Isnin, 17 Januari 2011

Ayam Masak Kicap

Anak-anak suka makan ayam dan diorang mmg 'hantu kicap'. So hari masak lauk 2 in 1. Masa nk makan, pesan awal2, "ni dh ada kicap, so tak payah kicap lagi yer..."


Bahan-bahan
* 1 bahagian paha ayam
* garam kunyit secukupnya
* minyak untuk menggoreng
* 1/2 biji bawang besar -hiris nipis
* 2 ulas bawang puting- mayang
* 1cm halia- cincang halus
* kicap pekat manis secukupnya
* 2-3 biji cili padi- potong dua
* 1-2 batang cili hijau, cili merah
* kentang-dipotong baji dan digoreng hingga empuk, masak

Cara-cara
1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan
2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga  masak. Kemudian ketepikan
3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan cili sampai naik bau.
4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak.
5. Akhir sekali masukkan cili hijau dan kentang. Goreng sekejap dan padamkan api.
6. Siap

Ok... selamat menjamu selera. Nk ayam? ambik sorang seketui yer !!!

3 ulasan:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World berkata...

Favorite anak-anak, sedap ni

Unknown berkata...

simple tapi sedap!..i like!!:)

AiMaN berkata...

blog cucu menjadi blog pilihan atok..tahniah..tp blog pilihan atok akan bertukar setiap hari berdasarkan prestasi blog cucu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...