Selasa, 15 Jun 2010

Nasi Ayam Hainan

Esok kami semua akan bercuti. Tak jauh pun...dekat jer.. (sebabnya, kalo takde letrik boleh cepat2 balik kat rumah. Ikan tilapia tu dh sedia untuk dijual, kang kalo apa2 hal, naya plak customer tu...) Dan dah pun suruh jiran tolong tengokkan, dan bagi makan waktu petang. Sian plak ikan2 tu kalau di 'puasa' kan. Tuan sedap2 jer holiday, diarang lapo. Kalau keli tu lainlah, boleh la tahan lagi kalo tak makan 2 hari. Lagi satu, keli ni lain sikit perangai. Mana kengkawan dia yang sakit, dia boleh makan kwan dia tu. Tapi tilapia ni lain.
So hari ni aku masak nasi ayam. Senang dan sedap, yang pasti sume orang suka.


Ok..meh tgk cara2 buat nasi ayam Hainan ni..

1- Seekor ayam (basuh dan keringkan). 2- Secebis halia (diketuk). 3- 2 sudu teh garam. 4- Minyak bijan. 5- Seulas bawang putih (dihiris halus). 6- 2 ulas bawang merah (dihiris halus). 7- Setengah kilo beras wangi. 8- Daun pandan. 9- 2 sudu besar minyak.

Resepi kuah hitam:
Satu sudu teh gula, satu sudu teh serbuk seasoning, satu sudu teh minyak bijan, 2 camca sos soya (light), 200ml stok ayam. Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

Resepi kuah cili:
100g halia, 50g bawang putih, 50g bawang merah, 200g cili merah, 5 biji limau kasturi (diperah jus), gula &garam secukup rasa serta beberapa hirisan tomato. Campur dan kisar bahan sehingga sama rata.

Cara cara:
1.Panaskan air (sebanyak yang boleh dimuat seekor ayam) dalam periuk sederhana besar. Masukkan cebisan halia yang diketuk dan garam secukup rasa. Biarkan air perlahan lahan mendidih.
2.Perlahankan api dan masukkan ayam. Biarkan ayam dipanaskan dalam api yang sederhana perlahan selama 45 minit.
3.Keluarkan ayam dan rendam ayam di dalam air sederhana sejuk selama kira kira 20 hingga 30 minit. Buang air sejuk selepas ayam disejukkan, sementara air didih ayam tadi disimpan.
4.Sapu ayam tersebut dengan minyak bijan. Letak ke tepi ayam.
5.Panaskan minyak dalam kuali atau periuk. Tumis bawang putih dan bawang merah yang dihiris sehingga berbau harum. Tambahkan beras dan gaul sehingga rata.
6.Pindahkan nasi yang ditumis bersama bahan bahan tadi ke dalam periuk nasi. Masukkan air didihan ayam yang digunakan sebelum ini. Masuk daun pandan. Biar sehingga nasi ayam masak.
7.Potong ayam kepada beberapa bahagian, mengikut citarasa dan kesesuaian.




Isnin, 14 Jun 2010

Roti Saj & Ayam Bakar Mayonis

Minum petang hari ini aku mencuba la buat roti saj. Mmg popular kat blog kengkawan. Aku jer yang ketinggalan keretapi.


Resipi amik kat umah Kak Asma dan dh diedit sikit. TQ akak...

Bahan-bahan
1 sb yis mauripan
1 sb gula
1 1/2 cwn air suam
3 1/2 cwn tepung
1/2 st garam
sedikit minyak

Cara membuatnya
Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung.
Pastu terus je ambil seketul (*tak perlu tunggu roti naik dah yea) dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....
**Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.


Ayam Bakar Mayonis

Bahan²8 ketul drumstik - haniss guna semua bahagian ayam
1 sudu besar mayonis
1 kiub ayam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
Lada hitam secukupnya - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
1/2cm halia - tumbuk

Cara caranya
Perap dengan semua bahan-bahan diatas dalam 1/2jam kemudian bakar. Lagi lama perap lagi sedap




OK....sampai sni dulu....

Rojak Buah (chinese style)

Apsal hari ni sume makanan cina jer ek?? pagi tadi breakfast roti bakar ala chinese... bantai laa... janji sedap dimakan.. Sekejap tadi tgk dalam AFC, sedap jer orang tu makan rojak. So aku pun cepat2 start kete dan pegi ke pasaraya dekat ngan umah aku ni.Si Ryan syok tido, so aku suruh Along ngan Irfan jaga dia kejap. (aku ni kalo nk makan sesuatu, beria2 aku mencari, tapi kalo angin malas dh datang, nk kuar rumah time cuaca redup pun malas...)



