Selasa, 31 Mac 2009

Sambal Jering + Ikan Pekasam

Hari ni laki aku tak balik untuk makan tengahari. Dia ada exam hari ni. Exam naik pangkat. Sebelah pagi ujian lisan dan petangnya plak ujian bertulis. Semoga abang lulus yer!! Oleh kerana dia tak balik, so boleh ler aku masak yg simple. Tengok kat dapur, ada jering yang dh terkopak kulit nya.. oh, jering tu dh tua. Nk buat apa yer dengan benda ni? nk buang, sayang plak. Teringat plak kat satu resepi yg pernah dimasak oleh Sheila Rusly. Aku pun try ler....

wah..rasanya not bad. Pedas2 lemak. Sedap la plak...kira alringht ler resepi ni.... Kita nantikan feed back dari Hang Jebat plak yer..


Ikan pekasam ni paberet aku. Kat umah ni hanya aku sorang jer yg makan ikan pekasam. Ni buat sendiri tau, bukan beli. Ikan pekasam talapia.


Sayur bayam merah, pelengkap lauk2 untuk hari ni.





Pasta

Aduh, dh lama tak letah entri kat sini. Bz sikit, pagi2 dh kena bangun siapkan itu ini. Anak sedara pulak datang, so takleh ler asyik mengadap depan tenet jer, kena la masak itu ini sikit (anak sedara aku ni dh beso panjang la...dh 27 tahun dh, tp lom kawin lagi)

Ni breakfast pagi ni, senang keje kan, rebus jer pasta kemudian bukak plak tin sos speggetti prego tuh. Request dari Along si tekak western.

Untuk kuahnya, aku tumis dulu bawang merah dan bawang putih, kemudian letak isi ayam, crab stik, sosej dan cendawan butang. Kalo kuah kosong jer, nanti budak2 tu banyak citer plak.


Hari ni diharapkan taklah bz sangat...tak tau ler...tengah tunggu kontraktor pendawaian datang, untuk ubah aircond dan pasang door bell. Aku kena kemas bilik tidur dan alihkan lemari dan apa2 yg patut, sebab diorang akan buat kerja dalam bilik tuh ... huh, memang banyak keje, umah dh macam kapal pecah (bahagian luar rumah jer la, kat dalam masih elok lagi) Nanti aku letak gambo2 nyer yer

Harap2 dapat ler letang satu dua posting hari ni. Insyaalah...

Jumaat, 27 Mac 2009

Burger Malaysia Pulak

Hari ni buat burger malaysia ni plak. Kiranya tiap2 hari ler aku menguli tepung buat kuih. Walaupun Hang Jebat dh suruh rilex jer kat umah, tp aku rasa rimas ler dok mengadap tv jer. Kalo masuk dapur, mesti ada jer benda aku nk buat. Tp buat masa sekarang ni memang takde mood nk masak kek atau muffin. Mungkin sbb anak2 dh jemu kot. So aku pun beralihlah kepada juadah lain plak.

Inilah hidangan minum petang hari ni. Resepinyer sama mcm resepi buat donut hari tuh. Cuma buat jer bulat dan goreng. Lepas masak, sejukkan sekejap dan belah 2, letak timun dan isi sambal tumis ikan bilis. Tangkupkan balik, dh siap. Boleh ler ngap.





Sesekali Kurasa Teringin

Pagi ni teringin plak nk breakfast nasi lemak. So suruh ler Hang Jebat aku belikan kat flat Bk 6 nun. Tak jauh dari rumah. Kat sana tu sedap, murah plak tu. Dh pesan kat dia, tak mo orang lain jual. Nk yg dengan makcik tu jer (sbb nasi lemak kat makcik sorang tu memang sedap) Dan kalo laki aku yg belikan, mestilah dia letak 2 jenis lauk. Lauk2 kat makcik tu sedap2 belaka. Kalo letak 2 jenis lauk, baru rm2.50. Murah kan!!

Ni nasi lemak untuk hang Jebat ku. Dia pilih lauk sambal udang dan sambal kerang = rm 2.50

Ni plak kuih untuk anak2 aku. Kat flat tu, kuih masih dijual dengan harga rm1.00 untuk 3 bijik kuih... tp kalo anda memasuki kawasan Puncak Jalil, sume kuih dijual rm2.00 untuk 5 bijik...tengok tempat la beb!!

