Isnin, 30 November 2009

Gulai Daging Korban + Nasi Kerabu

Bersua kembali lepas Aidil Adha !!!!

Hari ni hubby last cuti (setelah 12 hari ambik cuti tahun). So dia request nk makan kari daging korban. Tahun ni first time kami joint acara korban. Itupun masuk kat Pantai Dalam. Kat taman perumahan kami ni memang takde buat. Almaklum ler...cuti panjang jer, semua penghuni balik kampung!!!

Banyak juga dapat daging korban tahun ni. Ingatkan bila dh masuk, disedekahkan semuanyer, rupanyer tuan punya lembu pun dapat sikit. Dekat 5 kilo jugak. Sume ada, daging, paru, hati dan jantung. Aku request plak mintak tulang selangka 2 batang, tingin sangat nk makan sup tulang. So dapat ler......
Kali ni buat kari. Sedap bila dicampur dengan lemak2 sikit.


Paberet aku ni. Nasi kerabu. Buat yang ringkas jer...tp mesti ada budu dan telur asin. Malas plak nk goreng keropok dan buat solok lada...yum,yum... mcm manalah aku suka beno makan budu plak ni? padahal takde pun sedara kat pantai timur nun. Stok budu mesti ada jer kat umah ni....takpelah..kita kan 1 Malaysia...so sume boleh makan....budu,cincalok, tempoyak..sume leh bedal !!

Ikan cencaru sumbat. Lauk tambahan. Pedas la plak sbb guna cili kering. Cili besar dh kehabisan stok....


Sekian dulu....Bye !!!

Jumaat, 27 November 2009

Kad Raya dari Abbot

Slamat Hari Raya Aidil Adha buat semua kengkawan !!!



Kad ni datang dari Abbot.... thanks.....

Rabu, 18 November 2009

Jus Kedondong Asam Boi

Salam sume !!!

Aku baru balik dr Giant ni, beli barang sikit. Nama jer sikit, padahal kalo dh masuk Giant tu, tak habis lima nam puluh tak sah. Itu baru pegi sorang, kalo pegi ngan hubby aku lagilah banyak duit nk pakai. Kali ni anak2 plak 'pow' suruh belikan DVD popeye the sailor man.... sian plak, tiap kali time ujan, takleh tengok tv, layan jer lah katun lama... kali ni punya dvd durasinya memang panjang, sampai 3 jam., amik ko....tengok ler sampai tertido....he,he.....



Jus kodondong ni aku slalu beli kat pasar malam. Mmg best, tapi kalo kat pasar malam, tau jer lah, cair secair cairnyer....setakat ada rasa jer... kali ni beli buah kedondong, kisar jadi jus...eem...bestnyer minum...walopun hari dh nk ujan ni, layan jer lah....tambah ais sikit....fuhhhh...

Bahan-bahan
>kedondong (yg dikupas kulitnya)
>gula pasir
>air masak
>serbuk asam boi
>ais batu

Cara-cara
1.Dalam blender, masukkan kedondong, gula pasir dan air masak. Blender sampai hancur.
2.Tapis jus tadi
3.Campurkan serbuk asam boi. Kacau rata
4.Letak ais batu
5.Sedia diminum.......



Ok...sampai sini dulu...mata dh mengantuk ni, nk tido lah plak....hubby aku tak balik lagi tuh..hari ni dia outstation ke KLIA...Esok plak outstation ke Melaka...tapi balik hari laaa...takkan nk tinggalkan busyuk masyam kesayangan dia ni...wakakahkah Dan, hari Jumaat dia dah start cuti sampai ler ujung bulan.......eeeemmmmm....makin bz la aku......

Isnin, 16 November 2009

Hati Sambal Pengantin

Inilah antara lauk hari ni, selain lauk nenas kat bawah tu. Tapi kami idak ler makan ngan nasi minyak atau nasi biryani. Malas plak nk masak nasi tu.




