Jumaat, 25 April 2014

Roti Sarang Lebah

Salam... 
Musim roti sarang lebah sekarang ni yer...mana2 blog dan FB sume tayang roti ni. Pada mulanya CK tak berkenan sangat nk buat, yelah, sbb isirumah CK ni tak makan roti loyang (roti kosong).. budak2 ni lebih suka roti sosej atau roti yang ada inti
Namun, bila kawan CK teringin nk makan, terpaksa la CK buat kan.. dan feedback nyer....BOOOMMM... meletopsss...esoknya terus dia order banyak...adusss...


So, sapa nk berniaga tu, bolehlah cuba2 nasib yer... ni resipinya. CK copypaste dari kelab roti

DOH✏️
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam 
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati. 
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.   
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
 6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak. 
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..(ikut oven anda gak ye..my oven suhu ni).
10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
  11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.
NOTE:- 1) doh memang lembik.. Jsngan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:- Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. 
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau . 



Inilah tempahan semalam. 20pek roti sarang lebah tempahan kak Umi Haikal dari Jalan Petaling bersama kawan2 pejabat dan jiran2nya. Masa hantar ni, kami sempat la gader2 makan2 sembang2, gosip2.. hehehe... Kak Sheila pun ada, siap bawak Aireen lagi. Tapi yang tak bestnyer, CK tak dpt joint lama2 sbb my bodyguard dah tunggu kat simpang jalan. Siap datang escort dengan moto lagi...Adusss... 


Rata-rata semua yang order kata sedap. Alhamdulillah...terima kasih... Ok...ni komen2 pelanggan CK. Sori, nama dan gambar profil mereka terpaksa dipadamkan atas sebab2 tertentu.. (hehehe...privacy la sangat kannn )

 terima kasih Dee... love u lah !!!

 terima kasih kak Umi. 

Terima kasih Dilla 


terima kasih kepada kengkawan yang order. Sekali rasa, terus repeat order... kalo dulu Ck buat roti terhad kepada 500gm tepung jer, tapi bila dah dapat oder ni, terus kena uli 2kg tepung sehari...fuuhhhh...

Dan hari ini, CK dah mula demam... hohohoooo...tempahan pun ditutup la buat sementara waktu...ermmmm...


Ok..sampai sini dulu ceritera di hari jumaat yang mulia. Wassalam !!! 

Jumaat, 18 April 2014

Donut Sardin

Salam
minum petang bersama donut. Asyik tabur gula, coklat, butterscotch, kali ni kita letak inti sardin plak yer...hehehe....


Kali ini CK guna doh serbaguna. Boleh buat roti, pizza ataupun donut. All in one. Senang, buat banyak2 dan boleh di 'frozen'kan..

Meh tengok resipinya
Doh Serbaguna untuk Donut, Roti dan Pizza
500gm tpung roti
100gm gula
5gm garam30gm bread improver (guna 1 sudu teh sahaja)100gm telor lbh kurang 2 biji tlor gred a200gm air ais (saya guna dlm 225gm sbb tgok doh agak kering)12gm yis100gm margarine tp saya suka ltk shortening30gm susu tpung


masukkan bahan2 kering dahulu kalu ada mesin putar kemudian taruk telur..air dan akhir sekali marjerine atau shortening...uli sampai betul2 elastik...saya uli dalam 30 minit...tapi on off la sbb takut mesin rosak hehehe..10 minit uli mesin rehat kejap pastu uli balik 10 minit rehat sampai 30 minit dan doh betul2 elastik boleh ditarik2 tak putus...n siap terus bentukkan doh mengikut citarasa anda 


hari ni nk cepat punyer pasal, ala2 dayang senandung gitew donut sardin ku 


Ok... selamat menjamu selera. Nk berangkat g jenjalan plak ni 

Rabu, 16 April 2014

Acar Kedondong Ikan Masin

SALAM

Hari ni Ck tayang lauk pembuka selera plak - Acar Kedondong Ikan Masin. Sebenarnya CK beli buah ni nak buat jus kedondong asam boi...tp malas punyer pasal dan ternampak plak iklan acar kedondong ikan masin, terus tak jadi buat jus...dan terhasillah acar.


Suka plak Jebat makan acar ni. Selalunya dia tak brapa suka acar, apatahlagi ikan masin. Tapi acar ni, dia main ratah jer, pastu asyik sebut sedap jer...ermmm... ye la, ye laa...mmg sedap pong !!

meh kita share resipinya.

