Maggi Goreng
Salam...
CK masak maggi goreng ni utk makan malam. Saja jer..tingin beno nk makan maggi goreng macam kat kedai mamak tu. Tapi kalo ke kedai mamak, tak teringin plak nk order maggi. Kata Jebat, setakat nk makan maggi baik balik rumah jer :(
Saja buat sempoi cenggini, tanpa udang atau ayam (malas nk bukak freezer keluarkan semua binatang tu) Lepas tu makan plak dengan ayam goreng berempah (beli kat pasar malam).... hahaha.... (mula la datang malas tu)
Bahan-bahan
1 bungkus maggi kari
2 ulas bwg putih
1 biji bwg merah
1 sudu besar cili kering kisar
1 biji telur
1/2 biji tomato
1/2 biji tauhu goreng dihiris nipis
Sayur sawi dan taugeh
Kicap sikit
Gula, Garam
Cara-cara
1. Maggie direbus hingga masak dan toskan airnya
2. Tumiskan bwg putih, bawang merah dan cili kisar
3. Bila bau dah naik , masukkan tomato & tauhu goreng & sayur
4. Masukkan telur kemudian hancur2kan, diikuti dengan perencah kari Maggi
5. Bila semua dah sebati bersama , masukkan maggi yg telah direbus td kemudian letak sedikit kicap. Boleh tambah garam kalau kurang masin.
6.Siap
Ok.... sampai sini dulu....
♥♥


Ulasan
lepas tu jenis suka gak beli ayam goreng pasar malam..sampai sekarang tak tau rahsia tepung diarg tu..sedap betul....hehehhe