Apasal namanyer Hati Sambal Pengantin?? sebanyer lauk ni selalu dimasak untuk buat lauk pengantin... yelah kan, kat kampung, kalo kenduri nk sambut menantu, sekor lembu mesti tumbang punya..so boleh ler amik hati tu wat lauk pengantin. Kalo kat Melaka, sekurang2nyer 2 ekor lembu. Sekor lembu tu khas untuk sedara2 bawak balik daging mentah jer...ada ke patut...

Bahan-bahan

>200 gm hati lembu-dibersihkan dan dipotong
>1 biji bawag besar*
>3 ulas bawang putih*
>1 inci halia*
(semua bahan2 * ditumbuk halus)
>5 sudu besar pes cili (boleh tambah jika suka pedas)
>1 sudu besar sos tiram
>sedikit air asam jawa
>1/2 buku kiub daging (takde pun takpe...)
>bawang besar dihiris bulat untuk hiasan
>garam dan perasa

Cara-cara
1.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
2.Masukkan pes cili dan goreng sampai keluar minyak.
3.Masukkan sos tiram dan sedikit air asam jawa.
4.Boleh tambah dengan kiub daging.
5.Masukkan hati dan kacau rata. Tambah sedikit air.
(hati jangan dimasak terlalu lama, nanti jadi keras)
6.Tambah garam dan serbuk perasa.
7.Bila hati dah empuk, bolehlah dimasukkan bawang besar yang dihiris bulat, kacau dan siap.

Nenas Tumis Air

Dah lama cari resepi ni, dh barulah terjumpa kat blog Kak Ummi, Kuantan nun. Selalu makan lauk ni kat umah orang kenduri. Rupanyer senang jer cara nk buatnyer. Aku jer yg bongok tak reti masak selama hari ni...he,he......

Resepi salin sebijik sebijan dari umah Kak Ummi. Thanks akak !!!

Bahan-bahan
>1 biji nenas (saiz sederhana)
>1 biji lobak merah kecil (dihiris halus)
>2 sb. gula
>3 biji cili merah (dihiris)
>2 biji cili hijau (dihiris)
>1/2 cawan air
>1 sk. serbuk kunyit
>3 sb. minyak masak
>Garam secukup rasa

Bahan B (Tumis):-
>1 inci kulit kayu manis
>3 kuntum bunga cengkih
>2 biji buah pelaga
>1 kuntum bunga lawang
>1 labu bawang besar (dimayang)
>2 ulas bawang putih (dimayang)
>1 inci halia (dimayang)

Cara-Cara:-
-Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan dan dibuang matanya serta dipotong kecil2.
-Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis hingga wangi.
-Masukkan air, serbuk kunyit, gula dan garam.
-Apabila sudah mendidih, masukkan karot, nanas dan cili.
-Biarkan hingga mendidih dan rasakan garamnya.
-Apabila nenas sudah masak, tutup api dan hidangkan bersama nasi minyak dan nasi beriani.





Sabtu, 14 November 2009

Bubur Kacang Hijau + Durian & Bun Manis

Hari ni tak masak nasi, buat bubur kacang+durian dengan bun manis jer...kes dh lama tak meroti. Sebabnyer? Breadmaker rosak...amik ko..sampai terputus tali kipas breadmaker tu. Punyalah ganas aku melenjan Bm tuh... hampir sebulan gak la dia balik ke kilang. Konon takde sparepart. Kena oder dari obersea...mak aiii....jauhnyer...yelah, jenama Princess ni takde kilang kat Malaysia. Tumpang atas jenama Pensonic jer..

Disebabkan masih lagi under garenti, so takyah bayar apa2. Budak tu cakap, dalam masa sebulan ni, kalo rosak lagi, leh hantar repair lagi...so aku pun lenjan ler lagi hari ni....


Bubur kacang durian ni mmg lama dh teringin nk makan. Minggu lepas g umah mak mertua, dia ada masak, tapi ada ke patut, dia bagi 3 sudu jer kat aku...ciss, kedekut punya mak mertua. Alih2, esoknyer, biras aku call, dia kata "macam mana ko nk rasa lebih, dia siap kirim bubur tu ke rumah aku..banyak plak tu..." Emmm....aku tak heranlah, sbb mak mertua aku tu mmg perangai mcm tu, lebihkan anak menantu sana...kami ni mcm tak wujud jer, tapi kalo dekat 2,3 minggu tak jengah dia, tau plak bising...sabo jer lah...


