Selasa, 28 Jun 2011

Char Kuetiau

Salam...bertemu lagi...

Dinner malam ni, hanya char kuetiau jer, dh tak larat nk masak lauk-lauk dan tak brapa selera nk makan nasi. Ditambah plak dengan baru balik dari beli barang2 dapur kat Tesco Puchong maghrib tadi... so memang letih. Masak yg ringkas2 jer..janji boleh alas perut sudah laaaa...

Kalo masak kuetiau WAJIB ada kerang, udang taugeh dan kucai. Perhiasan lain tu bergantung ler pada stok dalam esbox... Selalunya CK masak charkuetiau ikut respi ni.

Bahan-bahan(ni untuk sorang makan yer)
~secekak kuetiau
~1 sudu makan pes bawang putih
~1 sudu makan pes cili (kalo suka pedas boleh letak lebih)
~1 sudu besar sos tiram*
~1/2 sudu besar minyak bijan*
~2 sudu besar sos ikan*
~ 1 sudu besar kicap pekat*
~1 sudu besar kicap cair*
~sedikit garam*
~sedikit ajinomoto*
bahan-bahan bertanda * dimasukkan ke dalam satu bekas dan dikacau sekejap (aku masuk dalam cawan kecik dan kacau)
~segengam taugeh
~3 pokok daun kucai
~isi kerang -terpulang banyak mana nak
~udang-sukati nk udang kecik atau besar
~1 biji telur
~minyak masak untuk menumis

***Cara buat pes bawang putih- bawang putih ditumbuk, kemudian rendam dalam minyak masak untuk beberapa jam

Cara-cara
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Masukkan udang, goreng sekejap dan ketepikan.
2.Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan pes cili. Kacau lagi.
3.Masukkan cecair dalam cawan tadi, dan kacau cepat2.
4.Masukkan kuetiau, kacau rata. Masa ni boleh ler masuk isi kerang. Kacau lagi.
5.Ketepikan kuetiau ke tepi dan pecahkan telur ditengah-tengah. Biar telur beku sedikit kemudian kacau rata dengan kuetiau tadi.
6.Masukkan taugeh dan daun kucai. Kacau dan siap....


* tips : untuk menggoreng kuetiau ni, anda dinasihatkan jangan guna kuali yg kecil, Kalo boleh, guna kuali yg besar sikit(tp idak ler kawah..he,he). sebab kita nk kuetiau tu sebati dengan rempah-rempahnya dalam masa yg cepat. Kemudian, senang untuk kita ketepikan kuetiau tu ke tepi sebelum dipecahkan telur. Lagi satu, gunakan api yg besar....


Alhamdulillah...dh kenyang !!!


Jumaat, 24 Jun 2011

Bubur Caca Labu

Salam... entri hari ini, mungkin last entri buat minggu ni. Sebabnya Sabtu dan Ahad CK full dengan aktiviti. Esok kami nk balik ke Melaka sekejap. Dan hari Ahad ada hari sukan tadika Irfan. So.. takdelah entri masak2..hehehe

Dan juadah minum petang hari ini...tu diaaa.. Bubur Caca plus Labu. Lama dah tak buat bubur, asyik kek dan kuih jer..


Bahan-bahan
* 3/4 cawan cha-cha
* labu- dikupas dan potong
* 1 kotak santan KARA
* gula (ikut citarasa)
* secubit garam
* dua helai daun pandan

Cara-cara
1. Masukkan cha-cha kedalam air mendidih rebus sehingga kembang
2. Dalam periuk lain masukkan labu, daun pandan. gula, dan garam. Tambah sedikit air. Masak sampai labu empuk.
3.Kemudian masukkan cha-cha yang sudah direbus tadi dan juga santan. Tambah air jika perlu. Masak hingga mendidih. Siap


Bila dah siap..alamak, CK lupa la nk letak sagu biji. Kalo letak tentu lagi best !!!


