Selasa, 31 Mei 2011

Cheese Donut

Salam... hari ni buat donut untuk anak2. Kalinya tak guna salutan coklat ataupun gula, sebaliknya letak cheese di dalam donut tu. Satu kelainan, jimat gula dan sihat..hehehe...


Resipi macam donut biasa gak, dan letakkan slice cheese ditengah2. So jadi la bulat2 macam kat gambar atas tu.

Bahan-bahan
200g tepung roti
1 sudu kecil dry yeast
20g gula
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil bread softner
1/2 sudu kecil bread improver
140ml susu segar
20g butter
minyak masak untuk menggoreng
cheese secukupnya

Cara-cara
Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau
Buat lubang ditengah. Masukkan susu dan dry yeast. Kacaukan sedikit.
Masukkan pula butter
Kacau sehingga sekata
Keluarkan dari mangkuk dan letakkan atas papan canai.
Uli sehingga tak melekat ditangan
Masuk semula ke dalam mangkuk. Tutupkan dengan plastik wrap atau kain lembab. Biar naik 2 kali ganda
Canaikan lagi dan ambil sedikit, leperkan dan letak cheese. Kemudian bulat2 kan kembali.
Rehatkan sebentar dan tunggu donut naik sekali lagi.
Goreng dalam minyak panas

Keratan rentas donut cheese. Waaa... itulah reaksi anak2 bila aku koyakkan donut ni tadi. Si Ryan pun asyik dok makan cheese dalam tu jer...


Ahad, 29 Mei 2011

Kek Marble Gebu

Salam... hari ni rajin sikit sbb tak payah masak nasi dan lauk2.. so ada la masa buat kek. Anak-anak memang suka makan kek. So..ini percubaan untuk buat kek yang lembut dan gebu (selalu buat bantat jer...)

Fuh..kali ni jadi ler.. cara aku: lepas masuk dalam oven, lantak ler kek tu membakar diri. Malas nk intai,malas nk tengok. Cukup masa, bnyi loceng, lantak ler dia sejuk sendiri kat dalam... (kes layan citer kat tv..sambil baring, tertido...wakahkahkah)

Selalu tu aku dok bukak tutup pintu oven. Kengkonon nk tanya khabar ler. Kejap2 cucuk lidi ler.. .last2 kek jadi bantat. Padan muka kan !!! Kali ini tidak lagi !!!!




Resepi daripada myresepi:tulip77. Sedap keknya. Gebu dan lembut. Korang pun cubalah !!!

Bahan-bahan
250g tepung naik sendiri
200g gula kastor
5 biji telur- saiz B
1camb ovellate
1camt baking powder
2camb susu pekat
50ml susu segar
175g butter - cairkan
1/2camb serbuk koko

Cara-cara:
1.Pukul telur dengan gula hingga kembang,kemudian masukkan ovellate.
2.Masukkan telur,baking powder,susu pekat,tepung dan susu cair (adunan menjadi pekat).Apabila sudah sebati masukkan butter cair tadi,kemudian kacau hingga sebati.
3.Bahagikan kepada 2 bahagian. (aku letak sikit jer perasa koko tu...tu yang jadi marble kat atas jer...)
4.Sapukan loyang dengan butter dan tabur sedikit tepung.
5.Kemudian masukkan adunan selang seli
6.Adunan yang banyak dimasukkan,ratakan perlahan2 sehingga menutupi seluruh loyang.
7.Masukkan sedikit adunan ke dalam paipping,lukis corak diatasnya.Kemudian guna lidi untuk melorekkan corak itu.
8.Bakar pada suhu 160'c selama 45 minit.
(bila sejuk baru keluarkan dr loyang)





Ok..sampai sini dulu !!



