Ahad, 9 Mei 2010

Bihun Goreng Siam

Salam ujung minggu... hari ni kami sekeluarga breakfast bihun goreng plak. Seronok dapat breakfast dengan suami dan anak2. Lagi kecoh bila si kecik nangis jeles tengok kami breakfast ramai2, dia takleh makan..wakahkahkah....

Bahan-bahan
1) Bihun (300 gram)
2) Udang (6 ekor)
3) Sotong (2 ekor)
4) Telur rebus (2 biji)
5) Pes cili (2 sudu)
6) Bawang merah (2 ulas)
7) Bawang putih (2 ulas)
8) Taugeh (50g)
9) Cili merah (1 biji)
10) Tomato (1 biji)
11) Bawang goreng (secukup rasa)
12) Serbuk lada sulah (secukup rasa)
13) Gula (secukup rasa)
14) Garam (secukup rasa)

Cara-cara
>Potong nipis sotong.
>Di dalam periuk, masukka sotong, air dan garam. Biar hingga mendidih. Angkat dan tos air.
>Masukkan udang ke dalam periuk. Biar sebentar, angkat dan toskan airnya.
>Tumis bawang putih (dicincang) hingga wangi diikuti dengan bawang merah. Biar hingga layu.
>Masukkan pes cili. Goreng hingga pecah minyak.
>Masukkan garam, serbuk lada sulah dan gula. Kacau sebentar.
>Masukkan sotong, udang, dan bihun. Kacau hingga bahan sebati.
>Masukkan air rebusan tadi sedikit demi sedikit sambil mengacau.
>Masukkan daun bawang dan taugeh. Kacau sebati.
>Sedia dihidangkan.

aduh..dimanakan menghilangnyer sang sotong dan udang?? korang cari sendiri yer..heheheh

Sabtu, 8 Mei 2010

Talapia Kukus Taucu

Slamat malam pada semua pengunjung blog ini... korang dh dinner ker?? sejak dua menjak ni aku slalu jer sakit gusi, makan benda keras sikit mulalah sakit gigi, check gigi takde plak yang berlubang ker mende ker...tp makan salah sikit mulalah sakit...nk kena pakai colgate sensitif la lepas ni..apa nk buat, gigi pun dh demand tinggi...ish,ish,ish....

So malam ni takde mood nk makan sotong, ayam atau daging, so aku kukuslah ikan talapia ni. Nampak resipi kat AFC, sedap jer diorang order ikan stim ni. Satu hidangan dekat 30 hengget.

Petang tadi, masa hubby bagi makan ikan dia, aku mintak ler sekor. Nk cuba jugak bagaimana rasanya ikan talapia kukus ni. Asyik jual jer, ada satu regular customer tu, sekali beli sampai 5 ekor (kebanyakan pelanggan ikan talapia kami adalah orang Cina) Diorang kata ikan talapia ni sedap kalau buat kukus. Selama ni aku asyik goreng berlada jer..

Ikan ni besar, so aku potong 2 (semua ikan talapia kami seberat 1-2 kilo setiap seekor, setiap sekilo dijual dengan harga rm15.00)


Bahan-bahan

1 ekor ikan talapia, bersihkan
1/4 sudu teh lada hitam, tumbuk halus
2 btg daun bawang, hiris kasar
2 ulas bawang putih, cincang halus
3 tangkai lada hijau, hiris serong
1 cm halia, hiris nipis
1 sudu makan sos ikan
2 sudu makan taucu
100 ml air
1 sudu teh jus limau nipis

Cara penyediaan
Lumur ikan dengan semua bahan. Perap selama 30 minit bahan-bahan meresap dengan sempurna.
Kukus ikan sampai masak anggaran selama 20 minit.
Angkat dan saajikan panas-panas.

* Resepi ini tidak memerlukan garam kerana masin taucu sudah mencukupi.



***Kalo korang nk cuba masakan ni, pastikan ikannyer besar, kalo ikan talapia yang jenis kecik2 tu, kompom ler tak sedap...(sbb aku dh pernah cuba ler...itu pasal ler aku cakap...) tp kalo guna ikan lain pun boleh, spt ikan bawal ataupun siakap.