Khamis, 23 Jun 2011

Apam Baldu Merah

Salam.. petang ni CK buat apam plak. Huh...tiap2 petang sudah ada menu ni? Apa kes??
Alaa..mood rajin tengah ada. Kalo malas tu, sendiri mau ingat laaa.....lagipun anak2 dh membesar, kejap-kejap nk makan. Kalo takde benda nak dingap, mau diorang panjat kabinet dan punggah isi perut dalamnya... tak sanggup nk kemas...huhuhuh.....


Jangan ingat Baldu Biru nyanyian Ella dan Awie jer taw... ni Baldu Merah plak...hehehe.... Struktur apam ni lembut dan gebu. Sesuai untuk budak2.


APAM BALDU MERAH
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
•125gm gula pasir
•125gm gula merah - aku pakai yg serbuk
•100ml susu cair
•100ml air sejuk/paip/masak
•250 gm tepung gandum
•½ sudu teh soda bikarbonat
•1 sudu kecil ovalet
•½ sudu teh yis
•1 biji telur
•100gm butter

Cara-cara
1.Ayak tepung gandum bersama soda bicarbonat.
2.Air sejuk dicampur dengan gula merah dan masak hingga hancur. Padam api dan segera tapis...kemudian masukkan butter. Kacau sebati. Ketepikan
3.Sementara itu, pukul telur bersama gula pasir dan ovalet sampai kembang (mcm nk buat apam polkadot tu) Masukkan susu cair berselang seli dengan tepung dan pukul lagi sampai gebu.
4.Masukkan cairan gula merah tadi kedalam adunan telur. Tambah yis
5.Biar setengah jam agar adunan kembang (masa ni adunan akan pekat sikit, so kalo nampak keras sangat, boleh tambah sikit dengan air masak dan kacau sebati, kalau keras sangat, nanti apam susah nk merkah)
6.Panaskan kukusan dan sendukkan adunan tadi ke dalam acuan. Jangan penuh sangat sbb apam ni naik kembang
7.Kukus selama 15-20 minit dengan api besar (*kalo guna api sederhana, apam takkan kembang setaman)
8.Siap...dah bolehlah dinikmati

Selamat Mencuba



Ok... jom minum petang !!!!




Telur Masak Taucu

Hari ini Hari Malas CK, atau mungkin juga hari rilex..heheh.. masak pun lauk telur jer. Takpelah..janji sedap, boleh alas perut anak2. Aku macam biasalah..tak makan nasik..hehehe...

CK nampak respi ni kat blog kak Ummi. Selama ni CK tak pernah plak masak telur letak taucu. Guna ikan biasa ler, boleh dikatakan dalam seminggu mesti ada lauk taucu. Dan bila Kak Ummi tayang lauk telur taucu dia, terus teringin nk cuba. Time kasih Kak Ummi kerana bagi idea masak lauk2 senang lagi sedap dikala malas-malasan ni..


Telur Masak Taucu
Bahan-bahan
* 3-5 biji telur
* 3 ulas bawang merah-dihiris
* 2 ulas bawang putih -dihiris
* 1 biji lada merah dibuang bijinya dihiris. Aku tambah sikit cili padi.
* 1 inci halia
* 1 sudu besar taucu
* sedikit asam jawa
* 1 sudu kecil gula
* minyak untuk menumis
* garam secukupnya kalau perlu- sebab taucu dah masin

Cara-cara
Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan.
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau.
Masukkan taucu
Masukan air asam jawa.
Masukkan gula. masak sampai mendidih dan kuah pekat.
Tuangkan kuah diatas telur.


Dan...hasilnya??? SEDAP !!! Jebat pun mengakuinya. Dan lepas ni, bolehlah masak lagi lauk ni. Yeah, dah bertambah koleksi masakan telur mata selain masak kicap, sambal dan bake bean. !!



Rabu, 22 Jun 2011

Kek Pisang Daisy

Selamat Petang. Dah minum? Masak kuih apa?

