Selasa, 4 September 2012

Red Velvet In a Jar

Salam...  apa khabar? 

Kek dalam bekas kaca?? skrg ni mmg tren kan...sebagai buah tangan atau hantaran... ni CK saja2 la buat...nk test jer dulu...almaklum ler..anak2 buah sume dah bujang panjang, berkapel-kapel...skit ari lagi, tumbanglah lembu ... so sbg mak sedara, kita bagi la apa yang patut....hehehe...


 Test...test.... opsss....oleh kerana ni projek main2, so CK takde la riben/excessories yang lawa2...main bedal jer apa yang ada.... (ADA AKU KISAH?? )... hahaha...


Untuk yang dalam kaca tu, CK buat 2 bekas jer...selebihnya CK masuk dalam container plastik ni..senang nk makan kan... .Terima kasih Anna Qawina sbb bagi idea (tapi mana leh lawan ngan tokeh tu kan...) 

Resipinya CK ambik kat rumah Anna gak

RED VELVET CUPCAKES
Sumber : Nurul@cake2u
                 : Anna Qawina

Bahan-bahan
 
A:
  • 300 g tpg gandum
  • 2 camb serbuk koko
  • 2 camt baking powder
  • 1 camt soda bicarbonate
  • 1 camt garam

B:
  • 125 g mentega tawar CK guna buttercup
  • 280 g gula castor

C:
  • 2 biji telur (gred B)

D:
  • 1 camt esen vanilla
  • 1 camt cuka putih
  • 1 camb pewarna merah

E:
  • 240ml buttermilk CK guna bancuhan susu segar/susu cair dgn cuka (Campurkan 240ml susu segar (susu cair ) dan 1 sdb cuka. Biarkan mereka sebati bersama selama 10 minit sebelum digunakan.)

Cream cheese icing:
  • 360 g cream cheese
  • 70 g mentega
  • 200g gula icing

CARA-CARA:
  • Ayak (A)-ketepikan
  • Pukul (B) sampai kembang & ringan.Masukkan (C) satu persatu dan pukul lagi
  • Masukkan (D)-pukul hingga sebati
  • Masukkan tepung yg diselang seli dgn buttermilk-pukul hingga sebati.
  • Masukkan batter/adunan dalam acuan cupcake dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Isi 1/2 cup sahaja ya..
  • Sejukkan dan hiaskan dgn cream cheese icing.

Untuk Icing:
  • Pukul mentega & cream cheese hingga kembang dan masuk kan gula icing ...kacau sebati.
  • Hiaskan ikut suka.


Sesuai dijadikan sebagai buah tangan untuk ke majlis rumah terbuka kan. Rasanya pun sedap.


♥ ♥ ♥

9 ulasan:

  1. Canteekk lah CK.. kalau dah di makeup lagi tentu meletop... kedaboomm.. ehe

    BalasPadam
  2. oit..pengsan aku kalo nak buat buah tgn open house nih..botol tu lawo giler..tak mampu aku..haha..
    ok..sedap eh? hihi..nnt buatkan aku nak rasa nnt..kira cikgi g test la kan..hakhak

    BalasPadam
  3. kek yg x pernah lg rasa heee...ketingalan betul

    BalasPadam
  4. @CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) yer kan..letak la segala renda kat atas penutup tu....sure gempak..hehe

    BalasPadam
  5. @Anna Qawina hahaha...ni botol pree, dapat masa kenduri kawin sepupu...kahkahkah...esok ni kalo anak buah bertunang, mampus plak aku nk cari btol macam tu...hahaha...

    cikgu nk rasa? boleh...tp jangan bagi gred C udah ler...hehe

    BalasPadam
  6. @Sheila Shafeareen akak, kalo rasa si Anna Qawina yang buat lagi sedap..fengsannnnn... sekali rasa, nk lagi dan lagi....

    BalasPadam
  7. Amboi dia lak dah buat yg versi dlm jar.. Berjangkit dari Anna Qawina la ni.. Botol jer dah nampak cantik..

    BalasPadam
  8. nak minta resepi homemade chocolate jer hee hee

    BalasPadam
  9. salam Noorma...htr ke umah k.atie 1 jar ya:)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