Ahad, 7 November 2010

Sup Ketam

Hari Ahad untuk berehat.. tapi aku? masak tetap kena masak. Jebat mcm biasa keje,keje dan keje. Deepavali hari tu pun keje...raya haji nanti baru leh cuti. Itupun sbb raya. Kalo tak, wajib keje... nyampah tnb ni..

Hari ni aku masak ketam untuk anak2. Kali ni buat sup plak. Kata orang sup ketam elok untuk elakkan denggi. Yer ke? entah ler..

Besar plak Jebat beli ketam kali ni. Sekilo=rm24.00 (kat Pasar Borong Selangor) Sekor dh penuh satu pinggan. Ni boleh along ngan Irfan boleh kongsi. Aku mmg takleh makan ketam, alergik, Jebat plak tak suka makan sup (katanya sup cenggini utk orang sakit)
 Sup ketam ni aku campur ngan sayur2 spt karot, brokoli dan kentang. Siap warning kat anak2, sapa tak makan sayur, nanti takmo beli mainan @ bawak pegi jenjalan. Untuk resipi, boleh klik sini yer..

Kari ikan tenggiri. Buat pekat2 sikit, cadangnya nk cicah dengan lempeng kelapa petang nanti. Kalo malas, cicah roti jer lah...

Sayur kubis goreng. Juadah sayur mesti ada. Kalo tak, macam tak lengkap jer lauk hari ini. Kobis paberet aku, lebih2 lagi kalo buat sup.

Ayam goreng ala2 kepci pun ada, sebabnya aku perapkan dengan ayam dengan bawang putih dan halia yang ditumbuk. Tambah sikit tepung kepci dan gaul rata. Perap sekejap,  pastu goreng.

Sambal belacan power. Respi sambal belacan ni aku blajo dari sorang mamat kat kedai tomyam. Caranya, tumbuk cili padi, cili merah dan belacan. Racik halus tomato dan tumbuk skali. Pas tu tambahkan sedikit kicap ikan (fish sos/nampla) Kalo kurang masin, boleh tambah garam. Letak sikit serbuk perasa. Perahkan air limau kasturi. Gaul dan siap....
Kalo kat kedai tomyam tu diorang slalu blender jer..sbb tu sambal belacannya halus dan kick. Ni aku tumbuk jer..malas nk kuarkan blender...

Sabtu, 6 November 2010

Bihun Sup Utara

Salam.. apa khabar hari ini? tempat korang banjir tak? sedih dengar berita banjir di Kedah dh mencecah 40ribu orang. Rumah Menteri Besar pun sama kena banjir.. tp kat KL ni?? fuh...satu titik ujan pun tarak. Setakat mendung...tak bererti hujan !

Hari ni aku masak sup tulang. Masak nasi ler.. ada gak la lauk2 lain.. tp aku lebih suka makan ngan bihun..

Resipi ni aku amik dr Mesra.Net.

Bahan-bahan
600 gm tulang daging
300 gm tauge
600 gm bihun
150 gm kacang tanah
6 labu bawang merah
4 sudu besar minyak
3 sudu besar cili mesin
1 sudu besar lobak masin 1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
2 biji asam limau
2 biji cili merah
4 keping tauhu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara
Potong daun saderi dan daun bawang sepanjang 1.5 cm.
Bersihkan tulang dan rebus bersama garam. Masukkan 1 sudu besar daun bawang dan daun saderi.
Masak selama 1 jam.
Celur bihun dan ketepikan.
Celur tauge dan lobak masin. Ketepikan.
Mayang bawang merah dan goreng.
Goreng tauhu dan apabila masak hiris nipis-nipis.
Goreng kacang tanah tanpa minyak. Tumbuk atau mesin hingga halus.
Panaskan 1 sudu teh minyak dalam kuali dan tumis cili mesin.
Masukkan garam dan gula. Angkat dan ketepikan.
Apabila menghidang elok disediakan mangkuk berasingan bagi setiap orang. Masukkan bihun, taburkan daun saderi, daun bawang, bawang goreng, tauhu, lobak masin dan tauge.
Tuangkan kuah ke atas bihun. Taburkan kacang tanah dan satu sudu teh cili tumis. Perah limau nipis dan tabur cili potong, jika suka.


Nak pegi mana yer petang ni?? minggu lepas dh ke Wet Land..tp hari sabtu ni anak2 payah nk g jenjalan, sebabnya pukul 7 diorang dh start nk tengok katun Crayon Shin Chan, lepas tu sambung plak ngan Doraemon. Kalau terlepas mmg ler frust !!

Jumaat, 5 November 2010

Laksa

Salam... hari ni bz gilerz... sebelah paginya aku sibuk siapkan tempahan biskut dan coklat oleh Sue. Dan sebelah petang, sibuk plak menghantar stok ikan tilapia ke restoren cina di Desa Water Park. Ni pun baru jer sampai umah. Si Jebat tgh kemaskan kolam ikan dia. Aku nk rehat depan pc plak... (rehat ler ni..sambil dengar lagu ! )


Hari ni masak laksa jer. CikMar...tuan rumah hari ni bz sikit...hanya dapat jamu laksa jer utk pengunjung yang sudi bertandang ke blog aku ni..... Bukan sambut deepavali yer...tp inilah makanan senang yang boleh dibuat. Kuahnya dh dibuat sebelum masuk tidor semalam. Hari ni rebus laksa jer.. senang kan !!! Resipi dh slalu tepek kat sini...cari2 lah dalam lemari tu yer...

