Sabtu, 6 Disember 2008

Biskut Oat Coklat Cip

Ni projek pagi ni..dibuat khas untuk menghabiskan stok aot yang belambak kat dalam almari tu. Orang kat rumah ni takde sorang pun yang suka makan oat. Daripada jadi hiasan jer dalam almari tuh, lebih baik buat biskut ni....

Bahan-bahan
>1 cawan butter
>2 cawan tepung - tp aku kurangkan tepung, lebihkan oat
>1 sk baking soda
>1 cawan gula pasir halus
>1 cawan gula perang
>2 1/2 cawan oat -diblender halus
>12 oz coklat cip
>1/2 sudu kecil garam
>1 sudu kecil baking powder
>2 biji telur
>9 oz cadburry bar-diparut (kalau takde, gantikan dengan coklat rice/takde pun takpe)
>1 cawan badam/gajus/hazel -dibakar dulu,kemudian dicincang kasar
>1 susu kecil esen vanilla

Cara-cara
1.Putar butter dan gula hingga kembang
2.Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3.Satukan tepung, oat, garam, baking soda, baking powder. Gaul hingga sebati. Masukkan ke dalam adunan butter tadi
4.Masukkan coklat cip, cadburry bar dan kacang. Gaul rata
5.Sudukan ke atas dulang pembakar yang dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 180'c selama 30 minit @ hingga masak

Selamat mencuba !

Jumaat, 5 Disember 2008

Kentang Putar & Ayam Goreng

Dh lama tak makan kentang putar ni, masa mula2 belajar buat ni dulu, tiap2 minggu aku buat, sampaikan anak2 dh jemu. Tapi semalam, masa kemas almari, terpandang plak kat ubi kentang yang belambak kat dalam bakul tu. Nk buat inti karipap, hari tu dh buat dh...fikir punya fikir, dapatlah idea, habiskan stok ubi kentang (drpd busuk dan buang dalam tong sampah) ha...inilah penyelesaiannya... Kentang Putar

Resepinya dapat dr daunpandan kat Myresipi, tapi aku dh alter sikit, ikut bahan2 yang ade jer dalam es box aku tuh. Aku gantikan tepung gandum dengan tepung KFC (untuk salut ayam tu) sbb dalam tu dh ada rempah2 dia sume. Sedap, puas makan.

Bahan-bahan
>650 ml air
>5 sudu besar stok ayam (guna kiub ayam jer)
>1 biji bawang besar - cincang
>1 batang saderi - cincang
>40 gm mentega
>20 gm tepung gandum (ganti ngan tepung KFC)
>1 sudu besar sos tomato
>1 sudu besar sos tiram
>sedikit serbuk lada hitam
>kicap pekat
>garam

Cara-cara
1.Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
2.Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
3.Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
4.Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
5.Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.




Untuk resepi ayam goreng ni plak, aku rujuk dari resepi Che Iza.

Bahan-bahan
>1/2 kg kepak ayam
>1 biji telur
>* 1 1/2 cwn tepung
>* 1 sb tepung jagung
>* 1 sk serbuk jintan manis
>1/2 sk cajun seasoning
>sedikit lada sulah
>garam

Cara-cara
1.Bersihkan kepak ayam, potong 2... supaya dapat byk ehehehheh.. Buang bahagian yg hujung... 2.Toskan air.... kalau boleh lap ngan towel kitchen.
3.Gaulkan kepak ayam dgn lada sulah, cajun seasoning n sedikit garam.... Biarkan kejap... kira mcm peraplah....
4.Gaul semua bahan bertanda * ketepikan sat.
5.Pecahkan telur, celup ayam dlm telur lepas tu gaul lak dlm campuran tepung.... Pastikan semua bahagian terselaput sepenuhnyer dgn tepung.... n goreng....
6.Sebab ni resepi tuk kids.. so tak pedas.... kalau nak pedas leh tambah.... serbuk paprika ker serbuk cili or serbuk kari..... tambah kat salutan tepung

Khamis, 4 Disember 2008

Nasi Lemak

Hari ni dr pagi sampai ke petang asyik hujan jer, so apa lagi yang seronok untuk dibuat...tido lah....uh..inilah untungnya jadi surirumah, dapat tido, tengok tv sesuka ati.
Dan untuk makan malam.... Nasi Lemak.. aku buat sambal kerang dan ayam goreng jer....anak2 memang tak makan sambal. sebab tu gorengkan ayam untuk diaorang
Bahan-bahan
(untuk nasi)
-beras
-santan
-bawang merah-ditumbuk
-halia-ditumbuk
-kulit kayu manis
-bunga cengkih
-bunga lawang
-daun pandan-disiat dan simpul
-garam secukup rasa
Cara-cara
1. Beras dibasuh macam biasa.
2.Dalam periuk, masukkan sume bahan-bahan lain dan masak nasi macam biasa.
3.Siap

Bahan untuk sambal kerang
-isi kerang
-bwang merah
-cili kering kisar
-asam jawa
-garam, perasa
-minyak masak
-serbuk belacan

Cara-cara
1. Tumis bawang merah dan masukkan cili kering, tumis lagi sampai cili masak dan pecah minyak.
2.Masukkan air asam jawa, serbuk belacan, garam dan perasa
3.Biar mendidih dan bolehlah dimasukkan kerang.
4.Kacau dan bolehlah diangkat

Nasi lemak dihidangkan bersama timun, ikan bilis goreng,kacang tanah goreng, telur mata kerbau dan lain-lain.