Ni hidangan minum petang kami sekeluarga. Kebelakangan ni CK rajin sikit, so adalah kuih muih sebagai kudapan. Semalam CK dah beli pisang berangan yang masak ranum. Balik jer rumah terus buat cekodok (teringin benar nk makan) dan hari ini projek kek pisang plak.


 Kek ini lembut dan gebu. CK dan ubahsuai daripada beberapa resipi kek pisang yang ada dan ia menepati selera kami sekeluarga. Lembut sebab menggunakan minyak jagung Daisy. Jebat pun kata sedap. Anak2 dh plan nk bawak bekal ke sekolah.

Tapi kalo korang tak nak guna minyak jagung pun takpe. Boleh ganti dengan butter yang dicairkan ataupun minyak masak biasa...


Kek Pisang Daisy
Sumber: cendanakasih

Bahan-bahan :
* 2 cawan tepung kek
*1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu teh soda bikarbonat
* 3/4 cawan gula
* 2 biji telur (asingkan kuning dan putih)
* 1 1/2 cawan pisang berangan dilenyek
* 1/2 cawan minyak jagung Daisy
*1/4 cawan susu segar/cair
*1 sudu kecil ovalet
* sedikit esen vanila/pisang
* coklat rice untuk ditabur


Cara-cara
* Ayak tepung bersama baking powder dan soda bikarbonat
* Pukul putih telur sampai kental
* Dalam bekas lain, pukul kuning telur bersama gula hingga kembang
* Masukkan minyak, susu cair, pisang dilecek dan ovalet. Pukul lagi.
* Kemudian masukkan esen vanila diikuti dengan tepung sedikit demi
sedikit
* Masukkan pula putih telur, sedikit demi sedikit sambil dikaup balik
(jangan putar dengan mixer, guna spatula jer)
* Adun rata, kemudian masukkan ke dalam loyang yg dialas dan disapu minyak.
* Tabur coklat rice dan bakar pada suhu 180’c selama 30-40 minit (bergantung kepada oven)




Ok... sapa nk rasa? meh amik seketui sorang. Ada banyak tu. Kalau masih tak puas makan, sudikanlah mencuba respi ni yer !!



Asam Pedas Tetel

Salam.. hari ni CK masak lauk negeri bang Jebat..hehehe...ASAM PEDAS. Ni juga lauk kegemaran Along. Tapi untuk Irfan, nampak gayanya kena masak lauk lain lah..sbb dia tak brapa masyuk dengan asam pedas ni.

Ermm.. jangan tak tau, respi ni mendapat pujian dari mak mertua CK tawww... hehehe... jeles plak ipar duai CK tu.. katanya mak mertua puji meleret...wakahkahkah....


ASAM PEDAS TETEL
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
-daging dan tetel secukupnya -direbus dahulu hingga empuk (simpan air rebusannya)
-3 ulas bawang merah*
-2 ulas bawang putih*
-1 inci halia*
-serai*
-1/2 inci lengkuas*
-2 biji buah keras*
-sedikit belacan*
-20 biji cili kering-dipotong dan direbus dahulu)*kalau nk pedas boleh tambah
-daun kesom
-bunga kantan
-daun limau purut- dibuang tulang tengah dan di carik
- 2 sudu makan sos ikan
-2 sudu makan air limau nipis
-air asam jawa
-minyak masak
-garam, perasa

Cara-cara
-bahan-bahan bertanda * dikisar halus bersama air asam jawa.
-panaskan periuk dan tumis bahan yang dikisar halus tadi hingga pecah minyak dan wangi
-masukkan sedikit air rebusan dan daging. Boleh tambah air lagi kalo nk kuah lebih
-tunggu hingga kuah mendidih dan bolehlah dimasukkan sos nampa dan air limau nipis.
-Campakkan daun limau purut, daun kesom dan bunga kantan.
-Biar mendidih lagi, dan bolehlah dirasakan garam dan tambah serbuk perasa. Siap..


Kuah asam pedas ni bila dipanaskan lagi akan pekat, dan sangat sedap kalo dicicah dengan cekodok.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...