Nk puas makan kan...buat ler sendiri..... tak payah nk bising2, sakit ati.

setelah sekian lama tak meroti, terlupa skill la plak...roti yang tengah syok mengembang, tiba2 terkecut sbb aku sapu kuning telur kat atasnyer...siap main tekan2 lagi...aduih laa....terlupaaa...ni akibat slalu makan kepala ikan la ni...

walo bagaimanapun, roti still lembut, walo tak naik setinggi menara key el....ha,ha.ha...



p/s: Petang semalam, mcm biasa setiap 2 minggu, kami ke Hulu Langat, beli stok makanan ikan. On d way nk pegi tu, mintak izin kat hubby singgah sekejap kat Bandar Baru Bangi, nk beli edible image dan lain2 bahan nk buat kek (persiapan untuk birthday party hubby pada 22hb ni ler...) so dia pun setuju singgah. Kami guna laluan putrajaya, so nk pegi Hulu Langat tu, mmg tempuh Bandar Baru Bangi.Dekat 40 minit dia tunggu dalam kete, anak2 plak tido....nampak muka mcm tension jer...

Dan masa baliknyer, kami guna laluan Cheras, sebab kalo balik kena guna laluan cheras ni, dekat sikit nk masuk umah. Tapi sebelum tu, singgah sekejap kat stesyen minyak shell, sbb minyak dalam tangki dh kian kurang. Kete Malaysia ni takleh dibiarkan jarum minyak tu kurang dari setengah tangki. Kang cepat jer menyusutnyer.... hubby pun berhenti sambil tu dia call kawan dia, cakap pasal kerja esok hari.

Tetiba along plak menyamput, mama sini takleh pakai kad laa... Ala, tak leh gesek kad plak. Ada online problem.. (kami mmg guna kredit kad untuk isi minyak, nk kumpul point la konon..)

laki aku buat derk jer..terus sembang ngan kawan dia..kete lain dh beratur kat belakang tu. So, aku pun keluarlah dari kereta dan pegi ke kaunter. Hulur duit rm100.00. Lepas aku bayar, terus laki aku kuar dari kete dan pam minyak masuk tangki...dengan muka selamba jer... bukan ingat nk bayar balik ke, ucap terima kasih ker, dia buat mcm tak ada apa2 jer..... (minyak kete aku, kalo full tank, mau dekat rm120.00)

eee...geramnyer...kete sapa ni?? kalo aku tau kena 'pow' sampai rm100.00 mcam ni, tak payah la ajak g Bangi. Ni kan dh rugi....





Khamis, 12 November 2009

Roti John & Roti Gulung Sosej

Ni hidangan minum petang hari ini. Ada sosej bun 3 ketui...ish, rasa macam tak cukup la plak...(time perut kosong, mmg rasa sume benda tu tak cukup jer....)
Penyelesaiannyer, ambik sosej 3 batang dan roti putih 3 keping. Buat plak roti gulung sosej...haaaa...barulah cukup.......

Roti John yang ringkas dan senang nk buat. Teringat plak kalo balik Melaka, selalu beli roti john kat pekan Sungai Udang...mmg best....

Bahan-bahan
>3 buku roti sosej -dibelah 2
>2 biji telur
>1 buku ikan sardin (boleh tambah dengan sedikit kuah sardin)
>1 ulas bawang besar-dipotong dadu
>garam dan perisa

Cara-cara
1.Sardin dilenyek hancur. Kemudian, masukkan bawang besar yang dipotong.
2.Pecahkan telur dan masukkan ke dalam sardin tadi. Kacau rata
3.Panaskan kuali leper, dan lenserkan sedikit mentega
4.Ambil sesenduk adunan telur dan tebarkan. Biar rata mencukupi permukaan roti sosej tadi.
5.Bila agak masak, tangkupkan roti sosej tadi ke atas telur. Biarkan seketika.
6.Terbalikkan sekejap roti tu...dan bolehlah diangkat....siap.... opppsss...ada lagi..
7.Sapukan sos cili, sos lada hitam dan mayonis. Boleh letak timun dan daun salad jika suka. (anak2 aku tak makan sayur, so tak letak ler sayur...)
Bolehlah dihidangkan....