Puding Strawberry Buahan Koktel

Salam... ni projek petang semalam.. tp hari ni baru makan, tak teringat plak..(kes berjalan-jalan sampai malam..balik terus zzzzz)

Hari ni aku rilex lagi... ada kenduri kahwin kat tepi rumah ni... suruh jer diorang pegi.. aku malas ler.. So..takyah masak... Sambil lepak tengok tv, jom layan puding stoberi best ni



Resipi amik dari umah Kak Ummi Kuantan, TQ akak !!  Aku malas nk deco lebih2...  Ada stoberi frozen, campak jer dalam puding tu...so takdelah nampak stoberi kat luar yer !!!

Bahan:-
* 1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
* 2 biji telor
* 4 cawan air
* 1/2 tin susu cair *
* 1 sudu besar pes strawberi *
* 140 gm strawberi segar * (* dikisar bersama)
* 1 cawan gula pasir
* 1 1/2 sudu besar tepung jagung
* 1 tin fruit cocktail

Cara-Cara:-
1. Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut.
2. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung jagung. Kacau rata dan ketepikan.
3. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan strawberi kisar tadi, biarkan mendidih.
4. Masukkan campuran telor dan tepung jagung.
5. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api.
6. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
7. Sejukkan dan hidang.

Haaa...nampak yang merah2 sikit tu..itulah dia stoberi nyer !!!

Sapa nk ?? silalah.....




Sabtu, 28 Mei 2011

Sayur Labu dan pucuknya , sambal sotong kering+petai

Selamat Tengahari. Kemana korang hari ni? ke pesta buku Mines atau ke Jom Heboh Putrajaya? kami sekeluarga memang bercadang nk keluar, tp pandang ke langit...alahai mendung la plak. Sesekali terasa rintik hujan. Errmm... rehat dulu kat rumah. Tido ke..mana yang patut ler..

Ni juadah hidangan tengahari kami. Lauk ala kampung. Hari2 makan ayam pun boring gak kan !!

Ni lauk yang aku teringin sangat nk makan. Hampir sebulan dok mencari pucuk labu ni tapi tak berjumpa. Kat Pasar Tani Kinrara hari Selasa memang takde jual. Kena ke pasar tani hari Khamis baru ada. Tapi hari Khamis punyer pasar tani jauh sikit, dah nk sampai Puchong nun..tu yang malas nk pegi.

Akhirnya, tercapai gak keinginan nk makan. Campur dengan labu dan udang kering. Wallah...manyak shedap wooo !!!!

Sambal tumis sotong kering dan petai. Udang fresh tarak, so digantikan dengan sotong kering. Kegemaran siapa lagi kalo bukan along. Tak sabar2 dia nak makan nasi. Habis dikutipnya semua petai. Ambik ler anak, ko sorang jer suka petai kat rumah ni


Ikan kembong masak taucu. Sekadar menambah lauk.

Selain lauk2 ni ada gak telur masin. Pergh..banyak plak aku makan nasi hari ni..alahai !!!sib baik berat maintain jer kat 51kg :)






Roti Tuna

Slamat Pagi.. best hari ni sbb my Jebat coti..yeah... tp hari ni kami breakfast biasa-biasa jerk. Takde mood nk masak berbagai. Entah laaa... malas !!

Jadinya, cuma buat roti tuna ni jerk. Senang dan sedap. Anak-anak sekali hadap jerk

Macam mana nk buat roti ni? first sekali korang kena beli burger bun dan tuna chili (dalam tin tu..brand ada macam2, Ayam Brand, TC Boy, dll) Tp kalo korang nk guna perasa lain spt mayonis pun ok gak. Kalo nk guna sardin pun bleh.

Dah siap sume tu, roti bun dipotong/kerat dua. Opsss.. ingat, jangan beli roti bun gardenia/Hi-5 sbb rotinya dah dibelah terlebih dahulu. So takleh la nk buat roti ni.. pilih roti bun yang seketui2 tu.. balik rumah, kerat 2 yer.. Pastu toreh sedikit permukaan yang dibelah tadi, agar jadi macam poket kat roti tu..

