Isnin, 30 Julai 2012

Ikan Masak Cuka (Jeruk Ikan)

Salam....
Dah siap masak? ni salah satu lauk CK hari ini... Dah lama tak masak. Pernah la cuba sekali dulu kat sini, tp disebabkan orang lain tak brapa nk makan, so takde la CK buat lagi.
Tapi hari ni, bila Jebat cuci kolam, CK mintak la sekor ikan talapia hitam dia. Cadang nk goreng, tp lepas fikir punyer fikir, CK teringin la nk makan masak cuka ni
 
 

Bahan-bahan
-1 ekor ikan digoreng dahulu (ikan apa2 pun boleh)
- 1 ulas bawang besar-dibelah 4
- 2 ulas bawang putih-dihiris
- 1 inci halia-diracik halus
- 1/2 sudu teh biji sawi
- 1/2 sudu teh jintan manis-ditumbuk sedikit
- 3 sudu cuka (boleh lebihkan untuk rasa lebih masam)
- 2 sudu gula (boleh lebih/kurangkan)ikut selera masing2
-2 biji cili hijau-dipotong
- garam, perasa secukupnya-
- air secukupnya

Cara-cara
-tumis bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis dan biji sawi sampai naik bau.
- masukkan air dan cuka.
- kemudian, tambah gula, garam dan serbuk perasa.
- masukkan ikan, biar mendidih.
- akhir sekali masukkan cili hijau.
- biar mereneh sebentar dan bolehlah ditutup api.
- siap!!

 Lauk ni lagi sedap kalau disimpan lama sikit...maksudnya kalau buat sebelah pagi, lebih sedap dimakan sebelah malamnyer agar rasa masam dan manis tu meresap ke isi ikan tu.


Ok...

Sabtu, 28 Julai 2012

Chicken Chop wif spaghetti

Salam...

Jangan marah yer..Ck tayang juadah berbuka semalam yang best sesangat. Ala western la plak... (tak pernah dibuat lagi berbuka ala western ni, tp sejak anak2 buat perangai, tak lalu makan nasi, so CK mulalah cari alternatif lain selain nasi)

Asalnya nampak Kak Yan masak steak kat sini. Terima kasih kak Yan...sedap sos tu...i like !!! hehe
Tapi CK takde daging steak, so tukar jer la dengan ayam. Sori yer kak Yan, menderhaka sikit...


Chicken Chop
6-8 Keping daging steak
1 kiub ayam
1 sudu besar serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih
sedikit olive oil atau butter

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Satukan semua bahan dan lumurkan kepermukaan daging. Perap seketika atau semalaman.
2. Panaskan sedikit butter pada grill pan dan panggang daging hingga masak dan selesai kesemuanya.
3. Tuangkan 1 cawan air kedalam bekas daging yang di panggang tadi. Kacau rata dan tapis.


Chicken Chop Sauce
1 tin mushroom sup campbell
2 ulas bawang putih
sedikit serbuk lada hitam
air dari bekas daging yang di panggang

CARA MENYEDIAKAN:-
1. Tumbuk bawang putih dan tumis bersama sedikit butter.
2. Masukkan air daging tadi , sup campbell dan juga serbuk lada hitam.
3. Masak sehingga pekat.
#tak perlu letak garam.

Dan bila dah jemu makan nasi, hari ni CK masak la spagheti ala carbonara (kesukaan anak2)

Bahan-bahan
-spegheti secukupnya- rebus dan toskan
-2 ulas bawang putih-diketuk, cincang
-3 ulas bawang merah-dipotong dadu
-secubit serbuk lada putih
-2 biji cili padi-dipotong
-1/2 sudu teh herba campuran
- cendawan butan atau lain2 cendawan
-1/3 cawan susu cair
-3 sudu besar mayonis
-garam, perasa

Cara-cara
Tumis bawang putih hingga naik bau sedikit dan masukkan bawang merah cincang tadi.
Masukkan secubit lada sulah dan herba campuran. Kacau rata. Tambah cendawan butang. Kacau lagi
Masukkan susu cair. Tunggu mendidih sekejap dan masukkan spegheti. Gaul rata
Tambah garam dan serbuk perasa jika suka.
Akhir sekali, masukkan mayonis dan gaul rata dengan spegheti tadi.Siap..dan bolehlah dihidangkan bersama chicken chop



Kentang tu CK bakar skali masa bakar ayam tu. Dan brokoli plak CK rebus jer...senang kan....



♥♥♥

Khamis, 26 Julai 2012

Roti Sosej

Salam....semua dah ready dengan juadah berbuka? CK baru siap ni haaa... 
Hari ni CK agak sibuk kerana bermula sudah kerja2 menyiapkan biskut raya yang ditempah. Alhamdulillah...tahun ni tempahan meningkat dan tidak disangka.  Jadinya, lepas sahur, terus ler membako biskut...sampai la tengahari.... lepas tu udah ler letih....  Nk buat kuih pun dah malas. Nk ke pasar ramadhan, lagilah malas, sbb kena bersesak-sesak dengan orang ramai. Penyudahnyer, ambik jer la stok frozen food kat dalam freezer tu. 

Kalau diluar bulan ramadhan, mmg tak laku roti sosej ni. Anak2 pandang pun tidak. Tapi hari ni, bila hidang jer budak2 tu dah excited....hahaha..... apatah lagi dengan hiasan cheese dan mayonis yang berserabut tu....inilah penangan bulan puasa kan...sume nampak sedap !!