Rabu, 3 Disember 2008

Laksa Mee

Hari ni pun bz jugak..teruskan dengan projek menjahit baju kurung..aku kena siapkan semua baju-baju tu sebelum hari jumaat ni, sebab hari sabtu dh mula nk buat biskut dan anyam bekas ketupat. Dan hari ahad ni..seperti sedia maklum lah..aku kena masak kuah kacang, buat rendang, masak ketupat palas dan lain-lain. Huh..banyaknyer kerja yang menanti..kalaulah ada sepasang lagi tangan..kan senang... ish..macam sotong la plak..
Sambil menjahit, sambil dengar radio, sinar fm. Layan jer lah lagu2 lama tu. Tapi otak ni tetap fikir nk masak apa tengahari ni? malas nk masak nasi..masak mee jer... mulanya terfikir jugak, nk masak mee apa? mee kari? mee rebus? mee sup? takpe...rilex dulu..jahit baju dulu....
Dan..akhirnya dapat jugak idea, laksa mee. Mungkin ada dikalangan anda yang belum pernah makan mee ni. Ianya lain sikit dari mee kuah biasa sebab ada kacang panjang, kena plak ngan sambal udang geragau..itulah kelainan mee ni.
Dulu, jiran sebelah umah aku (kak Nor) selalu masak mee ni dan bagi kami sekeluarga makan. Katanya kat tempat dia di Pantai Remis memang terkenal dengan mee ni. Aku pun tak brapa tahu akan resepinya..tapi baru2 ni masa searching resepi kat myresipi, aku terlihat resepi mee laksa ni..apalagi, terus salin lah... dan inilah hasilnya. Kali ni aku guna mee kuning biasa jer (sepatutnya guna mee sanggul, baru sedap). Takpe lah..janji leh masuk tekak. So apa lagi...zazzh....


Bahan-bahan ( 2 org )
* 1 bungkus mee sanggul

Bahan-bahan sup:-
5 biji bwang merah
5 ulas bawang putih
Rm2 udang kecil
10 tangkal kacang pjg
bebola ikan
* fish cake ( jika suka) dan garam

Sambal mee:-
2 cm belacan
5 bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkal cili kering
Sedikit udang kering
3 keping asam keping
garam n gula

Cara-cara
Sup:- - tumis bawang merah n bawang putih shingga wangi - masukkan udang. Biar seketika - masukkan air 3 cawan - Bila mendidih masukkan kacang pjg, bebola n fish cake - perasa n garam

Sambal mee:- - kisar bawang merah, bawang putih, belacan, cili kering, udang kering - tumis bahan2 yg dikisar sampai wangi n masak - masukkan asam keping,gula n garam secukup rasa
mee dicelur sampai lembut n bolehlah dicampur bersama sambal n sup....





Selasa, 2 Disember 2008

Muffin Neschoc

Ni projek lepas dinner malam ni...buat muffin neschoc. Dh lama simpan resepi sebab takde mood nk baking...tp hari ni si kecik dh mintak nk makan kek...so buat ler muffin coklat ni...

Resepi dr Ainn (myresepi) ..aku cuba buat 1/2 bancuhan dulu (takut tak jadi) ...tapi alhamdulillah..success...lembut, gebu dan pahit2 lemak jer rasanya
Bahan-bahan
>2 cwn tepung gandum
>2 cwn serbuk koko
>1 s/k soda bika
>1 s/k baking powder
>1 cwn butter (di cairkan)
>1 cwn gula perang
>2 biji telur
>3 sudu besar susu tepung
>1/2 cwn susu segar
>2 s/k nescafe

Cara-cara
1.satukan tepung gandum,serbuk koko,soda,baking powder,susu tepung, dan gula perang dalam mangkuk
2.masukkan butter yang dicairkan kedalam mangkuk tepung2 tadi,kacau rata.
masukkan telur dan susu segar.gaul sebentar.
3.isi dalam bekas kecil,bakar 180 c dalam 20 minit



Isnin, 1 Disember 2008

Kuetiau Goreng

Teringin pulak nk makan kuetiau goreng. So buatlah untuk dinner...tapi terpedas lah plak..nasib baik budak2 tak brapa suka kuetiau ni, sbb ada sayur. Jadi mak dan bapak budaklah yang kena makan sampai habis.


Bahan-bahan
>kuetiau
>bawang putih-ditumbuk
>isi kerang
>udang
>fishball
>taugeh
>kucai
>sos ikan
>telur
>pes cili
>sos tiram
>kicap pekat
>perasa
>setitik dua cuka makan
>minyak masak
>setitik minyak bijan

Cara-cara
1. Panaskan kuali.Masukkan minyak masak dan minyak bijan dalam kuali.
2.Tumis bawang putih hingga naik bau dan keperangan
3.Masukkan cili kisar. Tumis hingga cili masak dan pecah minyak.
4.Masukkan sos tiram diikuti dengan kicap pekat, isi udang, kerang dan fishball. Titikkan juga cuka dan sos ikan.
5.Pecahkan telur dan tungu sekejap sebelum dimasukkan kuetiau dan sayur-sayuran yang lain.
6.Letak serbuk perasa, kacau dan bolehlah diangkat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...