Ni nasi lemak untuk aku. Lauk sambal paru dan sambal sotong kembang. Ni pun cuma rm 2.50 jer. Tapi aku tak ler makan sume tuh. Kongsi dengan Irfan.




Khamis, 26 Mac 2009

KFC

Malas betul nk masak nasi malam ni...kengkonon mama diaorang diet la...pas tu papa kata "oh, mama diet yer..takpe..jom kita makan KFC!"
Makan KFC? mana leh korang jer yg makan...aku pun joint ler sama....lepas jer hantar Along g kelas KAFA(kelas waktu malam, 7.30-9.30mlm), kami bertiga pun merempit ler pegi KFC kat Giant Kinrara tuh...

Selalu amik yg ni jer, 3 ketul ayam hot & spicy(1 ketul untuk aku dan 2 ketul utk Hang Jebat), dan sorang seketul untuk anak2. Cukup...terlebih sudah. Kang aku plak yg jadi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

walaupun dh biasa buat kentang putar ni kat umah, tp kalo g KFC, mesti beli ni

Potato wedges. Ifran dh bedal dulu sebaik saja sampai umah. Tinggal beberapa ketul jer untuk along.


Rendang Daging

Disebabkan takde orang nk balik lunch hari ni, so boleh ler try menu baru. Stok daging pun masih banyak lagi dalam fridge tu (yelah, sekali beli satu paha lembu tuh) Kali ni buat rendang style kak Asma plak. Katanya ni rendang nenek moyang dia. Memang merbeles la rasanya. Rendang ni aku wat cicah ngan roti jer. Malas plak nk rebus nasi himpit. Mulalah datang penyakit 'M' tu...



Sori, kak Asma, copy and paste jer dr blog akak.. tp saya tak buat ler warna hitam, agak coklat sikit warnanyer

Bahan2nye
~1kg daging
~1/2 biji kelapa dibuat kerisik
~2biji kelapa ambil santan pekat 2mangkuk,santan cair 1mangkuk
~2 batang serai diketuk
~1 inci lengkuas diketuk
~2 helai daun salam
~1helai daun pandan(disimpul)
~2 helai daun kunyit(disimpul)
~garam
~rempah tumis 3 beradik
~1 labu bawang besar dihirisBahan kisar;
~10-15 biji bawang kecil
~15 tangkai lada kering
~6 ulas bawang putih
~1inci halia
~1sbesar lada hitam
~sedikit ketumbar*
~sedikit jintan halus*
~sedikit jintan kasar*(bahan* disangai dulu)

Cara-cara
1.panaskan kuali.bubuh sedikit minyak masak.tumis bahan penumis,masukkan bahan yang dikisar,lengkuas dan serai.
2.Tumis hingga terbit minyak.masukkan daun pandan dan daun salam.kemudian masukkan daging dan santan cair.bila telah mengelegak masukkan santan pekat,kerisik, garam dan daun kunyit.
3.Masakkan hingga kuah rendang ni pekat dan berwarna kehitam hitaman.Biarkan hingga kuah rendang ni betul betul pekat dan berwarna kehitam-hitaman. (tp aku tak la buat warna hitam,,dh la kulit laki ku itu pun itam.... ha,ha,ha...kalo dengo di mak mertua aku, sure kena smash, sedap2 jer kutuk anak dia...)


Spinach Fettuchini

Akhirnya...kerja2 telah berjaya disiapkan....dh aku dh boleh kembali berblogging macam biasa... (bangun awal hari ni siapkan kerja, sebelum laki aku mengamuk "ayang, dateline dh dekat, cepatlah buat kerja, orang tu nk cepat"...itulah kata2 Hang Jebatku tiap hari, tp bini dia buat derk jer..ikut mood nk buat kerja)
Kembali ke tekak western plak... hari ni punyer breakfast, Fettuchini Goreng. Ada saki baki spinach fettuchini kat dalam lemari tu. So boleh ler buat benda ni hari ni.



Resepinya dh ada kat dalam lemari tuh yer... bahan-bahannya sama jer...Tambah la apa saja sesedap rasa. Yang ni macam biasa jer, letak sosej dan crab stik. Sebab itulah kegemaran anak2.