Roti Gulung Sosej. Resepi dh ada bwah tag 'roti'.

Slice Cheese Kek

Salam sume

Ni projek malam tadi. Dah lama nk buat, tapi asyik tertangguh jer. Dan malam tadi, terlaksanalah jugak. Sebabnyer, malam tadi takde rancangan menarik kat tv. So boleh ler buat kek. (hanya malam rabu jer aku free, malam itulah aku nk pegi pasar ker, Giant ker, atau ronda2 ngan family. Kalo malam lain, rancangan kat tv best2, takleh terlepas.....he,he...)


Resepi sapa lagi kan...kalo bukan dari Cik Rose di Tokyo nun.... thanks Rose! sori ler, kulit kek ni tak brapa brown, sebabnyer kalo buat brown nanti, anak2 cakap kek mama mcm kulit papa...he,he..... (kes mengata kulit lakiku yg hitam...)

Bahan-bahan ( kek saiz 20cm )
>4-5 keping slice cheese
>200 ml susu segar
>70 gram butter atau marjerin
>70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
>70 gram gula
>4 biji telur saiz M (aku guna 2 biji telur saiz AA)
>beberapa titik esen vanila

Cara-cara
>>potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
>>masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
>>asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
>>didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
>>akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
>>bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.


* ada gak versi cup cake (ni sbb dh tak muat adunan...) nest time nk wat versi pandan mcm Hana plak....



Isnin, 9 November 2009

Lampam Lemak Cili Padi

Salam sume!!

Ini juadah hari ni, sampai ler ke malam. Kat sini tgh hujan, nk tgk tv mmg tak dapat siaranlah...so layan jer lah tenet ni...sib baik coverage dikala hujan ni ok plak.....

Hari ni masak lauk paberet laki ku...Gulai Lemak lah...apa lagi. Dah alang2 menangguk ikan lampam dalam kolam tu, kaut ler skali ngan ikan talapia...buat goreng sambal....

Resepi macam biasa. Citarasa orang negeri sembilan. No bawang, no serai. Just cili padi and kunyit hidup jer. Kali ni letak terung plak kat dalam kuah tu. Kalo ada belimbing buluh mesti lagi kick kan....

Bila dah masak lauk pedas, untuk anak2 kenalah ada lauk diorang. Inilah lauk yang tak jemu2 dimakan oleh anak2 ku. Daging Goreng Kunyit.

Ikan talapia berlada. Guna cili padi hijau jer...pehhh...pedas giler...

Sabtu, 7 November 2009

Cakoi

Projek hari ini, kuih Cakoi. Selalu beli kat pasar malam dan slalu jugak berebut makan ngan anak-anak. Akhirnya belajar buat sendiri. Hari tu mmg dh nekad, ajak hubby g Bake With Yen Puchong, semata-mata nk cari bahan2 nk buat cakoi ni. Ni first trial. So takdelah cantik mcm jual kat pasar malam tu. Len kali cuba lagi, kasi lagi cantik lagi...he.he....

Resepi dari MamaFami, tapi edit dan tambah dengan resepi dr Skyblue sama...tambah serbuk alum dan ammonia.

Bahan-bahan
~400 g tepung ~ diayak 1 cawan air
~1 sudu besar majerin ~ dicairkan
~1 sudu kecil garam
~3 sudu besar gula
~1 sudu besar susu pekat manis
~1 kuning telur
~1/4 sudu kecil serbuk alum
~1/4 sudu kecil serbuk ammonia for cooking (untuk rangupkan cakoi)
~2 sudu kecil yis segera
~1/2 sudu kecil soda bikarbonat
~minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis,serbuk alum, ammonia dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan


Cakoi tu cicah ngan kaya. Ada gak cakoi yg inti red bean kat dalamnyer...sume ada...





Jumaat, 6 November 2009

Puding Laici

Salam Jumaat sume !!!

