Ahad, 13 Disember 2020

Bakso Celup

Assalamualaikum

Salam hujung minggu blogger sekalian. Masak apa tu? hari ni CKak tayang Bakso Celup yer..kenapa nama pelik? sebenarnya teringin nk makan mee celup dan pada masa yang sama nak makan juga bakso. Jadi, kita gabungkanlah kedua-duanya. Hahahaha..


 
Marilah tengok resepinya
 
Resepi Bakso  Celup
 
🌹Sup
1) Rempah 3/4 bradik + rempah Sup tulang.*tumis
2) Bawang merah *tumis
3) Bawang putih *tumis
4) Halia
5) Lengkuas * sikit shj.
6) Daging/Tulang
7) Kicap * cantikkan warna sup
8) Daun/akar ketumbar *wangikan sup
9) Gula/garam 
 
*masak macam biasa kita masak sup, nk tumis boleh, taknak tumis, ko lebur jer la semua. Akak guna pressure cooker, cepat siap. 
 
 
🌹Rencah
*Masukkan semasa nak makan. 
 
1) Gula/Garam
2) Kicap sotong/sos ikan
3) Kacang tumbuk *Goreng kacang tanah, pastu tumbuk/blend separa hancur.
4) Minyak bawang putih *goreng bwg putih +myk.
5) serbuk cili/chili flakes
6) Limau nipis
7) Daun Sup + bawang
8) Isi ayam/daging/meatball/bebola bakso
9) Cili jeruk *cili + cuka.
10) lada sulah.
11) bawang goreng.
12) Lobak jeruk 
 
 
 
Cara Menghidang
Masukkan mee/kuetiau/bihun/suhun  dalam mangkuk dan isi bahan pelengkapnya. Sedia untuk dinikmati.



Kali ni akak guna kuetiau. Tak nampak kuetiaunya sebab dan selindung dibalik perhiasan yang menimbun. Hahaha... Tapi serius, sedap tawww


 
Lepas makan, kita cuci mulut dengan buah kurma segar. Stok kurma segar ni sentiasa ada di rumah. Syukur, ada yang pos dari tanah suci.

 
Haaaa... tak kenyang lagi? kita makan sate plak. Hahahahaha... Penangan PKP, memang banyak makanan di rumah. CKak pun membesar dengan jayanya. Hahahaha

Isnin, 7 Disember 2020

Apam Pisang

Salam

Setiap minggu pasti CKak beli pisang kat pasar tani. Selain makan dengan roti, boleh juga buat cekodok, pengat atau apam. Dan kali ni terhasillah apam pisang.  Buat pagi, sampai malam boleh tahan. Makan la wahai anak-anak. Hehehehe







 
Resepi Apam Pisang Kukus
🍌🍌🍌🍌🍌🍌
1 cawan gula
1 cawan minyak masak
2 cawan pisang yg dilenyek (pisang lemak manis)
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur
 
Masukkan semua bahan dlm mangkuk besar.
Putar sehingga sebati & kukus.
Utk acuan kecil2, kukus 15 minit api besar.
Utk loyang, kukus 45 minit api besar.
Tips: kalau nak apam nampak urat2 pisang tu selepas lenyek pisang tu biarkan sekejap dlm 15minit baru dimasukkan dlm bancuhan adunan. InsyaAllah cantik kejadiannya 😊
 





Ok...dah siap masak...dapat la dalam 25 bijik. Kita bahagi ke jiran sebijik dua yer, hahahahaha




Ok...sampai sini dulu


Scramble Egg Cheese Bun

Salam....


Hari ni Ckak buat roti yang senang dibuat, dan sedap di makan. Saja la letak nama Scramble Egg Cheese Bun, kasi gempak sikit... sebenarnya nama asal dia Egg Cheese Garlic Bread... hehehe..





Resepi dari FB Dr Inahar Ali. Thanks kak..memang sedap roti ni.
 
Egg Cheese Garlic Bread
Sumber - inahar's cooking time

Bahan utk roti
4 biji burger bun

Bahan cheese
4 keping sliced cheese

Bahan Scrambled Egg
3-4 biji telur
2 sudu besar susu segar
2 sudu besar mentega/marjerin
Sedikit serbuk ladaputih/hitam
Garam secukup rasa

Panaskan mentega hingga cair dan tambahkan semua bahan lain. Kacau bancuhan telur tu sehingga masak soft2 gitew. Tutup api dan ketepikan.

Bahan Garlic Butter Sauce
3 sudubesar mentega
5 ulas bawang putih- racik atau parut halus
1 biji telur
1 sudubesar susu segar
1/2 suduteh dried parsley
Garam secukupnya

Panaskan mentega hingga cair. Campur garlic dan dried parsley. Kacau rata sekejap dan tutup api. Bila agak sejuk baru tambah telur juga susu segar dan garam. Kacau sebati.