Tengahari ni, malas nk masak, sbb Hang Jebat tak balik lunch. Masak untuk dinner jer. Yahooo...i'm free for blogging !!!



Rabu, 25 Mac 2009

Char Kuetiau

Aduh...tak larat ler kalo setiap kali nk makan char kuetiau, kena beli kat kedai./pasar malam.Bukan saja mahal, ciput plak tu. Akhirnya aku cari resepi char kuetiau. Kalo dulu, goreng kuetiau main taruk itu ini jer (buat mcm goreng mee tuh) tp kali ni dh expert. Blajar kat kawan chef aku yg duduk nun diatas Puncak Genting Highland. Thank Mr Odeman Sanggeng. Ko memang chef yg super dupper yummy!!

Inilah hidangan makan malam hari ini. Malas dh nk makan nasi. Rasa kuetiau ni sebijik sedebak macam char kuetiau kat kedai/pasar malam tu. Fuh...memang best. Tak sempat nk buat cili jeruk. Yang kali ni versi basah. Esok lusa aku akan buat versi kering plak. Kata Ode, kedua-dua versi tu memang best.

* Gambar mcm blur sikit. Nk cepat...sbb nk makan...lapar...







Donut

Ugh..lega sikit kepala aku. Baru bangun tido ni. Lepas Hang Jebat pegi kerja semula tengahari tadi, aku makan ubat dan tido. Ni sume angkara malam tadi ler....bangun jer pagi tadi, dh start pening kepala.

Mana taknyer, bila member takde kat sebelah, aku memang tak lena tido. Pas tu plak, dalam pukul 5 lebih pagi tadi, tetiba jer alarm rumah aku berbunyi. Dh dekat 5 minit baru aku sedar, itupun sbb telefon aku berbunyi. Aku tak terus tutup alarm, hati ni dh berdebar, badan pun dh menggigil, yelah, aku dh la tinggal sorang, alarm rumah plak berbunyi. Orang pecah masuk ker? Skang ni dh start balik musim merompak, mencuri kat kawasan ni. Minggu lepas jer, 2 buah rumah dh kena.

Aku tengok di panel alarm tu, zon 2 menyala, huh, ada orang kopak sliding door ker... mau tak mau, aku matikan jugak bunyi bising alarm tu. Takut jiran sume marah nanti. Lepas tu, aku pelan2 turun bawah. Check sliding door, takde apa. Tengok basikal along jer yg jatuh.. sapa punya kerja ni, kucing atau manusia. Aku tak brani lagi nk bukak pintu, manalah tau kalo ada orang sembunyi kat luar garaj kete tu. Aku hidupkan balik alarm, dan rasa lega sikit, bila alarm dh tak berbunyi. Terus call laki aku, dia pun baru jer nk tido, tp tak habis kerja lagi. Dia kata takde apa2 la..dh nk pagi, mana ada orang nk mencuri masa ni? eee..geramnyer cakap..memang ler mulut cincaluk... nk tak nk, aku terpaksa tido dengan pedang panjang kat sebelah...tp apa fungsi pedang tu pun aku tak tau. Aku ni bukannyer pandai berkungfu, bersilat, berlawan segala bagai.

Bila laki dh balik, kena la masak untuk makan tengahari. Katanya dalam pukul 2.30 nanti, dia kena g Bangsar semula. Standby sampai pukul 7 malam. Tiga hari berturut-turut.
Donut ni aku buat untuk kengkawan laki aku yg kena standby untuk Persidangan Umno. Standby kat tnb bangsar jer. Daripada diorang sekejap2 keluar g kedai, naik kat kafe, baik ler aku sponsor kuih. Dapat gak pahala. Lagipun dh lama tak bersedekah.

Skang ni aku suka plak makan donut. Mana la badan tak tembun. Ish, takleh jadi ni, cukup bulan ni kena cari gak ubat diet. Mana leh biarkan. Kang kalo dh terlebih obesiti, tak pasal2 aku ni kena buat gstro bypass plak....tak nkkkkkkkk!!



Tuna Sandwish

Hanya ini saja untuk breakfast pagi ni, sbb mama korang tidur pukul 3 pagi..he,he,he...main tenet..papanyer kena kerja. Tepat pukul 12.00 malam dapat panggilan kerja kat Gombak..eee...tension jer aku. Nape tak panggil pukul 3 pagi jer.. Dan bila Hang Jebat dh pergi kerja, mata ni memang ler takleh tido. Sbb takde member sebelah, so aku chat sambil berblogging sampai 3 pagi. Best oooo... bukan selalu dapat peluang cenggini.