Nasi Lemak Pandan

Salam semua...aku seronok sangat hari ini, sbb Hang Jebat cuti...yehaaa!!! yelah, laki aku ni dalam sebulan hanya boleh cuti sekali jer (sabtu dan ahad ler..) lepas tu wajib kerja...teruk kan TNB ni, paksa2 orang kerja plak... Kalo nk cuti sangat pun kena cari pengganti..macam la laki aku tu orang penting sangat!!! menyampah.....

Pagi ni kami breakfast nasi lemak ijau..hehehe... sib baik laki aku ada tengok rancangan masakan kat AFC, citer pasal nasi lemak pandan ni, kalo tak mau terkejut berok dia nengok nasi lemak kaler ijau ni.. ni belum mak mertua aku tengok lagi, kalo dia ada, tentu membebel 40 hari 40 malam.. yelah..orang tua mana boleh ada perubahan..mesti ler kecoh..aduh laa...


Nasinyer tak brapa hijau, aku guna 2 helai jer daun pandan. Blender skali ngan kelapa parut tu. Ni kes malas ler ni.. kalo tak jadi ijau pun takpe...Hari ni takde lauk pauk yang macam kat kedai tu, buat simple jer, cuma sambal tumis ikan bilis dan telur rebus.

Ok... slamat bersarapan. Lepas ni aku dan hubby nk hantar kete kancil aku pegi servis. Macam2 hal plak kete kecik tu. Tapi kecik bukan sebarang kecik, kecik berguna time nak mencilok dan nk parking tempat sempit...wakahkahkah....

Jumaat, 7 Mei 2010

Daging Hitam Malabari

Salam jumaat untuk semua kengkawan blogger...

Lambat sikit update blog hari ni, asalnya tak masak sbb Hang Jebat kata balik lambat, ada shutdown kar Sungai Buloh, tup,tup pukul 1 dh sampai umah. Aku plak masa tu tengok syok main games kat facebook, apa lagi cepat2 tutup pc dan pegi dapur tung tang tung tang ler... nasib baik ada Along, boleh jaga si Ryan.



Ni lauk paberet mak aku, setiap kali pegi melawat dia di Melaka, mak aku dh telefon awal-awal suruh masak lauk ni. Walaupun banyak stepnyer, tapi untuk ibu tersayang aku masakkanlah jugak. Takpelah, masa kecik2 dulu mak aku tak pernah merungut pun bila aku suruh masak lauk itu ini, Skang ni dua bulan sekali dia suruh masak lauk ni, takkan tak boleh kot...

Ok..hari ini aku perturunkan resipi daging special ni. Ni resipi mak aku taww... masa aku kahwin dulu pun, dia masakkan lauk ni. So lauk ni mmg best lah..


Bahan-bahan
-800 gm daging -dipotong kuib dan direbus hingga empuk

Bahan A
-1 sudu besar jintan manis
-1 sudu besar jintan putih
-2 inci kulit kayu manis
-2 bunga lawang (bunga penuh tau)
-8 biji bunga cengkih
-6 biji buah pelaga

Bahan B
-2 inci halia
-1/2 inci lengkuas
-5 ulas bawang putih
-2 batang serai
-3 biji buah keras

Bahan C
-8 ulas bawang merah
-10 btg cili kering


Bahan D
-3 sudu besar sos tomato
-1 sudu besar cuka makan

Cara-cara
1.Bahan-bahan A disangai tanpa minyak dalam kuali hingga naik bau. Jangan hangus yer.. ketepikan dan biarkan sejuk. Lepas tu guna blender kering dan kisar semua bahan-bahan hingga halus.
2.Bahan-bahan B dihiris macam biasa.
3.Dalam kuali, masukkan sedikit minyak dan goreng bahan C, mula2 goreng bawang dulu, pas tu cili kering yer..
4.Ok...lepas goreng, masukkan dalam blender dan kisar hingga halus.
5.Masukkan pula bahan2 B, tambah sedikit air dan kisar lagi sampai semua halus,
6.Ambil daging yang direbus tadi, dan masukkan semua bahan2 yang diblender tadi. Masukkan juga bahan A yang dikisar kering tadi. Gaul rata semua bahan2 hingga sebati.
7.Panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumis daging tadi. Kacau goreng sampai pecah minyak. Kemudian boleh tambah sedikit air.
8. Bila semuanyer sudah mendidih, masukkan gula, garam, perasa, sos tomato dan cuka makan. Rasa, dan adjust sendiri yer.. rendang ni mesti ada rasa manis, pedas dan masin.
9.Biar kering sedikit dan bolehlah diangkat.
Sesuai dimakan dengan nasi minyak dan lain2....




