Sabtu, 13 Jun 2009

Takoyaki again

Aik? semalam kata nk balik kg, kenapa hari ni ada entri lagi? alkisahnyer Hang Jebat aku kena kerja malam tadi. So tak dapatlah kami balik kg. Mula tu aku frust jugak, sbb dh siapkan sume barang2, tp untuk pujuk aku Hang Jebat janji akan belikan Breadmaker untuk aku hari ini. Yahooo !! akhirnya dapat jugak aku benda yg aku idam-idamkan selama hari ni. Bukan mahal pun, cuma sayang nk kuar duit sendiri...he,he,he...thanks abang !!

Kalo hati sudah tertawan....akan ku buat lagi dan lagi.....sebenarnya ini untuk aku sorang jer. Sbb Hang Jebat memang tak sentuh benda2 pelik mcm ni. Mula tu dia tanya apa nama benda ni, aku cakap ler takoyaki, tp dia tak faham, so aku cakap ler ni kuih cara berlauk orang Jepun....ooo...dia angguk kepala. Aku suruh ler dia rasa, dia jamah sikit jer. Dia tanya lagi, apakebenda warna itam dan putih tu. Aku cakap ler itu kicap dan mayonis... korang tahu tak, dia ketawa berdekah2 sbb first time dengar kuih cara berlauk cicah kicap ngan mayonis. Aku pun apa lagi, mulalah tarik muka 16... ketawakan aku yer...takpe, takpe...ada lori ada bas.....

Disebabkan papa diorang gelak berdekah kat kuih takoyaki ni, so anak2 pun takmo makan. Akhirnya laki aku kuar beli nasi lemak....makan ler korang!!!


Nasi lemak lauk paru. Untuk anak2 nasi lemak biasa jer. Balik umah, aku gorengkan telur mata kerbau untuk diaorang.

Ok....blah dulu. Nk pegi pasar, dan lain-lain. Kang panas berdenting plak, aku jugak yg pening kepala....Jumpa Lagi !!

Jumaat, 12 Jun 2009

Kentang Scrambled Eggs Gravy

Pagi tadi, bila bukak jer blog, nampak respi ni kat umah kak Ummi di Kuantan nun. Memang best lauk ni. Nk masak pun senang. Tapi MIL aku cakap ni lauk orang malas, yelah campur sume benda. Bagi aku lantak lah lauk orang malas ker, rajin ker, asalkan rakyat jelata kat umah ni suka dan kenyang. Itu yg penting. Aku malas masak ker? kalo malas, idak ler badan anak dia makin naik! he,he,he.....

Resepi, salin kat umah kak ummi jer. Masak pun ikut sukatan yg betul, tak nk menderhaka. Kang cikgu rotan plak..he,he....

Bahan-bahan
-2 biji telor
-6 biji kentang sederhana
-3 biji lada merah/hijau
-5 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-sedikit air asam jawa
-Lada sulah
-1 sudu besar kicap pekat
-2 sudu besar cili giling
-serbuk perasa (optional)
-garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:-
-Kupas kentang dan hiris sederhana nipis. Goreng kentang hingga empuk dan kekuningan sedikit. Angkat dan toskan. Ketepikan.
-Dalam kuali yang sama, tinggalkan lebihkurang 3 sudu besar minyak dan pecahkan telor. Kacau goreng seperti membuat scrambled egg.
-Masukkan lada sulah, kicap, sedikit air asam jawa untuk dapatkan rasa sedikit masam.
-Masukkan gula, garam dan serbuk perasa. Biar agak pekat sikit.
-Masukkan kentang yang telah digoreng tadi. Kacau dan biarkan kentang, telor dan kuah kicap sebati dan masak di dalam kuali.
-Masukkan lada hiris tadi untuk memberikan sedikit rasa pedas. Gaul rata.
-Hidangkan bersama nasi putih atau boleh diratah begitu sahaja.

Thanks Kak Ummi atas resepi yg ringkas lagi sedap ni. !!!

