Rabu, 31 Oktober 2012

Fruit Tart

Salam...

Hari ni CK nk tayang order semalam, fresh fruit tart. Sebenarnya CK tak suka ambik tempahan fruit tart, sebabnyer nk kena mencari segala buah2 segar...yelah, kadang2 kt pasaraya sini stok buah2 spt stoberi & kiwi payah nk jumpa (bukan takde, tp cepat abis)
Tapi sekarang ni, disebabkan permintaan untuk pavlova agak memberangsangkan, maka stok buahan2 segar sentiasa ada dalam fridge. So bila ada seorang adik ni minta CK buatkan fruit tart, takde masalah la bagi CK. Cuma malas dan rajin je kan...hehehe....

Dan CK tepekkan jugak resipi fruit tart ni untuk anak buah kesayangan CK di Bandar Puteri Klang ni. Semoga lepas ni Mrs Wahidah bt Zainal Abidin boleh membuat fruit tart yang sedap untuk santapan keluarga dan rakan2.

Bahan Tart (kulit)
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
1 bj telur

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit  coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah

Cara-cara
Sediakan kulit tart dahulu. 
-putar butter dan gula, masukkan esen vanila dan telur, kemudian masuk tepung, uli dan bulatkan kecil2. Tepek pada acuan tart dan bakar (cerita lengkap, rujuk sini atau sini 
-kemudian, sediakan plak kastart.
satukan semua bahan kecuali mentega dan tapis. Kemudian masak atas api yang perlahan sehingga pekat/berkilat. Sebelum tutup api, masukkan mentega. Kacau dan siap. Sejukkan sebentar dan masuk dalam piping bag (nak letak nozzle bintang pun bleh, lagi cantik )

OK... dah siap tu, boleh la buat tart

Mula2, kulit tart disapu dengan coklat cair.  Ini untuk mengelakkan kulit tart menjadi lembik/lemau bila diletakkan kastart dan buah2

Kemudian, kita paipkan dengan kastart 

Dan..dengan kreativiti sendiri, hiaslah dengan buah-buahan pilihan. Kat sini CK cuma letak strawberry, kiwi, anggur dan pic sahaja. Hajat ati nk letak ler segala buah2 lain, tp tart tu toncet jer (saiz 5.25cm)

Ok...siap...dah boleh makan/jual.  

Harap anak buah CK tu faham ler... nk buat hantaran bertunang utk Hanafi bulan 2 ni pun bleh...hehehe...

Dan ini plak, cheese tart yang diorder bersama fruit tart atas tu. Inti stoberi dan bluberi. Untuk stoberi,  CK lorekkan dengan warna pink, dan bluberi ditanda dengan warna ungu mcm kat bawah tu.


alhamdulillah...dapat respond yang baik dari customer :) legaaa !!

Selasa, 30 Oktober 2012

Ayam Lemak Cili Padi

Salam...semua dah kembali bekerja kan...cuma incik boss CK jer yang masih cuti.. berehat...

Dan hari ni walaupun incik boss ada rumah, tp ini jer yang sempat dimasak, apapun, tetap lauk peberet dia

sebenarnya CK yang teringin nk makan masak lemak ni. Yelah, tiap kali nk masak ayam jer, mesti disuruh buat masak kicap, masak merah, kari ataupun kurma. Dan muak la plak rasanyaa... dan lama jugak tak buat masak lemak ni.

Resipi sendiri setelah diolah dan mengikut tekak sendiri.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam- potong dan bersihkan
2 bj ubi kentang- kupas kulit dan belah 4
1 batang serai diketuk
1 cawan santan
1 cawan air
daun kunyit, dicarik-carik
2 keping asam gelugor/keping
garam, perasa secukupnya

Bahan tumbuk
15 bj cili padi kampung 
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara
Dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk bersama 1 cawan air. Hidupkan air dan panaskan bahan tadi hingga mendidih. 
Masukkan ayam bersama serai, kentang dan asam keping. Biar mereneh sampai ayam dan kentang empuk.
Bila ayam dah masak, masukkan santan pekat. Boleh tambah air lagi untuk kuah
Perisakan dengan garam dan secukup rasa. Masukkan daun kunyit
Biar mendidih sekali lagi dan bolehlah ditutup api. SIAP



Kuahnya takde la pedas sangat. Kiranya boleh la untuk budak2 makan. Sapa yang suka pedas menyengat, bleh tambah cili padi lagi.

Dan... lauk kedua plak Daging Goreng Asam. Ni khas untuk dak toncet yang takleh langsung makan pedas tu. Senang sesangat.

Resipi
250gm daging-dihiris halus
3 sb air asam jawa pekat
garam, perisa
1 biji bawang besar-dihiris bulat
3 bj cili kering-dipotong pendek
1 sb minyak sapi
1/2 senduk minyak masak utk menumis

Cara-cara
Panaskan minyak dan masukkan daging. Kacau goreng dan tambah air untuk melembutkan daging tadi. Biar hingga kuah kering dan daging lembut
Kemudian, masukkan air asam jawa, cili kering dan bawang. Kacau dan biar kering sedikit. Tambah bawang besar dan minyak sapi. Kacau dan boleh diangkat.


OK... sampai sini dulu.


Jumaat, 26 Oktober 2012

Aidil Adha dan pengorbanan

Salam Aidil Adha buat semua. Amacam raya hari ni? seronok ke?

