Bubur Oat
Salam...hari ni aku breakfast dengan bubur oat plak. Boring ler makan nasi goreng, mee goreng, nasi lemak (ni cakap orang malas nk masak ler ni...nk cari jalan mudah...hehe).. Dah jemu makan sosej, dan roti bakar... Hari ni masak bubur oat dan makan sorang2 depan pc sambil update blog (huh..sib baik ada tajuk, kalo idak mesti kena kutuk dengan cik Ana..wakahkahkah)
Ni menu sihat aka diet ler jugak. Takde lemak, takde minyak dan mengenyangkan. Penuh khasiat dan sedap.
Cuma rebus hirisan daging ayam dalam air. Kalau suka tambahlah perisa ayam. Pastu masukkan cendawan dan sayu2 lain kalo suka. Kat sini aku masukkan brocoli, karot dan cendawan.
Kemudian, masukkan oat yang dibancuh dengan sedikit air sejuk (tujuan dibancuh dengan air dahulu agar oat tidak berketul2 semasa dimasukkan ke dalam air panas)
Kacau dan rasakan garamnya. Bolehlah diangkat.
Masa makan, taburlah daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili merah.
Senang, cepat dan berkhasiat. Tak payah menumis.
Ok... sampai sini dulu...


Ulasan
oat nie akak guna quaker oat yg bungkus warna biru ke atau tak kisah biru atau merah??