Kuih Lapis dan New Toy
Salam...hari ni walaupun penat ke sana sini, tp tetap bersemangat nk buat kuih untuk minum petang. Sebab utamanya ialah nak merasmikan barang baru yang aku beli kat Alamanda Putrajaya semalam.
Resipi ulangan, maknanya aku kalo buat kuih lapis ikut respi ni jer. Diakui sedap dan menjadik !!!
Bahan-bahan
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (leh kurangkan klu x suka manis sgt)
1 st garam
2 paket santan serbuk
1 st minyak masak
3-4 titik sirap merah perasa ros atau pewarna kuning/hijau etc.
4 cawan air
Cara-cara
1.Dalam blender, masukkan gula,santan,tepung beras,tepung gandum,minyak,garam dan 2 cawan air. Blend hingga semua bahan bersatu & tak berketul. Panaskan air dalam kukusan.
2.Keluarkan adunan dari blender &isi dalam bekas. Tambah lagi 2 cawan air,kacau rata.
3.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Letakkan satu bahagian pewarna kuning & satu lagi dgn pewarna hijau. Kacau biar warna sekata.
4.Utk memudahkan kuih ni dikeluarkan, sapu loyang dgn sedikit minyak dan letak plastik cling. Masukkan 2 cwn adunan warna kuning & kukus selama 5 minit.
5.Lepas 5minit,masukkan pula 1 cawan adunan warna hijau dan kukus selama 2minit. Kemudian selang seli warna hijau dan kuning hingga adunan habis.
6.Lapis yg terakhir warna hijau dikukus selama 20minit. Bila dah masak alih keluar dari kukusan dan tunggu hingga kuih ni sejuk.
7.Dgn hati2 tarik keluar plastik cling bersama kuih lapis tadi. Utk lebih kemas,kuih ini blh dipotong dgn benang dan setiap lapisan kuih ini blh dibuka :)
8.* Jika guna loyang non stick, x perlu letak plastik cling, hanya sapu sekeliling dgn minyak
Yaaa...inilah dia toys baru aku. Huh..dh lama ngidam nk benda ni. Harapkan Jebat beli, hampeh ler.. katanya nk wat mende kukus besar2...haiishh...tahun ni bisnes aku tambah satu lagi produk iaitu Kek Kukus Coklat. So ada mende ni, cepat sikit siapkan tempahan.
Tak sabar2 nk potong. Tunggu kuih ni sejuk sikit jer, terus potong. Jebat pun terus ngap !!!
Alamak...rumah flat nk runtuh...lariiiiiiiiiiii !!!!


Ulasan
Sblm ni dh survey kat tempat lain, Jusco-rm238, Carrefour Cheras-rm218.00, kat kedai bakery lain-rm280 pun ada...
pinjam jela ek...huhu