Dh lama tak buat sandwich ni. Ari tuh pegi Tesco, aku sempat sambar tuna in water. So boleh ler buat sandwish ni. Letak crab stik sekali.


Bahan-bahan
~roti sandwish secukupnya
~isi tuna-ditoskan airnya
~mayonis
~bawang merah-dicincang (tp aku tak letak, sbb anak2 tak suka)
~black pepper (kalo suka pedas)
~telur rebus -dipotong nipis
~crab stik-digoreng dulu kemudian disiat-siat
~timun, tomato-dihiris nipis

Cara-cara
1.Tuna dihancurkan kemudian gaul bersama mayonis dan serbuk lada hitam. Boleh tambah bawang merah yg dicincang kalo suka
2.Sapukan roti dengan butter dan buang kulit tepinya
3.Letak inti tuna, kemudian lapiskan dengan telur dan crab stik
4.Letak timun dan tomato kalo suka.
5.Tutup balik dengan roti. Kemudian potong.
6.Siap dan bolehlah dimakan




Selasa, 24 Mac 2009

Meggie Kari

Best nyer dapat makan megi tanpa gangguan. Irfan tido, so aku masak sebungkus jer. Kalo dia bangun nanti, aku goreng ler nugget ker, sosej ker...tp kalo dia nk makan nasi jugak, terpaksa ler aku angkut dia pegi esso kat depan umah aku tuh, beli nasi ayam. Mintak2, anak bujang tu tak banyak ragam hari ni.

Letak telur dan udang kat dalam meggi tuh. Yang ni perisa kari. tak brapa pedas pun, taku tambah lagi ngan cili merah dan cili padi..fuh..terangkat ko !!

Farah, meh ler joint akak makan meggie !!

Conney Dog

Ni untuk breakfast anak2 ku pagi ini. Kalo semalam kita berada di Tamil Nadu, hari ni kita g Australia plak yer...ha,ha....


Resepi dr myresipi ler, mana lagi... klik sini yer

Kalo ikut laki aku, kononnyer hari ni dia balik lambat, jadi aku takyah ler masak nasi tengahari ni. Aku ngan Irfan dh plan nk makan meggi. Kalo papa ter'balik cepat, kita ajak ler dia pegi McD, beli lunch set..ha,ha...padan muka dia, sapa suruh balik cepat, kan dh kata balik petang!!

Isnin, 23 Mac 2009

Tosai

Laki aku dh mula kerut kening, apasal ler bini aku ni, dari pagi bawak ke malam asyik jamu menu india jer... betul ker rumah aku ni? atau aku tersilap masuk umah? dia keluar rumah, tengok nombor umah, eh, betul la, ni umah aku, kete kat depan ni pun kete aku... ish, ish.... tp apasal aku rasa mcm kat estet plak??

ha,ha.... mana idaknyer, dengan rumah yg riuh dengan anak2, bini plak asyik membebel bila la nk g jusco beli mixer baru abang oiii....pas tu aku asyik layan citer hindustan jer... memang macam rumah keling!!!


Tosai, hidangan untuk malam ni...

lawan tosai-kari ayam. Ni untuk diorang ler.

Untuk aku plak, chatney kelapa. Ni versi kaler merah, ada campuran tomato

va, va... sapdey !! (mari, mari, makan)



**** This is my entri and it's my wish to write/say's what i want. If uols tak suka, DO I CARE!!!   I not interested about racism issue!!

Rasam

Dh rindu sangat nk makan rasam ni. Nk balik Melaka, laki aku plak asyik bz jer ngan kerja. Minggu ni plak dia dh cakap, tak dapat balik awal. So..memang takde harapan ler nk pegi jumpa mak. Tengok lah hujng minggu ni, katanya dia tak nk kerja, sbb 31hb ni dia ada temuduga naik pangkat. Nk study katanya. Kalo dia tak kerja, bolehler aku pinjam masa dia 3 ke 4 jam, untuk balik Melaka. Kitaorang balik sekejap jer, pergi pagi, tengahari dh balik kl semula.