 Bagi CK sekeluarga, raya haji kali ini mmg berkorban besar lah...apa tidaknyer, cuma hidangan kat bawah ni jer yang sempat disiapkan

Inilah dia hidangan pagi raya kami sekeluarga. Nasi himpit, kuah kacang dan rendang ayam hijau kuning

Cukup laa kan...bukannya ada orang nk datang rumah pun. Lepas raya, CK sambung balik keja (opss...kalo keje ngan orang, sure majikan bayar tripple kan, tp bila dh keje sendiri ni? eermmm... )

Ok.. inilah pengorbanan kali ini. Bila msih ada yang sudi order, CK takkan kecewakan mereka. Semoga semua pelanggan berpuas hati. Meh layan sebahagian gambar2 tempahan yang sempat CK snap. Semuanya dihantar pada malam raya sebelum takbir bergema. TQ pada Mr Jebat sbb sudi ambik cuti dan jadi despes.

 kali ini sebanyak 20 bj kek coklat moist diminta oleh pelanggan. Ada yang order last minit, tp CK buat la jugak sbb customer tu dah pangkat ibu bagi CK.

 Ada jugak yang nk makan apam polkadot time raya. 1000pcs apam polkadot pelbagai inti dan pelbagai warna diminta oleh pelanggan baru.

 Pavlova ni dah memang wajib tiap kali cuti. Pemanis mulut yang mendapat sambutan hangat pada masa kini. Mr Jebat pun suka. Kalo buat untuk tempahan, sure kena buat lebih utk dia.

 Blueberi cheese cake. Ada yang request ber'topping' dan ada yang request bogel... hehehe.... Raya ni 10 bj cheese kek ditempah oleh 3 orang customer tetap.

Serius..CK tak pernah raya cis kek bogel gini. Sedap gamaknyer...pernah sekali buat cis kek tp dengan topping fresh cream, dan CK makan pun sepotong jer..nk ulang lagi tgk dah licin :(

So...inilah pengorbanannyer...hehehe...cian anak2... takpe, esok mama buatkan special punyer kek coklat yer....hehe

OK...SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua umat islam dimana jua berada.









Selasa, 23 Oktober 2012

Bingka Roti Ayam Cendawan

Salam...

Minum petang hari ni, ada bingka roti...selalu bingka roti versi manis kan, kali ni CK buat versi pedas plak..dalam bahasa omputeh, resipi ni diberi nama SAVOURY BREAD PUDDING WITH CHICKEN AND MUSHROOM (haaa..panjang ko nama dia) so CK letak ler nama Bingka Roti Ayam Cendawan...sebab bahan utama membuat mende ni ialah Roti


kalo ada roti yang dah nak dekat expired, bolehlah cuba buat ni...tp hari ni CK guna roti yang dibeli semalam...asalnya nk buat dengan macaroni, tp malas la plak nk merebus macaroni lama2... so buat la dengan roti


Ok..meh tengok resipinya...

Bingka Roti Ayam Cendawan
sumber: Cendanakasih  

Bahan-bahan
6 keping roti gardenia
1 cawan susu segar
2 bj telur
sedikit garam
** telur dan susu dipukul dengan garfu. Roti dicarik-carik kecik dan rendam dalam susu dan telur tadi.


Bahan inti
1/2 cawan isi ayam
3 bj cendawan shitake /apa2 cendawan (tiram, butang, dll)
1 bj bawang holand -dimayang
1/2 sk lada sulah
garam, perisa
mentega untuk menumis
sosej, jejari ketam - ni CK tambah
1 cawan keju mozzarella + parmesan + ceddar (campur2 ler...)

Cara-cara
Mula2 masak inti dulu. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang holand. Biar naik bau tapi jangan sampai garing. Masukkan lada sulah dan kacang. Kemudian, masukkan isi ayam dan cendawan. Masak hingga isi ayam dan cendawan empuk. Masa ni nk masuk sosej dan jejari ketam pun bleh.
Tambah garam dan perisa
Tutup api, siap

Kemudian, hancurkan rendaman roti bersama susu tadi. Lenserkan loyang dengan butter.
Ambik separuh dari adunan roti tadi dan masukkan dalam loyang. Tuang bahan inti ayam yang dimasak tadi.
Curah baki roti tadi dan tabur cheese
bakar selama 20 minit dalam suhu 200'c.
Siap dan boleh dinikmati bersama sos cili.
** tak nk buat lapisan pun bleh, gaul jer adunan inti bersama rendaman roti tu, dan curah dalam loyang, kemudian tabur dengan cheese dan bakar.

♥ ♥ ♥ nk copy resipi ni? pergi la ke CK Food...kat sini mmg takleh copy ...jangan jadi macam satu bangang tu (I++) ..kata kedekut la, taknk share laa...padahal diri sendiri yang tak celik IT, baru sehari dua masuk blog masakan ??

 
Ni adunan yang dah siap dibakar

Sapa yang suka pedas, bolehlah pelbagaikan intinya...nk masukkan cili padi ke, nk buat inti sardin ke...sukati ler...

OK...sampai sini dulu !!

Khamis, 18 Oktober 2012

Western lagik !!

Salam...
apekehe nyer dari pagi, tengahari dan malam asyik western je? mata udah biru ke?? hahaha...
sebenarnya periuk nasik rosak daaaa....dan CK mmg tak pandai masak nasi guna dapur letrik tu... cepat panas dan nasi bleh hangit. So disebabkan petang tadi ujan, so malas plak nk ke Jusco cari periuk nasik (tp ada masa plak ke Tesco cari buah kiwi,stoberi utk pavlova :p  ♥ ♥ ♥ alasan kan )


So...kita makan stik ler malam ni...resipi kat sini

sayur, dan bawang holand tu digrill sekali. Terlupa plak nk letak brocoli, padahal dah beli tadi kat Tesco.


Ok... bye !! nk rehat jap....uuuu...ngantuk suda !!!


Breakfast

Salam..

Breakfast hari ni, yang simple2 jer...janji kenyang !!

Ok...

♥ ♥ ♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...