****************************


Takkan satu lauk jer kan. Nanti laki aku mulalah buat muka 16. Fikir punya fikir, bukan freezer, nampak ler ikan. Nk masak apa yer? Ikut selera anak2 lah, buat masak kicap. Pas tu goreng tempe dan tauhu, buat la goreng berlada. Habis citer. Sayur mayur tarak! makan jer lah yg ni.

Ni ikan masak kicap.


Ni tempe berlada.




Lengkap lah lauk untuk hari ni. Nk berkemas, sbb dh plan nk balik Melaka.


Khamis, 11 Jun 2009

Kuih Seri Muka

Minum petang hari ini. Dh lama tak buat kuih ni. Sib baik jumpa respi kat MYR. Thanks to NanaSham atas sumbangan resepi. Memang best laaa.....



Bahan-bahan
Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-cara
Untuk lapisan bawah:-
A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.

Untuk lapisan atas:-
1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!



Takde mood nk tulis banyak2, panas sangat ni. Nk tido kejap, aircond dan kipas dh bukak tu...bye !!!





Asam Pedas Ikan Kembung

Lama dh tak berblogging sbb aku cuti-cuti Msia. Tp cuti terpaksa dipendekkan sbb ikan keli sakit, kena serangan bakteria. So banyak ler kerja lepas cuti ni..... tp hari jumaat ni sambung balik bercuti. Ke Melaka plak, sbb ada hal yg nk kena settle.

Asam Pedas Ikan Kembung. Lama tak makan asam pedas, sbb orang kat umah ni tak berapa suka. Sesekali tu ok la.... Resepi dr Junjs11 (MYR)

Bahan-bahan
-1 ekor ikan patin/tenggiri (atau apa2 ikan, ikut selera)
-4 ulas bawang merah-ditumbuk
-3 ulas bawang putih-ditumbuk
-2cm kunyit hidup-ditumbuk
-1 btg serai dititik
-3 btg daun kesum
-1 bunga kantan-dibelah dua
-1/2 mangkuk kecil air asam jawa
-3-4 sudu besar cili kering yg dimesin
-1 1/2 mangkuk kecil air biasa
-garam dan gula (ikut rasa)
-minyak masak
-sedikit belacan

Cara-cara
-Panaskan minyak, masukkan serai, cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit dan belacan. Tumis hingga naik bau.
-Bila sudah naik bau, masukkan air asam jawa, kacau dan biar mendidih.
-Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, kacau dan masukkan air. Biar mendidih.
-Masukkan ikan, garam dan gula. Biar hingga masak ikan dan boleh lah dihidangkan


Hati masak rempah. Resepi dr Anawahid yg glamour tu !!

Bahan2nya:-
-½ kg hati ayam– dicuci dgn tepung gamdum tuk hilangkan hanyir dan digoreng terlebih dahulu bersama serbuk kunyit n sedikit garam
( * bahan kisar )
-*1 biji bawang besar
-*3 ulas bawang putih
-*1 inci halia
-* 1 sudu besar ketumbar
-* ½ sudu besar jintan manis
-1 batang serai – diketuk
-2 pelepah daun kari
-1 sudu besar penuh rempah kari daging
-2 sudu kecil serbuk lada/cili – nk pedas sendiri adjust yer
-1 sudu besar kerisik
-Air secukupnya
-Garam, gula n bahan perisa secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara
-Panaskan kuali, masukkan daun kari gaul sebentar dan masukkan bahan kisar, tumis sehingga wangi dan garing.
-Masukkan serai, rempah kari dan serbuk lada/cili kacau sehingga sedikit kering.
-Masukkan hati yg telah siap digoreng terlebih dahulu td dan kacau sebati dan masukkan kerisik dan jika terlalu kering masukkan air sedikit demi sedikit bergantung pd kehendak masing2.
-Akhir sekali masukkan gula, garam dan bahan perisa secukup rasa. Siap!




