Rabu, 19 Januari 2011

Sudah bertunas kembali

Ingat lagi tak pasal entri pokok mangga yang ditogelkan? Syukur...kini dh mula mengeluarkan tunas baru..dan ada harapan jugalah nak menikmati buah mangga kembali. Lambat sikit laa...tp takpe...sekurang-kurangnya tak payah beli kan.

Petang ni aku meluangkan masa dengan tanaman belakang rumah ni kejap. Seronok tgk pokok2 ni (walaupun takde kawasan tanah yang luas, sekadar ‘sekangkang kucing’ jer) Sekangkang kucing= lebih kecik dari sekangkang kera (kera kan panjang kakinya, so kangkangnya luas lah...hehe)

Lega rasa hati bila pokok dh bertunas kembali.

Ni kat bahagian atas



Aksi budak toncet dengan kakaknya. Asyik nk berkepit je ngan along dia

Along pun suka mengendong adik ke hulu hilir. Sanggup tak baca buku semata2 nk menjaga adik dia ni..

Ni pokok yang aku suka. Australian Corriender, pemberian Mr Ivan. Pokok ni lebih kurang pokok ketumbar laa... tp bentuknya panjang2. Best daun ni. Aku hanya akan petik daun ni bila nk buat tomyam jer. Letak dalam spegheti pun sodap !!!

Ni anak benih Australian Coriender tu.. aku mmg jaga betul2. Kalau nampak jer ada rumput kecik dh mula naik, aku mesti cabut... sayang betul kat pokok ni

Ni pokok petola (aku yg semai benih dia...hehehe...Jebat kata aku ni tangan jenis panas, so payah pokok nk hidup, tp ni ok jer...)Lepas ni kena letak pancang kayu ler. Suruh dia menjalar sampai atas...hehe..tingat plak citer Jack, Bean and Golden Egg.

Pokok cili padi kampung. Inilah bahan penting utk buat masak lemak cili padi yang kaw2 sedap.. kalo cili padi thai tu kureng la sikit.



Ok....sampai sini dulu!!!

2 corat coret:

kakchik berkata...

salam noorma. seronoklah orang ada tanah, sekangkang kera pun tak kisahlah asal boleh bercucuk-tanam. dapat jimat duit dan dapat juga makan yang menyihatkan. rumah kakchik takde tanah lapang.

Cendana Kasih berkata...

Kakchik- boleh la kakchik, kami ni lot belakang sekali..ada la ruang sikit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...