Ok... bukak tin tuna tu. Kalo suka boleh tambah mayonis, dll.

Pastu masukkan inti tuna tadi ke dalam poket roti tu.Buat sampai habis semua roti.

Ambil sebijik telur, pukul sedikit. Panaskan kuali. Letak sedikit butter/marjerin/minyak
Celup bahagian yang disumbat tuna tadi pada telur. Goreng hingga masak.
Siap !! Senang kan !!!


Disebabkan aku tak makan roti, so buat 4 bijik jer..dan dapatlah 8. Diorang makan ler.. Aku? tak makan..... minum air jerk !!!



Jumaat, 27 Mei 2011

Nasi Minyak Hujan Panas

Salam... hari Jumaat dimulakan dengan hujan. Nyaman jer udara. Dan mood nk memasak dah ok. So masak somting spesel kat anak-anak. Apa lagi, kalo bukan nasi minyak. Disebabkan hari hujan, so kita buatlah nasi minyak hujan panas. Ada kaler2 sikit. Meriah jer nampaknya.


Resipi di bawah ni dari Makyong MYR. Tapi aku masak guna rice cooker jer. Ikut cara aku ler. Mula2 masak nasi macam biasa, sambil tu tumis semua bahan2 lain. Kemudian masukkan dalam periuk nasi. Masak macam biasa. Bila nasi dh masak, barulah titikkan pewarna. Biar sejuk sikit, pastu gaul agar warna berselerak.

Bahan-bahan ( 5 orang )
* 4 cawan beras basmati
* 5 cawan air
* 2 kiub ayam
* 2 helai daun pandan
* pewarna merah, kuning dan hijau
[bahan tumis]
* 1/2 inci halia
* 2 ulas bawang putih
* 1/2 biji bawang besar
* 2 sudu besar minyak masak
* 1 sudu besar minyak sapi
* 1 batang kulit kayu manis
* 2 kuntum bunga lawang
* 3 kuntum bunga cengkih
* 3 biji buah pelaga
[bahan hias]
* bawang goreng
* kismis

Cara-cara
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka


Inilah lauk2 yang dimakan bersama nasi minyak hujan panas tu. Macam biasa, setiap minggu mesti masak ayam masak merah (sampai Jebat dah jemu...tp apa nk buat, permintaan anak2, layan jer lah)

Dikala aku dan Jebat dah jelak makan lauk ni, Irfan tak pernah jemu malah makin berselera tiap kali ada lauk kegemarannya ini.

Acar timun dan nenas

Gulai Kawah yang semalam tu... ada sikit lagi... sesuai makan ngan nasi minyak



Khamis, 26 Mei 2011

Gulai Kawah

Salam... dh petang, tp baru sempat nk update blog. Terima kasih pada yang sudi singgah !!!

Gulai Kawah memang lauk kegemaran kami sekeluarga, lebih2 lagi Along. Selalu tu beli jer... tapi kali ni nk cuba masak sendiri plak. Dah hasilnya.... tidak menghampakan. Sukses ! Sukses, cukup puas hati, puas hati.. Yahoooo !!! (skrip dalam citer Bujang Lapok...hehehe)


Kata Jebat, next time kalo buat kenduri, boleh masak lauk ni...hehehe.... hidang dengan nasi dagang pun ngam. Kiranya, respi ni boleh masuk list laaaa....

Bahan-bahan
-1kg daging hancur dibersihkan dan tos
-2 batang serai- dititik

Bahan A
-5 ulas bawang merah,
-4 ulas bawang putih,
-1 inci lengkuas,
-1 inci kunyit,
-1 inci halia
-5 tangkai cili kering,
-2 sudu besar ketumbar di goreng tanpa minyak dan ditumbuk halus,
-2 sudu kerisik,
-1 sudu budu (sukati nk letak ke idak)
-1 sudu besar gula merah (sapa suka manis, boleh lebihkan)

Bahan B
-1/2 kg santan
-garam
-gula
-air asam jawa

Cara-cara
1.Bahan A dikisar dan ditumis hingga wangi
2.Gaulkan bahan A bersama daging yang telah ditos.
3.Masukkan 1/3 daripada kesemua santan.
4.Masak sehingga daging empuk.
5.Tambah air jika perlu.
6. Apabila daging empuk, masukkan kerisik, garam dan gula, baki santan dan air asam jawa.
7. Masak sehingga mendidih.