Ni kiranya seperti sup kaum India lah. Sup berempah. Kalo mak aku, sume rempahnyer dia tumbuk sendiri. Aku ni guna rempah yg siap dalam pek tu (rasam mix, jenama Gemini)


Kalo buat rasam, aku lebih suka pecahkan sebiji telur kat dalam kuahnya. So takde lah hirup sup kosong jer kan.

Kari ayam ni untuk anak2 aku dan hang jebat aku tuh. Sure punya diaorang tak reti makan rasam ni. Kang buat sakit ati aku jer, kalo diorang makan megi.

Inilah penyedap atau lawan dengan kuah rasam tu. Papadam.


Resepi rasam
Bahan-bahan
~2 sudu rasam mix, jenama Gemini
~1 gelas air
~1 biji telur
~bawang merah-dihiris
~bawang putih-dihiris
~cili kering-dipotong pendek
~daun kari
~air asam jawa (ikut suka, kalo suka masam, boleh lebihkan)

Cara-cara
1.Tumis bawang merah, bawang putih, cili kering dan daun kari hingga kekuningan.
2.Masukkan air bersama rempah rasam
3.Biarkan mendidih sebentar
4.Masukkan pula air asam jawa, biar mendidih lagi.
5.Perlahankan api, dan pecah sebiji telur. Letak garam dan perasa secukupnyer.
6.Biar hingga telur masak, dan bolehlah ditutup api.


Malam ni aku cadang nk buat tosai, sbb tu ler buat kari ayam. Kiranya hari ni sume menu ala2 indian style ler...

Vadai

Ni breakfast pagi ni. Si Along, kalo aku buat benda ni, mesti makan tak serupa ingat. Adik yg tengah tido pun dia tak heran nk simpan sikit. Sbb tu ada 2 gambar tu.. satu pinggan tu dia dh licinkan, terpaksa la goreng lagi untuk adik.

Sepatutnyer vadai ni berbentuk macam donut, leper, tp yg ni versi orang malas aka nk cepat. So buat ler bulat2 jer... ada gak orang panggil cucur madras.

Jemput makan yer kengkawan yg datang !! Air buat sendiri yer.. self service..

Bahan-bahan
>200 gm ( 1 cawan) kacang ulunthu
>110 ml air
>1 biji bawang besar (potong dadu)
>2 tangkai cili kering (buang bijinya dan gunting halus)
>2 tangkai daun kari (gunting halus)
>1 1/2 sudu teh garam

Cara-cara
1.Basuh kacang hitam dan rendam hingga lembut dan kembang kira-kira 20 minit. Toskan airnya.
2.Kisar kacang didalam blender bersama air. Kalau mata blender tak berpusing, tambahkan sedikit air lagi setakat membolehkan ia berpusing.Jgn terlalu byk nanti adunan cair susah untuk digoreng.
3.Letakkan paste tadi kedlm bekas dan gaul bersama bahan-bahan lain. Sudukan ke dalam minyak panas dan goreng hingga masak.

Ahad, 22 Mac 2009

Nestum Coklat Cip Cookies

Dh bercadang nk buat cookies ni beberapa hari lalu, tp takde masa plak. Hari ni baru berkesempatan. Tujuan utama buat biskut ni untuk kak Ina KL (kononnya dia nk datang umah esok) tp laki dia plak masuk wad, pas tu mc seminggu, so tak dapat nk datang umah aku..sbb diorang pegi Nilai. Takpelah kak, lain kali yer akak rasa biskut ni.

Disebabkan si along demam, so takde anak2 gila2 nk makan biskut ni. Si adik plak, kalo takde geng nk makan, dia pun tak nk makan. Selamat sikit biskut aku ni. Kalau tak, satu balang tu sekejap jer lesapnyer...



Petang nanti ada tetamu nk datang. Eddie, kawan laki aku. Dia beli rumah area sini jugak, dan skang ni rumah tu tengah renovate. So leh ler jamu biskut ni.... Budak Eddie ni tolak batu ngan kayu jer...sume makan... (bujang lagi budak ni, tp dh ada 2 buah rumah, 2 bijik kete...fuh..untung sapa dapat kawin ngan dia ni. Ada sesiapa yg berkenan?? hantar borang yer !! )

Nasi Ayam

Kalo dh malas nk masak pelbagai jenis lauk, ha... inilah penyelesaiannyer...NASI AYAM...senang dan cepat dimasak. Anak-anak dan laki aku pun suka. Tapi setiap kali buat nasi ayam, mesti tak dapat nk ambik gambar elok2 , sebabnya bila dh masak jer anak2 sume serbu meja makan. Takleh tunggu lama lagi...mesti nk membedal...

