Selasa, 15 September 2015

Muffin Pisang Forever

Salam ...

masih berjerubu di Kuala Lumpur, sampai sekolah pun tutup... jadinya, kenalah buat sesuatu agar anak2 tak kelaparan sementara tunggu waktu makan tengahari.. hehehe ... dan respi ni jugak la CK buat utk niaga, tak perlu tipu2 respi tawwww.... yelah, sesetengah orang tu, respi utk tempahan lain, tp bila pos diblog dia tepek respi pakcik google...kan namanaya tak iklas tu...ermmmm....sapa makan cili, silalah terasa kepedasannya... hahaha....


 CK suka sangat dengan resipi yang ini, dulu kini selamanya.... sbb tu muffin ni diberi nama Muffin Pisang Forever... hahahaha 
Tidak menggunakan susu, dan bahan2 pun senang jer, yang pasti kekal gebu dan lembut. 



 Sabtu ni ada jemputan kenduri kawin, so muffin ni jugaklah yg akan CK buat sebagai sumbagan goodies bag...


Ok..sampai sini dulu

Selasa, 8 September 2015

Rempeyek

SALAM

Kali ini CK tayang rempeyek plak yer..maklum laa...dh nk dekat raya aji kan? biasanya raya aji ni, kita tak buat biskut2 berpuluh2 balang macam raya puasa. Hahahahaha...tp rumah CK ada jer aneka makanan...  Jemput la datang yer... hehehe



Ok...resipi dh ada kat bawah tu...takyah tulis2 lagi dah....  Geram dengan sesetengah page di FB, pakai ambik jer gambar orang tanpa minta keizinan...bila kita tanya, dijawab plak..."ala, bukan untuk tujuan komersial pun" 
Wahai Page "ANAK PERAK, dll" memang awak tak gunakan gambar saya untuk tujuan komersial, tapi susah sangat ke awak nk mintak keizinan untuk menggunakan gambar2 saya??  gambar di blog saya memang tak cantik, apa kata awak snap jer gambar sendiri...kan lebih elok !!! 



OK... SELAMAT MENCUBA... rempeyek ni tak keras tawww....dia rangup jer.....

Rabu, 26 Ogos 2015

Bengkang Labu

Salam
hari ni CK buat bengkang labu plak... sedap... dan CK tambah serbuk kulit kayu manis dalam adunan untuk menghilangkan bau telur... Oh ya, masa kukus labu, carikkan dua helai daun pandan, untuk lebih wangi



BENGKANG LABU
BAHAN-BAHAN
2 biji telur
2 cwn santan
1/2 cwn susu cair
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir halus
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar butter/minyak sapi
2 cwn labu- yg telah dikukus dan lecek halus
sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA
Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.



Selasa, 25 Ogos 2015

APAM NASI (gerenti jadi )

SALAM.... dh lama CK tak buat apam ni...selalu beli jer kat pasar malam... hari ni terpandang ada balance nasi lebih, so buat la apam ni... 





RESEPI APAM NASI
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 3/4 cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
pewarna ikut suka nak colour apa..

Cara Penyediaan

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

petua supaya jadi cantik:

..tudung pengukus mesti dibalut kain. bancuhan jng terlalu cair kena pekat. yis tu pastikan tk luput tarikh. acuan kena panaskan dulu dlm pengukus sebelum masukkan adunan. kena guna api kuat sepanjang mengukus. jng buka tutup buka tutup tudung pengukus tu....biar cukup masa 15 - 20 minit baru boleh buka tudung. tk akan hangus! cuba lg. lama lama anda akan pandai buat dan tahu dimana silapnya..




Khamis, 30 Julai 2015

Nasi Lemak Rm1

Nilainya hanya Rm1, kata orang... standard la harga begitu.. yelah kan, zaman GST ni, mana nk dapat harga makanan murah.

Dahulu zaman bujang CK,  nasi lemak ini seringkali menjadi pilihan bila malas memasak (walaupun megi) harganya cuma 70sen, kenyang jugak la makan (diet la katakan...malam2 tak boleh makan banyak...kahkahkah)

Kini, harganya sudah dinaikkan, namun kuantitinya juga dikurangkan. Jangan tak percaya uollssss...dua kali suap jer dh FINISTO !!  hahahaha



Inilah dia Nasi Lemak Perimbun, Pantai Dalam...  wangian daun pisangnya membuatkan masih ramai yg membelinya walau tak setimpal dengan dua tiga sudu nasi lemaknya. Beras, Timun, Bilis, Cili sume mahal wehhhh... kang kalo Ahmad Maslan baca entri aku ni, sure dia suruh aku masak sendiri kan !! hahahaha.... baiklah Datuk, esok saya masak sendiri...puas makan !!! 

Hahahaha... Daaaaaaa !!! 

Khamis, 2 Julai 2015

Stew Daging

SALAM

CK suka masak stew daging sbb anak2 suka makan. Tapi ambik masa sikit lah nk empukkan daging tu... CK masak jer dlm pressure cooker...kalo korang ada periuk Noxxa, bagus laa...mudah kerja memasak...tak sampai setengah jam pun


Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.

Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


RESEPI PES BAWANG

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.


Ok...sampai sini dulu....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...