Bangun jer pagi ni, HUJAN. Bila cuaca sejuk2 ni, nk masak pun malas. Tapi anak2 dh kebulur, so buat ler breakfast. Wat cekodok dan kentang goreng. Malas plak nk masak nasi hari ni. Hari2 kena masak. So hari ni nk mc masak kejap. Tapi teringin plak nk makan puding laici ni...


Bahan-bahan
>1 paket agar2 tali
>1 biji telur
>3 keping roti
>2 senduk gula(boleh tambah atau kurangkan manis)
>1 cawan susu segar
>1 tin laici
>sedikit esen vanila
>secubit garam
>air secukupnya

Cara-cara
1.Rebus agar2 dengan air sampai larut.Sambil tu cincang buah laici kecil2.
2.Dalam blender, masukkan susu cair, air laici, telur, gula,garam dan roti. Kisar sampai hancur.
3.Bila agar2 dh hancur, masukkan bahan yang dikisar tadi. Masak hingga mendidih.
4.Tabur buah laici yang dipotong dalam bekas.
5.Kemudian, curahkan agar2 tadi. Biarkan sejuk dan keras.
6.Siap untuk dipotong






Rabu, 4 November 2009

Strawbery Tart

Sejak tokeh bakery (Fiza Nordin) tayang tart dia, mulut ni teringin beno nk makan tart. Hajat hati mmg la nk order dari dia jer, tp kesianlah plak kat dia, terpaksa hantar jauh2 sampai ke puncak ni. Aku nk g Pj umah dia amik, kirim salam ler...mmg tak tau jalan.... last2 buat ler sendiri tart ni...puas hati. Dapat makan banyak-banyak.


Aku letak strawbery filling kat dalam tart tu. Beli kat Bake With Yen Puchong semalam. Ada gak buah strawberi fresh kat dalam tu jugak.

Bahan untuk doh pastri
-250g tepung gandum
-165g mentega
-1/2 sudu teh esen vanila
-1/2 sudu teh lemon paste
-1/2 biji telur (pukul telur sedikit dan ambil 1/2 je)
-65g gula kastor
Bahan untuk filling
-250gm cream cheese
-3/4 cwn gula icing
-1 biji telur
-1/2 cwn whipping cream (boleh ganti dengan susu cair)
-1 camca teh esen vanila
-Blueberry/strawberi/kiwi, dll filling secukupnya

Cara-cara
-Griskan acuan tart.
-Pukul mentega, gula, esen vanila dan lemon paste hingga kembang
-Masukkan telor, pukul lagi
-Masukkan tepung, gaul dgn tangan... kalau rasa macam lembik, tambah tepung gandum sikit2. Gaul sampai jadi macam adunan biskut.
-Ambil sedikit doh yg dah siap, ratakan dlm acuan pastry. tebal lebih kurang 1 cm
-Bakar separuh masak pada suhu 180'c selama 15 minit.

Utk bahan isian cheese:
-Pukul cheese dan gula hingga sebati
-Masukkan esen vanila dan telur dan whipping cream.
-Teruskan memukul adunan sehingga kelihatan berkrim.
-Tuangkan adunan secukupnya ke dalam pastri separuh masak tadi dan sudukan blueberry filling di tengah-tengahnya
-Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 170 darj cel. Sejukkan sebelum dialih dari acuan

Masih lagi dalam acuan. Panas, baru kuar dari oven. Aku plak suka makan tart ni masa panas2, rangup jer...




P/s: Esok nk buat bluebery tart plak.... pastry nyer masih ada lagi.

Sup Tomato

Maaf yer kengkawan, gambar tak cantik, tapi sup ni penuh dengan khasiat. Sup Tomato ni idea dari chef Razak yang disiarkan dalam Wanita Hari Ini minggu lepas. Sup tomato ni khas untuk mereka yang mengamalkan 'solf diet'. Sangat sesuai untuk mereka yang lepas menjalani pembedahan dan yang nk diet.