Resepi nasi ayam ni ada berbagai jenis. Kali ni aku buat versi ayam percik plak. Ayam tu bakar ler... cuma masak nasi dan buat sup ayam jer..sume senang kerja, sup dan nasi masak jer dalam rice cooker

Aku lebih suka masak sup dalam rice cooker sbb dapat rebus tulang ayam tu lama sikit. Lagi lama rebus, lagi sedap. Sup ni basic jer, cuma tumiskan bawang putih dan lada sulah, kemudian masukkan air secukupnyer. Letak tulang ayam, dan kaki ayam dan kemudian rebus selama 1 jam. Letak garam dan perasa secukupnya..dh siap. Masa nk makan, taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Senang kan .... (resepi dr kwan yg niaga nasi ayam ni...)






Sabtu, 21 Mac 2009

Mee Sup

Malam ni makan mee sup pulak. Sonang kojo den. Buat ni pun sebab semalam, pegi pasar malam, konon nk cari la benda untuk dimakan, tapi takde satu pun yg berkenan di hati. Tambah plak ramai endon yg berniaga. Lagilah tertutup selera. Pergi plak kat gerai mee sup, dh habis la plak...tu yg buat hari ni tuh...
Sebenarnya aku ni takleh makan benda2 kat pasar malam tu sangat, especially yg bergoreng. Kang tak pasal2 kena g sedut gas kat klinik. Kalo ke pasar malam, yg selalu aku beli ialah buah (epal hijau, oren ataupun belimbing). Skang ni musim buah kundang, tp kat pasar malam sini takde pulak buah kundang. Posmen lom hantar lagi kot.....

Ini mee sup daging.Aku sediakan sekali sambal kicap, sbb kalo tak pedas, memang tak best makan.

Kalo sapa yg tinggal area Sungai Besi, Sri Petaling atau Cheras, pegilah pekena Fullamak Sup atau Sup Meletop kat pekan sungai besi tuh. Memang best. Laki aku plak suka sup gearbox, tapi lepas makan sure kena duduk dalam aircond, coz Panasss!! tp jangan makan selalu, kang tak pasal2 dapat darah tinggi la pulak

Tauhu Sumbat Bakar

Pergi pasar borong semalam, beli jer tauhu, tapi tak plan nk buat apa2 pun. Daripada dibiarkan keras jer dalam esbox tu, baik ler buat tauhu sumbat ni. Kalo tengok kat kedai, kemain lagi aku nk beli. Satu bijik pun dh rm0.80 sen. Satu tak cukup, ni beli dan buat sendiri, puas hati

Tauhu ni, bila dh goreng sikit, aku bakar plak (mcm kat kedai tu) tp sos nyer aku buat sos cili jer, dh malas nk buat sos kacang. Kalo sos kacang, mesti lagi sedap kan!!



ni sebelum disiram ngan kuah.



Jus Epal Hijau + Asam Boi

Setiap hari mesti minum jus epal hijau ni. Rasa macam ketagih plak kalo tak minum. Nape ek?? Kali ni buat jus epal hijau+asam boi. Bila dh habis minum baru teringat..alamak, lupa plak letak limau kasturi..takpelah..lagipun limau kasturi dh out of stok.

Kali ni asam boi merah takde, so bantai jer asam boi putih. Itupun jumpa seketul jer dalam esbox tu. Asam boi putih ni mahal ler..sebijik rm0.10 sen.. Kalo yg merah tu, tak brapa sedap lah..kalo yg dulu punya asam boi merah memang best..leh sumbat kat dalam limau kasturi dan isap jer..em...tu makanan aku masa kecik2 la..skang ni tak buat dh..sbb laki aku marah..nanti dia kata aku nk diet plak makan limau mcm tu.