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm kedondong |kupas kulit dan  dipotong kecil
  • 1 cawan ikan masin talang/duri- digoreng dulu
  • 120gm kismis
  • 5 biji bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 2cm halia | dikisar
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan rempah kari ikan | dibancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu makan cuka
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • 2 sudu teh bijan
  • 4 sudu makan gula
  • 65ml air
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:
 1. Panaskan minyak,masukkan biji sawi dahulu, dan kemudian tumiskan bahan kisar dan cili kisar seketika. Masak sampai pecah minyak. 
2. Kemudian masukkan rempah kari ikan dan kacau sehingga garing.
3. Setelah itu masukkan pula air, cuka dan perasakan. Didihkan sebentar.
4. Seterusnya masukkan kedondong, ikan masin goreng  dan kismis. Kacau sehingga kedondong menjadi lembut.
5. Akhir sekali, taburkan bijan. Sedia untuk dimakan.


Sedap makan dengan nasi panas. Kalo dengan nasik minyak pun ok kot !! 


ok..Selamat Mencuba !!


Jumaat, 11 April 2014

Bingka Ubi Kayu

 Salam Jumaat yang penuh barokah !! Apa khabar semua? dh siap masak ke?
Hari ni CK tayang bingka ubi kayu plak.. dah lama tak makan. Cari kat pasar malam pun jarang jumpa orang jual kuih ni. Yelah, kuih2 tradisional ni jarang orang nk jual. Asyik2 jual karipap, donut dan pau sambal.


So, bila ke pasar borong, CK pun belilah ubi kayu. Dalam fikiran, mcm2 nk buat, kuih lapis ubi kayu la, talam ubi kayu, rebus cicah kelapa, ikan masin...adussss.... banyaknyer... akhirnya, jadilah bingka ni dulu...ada lagi beberapa ketul tu, kita tengok yer, apa kejadiannya lepas ni. Entah2 kecut jer...hahaha


Resipi CK ambik dari Recipes Card Collectible Series dari Bagus Bakery. Dah selalu sangat ke bagus tu, so collect ler kad

Ni resipinya


Marjerin tu, Ck gantikan dengan minyak sapi.dan butter.  Rasa lebih sedap dan bau lebih wangi.


Ok..sampai sini dulu !!!

Rabu, 9 April 2014

Talam Lepat Gula Melaka

Salam 

Dah minum petang ke?? Hari ni CK buat kuih kukus plak...dah lama tak menalam, dan hari ni jadi la Kuih Talam Lepat Gula Melaka. First time tengok resipi ni, terus berkenan, sbb ada kacang lepat (CK panggil kacang mata hitam) dalam aduan pulut tu. Ditambah pula dengan kelapa parut, sure sedap, so check barang2 dalam fridge, semua ada. Apa lagi, projek on laaa



bagi yang ingin mencuba, ini resipinya. Bagi CK sedap la sbb macam makan kuih serimuka berkacang gitu...hehehe.... insyaalah kalo ada kenduri lepas ni boleh la buat

TALAM LEPAT GULA MELAKA

Bahan lapisan bawah
250gm beras pulut- rendam 15 minit dan toskan
100gm kacang lepat - rebus 15 minit dan toskan
½ cawan kelapa parut putih
300ml santan- dicampurkan dengan ½ sk garam
Cara:
Kukus pulut yang direndam dalam loyang selama 15 minit
Masukkan santan,  kacang rebus, kelapa ke dalam pulut dan gaul
Kukus lagi selama 30 mnit. Kacau setiap 10 minit
Setelah masak, ratakan pulut dalam loyang dan tekan hingga mampat

Lapisan lapisan atas
3 biji telur
150gm gula melaka*
100ml air masak* ( Masak kedua2 bahan ini hingga gula larut dan pekat. Kemudian sukat air gulanya menjadi 200ml)
300ml santan
75gm tepung gandum+20gm tepung kastat+10gm tepung jagung
Cara
Campur semua bahan di atas dan kacau. Kemudian tapis
Masak dlm periuk sambil dikacau hingga separuh pekat. Matikan api
Tuang atas lapisan pulut yang sudah dimampatkan tadi

Kukus kembali selama 15-20 minit


Puncak Jalil mengalami catuan air sekarang ni. Mujur la kat rumah CK ada 2 tangki air yang besar2 (beribu2 galen ) ...so kami takde masalah air...hehehe..... al maklum laa..orang niaga ni mana bleh bagi alasan takde air kat customer.. kalo buat alasan gitu, lari la customer !!! 


Ok..selamat menjamu selera... Sedap taw kuih ni...cubalah !!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...