Kuih Keria

Selamat Pagi semua. Tiga hari menyepikan diri...sibuk sikit dengan biz frozen food. Dan ni baru boleh lunjur kaki sikit..legakan pinggang yang sakit. Dah siap semuanya.

Dan inilah saki baki keledek yang tinggal, aku buat kuih keria untuk breakfast pagi ni.


Macam biasa, kalau buat kuih keria, mesti ikut resipi cik Quinee dari MYR ni.

Bahan-bahan
* 500 gm keledek
* 1 cawan tepung gandum
* 1/4 cawan tepung ubi kayu
* 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air

Cara-cara
1. keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat.

Gambar sume gelap jer, si Along yang snap... takde flash, takde extra lighting. Takde decoration...kuih sume tersenget jer.. Pakai camera dia plak tu... bantai laaa...

Ok..sampai sini dulu. Hari ni nk rilex sambil tgk tv. Ngantuk lagi niiii !!!!



Isnin, 23 Mei 2011

Sambal Udang Cendanakasih

Salam.. pekabo sume!!

Hari ni aku masak sambal udang, kegemaran Along. Tapi malang sikit, sbb takde petai. Dah jenuh cari kat Giant dan pasaraya Maidin, tp tak jumpa gak. Takpelah along yer..buat sambal udang kosong yer..Lain kali mama cari petai !

 Kiranya, ni sambal udang cara aku ler.. Nk sedap kan, kenalah pandai adjust resipi yang ada. Kalo guna udang galah lagilah terangkat. Tapi mana nk cari galah? bukan ada pokok buluh sini...hahaha....

Bahan-bahan
1 mangkuk udang segar
1 senduk cili kering*- potong kecil, rebus dan toskan
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
Sedikit belacan*
2 sudu air asam jawa
1 sudu santan pekat/ susu cair
2 sudu besar udang kering – tumbuk halus
1 biji bawang besar- dipotong bulat
1 ulas bawang putih – diketuk
Garam, perasa

Cara-cara
kisar bahan-bahan bertanda * hingga lumat/halus. Masukkan sedikit minyak masak untuk menghancurkan biji cili yang ada.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak
Tumis bawang putih yang diketuk hingga kuning. Kemudian barulah dimasukkan bahan-bahan yang dikisar tadi
Masak hingga naik minyak/garing
Tambah air asam jawa. Kacau rata dan masukkan garam dan perasa
Kalau nampak kering sangat, boleh dimasukkan sedikit air.Masukkan udang kering yang ditumbuk halus tadi. Kacau lagi sikit, kemudian,
Masukkan udang. Gaul rata
Lepas tu, masukkan santan pekat, diikuti dengan bawang besar yang dipotong bulat.
Kacau dan bolehlah diangkat !!! 



Ok..sampai sini dulu !!!!



Ahad, 22 Mei 2011

Laksa Ujung Minggu

Ada bau tak? ada bau tak? heheh... hari ni aku masak laksa plak. Sejak ada bunga kantan ni, senang jer nk masak apa-apa berasaskan bunga kantan. Terima kasih pada cik Zarina yang bagi stok bunga kantan yang banyak kat aku. Bila dh dok KL ni, kena la pandai modified apa yang ada agar boleh dipakai lama. So... aku pun frozenkan la bunga kantan tu. Bila nk pakai, keluarkan.. dan rasa still sama... at lease, ok la kan..daripada takde !!