Sayur Bendi Goreng. Resepi dr Dayang Jack (myr). Tapi cilinyer aku malas plak nk tumbuk. Hiris jer. Ada la variasi warna sikit.

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
-1/2 ikat kacang bendi (dibasuh terlebih dahulu, kemudian dihiris)
-3 biji bawang merah (ditumbuk)
-1 ulas bawang merah (ditumbuk)
-1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
-sedikit sos tiram
-1 biji cili merah (ditumbuk) tp aku hiris jer
-sedikit kicap manis

Cara-cara
-Panaskan sedukit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk hingga terbit bau.
-Masukkan bendi, sos tiram dan kicap. Boleh tambah sedikit air jika perlu. Kacau sehingga masak.
-Hidangkan panas-panas.


Jumaat, 5 Jun 2009

Death by Chocolate Cake

Hari ni wat coklat kek plak. Dh lama tak buat kek coklat ni. Teringin la plak. Buat style kukus jer, mcm Hana. Senang, kalo bako nk kena tengok dh masak ke belum, kalo terlambat jawabnyer hangus la...aku ni jenis pelupa. Kalo dh mengadap tenet tu, tak ingat benda lain dh !!

Resepi cilok dr umah Hana jer. Time kasih yer tuan asal resepi. Aku wat simple decoration jer. Malas plak nk kuarkan aising set tu.

Bahan-bahan
2 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung (ayak)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder
1 cwn susu cair
1 cwn minyak - hana gune butter cair
1 cwn air panas didih
1 tsp soda bikarbonat - ltk secubit je
1 tsp baking powder
1 tsp esen vanila
**utk ganache**
2 cwn non dairy whipping cream
500g cooking chocolate
1/8 cwn golden syrup
**utk whipped cream
1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara
-tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama.
-pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila.
-masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati.
-masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik.last skali masukkan air panas..kacau sebati.
-bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bleh juga kukus slame lebih kurang 1 jam.

**utk ganache**- guna kaedah double boiler.
dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati.
tambahkan golden syrup.

ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk- tkyah simpan peti sejuk pon xpe, sbb takut keras.just sejukkan gune suhu bilik.

**utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati.

kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit

ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti.enak dmakan sejuk..

Khamis, 4 Jun 2009

Tauhu Sumbat

Hari ni Hang Jebat tak balik umah. Sebelah petangnya ada kerja, membawak sampai ke malam, sampai la ke pagi esok...hu, hu....rindunyer....anak2 lagi lah rindu...
Disebabkan laki aku takde kat umah, so tak payah lah masak beria-ia. Semalam g pasar borong aku ada beli tauhu. Hari ni memang plan nk buat tauhu sumbat Hana ni. Selalu tu makan ngan sos cili atau kuah kacang, tp kali ni makan ngan cili kicap plak...uihhh...memang citarasa jawo...tp takpe, jawa pun jawalah...janji sedap !! lepas ni tak mo makan ngan sos cili dh. Ngan cili kicap ni memang best. Power sungguh !!!

Resepi ni salin kat umah Hana yer...thanks Hana..
Bahan-bahan
beberapa keping tauhutimun - potong halus cam btg mancis
carrot - potong halus n celur
taugeh - celur
Untuk Sambal
1 mangkuk kecil cili padi -
2 ulas bawang putih
2 sudu makan gula
1 cawan kicap manis la
kacang tanah tumbuk
Cara-cara
> Potong tauhu segitiga. goreng hingga kekuningan dan angkat.
> Belah bahagian tengah. dan sumbatkan ngan timun,carrot dan juga taugeh. ketepikan.
> Untuk Sambal - blend cili padi, bwg putih, gula dan juga kicap. jika perlu tmbhkan air masak sedikit.
> Masukkan ke dalam mangkuk. dan campurkan ngan kacang tanah. Gaul.
> Curah ke atas tauhu yg siap dsumbat tadi. siap utk dmakan! :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...