Ok.... amacam? banyak prosedure nyer kan? tapi rasanyer mmg best, kalo tak percaya cubalah. Boleh adjust rasa pedas tu yer..


Khamis, 6 Mei 2010

Ayam Masak Kicap

Yum,yum,yum...dalam seminggu mesti ada menu ayam masak kicap ni, kiranya menu wajiblah selain Ayam Masak Merah... ni peberet Irfan...hari2 kena ada ayam,ayam dan ayam.

Bagi aku plak kalo Irfan dan request ayam masak kicap ni, senang keje sikit, tak payah nk fikir masak lauk itu ini. Ada ayam masak kicap ni, kiranya dh lengkap lah.. tapi Hang Jebat lah plak, nak kena ada lauk berkuah. Takpe, goreng sayur jer lah..pas tu tumbuk sambal belacan...abis citer......



Resipi yang senang. Mungkin ada yang cakap ni masak orang pemalas...yelah, tak perlu menumbuk itu ini. Cuma potong bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah/hijau. Lepas tu tumis sekejap. Masukkan kicap dan sedikit sos tiram. Kacau goreng dan masukkan plak ayam goreng. Boleh tambah sikit air untuk sebatikan kuah dan ayam. Pas tu boleh angkat....

Kalo ikut versi mak aku, dia letak segala rempah penumis dan segala jintan manis dan jintan putih. Setengah orang plak letak lada hitam. Ikut selera masing-masing lah yer.. kengkadang aku pun buat cara macam tu..tukar rasa ler plak.....

Ok......sampai sini dulu... bye!!

Nasi Goreng Kampung

Selamat pagi semua kengkawan blogger.. Pagi ni teringin plak nk makan nasi goreng kampung, buat pedas2 sikit. Abaikanlah selera anak2 tu..ikut tekak aku plak. Ni untuk aku ngan Hang Jebat jer lah..sebab pedas. Untuk anak2, ada roti bun.

Kali ni takde kangkung, macam tak best jer kan. Beberapa hari lepas dh tengok kangkung yang aku tanam kat belakang tu (tanam ker, aku cucuk jer pas tu biar kangkung tu menjalar sendiri..tanpa siram air, tanpa baja...kalo dia nk idup, itu satu bonus ler....hahaha) Tapi pagi ni, aku tengok kangkung tu dh lesap. Sah..Hang Jebat dah cabut masa bersihkan kolam dia semalam...eeee...sesuka ati dia jer... bukan nk tanya bini ni dulu.....

Kalo makan ngan telur goreng mata kerbau mesti lagi best kan. Tapi aku dh malas dh, so pecahkan jer telur dalam nasi tu, dan kacau. Keropok tu mmg ada dalam tupperware. Timun dan tomato tu buat hiasan semata2, last2 aku jugak lah yang makan.... takpe..serat...







p/s: Sebenarnya aku tengah mengikuti program diet ni, aku ambil SlimDiet 2, ikut plan diet tu tak boleh ambik sebarang karbohidrat, kafein dan gula. Aku ni plak aku penyakit tekanan darah rendah, kena selalu amik gula... semalam aku langsung tak sentuh kafein dan gula, kepala ni mulalah menonong semacam...pening dr pagi bawak ke malam... makan nasi pun 5 sudu jer, itu pun masa tengahari, malamnyer aku tak makan.. Hang Jebat marah, tp bila dia ajak makan, aku buat2 sibuk ngan baby. Yelah, aku dh beli benda tu mahal..takkan tak nk ikut program yang diberikan. Kang membazir plak duit aku, orang lain boleh kurus maintain cantik, takkan aku tak boleh!!

Hari ini? pagi2 lagi aku dh bedal nasi, tp takdelah banyak, setakat setengah senduk jer... ok lah tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...