Gambar gelap sikit, sebab bulan diselindung awan. Hahaha... gambar dari henpon jer ok !!! dh siap masak, nk cepat makan, malas nk keluarkan segala kamera.Baunya cukup menggugat iman. Tak sanggup nk tunggu lama2 lagik


Bahan-Bahan:
- Ikan kembung hitam 1 kg -direbus, asingkan isi dan tulangnya. Kisar halus isinya. Simpan air rebusan ikan.
- Laksa 1 bungkus (aku suka guna lor shu fen- sejenis laksa orang cina.. tp halal ler...)
- 20 biji cili kering - rendam dan kisar halus
- Cili padi -kalau suka laa.. aku tak letak sbb anak2 takleh makan pedas
- Belacan
-Otak udang (guna pes udang dari Ana)
- Garam secukup rasa.
- 20 biji  bawang merah
- Bunga kantan.(batangnya diketuk, bunganya dibelah 4)
- Daun kesum.
-Asam keping
-Asam jawa
-Jus limau nipis

Bahan hiasan
- Timun dipotong halus.
- Bawang besar dihiris separuh bulat.
- Cili pad, cili merah -dihiris
-Telur rebus
-Daun salad -dihiris halus
- Daun selom, daun  kesom -dihiris halus
- Daun pudina

Cara:
Mesinkan bawang bersama cili kering dan belacan.
Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk bersama batang bunga kantan yang diketuk, asam keping, daun kesum dan otak udang. Didihkan sebentar agar cili masak (biar kering sedkit)
Tambah isi ikan yang dikisar, stok rebusan ikan, bungan kantan yang dibelah 5  dan air (bergantung kepada banyak mana kuah yang dikehendaki) Biar hingga kuah mendidih
Masukkan air asam jawa dan jus limau nipis. Tambah garam dan perasa. Biar mendidih lagi
Siap.
 


Ok...sampai sini dulu !! nak rasa? ambik mangkuk kat dapur tu yer...letak laksa, bahan rencah dan kuah... pastu makan yer... air cuma ada air sejuk jer... tapi INGAT !! lepas makan basuh pinggan yer.. kemas dapur skali ek !!! hahaha




Apam Yogurt

Salam Ahad. Hari ni melaksanakan projek Apam Yogurt. Teringin plak nk mencuba setengah tengok Anna Qawina dok tayang apam dia hari tu. Rajin sungguh mak yung tu yer.Yang membawak budak pun rajin, inikan plak aku yang kosong/slim ni kan...hahaha... ish..takleh jadi ni..


Rasa-rasanya dalam esbox tu ada yogurt. Aku pernah nampak masa ambik barang dua tiga hari lepas, tp hari ni, bila betul2 nk buat apam ni, alamak... hanya ada yogurt manggo jer..Agh..bantai jer lah..

Resipi disalin dari rumah Ana Qawina. TQ Ana !!!

Bahan-bahan :
•3/4 cawan gula castor
•1/2 sdt ovallete
•1 cawan tepung gandum
•1/2 cawan yogurt asli (aku guna yogurt manggo)
•1 biji telur
•1/4 sdt double action baking powder
•pewarna yang disukai
•cawan kertas secukupnya

Cara-cara :
•Campur semua bahan di atas dalam mixer.
•Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
•Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
•Asingkan sedikit daripada adunan tersebut dan campurkan pewarna kesukaan, gaul sebati.
•Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan bewarna atasnya.
•Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
•Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup.



Hasilnya? apam yang gebu dan ada perisa manggo.. wakahkahkah...tp sedap tawww !!!!  Korang yang rajin tu, apa lagi.. cubalah !!!


Sabtu, 21 Mei 2011

Bubur Pulut Hitam Durian

Salam Sabtu buat semua.

Sapa yang keje ari ni?? Sapa yang cuti, yg balik kampung, yang pegi kenduri kahwin? Aku macam biasa...ada kerja sikit hari ni.. nk ke Desa Water Park jap lagi...