Sebenarnya inilah breakfast aku pagi ni. Bukan diet yer, tapi buat masa ni aku takleh makan benda2 keras, sebab gusi bengkak. Kesnyer, semalam makan daging dan ayam. So hari ni kena makan benda2 lembut sikit.
Dh lama dh nk buat sup ni, tapi dalam fridge takde saleri dan segala aneka yang lain. Semalam, aku pegi lah ke Tesco, cari sume bahan-bahan tu. Dan pagi ni, tak sabar2 lagi nk masak.... Memang sedap sup ni (ikut tekak aku laaaa.... )



Bahan-bahan
>1 biji tomato
>1 batang saleri
>1/2 batang karot
>1 biji bawang besar
(sume bahan-bahan sayur ni dipotong dadu)
>2 sudu besar tomato puri
>2 sudu besar sos tiram
>1 sudu kecil serbuk lada hitam (sapa suka pedas boleh kurangkan)
>1 sudu kecil serbuk oregano
>minyak zaitun untuk menumis
>garam dan serbuk perasa
>air secukupnya

Cara-cara
1.Panaskan minyak zaitun, dan tumis bawang besar sampai layu.
2.Kemudian, serbuk oregano dan lada hitam.
3.Diikuti dengan karot dan saleri.
4.Masukkan sedikit air.
5.Letak sos tiram dan tomato puri. Tambah air lagi.
6.Biarkan menggelegak dan masukkan pula buah tomato. Tambah garam dan serbuk perasa. Tunggu hingga mendidih.
7.Keluarkan sume dari periuk dan masukkan dalam blender.
8.Kisar bahan2 tadi sampai halus, dan tuang ke dalam mangkuk. Sedia untuk dihidangkan.

Aku makan sup tomato ni dengan roti perancis. Bagi tekak aku, sedaplah, rasanya masam-masam, masin, pedas. Selain tu sup tomato ni sesuai jugak dihidangkan dengan pasta. Tambah kepingan ayam panggang kat atas pasta tu pun sedap. Tapi bagi mereka yang ingin diet dan sedang dalam berpantang, memadailah dengan hanya makan sup ni jer tanpa tambah apa-apa.


So...ada sesiapa yang brani mencuba??




P/s: Sekarang ni tgh syok tgk citer The Biggest Looser (channel 702). So dah terikut cara pemakanan peserta kat dalam rancangan tu..... tapi aku memang takde harapan langsung nk masuk The Biggest Looser Asia. Baru lari sedepa dh semput...kah,kah,kah......

Selasa, 3 November 2009

Asam Pedas Ikan Kembung, dll

Salam !
Dah lama tak update blog ni, takde mood la. Banyak betul kerja kat rumah ni.




Inilah juadah untuk hari ini. Asam Pedas Ikan Kembung, Hati Ayam Masak Kicap, Kerabu Tomato dan Telur Masin.... yum,yum......

Asam Pedas Ikan Kembung(letak nama jer, tp ada seketul dua ikan tenggiri kat dalam kuah tu). Sekarang ni aku dh boleh makan ikan, so teringinlah plak nk makan asam pedas ikan. Tapi kali ni takde bunga kantan. Cuma daun kesum jer. Memang dh lama pun tak masak lauk ni. Adalah dekat setengah tahun. Sebabnyer, kat umah ni mmg tak minat makan asam pedas tiap minggu. Kalo sekali sekala tu ok ler..walopun Hang Jebat aku orang Melaka, dia lebih suka masak lemak cili padi, sambal tumis dan kari.

Hati Ayam Masak Kicap. Kalo masak lauk ni, aku tak suka goreng hati ayam tu, sebab keras. Aku lebih suka campak masuk dalam kuah kicap tu jer...sonang kojo den.


Kerabu Tomato Hana Style. Dah banyak kali nampak dalam laporan masakan Myresepi, kali ni aku plak nk cuba. Buat sebijik tomato jer..he,he...Tapi dalamnyer takdelah letak ikan bilis. Malas dh nk goreng ikan bilis. Jus lemon tu aku gantikan jer ngan jus limau nipis. Sori yer Hana, resepi menderhaka sikit. Memang sedap kerabu ni. Lain kali boleh buat lagi.

Telur masin. Wat tambah-tambah lauk.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...