Rabu, 29 Ogos 2018

Khasiat Teh Cina

Salam

Panas-panas ni kan, jom lah minum teh. Ok...di sini CKak share kebaikan teh. Baca yer !!


Teh mula ambil sebagai minuman harian sejak beribu tahun dahulu di China, Korea dan Jepun. Masyarakat di Barat mula minum teh sejak abad ke 16 pada era penjajahan kolonial .Maharaja China , Shennong telah menggunakan teh sebagai minuman tonik kesihatan 5000 tahun dahulu. Pada zaman sekarang, teh adalah minuman yang paling banyak diminum diseluruh dunia. Di Malaysia , minuman ‘Teh Tarik’ amat popular sebagai minuman harian masyarakat pelbagai kaum.


Teh banyak ditanam di tanah-tanah tinggi diseluruh dunia dan terdapat pelbagai jenis teh seperti teh hitam, teh hijau, teh putih, oolong teh dan sebagainya. Nama saintifik tumbuhan teh ini adalah ‘Camella sinensis’ yang menjadi asas kepada semua jenis teh. Perbezaan rasa dan khasiat teh bergantung kepada tanah tempat ia ditanam, cuaca, ketinggian tanah dan proses penghasilan teh tersebut.

Teh tidak mengandungi sebarang zat mineral, vitamin, protin, karbohidrat, garam, kolestreol atau lemak. Kandungan kalorinya juga amat rendah iaitu hanya 2 kalori setiap 237 gram. Ia juga mengandungi kafein. Teh mengandungi anti oksidan yang tinggi iaitu polifenol dan flavanoid (theaflavin, epicatechin, pigallocatechin, epigallocatechin-3-gallate) yang memberikan teh khasiat kesihatan yang baik. Kajian juga menunjukkan teh hijau mengandungi kandungan anti oksidan yang lebih tinggi berbanding teh hitam. Anti oksidan membantu melawan kesan radikal bebas yang merosakkan sel-sel tubuh manusia.

Menurut kajian oleh Dr J.Weissburger dari Institut of Cancer Prevention, New York, teh mengandungi anti oksidan lapan hingga sepuluh kali lebih tinggi dari buah-buah-buahan dan sayur-sayuran.Kajian oleh Dr Weisburger juga menunjukkan polifenol dalam teh mampu mencegah kerosakkan DNA akibat dari merokok dan bahan kimia lain. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan apabila teh dicampur dengan susu atau krimer, maka kesan anti oksidan akan berkurangan. Oleh itu, lebih baik minum Teh ‘O’ daripada minum Teh Tarik. Untuk mendapat faedah kesihatan yang lebih baik, maka minum teh tanpa gula adalah digalakkan seperti minum ‘teh cina’.
Walaupun terdapat kajian mendapati tiada faedah kesihatan yang baik dengan minum teh setiap tetapi terdapat lebih banyak kajian yang mendapati kaitan yang sebaliknya. Lebih banyak kajian sains menunjukkan, jika seseorang minum teh setiap hari, ia akan menurunkan risiko mendapat kanser, serangan jantung, darah tinggi, strok, menurunkan paras kolesterol LDL dan Alzheimer.

Kandungan anti oksidan dalam teh dipercayai menurunkan risiko mendapat penyakit jantung dan angin ahmar dengan menurunkan paras kolesterol, stress oksidatif dan meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah. Teh juga boleh mencegah masalah pengerasan saluran darah (atheroslcerosis) dan menurunkan paras trigliseride. Menurut analisis statistik , dengan minum teh setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat serangan jantung sehingga 11%. Kajian ini dibuat selama lima tahun kepada 805 lelaki yang mendapati mereka yang minum teh setiap hari mempunyai risiko kematian akibat strok dan serangan jantung yang lebih rendah.

Minum teh juga boleh mencegah kanser kerana anti oksidan dalam teh akan melawan kesan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser. Kajian mendapati minum teh setiap hari boleh menurunkan risiko mendapat kanser paru-paru, ovari, mulut,kulit, pankreas, rektal dan usus.

Satu kajian keatas perokok yang diberi minum teh hijau yang dinyah kafein sebanyak empat cawan setiap hari, mendapati terdapat 31% penurunan kerosakan DNA akibat merokok berbanding perokok yang diberi minum air kosong sahaja.

Pada tahun 1998, satu kajian dibuat keatas pesakit kanser payu dara tahap I dan II di Jepun. Mereka di berikan minuman 5 cawan teh hijau setiap hari selepas didiagnos mendapat kanser ini. Pesakit-pesakit ini menjalani rawatan yang sepatutnya dihospital. Hasil kajian ini mendapati kanser payu dara mereka tidak berulang dan tempoh bebas kanser adalah lebih panjang.

Minum teh setiap hari juga didapati boleh menjaga kesihatan mulut dengan mengurangkan pembentukan plak gigi dan mengurangkan pembiakan bakteria mulut yang menjadi punca mulut berbau. ‘Teh putih’ juga boleh mengurangkan masalah ‘karat gigi’ berbanding teh hitam atau teh hijau.

Kajian kepada 81,093 wanita yang minum teh setiap hari mengurangkan risiko sehingga 8% mendapat batu karang buah pinggang. Kajian yang serupa keatas 46,289 lelaki sebelumnya juga mendapati penurunan risiko sehingga 14% mendapat masalah yang sama.

Teh juga amat baik untuk menurunkan berat badan. Kajian awal mendapati , teh meningkatkan metabolisme tubuh, memecahkan lemak yang terkumpul, meningkatkan toleran semasa senaman dan mengurangkan selera makan. Teh membantu aspek ini dengan meningkat penggunaan insulin, glukosa dan menghasilkan lebih banyak haba.

Teh juga boleh mengurangkan masalah reput tulang (osteoporosis). Ini berdasarkan satu kajian yang mendapati wanita yang minum teh setiap hari mempunyai densiti mineral tulang (BMD) yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak minum teh.
Wallahualam
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI),FAGE
Pengamal Perubatan Am
Pengkhususan Estetik, Anti Aging dan Perubatan Regeneratif

1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Hari2 minum teh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...