Condiments :
100g pineapple (rind removed)
100g yam bean (peeled)
100g cucumber
50g dough fritters (cakoi..aku beli jer kat gerai tepi jalan tu..)
1 teaspoon red ginger plant bud (shredded)
150g roasted peanuts
sesame seed (ni aku tambah)
fried tofu (ni pun aku tambah)

Sauce :
4 tablespoon prawn paste
11/2 lime juice
1/2 lime rind
5 tablespoons sugar
some fresh chillies (ground finely)

Method :
•Cut pineapple, yam bean, cucumber, bean curd puffs and dough fritters into pieces. Mix red ginger plant bud, 3/4 of the ground peanuts and all Sauce ingredients in large bowl.
•Add pineapple, yam bean, cucumber, bean curd puffs and bean sprouts. Toss and mix till ingredients are well-coated with sauce.
•Transfer to serving dish. Top with dough fritters and remaining ground peanuts. Serve.
* Red ginger plant bud is a must in this Chinese-style rojak that is available at most hawker centers. It gives the dish a special fragrance that has no substitute. Some hawkers, however, have stopped using it as it has become quite rare and expensive. Omit it if it is unavailable. Also, do not save on peanuts as they give the rojak its unique bite and fragrance.




Bebelan cik Noorma
Ada seorang hamba Allah tu, dia kata aku kedekut tak mo share resipi roti lembut dan gebu (maklum ler..aku kan slalu buat roti,so dia pun nak menerai ler...kot2 boleh amik tempahan dari kengkwan dia la kononnya..) Kan aku dh tepek resipi kat blog aku ni..takkan ler aku ni kedekut lagi kot. Ada resipi bun asas, guna kentang, water roux dan lain2. Sume tu melembutkan roti. Tapi bila dia buat, tak jadi mcm kat kedai bakery tuh?? salah aku ker??

Aku bagi alasan,dia tak uli betul2 kot..pas tu kata plak aku ni kaya, mampu beli Breadmaker. Laaa...ke situ la plak. Siap tanya boleh tak dia nk pinjam BM aku tuh..ish...mana boleh?? kang kalo rosak, aku jugak yang kena tanggung kos repair..ish..tak kuasa aku nk layan !!!

Tapi inilah hakikah dunia kan..kalo orang kedekut ilmu mmg mcm tu gamaknya..Takkan sume ko nk rembat !!!

Aku rasa baik ler ko pegi kelas roti jer, dh tentu puas hati dan menjadi. Aku ni tak pegi kelas roti pun, tapi belajo dari kengkawan blogger yang baik hati dan murah ilmu pengetahuan. Lama2 pandai la jugak. Setakat nk bagi anak2 makan, boleh laa...

Macam2 hal manusia ni kan. Aku tak bercampur ngan masyarakat pun korang kata aku ni sombong, tp bila dah tegur sikit2 kata aku kedekut la plak...Weii..masing2 ada laki, suruh ler laki korang beli....

Coklat chip muffin

Dah lama tak membaking, hari ni buat ler. Boleh gak makan2 masa pegi taman permainan petang nanti (kalo tak ujan ler....) Cian kat budak2, asyik terperap jer kat umah tgk kartun. Sabo yer anak2...



Bahan-bahan
100gm telur
75 gula perang
75 gm gula kastor
150 ml susu
150 ml minyak masak
250gm tepung gandum
15 gm serbuk penaik
15 gm serbuk koko
100 gm coklat cip

Cara:-
1. Campurkan telur bersama gula perang dan gula kastor. Kacau sebati.
2. Masukkan susu dan minyak ke dalam adunan telur dan kacau rata.
3. Gaul tepung, serbuk penaik bersama serbuk koko dan masukkan ke dalam adunan. Kacau rata.
4. Masukkan coklat cip dan kacau rata
5. Masukkan adunan ke dalam paper cup yg diletakkan di dalam acuan muffin
6. Bakar sehingga masak pada suhu 190C lebih kurang 20 minit.


Ok.... nk masak plak ni.....

Ahad, 13 Jun 2010

Macaroni Shepherd Pie

Selamat malam semua... ni makanan jajan (kudapan malam ni) sementara tengok Mentor. Tak suke ler tgk bola....




Asalnya shepherd pie jer, tapi aku saja la tambah macaroni kat bawah tu (teringin ler nk makan macaroni) so ini resipi all in one. Atasnya aku tabur mozzarella cheese sikit. Entah laa...resipi ikut suka ati aku jer..tp keputusannya .... best... garing kentang dengan cheese tu mmg kena. Tak sedar plak budak2 asyik nak menambah jer...

Bahan-bahan:
500 g ubi kentang
250ml air
250ml susu segar - panaskan
1 sudu besar butter
1 sudu kecil garam
serbuk buah pala
300g daging kisar (mince meat)
20g butter
1 biji bawang besar
1 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil serbuk kari(jika suka)
cendawan butang,carrots.daun peppermint,parsley.garam.