Hari ni pepagi lagi dah masak bubur pulut hitam. Tingin beno. Macam biasa ler campur durian. Pes durian dalam freezer tu masih ada lagi. Uh..takleh jadi ni, kena tambah stok la nampaknyer.


Selain pulut hitam, pes durian juga boleh dimasukkan dalam bubur kacang dan bubur gandum. Ikut selera masing la kan !!

Bahan-bahan
1 cawan pulut hitam [rendam semalaman]
4 cawan air
1 cawan gula
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
daun pandan [simpulkan]
garam
isi durian

Cara
1. Rebuskan pulut hitam dengan air sampai pulut pecah
2. Masukkan 2 cawan santan, daun pandan gula dan garam.
3. Kacau supaya tidak pecah minyak dan masakkan sampai mendidih.
5. Masukkan isi durian. Kacau, siap



Nk rasa? ambik sorang satu sudu yer... kehkehkeh !!!!




Jumaat, 20 Mei 2011

Nasi Mandhi & Ayam Bakar

Salam.. hari ni aku masak makanan Arab la plak... huhuh... ni kes My Jebat yang suka sangat makan nasi Arab ni. Tiap2 minggu mesti nk pegi Restoren Saba kat Cyberjaya tu.. sampai aku sendiri dah muak. Tapi disebabkan diorang ni nak makan, buat la sikit.



Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.



Ayam Bakar
Sumber;Blog Resepiraidah

Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....

Untuk sos
-cili merah
-jus lemon
-ketumbar
-tomato
-garam

Kisar semua bahan dan sesuaikan rasa



Ok..sampai sini dulu yer... Slamat Berhujung Minggu buat semua. Kami nk BALIK KAMPUNG ni...



Khamis, 19 Mei 2011

Puding Tembikai

Salam... dalam cuaca panas cenggini, meh la jamu tekak dengan puding tembikai ni. Dah lama bercadang nk buat, tapi asyik bz jer.....
Dan hari ini, jenuh dok fikir nk buat kuih apam untuk minum petang/kudap-kudapan. Kebetulan my Jebat pun balik awal, so bolehlah buat puding ni.



( Resepi Kak Long Lyn)
BAHAN-BAHAN

1 paket agar2 serbuk (dalam 15gm) tp kalo guna agar2 tali pun xde masalah, cuma kena pandai agak air le
2 keping roti gardenia
6 cawan air
1 1/2 cawan gula (kurangkan kalau x suka manis)
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
cincau- dipotong kecil (utk dibuat biji tembikai)
*kalo takde cincau, ambik sikit agar2 tu, warnakan hitam, bila beku, potong kecik2

Cara-cara
-rebus agar2 ngan air..
-bila sudah larut masukkan gula..
-apabila mendidih masukkan mentega..
-kemudian masukkan susu..
-ambil sedikit adunan agar2 ni kemudian blendkan ngan roti sampai sebati..
-kemudian tuang semula kedalam agar2 tadi..kacau rata...

-dlm bekas lain bubuh sedikit warna hijau..masuk ke dalam loyang...jangan banyak sangat cukup untuk buat kulit dia je...biar beku skit je jangan beku sangat nnt x melekat pulak bila bubuh warna lain..
-lepas tu letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih pulak...biar beku sedikit..
-kemudian letak adunan warna merah pulak...
-tabur cincau untuk buat biji tembikai..biar beku betul2...sedap dimakan sejuk2.....



Sapa nk? meh datang umah.. aku dah bagi kat jiran aku, Mr Justin- sepiring... hehehe....

Rabu, 18 Mei 2011

Serimuka Durian

Aloo... jangan muak yer tengok entri berasaskan durian hari ni.. hehehe...

