Rabu, 25 Julai 2012

Ayam Kuzi Kering

Salam.... dah selamat berbuka kan.... haaa...barulah CK boleh update blog. Kalau tak, perut ni asyik merodak jer pandang gambar2 makanan tu sume...hehehe....

Ok laaa... hari ni CK hidangkan dengan Ayam Kuzi jenis kering plak yer...sejak hati tertambah dengan resipi ni, CK dah tak masak ayam masak merah macam biasa tu, kerana isi rumah lebih terpikat dengan kuzi. Errrmm....stok rempah kian habis, kena top up lah nanti.


Mula2 dulu ingat susah sangat nk buat masak kuzi ni... bila dah masak...oooo...senang jer rupanya. Buat masak merah macam biasa, cuma tambahkan serbuk rempah kuzi semasa menumis bawang+cili tu. Dan tambahkan susu cair dan kismis dalam masakan. Errrmmm....tak paham ek...Meh tengok resipi.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam- potong, bersihkan dan goreng separuh masak
minyak masak

Bahan tumbuk
bawang merah
bawang putih
halia

Bahan lain
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar kismis
1 biji tomato-dipotong dadu
2 sudu besar cili kering kisar (terpulang pada kepedasan anda)
1/4 cawan sos tomato
1 sudu besar rempah kuzi
Gula, garam, perasa

Bahan tabur
bawang goreng
bawang besar-dipotong bulat
kacang pic (dalam tin)
daun sup, daun bawang, cili merah+hijau

Cara-cara
Tumis bahan tumbuk, dan masukkan juga pes cili dan rempah kuzi. Masak hingga naik minyak.
Masukkan tomato yang dipotong dadu, kismis, dan kacau lagi. Kemudian, masukkan pula sos tomato, dan susu cair diikuti dengan ayam. Kacau dan masak sampai ayam meresap semua kuah
Perisakan dengan gula dan garam.
Akhir sekali, sebelum tutup api, masukkan bahan2 tabur. Kacau rata dan siap !!

Kali ini CK letak nama Ayam Kuzi Kering sbb CK takmo buat jenis lembab/berkuah. ...anak2 tak brapa berselera makan kuah2... diorang nk jenis yang kering2 plak time bulan puasa ni.  Macam2 hal kan...

Ni masak kuzi cara CK lah yer... kalau ikut Kelantan Style tu, lainlah sikit... resipi ni dah ikut tekak orang key el yer.... hehehe...

 Lauk tambahan hari ini, sambal goreng tempe+kentang+ikan bilis+kacang


Ok...sampai sini dulu....BYE !! 

♥♥♥

4 corat coret:

azian berkata...

makan dengan nasi minyak sedap ni...

hana berkata...

penah dulu mkn kuzi org lain masak. perghhh mmg sedapp! la nih lom jumpa lg yg sesedap tuh.. nak masak sendrik jauh sekali. takut lain bunyi kuzi jd kuza.. hahahahaa

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot berkata...

Buat masak raya,sedap ni CK..selamat berpuasa ya.

mayangsayang berkata...

CK siyes saya tak penah makan Kuzi.. insyallah nak try le...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...