Rabu, 11 Ogos 2010

Nasi Ambang


Salam semua...
Oooo...cenggini rupanya nasi ambang. Hari tu Kak Sheila dan Mama D ada citer pasal nasi ni. Kalo orang Jawa terkenal ngan Nasi Ambang, Orang Kelantan dengan Nasi Kerabu dan Orang Terengganu dengan Nasi Dagang, tapi kami di Perak terkenal dengan Nasi Ulam. Mmg tak sama dengan Nasi Kerabu Kelantan pun..

Nasi ni beli kat pasar ramadhan ler. Tgk kat satu gerai tu, punyalah penuh, aku selit-selitkan diri dan dengar orang sume order nasi Ambang. So aku pun nk cubalah jugak.

Grill Chicken Tortila untuk aku ngan Jebat. yang takde sayur tu untuk Along. Irfan punya dah tak sempat snap, dah lesap dalam perut...(cian, dia pose setengah hari jer..almaklum ler..baru 5 tahun, badan pun semangat..mesti tak tahan lapar..)



Selasa, 10 Ogos 2010

Ikan Pekasam Pembuka Selera

Orang utara (Kedah, Perak) memang tak dapat dipisahkan dengan ikan pekasam. Inilah buat pembuka selera. Tapi Jebat aku memang tak suka ikan ni. Entah laa...dia tu ikan masin pun tak makan. Tapi mana boleh nk ikut tekak dia jer kan.

Ikan pekasam ni dibuat khusus untuk Ramadhan. Ni resipinya. Aku ni guna ikan lampam dan puyu. Kalo korang nk guna ikan sepat & talapia pun boleh. Janji ikan sungai laaa...


Bahan-bahan:
1 mangkuk beras,
1 cawan garam kasar,
Air suam secukupnya &
1kg ikan puyu (ikan lain pun ok!).

Cara:
1)Ikan disiang serta dibersihkan dan kemudian digaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.

2)Beras digoreng sehingga perang dan dimesin halus.

3)Campurkan 3 cawan air suam serta 1/2 cawan garam kasar dan gaul sehingga larut.

4)Masukkan beras yang telah dimesin kedalam campuran air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat-(bahan A)

5)Ikan yang telah diperap tadi dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinan.

6)Celupkan ikan tadi seekor demi seekor kedalam bahan A dan susun didalam bekas yang ditutup rapat (balang atau tupperware) dan dibiarkan selama 4-5 hari.

7)Untuk lebih sedap simpan sehingga 1 minggu.

*Peringatan:Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut aturan.

Cadangan Hidangan:
Untuk lebih 'kick' goreng sehingga garing dan masukkan bawang (kecil atau besar)dan cili kering/cili merah/cili hijau.

Bagi orang Perak, lebih suka hancurkan ikan pekasam tu dan dicampur dengan cili dan bawang goreng. Tapi kalo sebelah Kedah, goreng sekor2 macam tu yer. Terpulanglah pada selera masing2. Aku tak suka goreng hancur, sbb serap banyak minyak. Kang berguni2 kolesterol yang melekat kat badan...hahaha




Cheese Kek


Malam tadi rajin sikit, dan ter'mengindam' plak la nak makan cheese kek. Sebenarnya aku lom pernah buat lagi cis kek berasaskan cream cheese ni. Ada la sesekali dua buat kek resipi Ros Onigiri tu (slice cheese kek).

Tapi sejak dua menjak ni, budak Lia Melaka tu asyik menayang cis kek jer. Terliur aku. Nak jugak rasa macam mana kan. Nk mintak jauh ler plak. So buat sendiri ler...

Resipi amik dr Biduri, Myresipi. Mmg best cis kek ni. Menurut respi tu, kek ni kena simpan dalam esbox dulu, baru rasa sedapnya. Dan pagi tadi barulah dapat 'ngap'. Mmg sedap terutama pada sesiapa yang suka cis.

Bahan-bahan
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara
1.Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
2.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
3.Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
4.Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
5.Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Ni buat dalam cup kecik jer.. cubaan pertama. Yang ni aku letak sekut oreo kat atasnya.