Resepi... klik sini yer

Stoberi+coklat

Masa bercinta dulu, tak pernah pulak laki aku belikan coklat ataupun stoberi nih. Beli bunga rose pun sekali jerk. Itupun setelah aku perli dia...dan dia dengan malu2 kucing pegi beli bunga tu kat Florist kat Jusco Taman Maluri tuh... dan kali kedua dia beli bunga kat aku, tahun lepas masa birthday aku.... kali ketiga bila yer???

Buat coklat stoberi ni sbb teringin sangat nk makan. Kebetulan, semalam pegi tesco, stoberi tengah offer, satu kotak cuma rm3.99. Aku pun sambar ler 2 kotak. Selalu tu aku beli stoberi coklat ni kat tesco Ampang. Ada satu gerai kat sana jual benda ni..tp mahal ler, satu cucuk ada 4 biji stoberi, harga rm4.99..mahal kan!!

Resepinyer?? klik kat sini yer





Jumaat, 20 Mac 2009

Ayam Masak Lomak Cili Api

Ingat lagi, first time makan lauk ni masa aku kerja kat Shah Alam, kawan baik aku (Baiyah) yg perkenalkan masakan ni.. yelah, aku ni kan anak mummy, mana ler reti makan masak lemak ayam ni. Setakat masak lemak ikan tau ler...itupun mak aku jarang buat. Dalam tiga empat bulan, baru ler sekali mak buat masak lemak kot....selalunyer kat umah mak aku buat sup, kari, dalca, kurma, dan sambal jer....
Tapi, bila dh merantau, kena la pandai bawak diri. First time rasa, aku mcm takleh terima. So lenyap macam tu jer la... kali kedua plak, rakan serumah aku (rozette) yg masak lauk ni untuk boyfriend dia. Aku tengok every step yg dia masak. Dia letak serai, halia, jintan manis dan daun kunyit. Pas tu aku rasa. Sedap la plak.
Sejak tu, aku pun dh pandai makan dan masak lauk ni. Dapat plak laki dr negeri Hang Tuah, lagi ler kena pandai masak. Mak mertua aku tu, tiap2 hari masak lauk lemak cili padi kat umah dia. Masa mula2 kahwin, kitaorang duduk sekejap kat umah mertua, aku sampai menangis kat hubby sbb tak leh makan lauk2 masak lemak ni. Aku dh rindukan kari mak aku...ha,ha,ha.....

Hari ni buat ayam masak lemak cili padi, atas permintaan laki aku. Sebelum tu aku tanya dia nk masak style apa, mana ler tau kalo nk ikut style letak halia+jintan tu ker...tp dia kata nk macam mak dia buat. Huh, lagi senang, takyah pakai bawang dan segala macam. Sonang kojo den. Disebabkan dia sorang jer yg makan, so aku buat ler 4 ketul ayam ni jer. Anak2 sure takleh makan, sebab pedas. Untuk diorang, buat lauk lain pulak.

Bahan-bahan
~1/2 ekor ayam - dipotong kecil
~1 biji kelapa - diparut
~15-20 biji cili padi
~kunyit sebesar ibu jari
~2 keping asam keping & garam secukup rasa
~Ubi kentang

Cara-cara
1.Ayam dibersihkan dan dipotong
2.Perah santan dan bahagi kpd 2 bahagian.Satu bhgian santan pekat dan satu lagi santan cair.
3.Tumbuk cili padi dgn kunyit hingga lumat.
4.Masukkan santan cair kedlm kuali yg berisi ayam.Masukkan juga cili padi yg telah ditmbuk & serai yg dititik dan ubi kentang.
5.Masukkan secukup rasa.
6.Setelah mendidih masukkan santan pekat.Apabila mendidih kali kedua,padam api dan bolehlah dihidangkan.

Ni plak, sayur campur, sebagai lauk tambahan.


Ikan Bakar

Kat sini nk turunkan resepi untuk pes ikan bakar. Kiranya mcm yg jual kat Pasar Ramadhan tu ler...


Bahan-bahan
~bwang merah
~bawang putih
~halia
~serai
~kunyit hidup
~belacan
~cili kering
*Kisar sume bahan-bahan di atas hingga halus dan kemudian tumis hingga masak. Siap dan bolehlah dilumur atas ikan. Kalo guna daun pisang lagi sedap, lapikkan ikan yg diperap atas daun kemudian grill atau bakar.


ni dh malas nk buat air asam, so cicah jer ikan bakar tu dengan kuah cili kicap ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...