Sabtu, 28 Julai 2012

Chicken Chop wif spaghetti

Salam...

Jangan marah yer..Ck tayang juadah berbuka semalam yang best sesangat. Ala western la plak... (tak pernah dibuat lagi berbuka ala western ni, tp sejak anak2 buat perangai, tak lalu makan nasi, so CK mulalah cari alternatif lain selain nasi)

Asalnya nampak Kak Yan masak steak kat sini. Terima kasih kak Yan...sedap sos tu...i like !!! hehe
Tapi CK takde daging steak, so tukar jer la dengan ayam. Sori yer kak Yan, menderhaka sikit...


Chicken Chop
6-8 Keping daging steak
1 kiub ayam
1 sudu besar serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih
sedikit olive oil atau butter

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Satukan semua bahan dan lumurkan kepermukaan daging. Perap seketika atau semalaman.
2. Panaskan sedikit butter pada grill pan dan panggang daging hingga masak dan selesai kesemuanya.
3. Tuangkan 1 cawan air kedalam bekas daging yang di panggang tadi. Kacau rata dan tapis.


Chicken Chop Sauce
1 tin mushroom sup campbell
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
air dari bekas daging yang di panggang

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bawang putih dan tumis bersama sedikit butter.
2. Masukkan air daging tadi , sup campbell dan juga serbuk lada hitam.
3. Masak sehingga pekat.
#tak perlu letak garam.

Dan bila dah jemu makan nasi, hari ni CK masak la spagheti ala carbonara (kesukaan anak2)

Bahan-bahan
-spegheti secukupnya- rebus dan toskan
-2 ulas bawang putih-diketuk, cincang
-3 ulas bawang merah-dipotong dadu
-secubit serbuk lada putih
-2 biji cili padi-dipotong
-1/2 sudu teh herba campuran
- cendawan butan atau lain2 cendawan
-1/3 cawan susu cair
-3 sudu besar mayonis
-garam, perasa

Cara-cara
Tumis bawang putih hingga naik bau sedikit dan masukkan bawang merah cincang tadi.
Masukkan secubit lada sulah dan herba campuran. Kacau rata. Tambah cendawan butang. Kacau lagi
Masukkan susu cair. Tunggu mendidih sekejap dan masukkan spegheti. Gaul rata
Tambah garam dan serbuk perasa jika suka.
Akhir sekali, masukkan mayonis dan gaul rata dengan spegheti tadi.Siap..dan bolehlah dihidangkan bersama chicken chop



Kentang tu CK bakar skali masa bakar ayam tu. Dan brokoli plak CK rebus jer...senang kan....



♥♥♥

4 ulasan:

Zurina berkata...

ermmm...cukup myelerakan...;)

ELLYDA berkata...

MELELEH AIR LIUR MLM2 NEHHH...NANTI NK BUAT LAH..

Chik Mimi berkata...

Salam ramadhan Ma ,alahai ada western ler sedap ni,tapi umah akak berbuka nak kena nasi jugak,sahur dengan roti aje so tak leh nak buat ler heheh
p/s :akak dah buat biskut red pearl sedaaapnyaa ranggup thanks ye ma

quinnie berkata...

woww weee..saya pun teringin nak cuba resepi ni ck...sedapnya..suka menu western :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...