Salam Aidil Adha- Juadah Hari Raya
Salam dan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua.
Inilah dia juadah dari teratak CK di Bukit Jalil ni..ada lagi yang belum enter frame, iaitu Laksa, Rendang Daging dan Kek...
Ada ketupat palas dan ketupat nasi. Ketupat palas tu mmg juadah wajib bagi CK (maklum ler..org sebelah utara terkenal dengan ketupat palasnya)
Ketupat daun kelapa tu dianyam oleh my Jebat (CK mmg fail tiap kali nk menganyam ketupat daun kelapa ni...)... dan adalah lebih selamat jika CK rebus ketupat Nona jer..hahaha
Rendang Ayam ni dimasak pagi tadi... ni rendang klasik ala Nogori Sembilan...respinya...len kali lah CK update yer...tp mmg sodap rondang ni....
Ok...Selamat Hari Raya.... juadah lain menyusul di entri akan datang yer..insyaalah.....hehehe


Ulasan
Salam Aidiladha buat akak sekeluarga... sedapnya juadah akak d raya aidiladha nie... ketupat daun palas tu dah lama x makan.. sedapnya tu...