahad buat semua.
Aloo... skang ni musim durian kan..so bermulalah resipi berasaskan durian..woooo..bestnyer !!! boleh buat pengat durian, serimuka durian, muffin durian dan macam2 lagik.
Semalam masa siapkan tempahan kuih rengas ni, CK sempat ambik sikit adunan tu dan gaul dengan isi durian. Waaa... tidak mengecewakan. Sedap sangat...suka, suka, suka...tp CK tak brani ler nk buat untuk jual. Kalo diluar musim mana nk cekau plak?? hehehe
Kuih Rengas Durian
Sumber: Cendanakasih
Bahan-bahan A
* 2 cawan kacang hijau (direbus dulu sampai kembang dan toskan airnya)
* 1 cawan gula (ikut manis)
* 1 cawan isi durian (sukati ler nk letak banyak mana)
* 1 cawan kelapa parut
* 1/2 cawan tepung gandum
Bahan untuk adunan tepung:
* 3 cawan tepung beras
* 1 cawan tepung jagung
* 1 sudu kecil garam
* 2 sudu besar air kapur
* 1/4 cawan gula
* 1 sudu besar margerin atau butter
* 1 sudu kecil pewarna kuning
* 1/2 cawan air (agak2 ler)
Cara-cara
-Gaul rata semua bahan2 A, kemudian ambil sedikit, bulat-bulatkan dan kemudian tekan sedikit untuk leperkan.
-Bancuh adunan tepung, sama macam nk buat adunan goreng pisang
-Panaskan minyak dalam kuali.
- Ambil adunan kacang tadi, dan celup ke dalam adunan tepung.
-Goreng hingga kekuningan.
-Siap..
Ok...sampai sini dulu. CK nk berangkat ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara sbb si Along ada sukan. Pepagi lagi dia dah pegi ngan Jebat. Tak sabo2 nk berlari...hehehe....
Sabtu, 9 Julai 2011
CK Frozen Food
Salam....seharian yang sibuk..start dari semalam lagi..CK dok berperang dengan kentang, keledek dan tepung... fuh... ni baru la dapat rilex sikit.Makan dan minum pun terlupa kejap.
Dan...inilah bisnes CK dua tiga menjak ni. Kalo kengkawan yg lain sibuk dengan bisnes cup cake, muffin, tart dan biskut, CK plak mula berjinak2 dengan bisnes frozen food. Bermula dengan makan-makan sendiri, kemudian kawan2 plak order, dan sekarang..alhamdulillah CK dapat supply untuk Kafe di Puchong. Sblm ni ada tempahan dari tokeh kedai makan di Ulu Yam, tp CK tak sanggup ler nk hantar sejauh tu.
Antara produk CK ialah Karipap, Onde2 keledek, Roti Sardin, Roti Sosej , Kuih Rengas/Kasturi, Kuih Badak, Popia Ketam dan Donut.
Inilah pandangan dalam peti ais no 2. Peti es no 1 dan 3 semua dah penuh (dan tak sanggup CK nk snap gambar tu..penuh padat dan sendat... Inipun setelah 100biji karipap dihantar pada kawanku Wati pagi tadi. Mak mertua dia nk buat kenduri. Dan bila my Jebat offerkan diri nk hantar, cepat2 CK packing....fuh...lega...kalo tidak, tak tau mana nk letak ......tunggulah sikit ari lagi, kalo ada rezeki CK terpaksalah beli peti ais macam kat kedai runcit tu untuk isi stok frozen food ni....hehehe.....
Jumaat, 8 Julai 2011
Criss Cross Puff
SELAMAT PAGI SEMUA !! Dah breakfast !!
Pagi ni CK buat puff untuk breakfast keluarga. Benda yang senang jer. CK gunakan instant pastri puff jenama KAWAN yang memang selalu ada dalam freezer. Pastry ni kira penyelamat dikala terdesak. Dikala tetamu datang menerjah ker,nk ke rumah kawan dan tak tau nk bawak apa ke..inilah penyelesaian.. cepat2 keluarkan pastri, letak inti dan bakar.
Kali ni CK letak inti strawberri dan blueberri dalam puff tu. Terima kasih pada CMG dari Dapur Tanpa Sempadan atas sumbangan resipi yang menarik ni.