CARA:
1. Kupas basuh dan rebus ubi kentang hingga masak dengan 250ml air.
2. Hancurkan, masukkan garam,butter serbuk buah pala,susu segar yang dipanaskan.
3. Hancurkan hingga lembut siapkankan sebagai mashed potatoes.
4. Tumiskan daging kisar dengan 20g butter dan bawang.
5. Masukkan carrots yang telah didadu kecil,cendawan butang yang telah dipotong nipis2,serbuk kari,tomato puri dan garam,Tumis hingga daging masak akhir sekali masukkan daun parsley dan daun peppermint.Bolih masukkan sedikit air sekiranya terlalu kering.
6. Masukkan adunan daging kedalam dulang pembakar (casserolle). Sebelum tu aku tabur macaroni yang dah direbus dulu kemudian baru daging
7. Tuang mashed potatoes keatasnya,sapu dengan sedikit butter.Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu selam 20-30 minit (200°) 8. Angkat dan siap untuk dihidang panas2. ps: sedap kalau ditabur dengar sedikit keju macam yang aku buat tu...




Ok...sampai sini dulu. Sebenarnya badan ni asyik letih jer hari ni. Malam tadi si Ryan buat hal. Asyik melalak jer takmo tidur. Last2 dh pukul 2.30 pagi, kami turun tido kat bawah la plak..mcm2 hal si kecik ni. Macam mana la nk tido kat hotel esok. Takkan laki aku nk kena memaku dinding hotel tu semata2 nak menggantung buai dia?? aduhai anak mama !!!!

Sabtu, 12 Jun 2010

Malaysiana Red Ruby

Salam hari sabtu buat semua pengunjung blog aku ini !!! korang buat apa tu?? dh masak ker??

Akhirnya !!!! yes,yes,yes...dapat jugak melaksanakan keinginan nk makan red ruby ni. Dulu pernah la buat (5 tahun lepas kot..) masa tu tengah mengandungkan Irfan agaknya.. tapi masa tu aku buat guna sengkuang cina (waterchess nut).. dan tak brapa nk menjadi ler.. masa tu aku ngok ngek sikit pasal masak memasak ni, skang ler baru tau sikit, itupun sbb ada kengkawan macam korang kat alam maya ni..bertuah sungguh aku....


Red rubby yang baru dimasak. Berkilat jer.. mmg cantik menawan.
Aku guna ubi sengkuang biasa jer. Kalo pakai waterces nut mesti lagi sedap sbb ada rasa manis2. Entah laaa...next time aku cuba plak...try and error ni kadangkala berhasil.





Asalnya aku tengok dessert ni kat umah kawan aku, Ida. So aku pun menerai ler kat umah. Kebetulan aku ada beli sengkuang. Asalnya nak buat inti popia, tp macam malas ler plak. Dan masa pegi pasar borong hari tu, aku beli 2 bijik kelapa muda. Satu dah digunakan untuk buat coconut jelly hari tu, tinggal sebijik lagi. Baik ler aku merealisasikan impian nk makan red ruby ni....



Ok..meh tengok resipinya. Senang jer...
Bahan-bahan
-ubi sengkuang
-tepung sagu/ubi kayu
-air -untuk merebus sengkuang
bahan lain
-air kelapa
-isi kelapa muda
-air gula
-hirisan nangka
-santan pekat
-ais batu

Mula2 kita buat red rubby tu dulu yer...
Cara-caranya ialah ubi sengkuang dikupas kulitnya dan dibasuh bersih. Kemudian, potong kiub kecik2..
Lepas dh potong, ambil pewarna merah dan gaul bersama sengkuang tadi.Tak payah campur air yer, just pencelop merah jer, gaul rata2 pada sengkuang tu. Guna sudu jer, kalo guna tangan, kang macam pembunuh upahan plak tangan korang. Biarkan sekejap agar warna meresap rata (sambil tu korang lepak2 ler dengar lagu hindustan ker)

Lepas tu, korang jerang lah air yer.. (dalam bahasa rasmi, didihkan air dalam periuk) Sementara menunggu air mendidih, gaulkan sengkuang merah tadi dengan tepung ubi kayu. Biar menyalut semua sengkuang. Masuk dalam tapis, dan tapis lebihan tepung.
Bila air dh mendidih, masukkan sengkuang tadi ke dalam periuk. Tunggu hingga sengkuang tu timbul ke atas dan barulah keluarkan. Masuk dalam tapis dan lalukan pada air sejuk (air paip) Ini untuk elakkan sengkuang tadi melekat satu sama lain. Siap...dan jadilah RED RUBY

Cara menghidang.
Masukkan red ruby ke dalam mangkuk, tambah hirisan nangka & isi kelapa mudah.
Masukkan air kelapa, air gula dan santan pekat. Tambah ais batu.
Siap, dan bolehlah dinikmati dengan sepuasnya....


Haaa... apa lagi, buat lah..senang jer kan... kalo nk datang makan kat umah aku pun boleh..silakan.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...