Buat kedua kalinya, buat serimuka durian lagik... ermm.. kiranya sedap lah yer. Kali ni kasi upgrade sikit. Atas permintaan along, dia mintak pulut tu kaler hijau, macam buat pulut bangkok hari tu. So ikut kan jer lah. Dan jadilah warna bendera Kedah !!!

 
Guna resipi yang sama macam dulu, tp pulut tu aku rendam semalaman bersama kisaran air daun pandan. So bau wangi jer lah...


Bahan-bahan Lapisan Bawah
250g beras pulut - rendam semalaman  bersama jus daun pandan dan sedikit warna hijau
1/2 sk garam
170ml santan cair
Daun pandan simpul
1/2sk gula -

Cara-cara
Sediakan periuk kukusan dan panaskan air. Satukan semua bahan diatas dan gaul sebati. Kemudian kukus lebih kurang 30-35min atau sehingga pulut masak. Keluarkan daun pandan. Masukkan pulut ke dalam loyang yang di alas dengan daun pisang@plastik wrap supaya mudah dikeluarkan. Tekan padat. Ketepikan sebentar.

Bahan-bahan Lapisan Atas
150g isi durian
125g gula
3 biji telur
35g tepung gandum
10g tepung jagung
375ml santan pekat
secubit garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Blend isi durian dengan sukatan air sehingga hancur sebati . Ketepikan.
Satukan telur, gula, tepung, santan, garam dan pewarna. Blend semua sebati.Kemudian tapis ke dalam periuk
Campurkan isi durian tadi. Dan masak sekejap menggunakan api kecil sehingga agak pekat. tak perlu sampai mendidih. Curahkan adunan ke dalam loyang pulut tadi.
Kukus lebih kurang 30-40min atau sehingga masak. Pastikan tutup pengukus dilapik dengan kain agar air tidak menitik atas kuih.
Tunggu benar2 sejuk baru dipotong.


Berseri jer kaler serimuka ni kan... i like !!!

Muffin Durian

Salam... musim durian ada lagi kan... dan kali ini aku buat muffin durian plak untuk anak-anak breakfast dan bawak bekal.

Baunya? Fuh..semerbak. Bayangkan bau durian tersebar kat satu baris ni seawal 6.00 pagi. Hehehe... tentu yang terbau tu teringin kan...

Buat dalam pelbagai saiz. Saiz kecik2 tu untuk bebudak bawak bekal dan bagi kat kengkawan diorang. Saiz besar tu plak untuk my Jebat bawak ke tempat keje, bagi kawan rasa. Aku?? Sekadar buat jer.. tak makan pong !!!


Ni resipinya. Sori... tak ingat copy dari mana..... (ni dalam fail words aku...dh lama dah....)

Ingredients
•80g All-purpose Flour
•¾ tsp Baking Powder
•60g Castor Sugar
•1 no. Egg (L), lightly beaten
•60g Butter, melted
•60ml Milk
•½ tsp Vanilla Essence
•½ cup Durian Puree
•Additional durian flesh for topping (optional)

Methods:
1.Preheat oven to 175degC.
2.In a large mixing bowl, sift and mix together flour, baking powder and sugar. Make a well in the middle and add in egg, butter, milk and vanilla.
3.Stir to combine, then add in durian puree. Stir till just combined.
4.Fill each muffin cup up to 80% full, top with durian flesh then bake for 20-25 minutes.


Buat dalam pelbagai saiz. Saiz kecik2 tu untuk bebudak bawak bekal dan bagi kat kengkawan diorang. Saiz besar tu plak untuk my Jebat bawak ke tempat keje, bagi kawan rasa. Aku?? Sekadar buat jer.. tak makan pong !!!

Isnin, 16 Mei 2011

Kek Pisang Maklang

Salam....  ni juadah minum petang tadi, tp malam ni baru sempat update... siapkan tempahan frozen karipap dan onde-onde dari cikgu Wati. 
Lepas habis buat kuih, sempat gak ler buat kek ni, sayangkan si pisang emas yang masak ranum tu. Aku ni mmg selalu fail buat kek, tp kali ni alhamdulillah..menjadi la jugak. Kali ni guna tepung naik sendiri plak. Tak brani dah nk guna tepung gandum biasa tu...kang bantat lagik !! hahaha.....