Bahan-bahannya:
* 8 keping roti
* 8 batang sosej - yang telah direbus/dibakar/digoreng
* 1 biji telur
* bread crumb secukupnya

Cara Membuatnya :
* Lenyekkan roti sehingga nipis.
* Bentangkan roti, Letak 1 batang sosej.
* Gulungkan dan ‘gam’kan dengan telur di bahagian penyambung (tak perlu dicelup).
* Celup roti dalam telur dan salut dengan breadcrumb.
* Goreng dalam minyak yang panas, dengan api sederhana sehingga berwarna keperangan.Angkat dan toskan.
* Potong menyerong roti tadi
* Boleh dihidangkan bersama sos atau mayonis.


 Ok...selamat berbuka puasa buat semua !!

♥♥♥

Rabu, 25 Julai 2012

Ayam Kuzi Kering

Salam.... dah selamat berbuka kan.... haaa...barulah CK boleh update blog. Kalau tak, perut ni asyik merodak jer pandang gambar2 makanan tu sume...hehehe....

Ok laaa... hari ni CK hidangkan dengan Ayam Kuzi jenis kering plak yer...sejak hati tertambah dengan resipi ni, CK dah tak masak ayam masak merah macam biasa tu, kerana isi rumah lebih terpikat dengan kuzi. Errrmm....stok rempah kian habis, kena top up lah nanti.


Mula2 dulu ingat susah sangat nk buat masak kuzi ni... bila dah masak...oooo...senang jer rupanya. Buat masak merah macam biasa, cuma tambahkan serbuk rempah kuzi semasa menumis bawang+cili tu. Dan tambahkan susu cair dan kismis dalam masakan. Errrmmm....tak paham ek...Meh tengok resipi.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam- potong, bersihkan dan goreng separuh masak
minyak masak

Bahan tumbuk
bawang merah
bawang putih
halia

Bahan lain
1/4 cawan susu cair
2 sudu besar kismis
1 biji tomato-dipotong dadu
2 sudu besar cili kering kisar (terpulang pada kepedasan anda)
1/4 cawan sos tomato
1 sudu besar rempah kuzi
Gula, garam, perasa

Bahan tabur
bawang goreng
bawang besar-dipotong bulat
kacang pic (dalam tin)
daun sup, daun bawang, cili merah+hijau

Cara-cara
Tumis bahan tumbuk, dan masukkan juga pes cili dan rempah kuzi. Masak hingga naik minyak.
Masukkan tomato yang dipotong dadu, kismis, dan kacau lagi. Kemudian, masukkan pula sos tomato, dan susu cair diikuti dengan ayam. Kacau dan masak sampai ayam meresap semua kuah
Perisakan dengan gula dan garam.
Akhir sekali, sebelum tutup api, masukkan bahan2 tabur. Kacau rata dan siap !!

Kali ini CK letak nama Ayam Kuzi Kering sbb CK takmo buat jenis lembab/berkuah. ...anak2 tak brapa berselera makan kuah2... diorang nk jenis yang kering2 plak time bulan puasa ni.  Macam2 hal kan...

Ni masak kuzi cara CK lah yer... kalau ikut Kelantan Style tu, lainlah sikit... resipi ni dah ikut tekak orang key el yer.... hehehe...

 Lauk tambahan hari ini, sambal goreng tempe+kentang+ikan bilis+kacang


Ok...sampai sini dulu....BYE !! 

♥♥♥

Isnin, 23 Julai 2012

Puding Roti Berkaramel

Salam Ramadhan ke 3

Baru hari ni CK sempat update blog...adoiii...banyaknyer keje...ni pun baru selesai menjahit baju anak2....esok lusa dah mula dengan projek biskut... ermmm... selagi terdaya kan !! 

Ok...CK jamu dengan pemanis mulut la hari ni yer...tak tau nk panggil apa, bingka roti pun bleh...puding roti pun bleh...nk lagi kick, CK buat karamel kat atas permukaan puding ni... 

Macam krim karamel pun ada gak. Tapi respi ni tak guna banyak telur, tapi lebih kepada penggunaan roti yang dah hampir expired (maklum laaa...pose2 ni, roti putih tak brapa laku kan....)

CK buat satu loyang kecik jer.... cukup la untuk berbuka dan balik terawih... nama pun pemanis mulut, mana bleh makan banyak2.

Resipi ni CK main agak2 jer....

Bahan-bahan
2 sudu besar gula pasir- utk buat karamel
1 biji telur*
3 keping roti putih*
2 sudu besar gula pasir* (boleh kurangkan)
1/4 cawan susu pekat manis*
1 cawan air * ni kena agak2...jangan cair sangat, jangan pekat sangat
2 sudu besar tepung kastat*
sedikit esen vanila*

Cara-cara
Sediakan loyang, masukkan 2 sudu besar gula pasir untuk dibuat karamel. Letak atas dapur dan biarkan gula mencair dan jadi perang
Ketepikan loyang
Kisar bahan bertanda *
Kemudian, tuang bahan kisar tadi pada loyang yang mengandungi gula perang tadi
Bakar secara 'bain marie' pada suhu 180' selama 30 minit atau sampai masak.
Keluarkan dari oven, dan sejukkan. Kemudian terbalikkan dalam pinggan.
SIAP !!


OK...selamat berbuka puasa kepada semua !!!

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan

Salam

Esok dah pose kan...ok lah...CK pun nk ambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kawan-kawan, geng blogger, silent readers, dan follower blog CK yang telah mencapai 1113 orang Terima kasih kerana sudi singgah dan follow blog tak seberapa ni. Andai ada kekurangan, maaf dipinta kerana kita sebagai manusia tidak lari dari membuat kesilapan.


gambo sendiri tawwww... CK snap masa jalan2 di Putrajaya...hehehe

Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk menyempurnakan ibadah dan memperkukuhkan iman kepada-Nya !! Amin


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...