Laksa tepung beras. Itu jer yang ada la KL ni..(emmm....ayat teringin nk makan laksa tepung gandum laaa...) Nak buat laksa tepung gandum...huish..tidak sesekali..aku mmg MALAS !!!

Kalo makan laksa, aku suka banyak kuah. Mcm gambar kat atas tu ler.. Apa kisah rupa gambar tak cantik. Bukan nk masuk tekak korang pong..hahaha...

Khamis, 4 November 2010

Kek Karamel

Hari ini merealisasikan kek karamel yang femes kat facebook tu. Sampai termimpi2 aku pasal kek ni..mmg teruja betul..Hari ni budak2 sekolah rendah sume cuti, kecuali Irfan, dia tadika Islam, so takde orang India..kena sekolah ler...

Along dh ada jaga adik, so boleh ler buat kek ni. Tapi ada jer yang mengganggu. Masa nk buat karamel ni, Jebat telefon ler.. si Along suruh buatkan susu Ryan laa..mcam2 lagi. Sampai aku terlupa nk gris loyang tu. Sib baik guna loyang baru, so takdelah melekat. Hampeh tolll laaa....


Terima kasih kepada Puan Munira Baharum kerana sudi berkongsi respi. Aku copy dr facebook untuk dikongsi bersama rakan2 lain. Korang kena cuba tawww...mmg marbeles.. patut ler tiap2 hari kengkawan kat fb tu buat kek ni..sedap rupanyer..

bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1jam n lepas 2 mkn sejuk2...sedap...tahan dlm peti ais 5 hari tau....2 pun klu x abih d'makan...



Ni percubaan pertama. Saja ler try test. Raya haji ni aku buat lagi. Tapi idak ler nk bagi kat mak mertua pong... saja untuk makan2 tetamu yang datang ke rumah... Kek ni besar, setakat anak beranak aku mmg tak abis makan. Jap lagi Mr Justin, Mr Ivan, abg Raja datang bertandang kat dapur ni, aku bagi ler kat diaorang  sikit..Cepat abis, senang ati aku...kahkahkah......

Kuih Bom Keledek

Selamat Pagi semua.. hari2 yang bz.. bz dengan persiapan deepavali...eh,eh..silap..persiapan raya haji ler.. buat sekut sikit. Hari ni buat kuih bom keledek. Ni mmg kuih paberet aku dr kecik. Tapi tak brani ler nk buat versi tepung pulut tu, sbb dh pernah mengalami malapetaka. Kuih tu meletop ko...habis tangan aku kena minyak panas. Tapi kuih bom keledek ni bukan saja selamat dimasak, tp sedap dimakan...kahkahkah.....BETUI APA !!


Resipi ni amik dr umah akak CikManggis. Time kasih akak. Dijamin 100% tak meletup. Selain tu kalo buat banyak, boleh pelbagaikan kuih. Boleh jadi kuih keria, cucur badak atau cekmek molek. Aku rebus 2 ketui jer, so buat jer lah kuih ni.Banyak gak aku makan. Ada la 5 bijik..aghh..ketepikan dulu plan diet untuk ari ni :(

Bahan-bahannya:)
80 gm keledek rebus dan lenyek halus
120 gm tepung pulut
20 gm tepung gandum
35 gm gula halus
secubit garam
100 ml air
bijan secukupnya
inti kelapa secukupnya

Cara-caranya:)
Campur semua bahan-bahan diatas kecuali bijan dan inti kelapa dan gaul sampai sebati.Bahagikan kepada 12 bebola kecil.Isikan inti kelapa dan bentukkan bulat.Golekkan dengan bijan.Goreng dengan api yang sederhana panas agar kuih bom masak dengan sekata.




Ceritaku: skang ni suka plak tengok tv petang2. Mula dari pukul 4.30 citer Ulek Mayang, sampailah Akasia- Chinta...lepas tu sambung plak malam...sampai Jebat dh mendengus...ajak kuar pun aku takmo..sayang nk tinggalkan rancangan kat tv tu... hehehe...

Rabu, 3 November 2010

Jus Mangga

Kawasan utara dilanda banjir, tp kat KL ni kering kontang betul. Khabarnya kat Tanjong Malim pun tiap2 petang ujan (sbb Jebat kerja sana ) Nape tak sampai sini ek? huhuhu...PANAS !!!... So kena minum banyak air. Antaranya air mangga ni. Kebetulan banyak betui buah mangga masak kat umah aku ni. Belum abis pun lagi, dh berbunga lagi pokok mangga tu. Murah rezeki.


Aku blend jer isi mangga masak ni dengan air es, tambah sikit gula..dan air batu..zrrrr....dh siap... ada sesiapa teringin? IDAMKAN YANG LEBIH SEGAR, BLENDERLAH SENDIRI...kahkahkah...


Inilah buah mangga masak kat rumah ku. Kat tepi kolam ikan aku tu ler. Buahnya ada jer setiap masa.  Sekarang ni dh musim gugur. Isinya warna oren dan manis. Tiap2 hari mesti ada 4-5 biji mangga masak yang gugur. Kalo tak sempat amik, mesti tikus makan...cess... dia pun teringin.  Nanti aku cabut gigi dia...biasa tu..nk makan buah mangga aku, tp  tak mintak keizinan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...