Red Velvet In a Jar
Salam... apa khabar?
Kek dalam bekas kaca?? skrg ni mmg tren kan...sebagai buah tangan atau hantaran... ni CK saja2 la buat...nk test jer dulu...almaklum ler..anak2 buah sume dah bujang panjang, berkapel-kapel...skit ari lagi, tumbanglah lembu ... so sbg mak sedara, kita bagi la apa yang patut....hehehe...
Test...test.... opsss....oleh kerana ni projek main2, so CK takde la riben/excessories yang lawa2...main bedal jer apa yang ada.... (ADA AKU KISAH?? )... hahaha...
Untuk yang dalam kaca tu, CK buat 2 bekas jer...selebihnya CK masuk dalam container plastik ni..senang nk makan kan... .Terima kasih Anna Qawina sbb bagi idea (tapi mana leh lawan ngan tokeh tu kan...)
Resipinya CK ambik kat rumah Anna gak
RED VELVET CUPCAKES
Bahan-bahan
A:
- 300 g tpg gandum
- 2 camb serbuk koko
- 2 camt baking powder
- 1 camt soda bicarbonate
- 1 camt garam
B:
- 125 g mentega tawar CK guna buttercup
- 280 g gula castor
C:
- 2 biji telur (gred B)
D:
- 1 camt esen vanilla
- 1 camt cuka putih
- 1 camb pewarna merah
E:
- 240ml buttermilk CK guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)
Cream cheese icing:
- 360 g cream cheese
- 70 g mentega
- 200g gula icing
CARA-CARA:
- Ayak (A)-ketepikan
- Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
- Masukkan (D)-pukul hingga sebati
- Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
- Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup sahaja ya..
- Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.
Untuk Icing:
- Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
- Hiaskan ikut suka.
Sesuai dijadikan sebagai buah tangan untuk ke majlis rumah terbuka kan. Rasanya pun sedap.
♥ ♥ ♥


Ulasan
ok..sedap eh? hihi..nnt buatkan aku nak rasa nnt..kira cikgi g test la kan..hakhak
cikgu nk rasa? boleh...tp jangan bagi gred C udah ler...hehe