Salam Jumaat...
CK banyak kerja sikit hari ni, so masak simple2 jer..campak2 apa yang patut, dan siap !! hahaha
Mee Kuah
Bahan-bahan
Sebungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling/kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang, sotong,
2 biji telur
Sawi, kobis, saleri
Isi Ayam dan daging -hiris nipis
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering ditumbuk
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis/kasturi - jika suka
Cara-cara
Basuh mee dan toskan
Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang merah.dan cili giling.
Biar sampai wangi dan masukkan udang kering.
Biar seketika dan kemudian masukkan semua sos dan kicap.
Masukkan ayam, daging dan juga udang dan masukkan air secukupnya.
Biar sampai mendidih. Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur.
Masukkan mee, gula dan garam, dan sayur,
Masak sekejap dan bolehlah diangkat.
Hidangkan bersama limau nipis, cili merah, daun bawang dan bawang goreng.
Ok...siap semua... anak2 dah pun santap.. tunggu Jebat jer blom balik lagi...harap2 dia dah makan kat tempat keje .. hahaha
♥ ♥ ♥
7 ulasan:
Sedapnya CK... lama akak tak buat mee kuah... :)
Assalamualaikum CK meroyan sekejap Uj tguk mee kuah CK ni...dah lama x mkn mee kuah...
sedapnya ... lama tak makan mee kuah
bnyk nye bahan.. seronoknya tengok. kalau kat kedai ni mau kena ketuk sampai 7 - 8 ringgit.
Sedapnya !
Wei CK nak sikit..mesti dah habis tu..
campak2 pon sedap tue...
Catat Ulasan