BAHAN-BAHANNYA :-)
-10 keping puff pastry
-Blueberry dan strawberry filling secukupnya
-1 kuning telur + 1 camca teh susu cair = kacau rata
CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ambik 1 keping puff pastry, kerat 4 bahagian. Ambil 1 bahagian, buat potongan pangkah. Bahagian satu lagi, diletak 3/4 camca teh blueberry fillling, tutup dengan bahagian yang dipotong dan tekan tepi2nya dengan garfu. Alih dalam dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Buat hingga siap.
2. Sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 25 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan..
Add caption |
OK..sampai sini dulu. Ambik sorang satu yer...
Khamis, 7 Julai 2011
Donut Air Kelapa
Assalamualaikum.. apa khabar semua kengkawan.
Hari ini CK buat donut untuk anak2, dan ada kelainan sikit sebab guna air kelapa muda. Sebenarnya ini adalah petua untuk melembutkan donut tanpa perlu ditambah bread softner dan bread improver. Kiranya ni petua orang-orang kampung ler.. yelah, kat kampung mana diorang nk cekau segala bread improver dan softner tu kan!!
Hasilnya...donut mmg lembut dan gebu. Ada harum bau air kelapanye. Donut ni CK uli pakai tangan jer sbb MR BM dh rosak...aloooo..ganasnyer !!!
Donut Air Kelapa
Sumber: Cendanakasih
Bahan-bahan
* 3 1/2 sudu kecil yis mauripan
* 1/4 cawan air kelapa muda
* 1 1/2 cawan susu suam
* 1/2 cawan gula halus
* 1 sudu kecil garam
* 2 biji telur
* 1/3 cawan butter/margerin
* 5 cawan tepung gandum
* Minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau
Buat lubang ditengah. Masukkan susu. air kelapa dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan lagi dan ambil sedikit, terap dengan acuan donut.
Rehatkan sebentar dan tunggu donut naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak panas
Salut dengan gula ketika donut masih panas
Ok... sampai sini dulu...
Rabu, 6 Julai 2011
Bingka Sukun
Salam... masa balik Melaka Isnin lepas, pokok sukun belakang rumah MIL mmg tengah banyak buah. So my Jebat jolok ler untuk 2 bijik. CK cadang nk buat goreng dan kerepek.
Dan pada hari Sabtu lepas, sebijik sukun telahpun selamat digoreng, makan ngan sambal kicap. Nyum, nyum, nyum...sedapnyer... ingat ada balance lagi sebijik tu CK nk buatlah kerepek plak.
Malangnya...bila pegang jer buah tu..ALAMAK...dah lembik laaa... sah...buah sukun tu dah masak. So takde lah buat kerepek. Lalu CK belah dan ambik isinya, banyak jugak, separuh dah masuk dalam tupperware untuk dibuat cekodok, dan separuh lagi...terhasillah kuih bingka ni.
Terima kasih pada Am66, Myresipi yang sudi berkongsi bingka sukun ni. Mmg harum dengan bau sukun, lemak manis dan lembut. Tapi anak2 dan Jebat macam jakun sikit, so diorang setakat merasa jer. Sempat gak CK bagi pada Wati untuk diorang rasa.
Bahan-bahan
* 450-500g buah sukun- CK lecek macam pisang tu
* 200g tepung gandum, dan CK tambah dengan 2 sudu tepung kastat
* 180g gula
* 300ml santan Kara
* 4-5 biji telor
* 1sk essen vanilla
* 1sk garam
* sedikit pewarna kuning
* sedikit bijan (jika suka)
Cara-cara
1. Semua bahan di atas di kacau rata sehingga gula larut dan tepung tidak bergentel.
2. Lenser loyang/acuan dgn sedikit butter/minyak masak
3. Tuang ke dlm loyang, ditabukan sedikit bijan dan dibakar di dalam oven dgn suhu 180-200°c selama 45 minit.
4. Biarkan sejuk barulah boleh dipotong
Inilah gambar2 yang sempat diambil masa kat kampung ari tu. Abang Irfan begitu excited balik kampung sbb dapat tengok ayam, kambing lembu. dan kuda. Kuda?? haaa...jangan tak tau, kat kg MIL CK memang ada bela kuda padi. Tapi yang tak bestnyer, malam2 kuda2 tu merayap rumah orang. Habis segala tanaman orang dimakannya.
Di kampung, Irfan asyik kejar ayam jer.. sampai tak cukup tanah ayam2 tu nk lari...last2 naik atas pokok...SELAMAT !!! hehehe. Ryan plak dok geram dengan kucing2. Asyik menjerit jer tiap kali tengok kucing2 tu lalu depan dia. Gamaknya suruh mama bela kucing kot...hehehe.....
Langgan:
Catatan (Atom)