Rabu, 12 Januari 2011

Bubur Oat

Salam...hari ni aku breakfast dengan bubur oat plak. Boring ler makan nasi goreng, mee goreng, nasi lemak (ni cakap orang malas nk masak ler ni...nk cari jalan mudah...hehe)..  Dah jemu makan sosej, dan roti bakar... Hari ni masak bubur oat dan makan sorang2 depan pc sambil update blog (huh..sib baik ada tajuk, kalo idak mesti kena kutuk dengan cik Ana..wakahkahkah)


Ni menu sihat aka diet ler jugak. Takde lemak, takde minyak dan mengenyangkan. Penuh khasiat dan sedap.

Cuma rebus hirisan daging ayam dalam air. Kalau suka tambahlah perisa ayam. Pastu masukkan cendawan dan sayu2 lain kalo suka. Kat sini aku masukkan brocoli, karot dan cendawan.
Kemudian, masukkan oat yang dibancuh dengan sedikit air sejuk (tujuan dibancuh dengan air dahulu agar oat tidak berketul2 semasa dimasukkan ke dalam air panas)
Kacau dan rasakan garamnya. Bolehlah diangkat.
Masa makan, taburlah daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili merah.

Senang, cepat dan berkhasiat. Tak payah menumis.


Ok... sampai sini dulu...

6 ulasan:

anymz berkata...

kita semua ni pakat2 menghabiskan stok oat lah nampaknya kan?..semalam kita buat roti hari ni ingat nak buat bubur pulak..hehe

AIMAN berkata...

weeeeeeeerghh nampak sedap!

Unknown berkata...

salam noorma. memang simple je sarapan noorma hari ni. kakchik pulak hanya buat roti bakar serikaya utk suami. sarapan kakchik hanya segelas susu higoat. kakchik kurang suka oat tapi suka bubur nasi. tapi... mesti baunya harum kan?

Darling Pya berkata...

salam kak,

oat nie akak guna quaker oat yg bungkus warna biru ke atau tak kisah biru atau merah??

mama cta berkata...

hai awak...kita buat bubur oat gna resipi awak tu ari ne..Tq la

Cendana Kasih berkata...

si putih- sama2... dan terima kasih kerana sudi mencuba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...