Nasi Goreng Bodo
Salam !!
Jumaat yang mulia dibasahi dengan hujan pagi. Segar rasa...dan hari ini bangun dan mulakan hidup dengan semangat dan azam yang baru, setelah melalui 2 hari yang menyedihkan.
Dan pagi ini, dimulakan dengan sarapan zaman kanak2 CK, nasi goreng yang menjadi kegemaran sepanjang masa.
CK selalu letak nama Nasi Goreng Bodo, sbb kandungan dalam nasi goreng ni cuma telur dan ikan bilis jer. Yelah dulu2 mana ada segala perencah nasi goreng segera ni.
Bahan-bahan
1 mangkuk nasi (nasi semalam lagi bagus)
2 ulas bawang kecil- dihiris nipis
2 biji cili kering- dibuang biji dan dihiris halus
sejemput ikan bilis kecil2- digoreng garing dahulu
1 biji telur
garam, perasa secukupnya
minyak secukupnya - guna minyak sapi lagi best
Cara-cara
Tumis bawang kecil dan cili kering sampai kuning.
Ketepikan bawang dan cili ke tepi kuali.
Pecahkan telur. Goreng sekejap
Masukkan nasi
Kacau rata, dan letak garam
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang dah digoreng.
Kacau lagi dan siap !!
Senang kan,... ini la nasi goreng bodo !! hahaha..... Dan CK suka makan dengan Sambal Tempoyak....fuh...siap bertambah lagi.... Kalau makan dengan ikan goreng lagi la best !!
Nasi goreng yang mengingatkan CK tentang arwah mak. Inilah sarapan CK sebelum pegi sekolah. Kenyang sampai tengahari. Kengkadang tu sampai tertido dalam kelas...hehehe....Tapi anak2 CK skang ni dah tak bersarapan dengan nasi goreng. Diorang lebih suka makan nugget, sosej dan burger jer....


Ulasan
kat tempat akak pun tgh hujan..sedap tarik selimut nie..hihihihibestnyer kalau dapat nasi goreng gini,akak suka ratah ngan cili api yang segar..krup krap makan..kena sediakan aie ler kat sebelahkan!!!