Kek Pisang MakLang
Sumber : MakLang &Yatie Cooking
Copy : Kak CT, Anna Qawina

Bahan-bahan :
* 2 cawan tepung naik sendiri
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur
* 1 1/2 cawan pisang emas dilenyek
* 1/2 cawan minyak
* sedikit esen pisang..(guna esen vanilla jer)
* 50 grm coklat rice

Cara-cara
* Ayak tepung
* Pukul telur & gula hingga kembang
* Kemudian masukkan pisang & esen vanila
* Akhir sekali tepung bersama yang diayak tadi.
* Tambahkan coklat rice,
* Bakar/kukus



Sedap tau kek ni... Jebat pun kat lembut....  so korang cubalah !!! 



Cheese Tart Coklat

Salam Isnin.. Ada yang cuti ke hari ni?

Inilah projek aku semalam. Ditempah oleh rakan berjimba aku, sapa lagi kalo bukan cikgu Ann. Diorang nk meraikan hari guru disekolah.

Sebenarnya dah lama dia order cis tart coklat ni, tp aku wat ‘derk’ jer. Sampailah ke malam minggu ari tu, bila bukan Fb, ada mesej dari dia, kata nk order cis tart. Alamak.. gabra aku sbb barang2 tak brapa nk ada. (aku sendiri pun teringin nk makan cis tart ni..maklum ler..lama dok diet...)


Bang Jebat plak, biasalah... hari-hari kerja. Huh..mcam mana ni?  Bangun pagi2 siapkan shell dulu. Sementara tu bolehlah masak-masak untuk makan tengahari. Menjelang tengahari, bang Jebat pun balik, dan kami keluar sekejap ke Yummies Bangi, beli barang2 bakeri.

Sampai rumah 2.30, terus plak denga projek Apam Polkadot. Sib baik dia mintak dua warna. Nk jadi cerita, steamer aku plak buat hal. Setiap 1 minit, apinya padam. Lepas 1 minit dia hidup sendiri. Huhh..geram... last2 pakai pengukus biasa jer...  



Inti coklat ni, pakai ‘coklat filing’ yang buat roti tu... best.. bila dah masak, ala2 cair melekit gitu. Wallah... suka anak2 makan. 

100 biji Apam Polkadot. Inti kelapa dan kacang merah. Permintaan dari Ann, nk kaler ijau apple dan pink. Bintik putih. Huh..sonang kojo den. Ni First time jual apam polkadot. Aku tak tau letak harga. So aku letak ler rm25.00/100 bijik. Kiranya 4 bijik seringgit ler... Tak sampai ati ler nk letak mahal2, tambah skang ni pun zaman gawat. Harga barang mahal.
Aku ambik harga ni setelah congak2, kira untung sikit...jadi ler... kawan baik kan...   (lagipun sama dengan harga satay ikan yang dijual kat sekolah tu, satu cucuk ada 4 bijik...so kira ok laaa... kahkahkah)

Aneka cis tart. Ada 4  filling. Blueberri, oren, kiwi dan coklat. Terima kasih pada Hasue yang ajar teknik lorekan tu. Suka plak aku main lorek2 tu...kahkahkah..... 




Ok...sampai sini dulu. Aku tengah rebus kentang tu. Nk siapkan order kuih2 frozen plak. Ni order dari Cikgu Wati plak.Dan 2 minggu dia order karipap dan onde2. Katanya kali ni untuk keluarga mertuanya.  Kang kecik plak ati kawan aku sorang tu sbb lambat siapkan order dia dan dahulukan order cikgu Fisa.  Sori yer Wati...ni tengah buat ler ni.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...