Cara penyediaan
Panaskan dulu oven 180c selama 10 minit
Roti bun dipotong 6 atau lapan bahagian (pastikan jangan sampai putus)
Masukan scramble egg di celah belahan roti tadi secukupnya. Koyak2kan slice cheese dan selit di belahan roti tadi. Akhir sekali tuang garlic sauce tadi di atas roti hingga menyaluti keseluruhan roti tadi (boleh juga celupkan roti ke dalam bancuhan garlic butter sauce tu). Kemudian bakar dalam oven yg telah dipanaskan tadi selama 10-15 minit ikut oven memasing ye. Bakar agak2 garing dan naik bau garlic td ye. Siap utk di makan. 




Jom makan



Lepas makan roti cheese, kita makan buah plak yer. Layan jer la anggur beli kat Giant hari tu, rm5.00 sekilo, hahahaha


 
Ok..sampai sini dulu... Bye !! 

Kuetiau Sup Ringkas

Salam...

Bila malas melanda, gini laaa... Ada kuetiau, celup dan makan dengan kuah sup


Resepi? CKak tengok IG AdikFood masak sup fiahball. Aduii sedapnya, dan yang penting ringkas. 


caranya,  rebus ikan bilis bersama bawang holand, bawang putih dan lada sulah.  Rebus la selama 15-20 minit. Kemudian tapis airnya.

Dah tapis supnya, masuklah fishball. Perasakan dengan garam dan lada sulah. Nk tambah secukup rasa pun boleh, terpulang. Adjust la rasa sup tu.

Kemudian, celur kuetiau dan sayur-sayur. Letak dalam mangkuk. Hias la dengan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan bawang putih goreng. Nak pedas, boleh letak sambal.
Ok...siap.



Makan plak dengan cili potong, perghhh... Oittt...ingat diet sikit 🤣

Ahad, 6 Disember 2020

Khunafa

Assalamualaikum... 
CKak nak tunjuk dessert kegemaran, Khunafa. Jangan tanya resepi naaa, memang akak tak tau 


Rasanya manis², berlemak, dan rangup (masa panas) 


Khunafa ni akak beli kat kedai arab. Dalam banyak² khunafa akak lebih suka Khunafa yang dijual di kedai arab di Cyberjaya. Rasa dan teskturnya lebih original kepada Kunafa yang akak pernah makan di Thoif. 

Selasa, 24 November 2020

Kuah Dhal Bayam & Telur

 Assalamualaikum. Lama tak update blog, hingga layout dia pun dah update baru. 



Image may contain: food, text that says "Dhal Bayam & Telur Food"

 
 
 
Kuah Dhal Bayam & Telur 

Bahan-bahan
2 genggam kacang dhal - basuh dan rendam
1 bj bawang besar- dibelah 4
1 sk serbuk kunyit
1 mangkuk sayur bayam yang dipotong2 kecil
1 bj telur
1 bj cili hijau,merah- dipotong2
1/8 cawan santan pekat (boleh skip jika suka)
garam dan perisa

Bahan penumis
-2 ulas bawang merah- hiris
1 ulas bawang putih- hiris
2 tangkai cili kering- dipotong2
1 tangkai daun kari
1/4 sk jintan manis
1/4 sk jintan putih
1/4 sk biji sawi

Cara-cara
kacang dhal direbus bersama serbuk kunyit hingga pecah/hancur. Kemudian masukkan bawang besar yang dibelah 4. Biar bawang masak sikit kemudian masukkan santan. Bila dah mendidih kali kedua, masukkan cili merah dan hijau yang dipotong2. Biar sekejap dan masukkan sayur bayam. Biar sampai bayam layu dan bolehlah dimasukkan telur. Pecah2 telur agar sekata dengan kuah. Kalau nk sebijik-sebijik pun bleh.
(sapa yang suka bayam hancur, boleh la lecek2 kan sayur bayam tu sampai hancur dan sebati dengan kuah )
Bila telur dan masak, bolehlah ditutup api dan tutup periuk tadi. Ketepikan.

Ok...kuah dh siap..ketepikan dan kita panaskan plak kuali. Masukkan sedikit minyak dan tumis jintan manis, jintan putih, bawang merah dan bwang putih sampai kuning. Kemudian masukkan cili kering dan daun kari
** cili kering x bleh masuk awal2, nanti hangus
Kacau sekejap dan buka tutup periuk kuah dhal tadi. Terus masukkan bahan yang ditumis tadi kedalam periuk dhal dan kacau cepat2. Kemudian tutup kembali tudung periuk dan biarkan sekejap dlm 5-10 mnit. Siap... dan bolehlah dihidangkan ...

Senang kan !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...