Breakfast ngan char kuetiau


Salam...pagi ni kami breakfast char kuetiau. Tak pernah pun masak char kuetiau pepagi buta
cenggini. Tapi esok dh nk puasa. Mesti takleh nk buat char kuetiau. Sebab time berbuka, makhluk kat rumah ni sume nak membedal nasi. Kuih2 plak makan lepas Isyak. Abis tu..takkan nk tunggu lepas puasa kot. Lama lagi tuh...


Hari ni kami banyak kerja sikit. Memandangkan esok dh nak puasa, jadi hari ini kena ke Hulu Langat beli palet makanan ikan. Anak2 benih keli tu dh besar, dah kuat makan. Balik dari Hulu Langat, kerja2 pembersihan kolam plak. Time puasa mmg tak larat nk cuci kolam. Sian kat Jebat !

Isnin, 9 Ogos 2010

Makan malam

Salam semua... ni menu dinner malam ni. Isi rumah ni mmg banyak songeh. Kalo tak brapa selera makan waktu lunch, bila dinner diorang nk lauk lain plak. Dan terpaksa la masak lain. Ni kiranya lauk tambah2 la.

Siakap sweet & sour. Apa lagi yang sedap dibuat dengan ikan siakap yer? Ni lauk paberet Irfan. Dia panggil 'Ikan Masak Sos'

Singgang Ikan Kembong. Ni lauk untuk aku. Tapi disebabkan takde lauk berkuah, so diorang bedal gak kuah singgang ni.

Ulam timun dan ulam kacang botol

Sambal ketuk bilis. Macam sambal belacan jugak, cuma tambah sikit ikan bilis. Pas tu perah air limau. Mmg mengancam lah..tambah plak pedas..lagi terangkat.

Telur dadar mayonis. Kat rumah ni dan suka plak telur dadar cenggini. Tapi versi aku tambah crabstik dan cendawan. Kiranya all in one lah..




Ceritaku : Yeah...posa esok lusa ni aku dapat la rehat sikit. Masak waktu petang jer. Tahun ni cadangnya nk masuk dapur lewat sikit. Dalam pukul 4.30 atau 5 gitu. Tahun ni macam malas jer nk ke pasar ramadhan. Yelah, nk mengangkut si Ryan lagi, dengan Irfan nk mengekor lagi. Kalo ditinggal dengan along memang berkelahi. So kenalah buat sendiri.
Rasanya harga kuih/juadah kat pasar ramadhan tahun ni mesti naik kan. Yelah, harga petrol kan baru naik. Pas tu harga tepung dan gula pun naik. Mesti harga kuih naik.


Dates Praline Chocolate

Salam...lusa kita semua akan berpuasa. So hari ni aku ada projek untuk ramadhan. Jebat suruh buat coklat banyak2, katanya masa bersahur dan lepas berbuka dia nk makan coklat.

Dan lepas semua dh pegi sekolah, tadika dan pejabat, aku mulalah dengan projek coklat. Sib baik Ryan tido jer..kalo bangun pun takde lah mengacau dan melalak sangat.

Resipi dh selalu tunjuk, takkan nk ulang lagi kot...cari jer kat label coklat tu yer. Pandai2 la korang..bukannya dak kecik lagi...hehehe

Siaran ulangan- Almond Cluster. Bukan setakat almond jer, tp ada walnut, gajus dan badam. Kata Jebat dia nak ada kekacang lebih. Baru sedap makan. Macam2 hal laki aku tuh.

Ni dh siap masuk dalam kotak. Coklat campur-campur. Cadang nk bagi kat cikgu tadika Irfan esok. Semalam pegi amik report kad, aku melenggang kangkung jer.

Chocolate Kurma. Dalamya tentulah ada buah kurma. Selalu makan kurma biasa jer, kali ni ada coklat pulak. Campuran coklat putih dan coklat susu.

Chocolate Strawberi. Ada dry strawberri dan kacang badam kat dalamnya.

Percubaan kali kedua baru lulus nampaknya Almond Cluster aku ni.

Cewah...dh masuk dalam kotak, ikat reben dan bunga plak lagi. Nk bagi kat sapalah gamaknyer??

Boleh buat untuk jual tak? agaknyer brapa yer harga sekotak coklat macam ni?? rm5 ker?? hehehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...